Thursday, 31 March 2016

10 Cara Kekal Positif Lepas Balik Dari Seminar.

" TIPULAH KALAU 24 JAM DALAM HIGH ENERGY "

Serius cakap, bukan senang nak maintainkan high energy sama macam energy dalam IMKK lepas.
Ada masanya ter"down" juga. Betul-betul?  Sebab bila keluar sahaja dari hall IDCC kita terdedah dengan unsur2 negative + biawak + small little voice + keadaan + kawan2.

Tapi tidak semestinya susah nak maintainkan high energy kita tiada langsung cara untuk kekalkan bukan?

Berikut ialah cara-cara saya kekalkan high energy. Cara ini khusus untuk program IMKK by Dr. Azizan, tapi boleh je apply untuk semua jenis seminar cuma edit sikit-sikit je.

=====================
1. Sentiasa SWITCH!!!!!
- Bila mana anda terlayan biola lagu hindustan tu cepat2 lah switch ye. Kalau tak nak jerit pun anda boleh pejam mata dan bayangkan anda menjerit semasa di IMKK.

=====================
2. Keep in touch dengan peserta IMKK yang lain
- Saya mengaku bila saya keep in touch dengan peserta IMKK yang lain saya dapat feel energy sama macam berada di IMKK. Saya juga tak segan nak share atau nak sumpah mereka "kaya dan berjaya". Bayangkan kalau anda sumpah orang yang belum pernah join IMKK. Tak ke naya?
- Cara saya keep in touch dengan mereka senang sahaja, saya add friend mereka. Kemudian sya lihat di wall saya penuh dengan pekara yang positif. Ada yang antara mereka yang saya rasa macam dah lama kenal walaupun tak pernah bersua atau bercakap tapi rasa macam satu hubungan yang kuat. Mungkin getaran yang sama membantu saya dan mereka terasa rapat. Haaa,tunggu apa lagi tu,mai add fb saya klik Syawal Ibn Ameron.

=====================
3. Baca sharing peserta IMKK yang lain di group IMKK.
- Bila kita nak rasa macam down je cepat2 lag buka group IMKK DIS 2015. Kemudian bacalah sharing dari peserta yang lain. Inshaa Allah anda akan rasa meremang bulu tengkuk.
- Biasanya saya akan baca sharing peserta lain di post Dr Azizan Osman yang belia tanya kesan selepas menyertai IMKK. Kejap je nanti energy tu datang balik.

======================
4. Buka lagu yang pernah dimainkan di IMKK Contoh lagu BARA BARA BERE, FROZEN dll. Bila anda dengar je lagu2 ni automatik anda rasa macam nak berjoget. Tak caya cuba.

=====================
5. INGAT KEMBALI APA BIG WHY ANDA.
- Yang no 5 ni paling power. Bila anda rasa down atau macam putus asa, ingat kembali apa BIG WHY anda. Jangan disebabkan anda down habis BIG WHY anda musnah.

====================
6. Baca deklarasi.
- Ingat lagi kad kuning yang DAO beri tu? Simpan kat mana? Simpan sahaja untuk perhiasan atau di baca? Haha, Jangan disimpan buat pekasam pula.

===================
7. Baca kemballi work book dan nota2 yang anda tulis.
- Jika rasa putus asa selak2lah nota yang anda tulis. Inshaa Allah anda akan dapat kembali energy. REFRESH kembali point2 penting.
CHOP CHOP! Baca sahaja tak cukup, sertakan dengan tindakkan

====================
8. Buat visualization.
- Masih ingat yang anda diminta untuk duduk seperti sedang bersanding? Visualization perlukan repeatation. Anda perlu ulang process visualization itu.

====================
9. Baca kembali 101 IMPIAN ANDA.
- Bila anda baca automatik anda akan rasa seronok sebab u r acting like you are already have what you want.
- Applykan formula BE, DO, HAVE.

===================
10. Mandi garam
- Jangan tinggalkan mandi garam. Biarlah rambut anda banyak garam atau jadi ikan masin. Janji apa yang mentor kita ajar kita mesti follow

====================
So di atas ialah antara cara-cara saya maintainkan high energy. Mungkin cara kita berbeza. 
Jom kongsikan cara anda pula. Boleh kita sama2 maintain high energy.
Jom praktis!!!
Anda kaya n berjaya!!!!!!!!


Tuesday, 29 March 2016

Tips Sangka Baik

6 TIPS BERSANGKA BAIK DARI SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI

1. Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


2. Jika bertemu ANAK KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

3. Jika bertemu orang TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4. Jika bertemu dengan seorang yang BERILMU, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5. Jika bertemu dengan seorang yang BODOH, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akib

atnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6. Jika bertemu dengan orang KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Pendek kata, konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak mengetahui benar-benar dari Loh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah atau su'ul khatimah.

Tidak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita bersangka buruk kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita terkeluar dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.

Seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar disisi Allah walau sangkaannya itu tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah disisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar.

Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri. Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan memperkatakan keaiban orang lain.


Semoga kita diberi sifat mata lebah yang sentiasa melihat dan mencari kebaikan bunga dimana-mana dan bukan mata lalat yang sentiasa memandang dan mencari kotoran dan najis diserata tempat.


Monday, 28 March 2016

101 impian

101 IMPIAN

Masih ingat kisah saya di IMKK, kelas 3 hari 2 malam bersama pakar pemasaran no1 di Asia, DAO. Saya kongsikan bagaimana kita khususnya para usahawan untuk pastikan impian kita tercapai. Pernah tak anda hadir mana-mana kursus dan anda dikehendaki menulis impian anda ataupun goal anda?

Perkara yang sama juga telah ditekankan oleh DAO, beliau memaksa kami untuk tuliskan 101 impian kami, sepanjang kami hidup apa uang kami mahukan. 


Di sini saya kongsikan 101 impiam saya, moga-moga pembaca yang membaca tulisan ini mendoakan agar dipermudahkan saya mencapai keseluruhan 101 impian ini.

  1. Nak travel lima Negara di Asia sebelum 2020, Thailand, Singapore, Vietnam, Laos, Brunei.
  2. Build up company International.
  3. Umur 35 bagi sepenuh masa untuk agama.
  4. Setiap 15% daripada income bulanan digunakan untuk charity.
  5. Nak buat sekolah swasta sendiri, macam cerita Dream High.
  6. Travel Negara asia lagi 5 sebelum 2023, Jepun, North Korea, South Korea, China, Taiwan.
  7. Bina pusat Tahfiz dekat Port Dickson exactly area Telok Kemang.
  8. Bina rumah anak-anak yatim.
  9. Bina rumah untuk ibu/ayah terbuang.
  10. Jelajah semua sekolah menengah (SMK/SMKA/SMA) bagi motivasi.
  11. Bina masjid.
  12. Bina shopping mall.
  13. Travel Negara asia lagi 5 sebelum 2026, Hong Kong, Philipines, Australia, Indonesia, Maldives.
  14. Nak buat rumah sendiri berkonsepkan jepun, ada air terjun, ada taman, ada pondok untuk orang belajar agama.
  15. Buka consultant & training.
  16. Keluar 40 hari seluruh Malaysia.
  17. Travel Europe pada tahun 2023, setiap tahun at least 3 negara.
  18. Nak meet up all kpop stars.
  19. Nak jadi model.
  20. Nak bina sebuah library
  21. Nak baca buku setiap sebulan at least 5 buah buku.
  22. Nak build up kedai buku SAbookstore
  23. Nak solat awal waktu,tempat azan dilaungkan.
  24. Nak puasa sunat setiap hari selasa dan khamis.
  25. .
  26. .
  27. .
  28. .
  29. .
  30. .
  31. Achieved million before 28
  32. Beli first property harga bawah 200k pada tahun 2018
  33. Ford Ranger tahun 2019.
  34. Beli tanah dan bina rumah idaman.
  35. Beli second property pada tahun 2019 bawah 250k.
  36. Before 30 (2022) da ade 10 property.
  37. Ada simpanan emas 10 kg before umur 35.
  38. Ada kondo mewah di kuala lumpur.
  39. Miliki sebuah sekolah swasta.
  40. Miliki kereta Honda crz sebelum 2022
  41. Da ada anak 5 orang.
  42. Nak miliki tubuh badan yang sihat.
  43. 6 packs sebelum umur 26, sebelum tahun 2018.
  44. Nak kuasai bahasa Inggeris fluencely
  45. Nak kuasai bahasa arab before 2022.
  46. Nak famous.
  47. Nak miliki motor Kawasaki.
  48. Memiliki Phd sebelum umur 40.
  49.  
  50. .
  51. .
  52. .
  53. .
  54. .
  55. .
  56. .
  57. .
  58. .
  59. .
  60. Nak jadi seperti Dr Fadilah Kamsah
  61. Nak jadi orang yang memberi inspirasi pada orang lain.
  62. Become a trainer.
  63. Nak naik Hot Seat.
  64. Aku nak jadi penceramah bebas.
  65. Nak jadi macam Dr. Rubiah K. Hamzah.
  66. Nak jadi macam Akhill Hayy.
  67. Nak jadi macam Ustaz Zulkarnain.
  68. Nak jadi imam kepada seluruh staff di syarikat.
  69. .
  70. .
  71. .
  72. .
  73. .
  74. .
  75. .
  76. .
  77. .
  78. .
  79. .
  80. .
  81. .
  82. .
  83. .
  84. .
  85. .
  86. .
  87. .
  88. .
  89. .
  90. Bagi elaun pada mak setiap bulan RM5K sebelum 2020
  91. Hantar parents pergi Umrah sebelum 2018
  92. Hantar parents pergi haji.
  93. Bagi kereta pada parents tahun 2017
  94. Bagi rumah baru pada parents.
  95. Bawa parent jalan-jalan dan tunaikan permintaan mereka.
  96. .
  97. .
  98. .
  99. .
  100.  
  101. Nak hembuskan nafas terakhir dalam keadaan sujud, pada solat subuh pagi jumaat dalam bulan Ramadhan.

 *Masih dalam proese menghaiskan 101 impian, dari semasa ke semasa saya akan update. Mohon semua kenalan mengaminkan semua impian saya di atas. Haaaa...ada dengar tak bunyi biawak kat sebelah tu, kalau ada tukul ketuk je biawak tu kalau nak lagi kejam langgar terus, heheheheh.

Bagi yang stuck tak dapat habiskan 101 IMPIAN yang specific. Hasil bacaan salah sebuah buku DAO anda boleh cuba cara di bawah.

30 benda kita nak buat. Contohnya: Nak panjat Gunung Everest.

30 benda kita nak miliki. Contohnya: Range Rover Sport warna silver.

30 orang yang kita nak jadi. Contohnya: Jadi Imam kepada seluruh warga kerja Syarikat kita.

10 perkara yang kita nak balas budi. Contohnya: Hantar Mak kita tunaikan umrah sebab kita dah banyak kecilkan hatinya

1 cara macamana kita nak menghembuskan nafas terakhir. Contohnya: Dalam keadaan sujud, solat subuh, hari Jumaat, dalam bulan Ramadhan.

Semoga dipermudahkan. Anda KAYA dan BERJAYA!!

#imkkmac2016
#switch


Sunday, 27 March 2016

6 Strategi Mudah Bebas Hutang

[6 Strategi Mudah Bebas Hutang]


1. Jangan buat hutang lagi.

Apa yang dimaksudkan disini adalah bad debt. Pandangan guru kepada guru saya, iaitu Robert T.Kiyosaki, beliau menyatakan bahawa hutang terbahagi kepada dua, iaitu good debt dan bad debt. Untuk memudahkan pembaca saya gunakan istilah Hutang Jahat dan Hutang Baik.

 Apakah yang dimaksudkan dengan Hutang Jahat dan Hutang Baik,

Hutang Jahat =  Apa-apa sahaja hutang yang meyebabkan duit kita keluar.

Hutang Baik = Apa-apa sahaja hutang yang meyebabkan duit masuk ke dalam poket kita.

Jadi apa yang saya maksudkan jangan buat hutang adalah jangan buat hutang Jahat. Sebagai contoh jangan membeli Iphone dengan kad kredit. Secara mudah apabila hutang Jahat kita bertambah, ini menyebabkan duit yang keluar daripada poket kita juga turut bertambahsetiap bulan. Berlainan pula dengan hutang baik, apabila hutang baik bertambah maka duit yang masuk kedalam poket kita juga turut bertambah.

Untuk mengurangkan hutang jahat, seseorang harus mengetahui dengan jelas apakah itu hutang jahat dan hutang baik. Saya sarankan pembaca dapatkan buku Robert T.Kiyosaki iaitu Unfair Advantage, saya pasti pembaca akan faham dengan lebih jelas berkaitan hutang.

2. Langsaikan hutang yang faedahnya paling tinggi dahulu.

Apabila anda mempunyai banyak hutang, sudah pasti faedahnya juga pelbagai. Boleh rujuk bank-bank yang menawarkan pinjaman peribadi dan lihat berapa kadar faedahnya. Kenalpasti faedah yang paling tinggi dan cuba sebaik mungkin untuk langsaikan hutang tersebut. Jangan lupa untuk kenal pasti hutang baik dan hutang jahat.

3. Gunakan duit "durian runtuh" untuk langsaikan hutang
.

Istilah durian runtuh ini lebih dikenali sebagai bonus, dividen atau komisyen. Ingat, apabila anda dapat durian runtuh, gunakan duit tersebut sebaiknya. Langsaikan hutang yang paling tinggi faedahnya. Kalau anda mempunyai kad kredit, hati-hati dengan penggunaannya. Kad kredit boleh jadi tali gantung untuk anda kalau salah cara penggunaannya.

4. Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam dana "bayaran penuh" hutang.

Sediakan satu tabung khas dan namakam tabung tu sebagai tabung bayaran penuh. Penggunaan tabung ini adalah seratus peratus melansaikan hutang. Jangan sentuh duit tersebut untuk perbelanjaan.

5. Bila sudah selesai satu hutang, simpan ansuran bulanan seterusnya ke dalam dana "bayaran penuh" hutang.

6. Bayar hutang secara automatik.

Selamat mencuba!

Saturday, 26 March 2016

Solusi Poket Bocor


TIPS ELAK KEBOCORAN WANG BAGI YANG MAKAN GAJI SETIAP BULAN


Masalah Sering Berlaku:.-

Ini yang sering terjadi kepada setiap individu, terutamanya yang MAKAN GAJI

Solusinya:.-

Cara terbaik untuk mengelak diri dari sering terjadi kebocoran wang, asingkan sekurangnya 10% atau mana yang bersesuaian dari pendapatan setiap bulan kepadad EMAS fizikal, kenapa saya suruh anda tukar kepada emas, kerana ini adalah perkara yang Guru saya DAO ajarkan.

Perkara ini telah pun saya jelaskan pada posting CARA URUS WANG PROFESSIONAL.

Kenapa saya katakan cara ini adalah yang terbaik?

Pertama, sememangnya FITRAH manusia dengan wang akan dikaitkan dengan BERBELANJA. Apabila wang yang dipegang atau berada dalam simpanan bank, otak akan sering berfikir untukk berbelanja kerana ianya suatu yang menyeronokkan.

Jadi cara terbaik untuk elakkan diri dari BERBELANJA BERLEBIHAN, selamatkan dahulu pendapatan dengan cara alihkan ke dalam bentuk emas.

Elak kebocoran wang.
Beli EMAS bukan bermakna wang habis digunakan, tapi sebenarnya anda hanya gantikan dari wang kertas kepada logam EMAS.
Apabila wang telah ditukarkan kepada EMAS, secara automatik otak akan terus bertindak mengatakan EMAS cantik, sayang utk dijual, emas untuk simpan. EMAS yang ada pada diri anda tidak akan susut nilainya, bahkan akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Hari ini anda tak perlu risau kerana, anda boleh dapatkan emas seberat 0.5 gram dengan harga kurang daripada RM 100 (harga pada hari ini 20/3/16) dan sudah pasti EMAS FIZIKAL ini mampu anda miliki. Biar mula kecil, hasilnya nanti besar.

Terdapat banyak syarikat-syarikat yang memasarkan emas Gold Bar dengan berat 0.5 gram dan 1 gram. Sebagai contoh syarikat public gold.




Selain itu, anda juga boleh dapatkan emas GoldBar daripada bank ( maybank, UOB bank, etc) atau kedai emas (Poh Kong,Wah Chan, etc) .

Tetapi hati-hati sebelum membeli, pastikan anda tidak ditipu dan kenal pasti diantara semua syarikat, bank dan kedai emas tersebut yang manakah memberikan harga paling murah serta nilai spread nya yang rendah.


Untuk dapatkan GoldBar & Dinar yang berketulenan 999.9, iaitu ketulenan yang bergred tinggi, boleh hubungi saya di 013-2568700.


Monday, 21 March 2016

Ada Duit..!! Wajib TUKAR..!!

KENAPA PERLU TUKAR DUIT KEPADA EMAS?

Pertama

Kita mengajak dan mendakwah umat Islam melindungi kewangan dan kekayaan mereka. Duit kertas yang kita simpan bila-bila masa boleh susut nilai.

Krisis kewangan yang pernah melanda negara kita satu masa dahulu, adakah mustahil berlaku lagi. Kerajaan memaksakan duit kertas. Tetapi kalau duit susut nilai rakyat kena tanggung sendiri. Anda sudah pasti pernah dengar kisah duit pisang bukan, kalau tak tahu boleh Tanya ibu atau ayah anda, atau pun nenek atau atuk anda jika mereka masih ada.

Kedua

Sistem kewangan sekarang tiada keadilan. Projek-projek besar yang dibangunkan melalui dana-dana amanah atau saham awam.
Keuntungan yang diberikan sekitar 8% hanya sekadar menampung inflasi yang memamah kuasa beli duit kertas yang kadar biasanya 4%, dan boleh mencapai 6-7%.

Sebagai contoh katakana anda menyimpan di ASB (saya pon ada buat ASB), anda simpan RM100,000 dan setiap awal tahun anda akan dapat dividem 7% (secara umum) ini bermakna anda akan dapat RM7000, tapi anda kena ingat RM7000 pada January 2015 tak akan sama nilainya dengan January 2016. Inilah yang dimaksudkan inflasi.

Ketiga

Bank-bank yang ada menawarkan pinjaman berkonsepkan keuntungan berganda. Bank yang ada gagal melahirakn orang Islam yang kaya. Apa yang berlaku mereka menawarkan pinjaman dan hutang yang besar dan biasanya berakhir pula dengan memufliskan.
Mengikut Islam memberi pinjam atas dasar bertolong-tolong atas perkara kebajikan dan takwa bukan menjadikannya perniagaan yang sangat laba. Kalau bank menyimpan dinar dan memberikan pinjaman, Bank tidak perlu berorientasikan cas lebihan. Kerana dinar emas dalam simpanan tetap naik nilai sebagaimana dinar emas yang ada tangan peminjam, bila dikembalikan secara beransur tetap nilainya meningkat.

Keempat

Meninggalkan haram, syubhat dan tidak jelas bertukar kepada yang halal.
Melaburkan wang kita kepada saham-saham yang masih berkait dengan tempat-tempat haram tidak akan menenangkan jiwa kita, kerana dosa adalah perkara yang mendatangkan keresahan dan keraguan di dalam jiwa.
Ada pula saham yang banyak melibatkan orang Islam yang dikategorikan harus. Ini pun satu yang perlu dilihat semula. harus tidak semestinya halal. Kalau kita berada di hutan tiada makanan lain yang boleh kita makan melainkan khinzir, kalau kita tak makan boleh menyebabkan kita mati, maka pada ketika itu harus kita makan. Tapi ini tidak bererti khinzir itu halal. Itu pun makan sekadar untuk hidup.

Kelima

Bersama melakukan jihad ekonomi.
Kenapa dolar sebagai matawang yang mesti diterima oleh semua negara Islam termasuk kita? Kenapa tidak dinar? Kenapa kita membangunkan matawang kapitalis yang mendakwa polis dunia yang semahunya meruntuh dan menghancurkan negara umat Islam? Bersengkongkol dengan zionis Israel membunuh rakyat Palestin.
Emas kontra dengan dollar. Emas naik  dollar akan turun. Dollar naik  emas turun. Emas pasti akan naik. Kita boleh mendidik negaranya supaya tidak ego dengan negara umat Islam. Hanya dengan perlaksanaan dinar emas.


Mulakan simpanan emas anda sekarang bersama publicgold. 


Tips Mudahnya Menjemput Rezeki.

Saya kongsikan antara tips Mudahnya Menjemput Rezeki.

1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha rajinkan diri baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa-apa dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.

4. ZIKIR - Banyakkan berzikir kepada Allah.

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Mulakan hari ini dan jangan bertangguh lagi

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. BERSEDEKAH. Sedekah mempunyai keajaiban yang luar biasa.

8. SOLAT AWAL WAKTU. Solatlah di awal waktu. Sekalipun sedang susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkumandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

Lain-lain:

1. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab kebanyakan penyakit bermula dari kaki.
Segalanya tidak mustahil berlaku dengan izin ALLAH..

Wallaahua'lam..

Thursday, 17 March 2016

Book Review #1

REVIEW BUKU #1

Magnet Emas Magnet Kekayaan oleh Ir. Sofian.

Secara jujur kalau anda tanya saya siapa mamat ni, saya akan katakan yang saya tak kenal dan tak pernah jumpa pon. Tapi apa yang menyebabkann saya yakin dengan ilmu beliau dan first time saya nampak buku beliau saya tak pandang kiri kanan saya terus beli buku beliau kerana beliau merupakan anak didik DAO iaitu mentor dan juga guru saya yang cukup saya kagum.

Baik saya tak nak cerita tentang beliau anda boleh je klik ni Ir. Sofian untuk tahu siapa beliau.

Antara isi kandungan buku beliau ialah

√ 10 Rahsia Minda Jutawan Logam
√ Salah Melabur NERAKA Jawabnya.
√ Strategi Ar-Rahnu_ Sedut Duit daripada   Organisasi Berduit
√ 7 Startegi Bijak sebelum Beli Emas Fizikal
√ 5 Piramid Tindakan Jutawan Logam
√ Dan banyak lagi.

Di dalam buku tersebut, penulis ada menyatakan 3 sebab mengapa emas dipilih sebagai medium pelaburan dan bukan yang lain. Perlu diingati bahawa setiap pelaburan punya risiko dan potensinya tersendiri, terpulang kepada pelabur untuk mengikut selera masing-masing.

Antara tiga sebab Ir.Sofian memilih emas sebagai medium pelaburan ialah;

1- Nilai emas dan perak sentiasa luar biasa.
2- Sampai mati tidak rugi.
3- Mencerminkan kekayaan sebenar.

*Untuk keterangan yang lebih lanjut pembaca disarankan untuk mendapatkan buku beliau atau hubungi saya untuk dapatkan rahsia-rahsia dalam pelaburan emas.

Dari segi penulisan buku, penulis menggunakan bahasa yang cukup santai dan mudah untuk difahami. Pada pandangan saya semua golongan boleh memahami dengan mudah apa yang cuba disampaiakn oleh beliau, tapi ingat faham sahaja tidak menckupi anda kena susuli dengan tindakan.

Antara bab yang paling saya teruja adalah dalam bab 5, beliau menulis berkaitan Strategi Spread Premium-Maksimumkan Keuntungan Pelaburan.

Dalam bab ni, apabila seseorang pelabur faham tentang spread dan premium (apa itu spread dan premium saya akan tulis pada masa akan datang) ,bermakna pelabur tersebut faham cara kaut keuntungan pelaburan dengan maksimum. Salah faham dan kebodohan dalam perkara ini akan menyebabkan kita jatuh kedalam lembah NERAKA JAHANAM yang akan meleburkan semua duit pelaburan kita.

Berikut adalah antara strategi Spread dan Premium.

1- Jangan jual asset di kedai emas.
2- Maksimumkan keuntungan pelaburan
3- Kaut untung dengan spread dan premium.
4- Tidak lagi simpan duit kertas (kekuatan asset kalis inflasi)

*Untuk keterangan yang lebih lanjut pembaca disarankan untuk mendapatkan buku beliau atau hubungi saya untuk dapatkan rahsia-rahsia dalam pelaburan emas.

Bab kedua yang meyebabkan saya tidur jam 2 pagi untuk menghabiskan buku ini adalah bab yang semua orang suka termasuklah anda dan saya iaitu Strategi Ar-Rahnu_ Sedut Duit daripada Organisasi Berduit. Pada mulanya pada fikiran kita, ini adalah satu-satunya cara paling cepat untuk buat duit, tapi hati-hati anda munkin akan terjatuh ke dalam lambah NERAKA JAHANAM, sekiranya tidak ada ilmu berkaitan dengan Ar-Rahnu.

Dalam buku ini, beliau iaitu Tuan Ir.Sofian sekali lagi menerangkan dengan cukup ringkas dan padat, beliau nyatakan 7 Langkah Mudah Mulakan Operasi Gadaian Ar-Rahnu;

1- Fokus pada kuantiti emas.
2- Buat pinjaman maksimum.
3- Jadi bijak dan celik.
4- Kawal emosi.
5- Baleajar analisis, pantau harga emas.
6- Lebarkan sayap kewangan.
7- Membangun komuniti pelabur logam.

Antara pesanan eksklusif untuk mereka yang mahu gunakan teknik Ar-Rahnu “Sebarang teknik Ar-Rahnu ini banyak bergantung pada tahap keupayaan kita untuk menjalankannya. Sentiasa berhati-hati. Untuk menggunakan teknik ini, ilmu membaca pergerakan harga mesti mantap dan catatan buku kira-kira dan calendar adalah wajib….”

Pesan akhir dari saya, sebelum anda melabur dalam logam yang bernilai ini,tanya diri anda tentang lima perkara ini dan berikan lima jawapan bagi setiap soalan berikut, ya lima jawapan;

Kenapa saya memilih pelaburan logam (emas/perak) ?





Apakah yang saya faham tentang potensi pelaburan logam ?





Apakah tahap ilmu pelaburan logam yang saya ada swkarang ?





Siapakah mentor/guru saya dalam pelaburan logam ?





Apakah tindakan yang akan saya lakukan selepas ini ?





Saya doakan anda kaya dan berjaya. Jangan lupa dapatkan emas 1 gram sebagai penarik rezeki anda dan permulaan pelaburan anda dalam pelaburan logam ini. Hubungi saya untuk keterangan lanjut 013-2568700.

Buku fizikal Magnet Emas dan koleksi simpanan emas saya.

Tips Mudah Jadi Jutawan

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan je duit balance yang seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang untuk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jangan lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jadi penumpang.

7. Adakala kita tengah queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dengan family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon macam kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum untuk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yang mana yang patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat orang sakit kat wad, time nak belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan kesejahteraan mereka.Besar nilainya bagi orang yang tengah sakit dapat ingatan sebegitu. Orang kenamaan sahaja biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya. Mulakan simpanan emas untuk jangka masa panjang.

Rasai aura jutawan. 

Ilmu Asas Emas.

Salam kejayaan kepada semua pembaca, jadi pada hari ini saya nak kongsikan sedikit ilmu asas berkaitan emas.

Sebelum kita pergi lebih jauh berkaitan bagaimana pelaburan emas ini boleh buat duit, adalah lebih baik untuk kita mengetahui dengan lebih dalam berkaitan emas ini.

Amaran: Artikel ini agak panjang,pastikan anda enjoy the reading...hehehehe..

Jadi mari mulakan pengembaraan kita.

■ Berapa banyak emas yang wujud di dunia pada hari ini?
Jawapannya mungkin mengejutkan anda. Oleh kerana emassecara praktikalnya tahan selama-lamanya dan tidak berkarat atau turun nilainya, dianggarkan kesemua emas yang pernah dikeluarkan dari dunia ini masih ada di luar sana di sesuatutempat dan dalam sesuatu bentuk. Itu betul; semua emas yang pernah dikeluarkan masih wujud. Jadi itu bermaksud, syiling emas dalam tangan anda mungkin pernah dipegang oleh Firaun pada satu masa dahulu ataupun pernah menghiasi beberapa kuil Inca! 

Adalah dianggarkan ada sejumlah 161,000 tan emas yang wujud di dunia pada hari ini. Sekiranya semua emas itu dileburkan dan dibentuk semula, ia akan membentuk kiub segi empat dengan saiz berukuran 18 meter, 3 meter pendek daripada kepanjangan satu gelanggang tenis. Atau untuk menyebutnya dalam cara lain, ia akan memenuhi 60 treler trektor. Ia tidaklah banyak, bukan? 

Pada harga $1,200 satu auns, nilainya adalah sekitar $6 trilion, yang hanya sekitar 1 peratus daripada kumpulan aset kewangan dunia.

■ Negara mana yang mengeluarkan paling banyak emas?
Negara Afrika Selatan telah menjadi nombor satu selamabertahun-tahun. Namun kini tidak lagi kerana China telahmengatasi mereka. China mengeluarkan 280.5 tan dalam tahun 2008, diikuti dengan Afrika Selatan (269.9 tan) dan Australia (246.3 tan).

■ Negara mana yang menggunakan paling banyak emas?
Jawapannya ialah India. Negara itu menggunakan 555.1 tan emas dalam tahun 2007. Dan terma ‘menggunakan’ di sini bermaksud permintaan, dan bukan ‘penggunaan sehingga lupus.’

■ Apakah kegunaan terbesar emas?
Dalam turutan permintaan: barangan kemas (69 peratus atau 2,548 tan), pelaburan (19 peratus atau 703 tan) dan perindustrian (12 peratus atau 441 tan).

■ Apakah itu dana Sovereign Wealth?
Dana Sovereign Wealth adalah dana pelaburan sesebuah kerajaan yang ditaja oleh aset tukaran asing. Dana ini diuruskan secaraberasingan daripada rizab rasmi sesebuah negara. 

Perbezaanutama antara keduanya ialah dana ini diuruskan bagimendapatkan kadar pulangan yang lebih tinggi sementara rizab diuruskan bagi kecairan dan keselamatan.

Jumlah dana Sovereign Wealth ini berkembang sejak iadilancarkan pada tahun 1950-an. Ada lebih daripada 40 dana Sovereign Wealth yang beroperasi pada hari ini,menguruskan aset-aset bernilai $3.8 trilion. Tiga daripada danaterbesar ialah Abu Dhabi Investment Authority, Government Investment Corporation (Singapura) danGovernment Pension Fund-Global (Norway).

■ Apakah itu auns troy?
Emas diukur dengan auns troy, yang berbeza dengan aunsavoirdupois (ukuran yang lebih diketahui umum dan yangdigunakan dalam kehidupan seharian kita). Satu auns troy ialah lebih kurang 10 peratus lebih berat daripada auns avoirdupois (angka yang tepat ialah 1.097 aun). Satu auns troy ialah tepat 31.1 gram atau 480 grain.Buku-buku sejarah mengatakan bahawa ia mendapat namanya sempena perayaan Troyes di Champaign, Perancis, iaitu pusat perdagangan yang penting untuk logam-logam bernilai pada abad ke-15.

■ Bolehkah emas dileburkan?
Ya, ia boleh. Emas boleh dileburkan pada had 1,064.43centigrade. Jangan cuba ini di rumah!

■ Apakah graviti tertentu emas?
Baiklah, saya akan menjawab soalan ini untuk menggembirakan ahli-ahli sains. Graviti tertentu emas ialah 19.3. Dalam bahasa Melayu, ini bermaksud emas adalah 19.3 kali ganda lebih berat daripada sejumlah sama air.

■ Siapakah yang mula-mula sekali menerbitkan syiling emas?
Ah, soalan sejarah! 

Ia adalah Croesus, maharaja Lydia (kawasan ini terletak di barat Turki), yang pertama menerbitkan syiling emas pada tahun 560 S.M. Apa yang istimewa mengenai syiling-syiling ini ialah sama berat dan nilainya antara satu sama lain, dan oleh itu bolehdigunakan sebagai wang seperti yang kita ketahui.
Sesetengah orang mengatakan lagenda Raja Midas dan sentuhan emasnya sebenarnya adalah berdasarkan Croesus.

■ Apakah itu karat?
Emas biasanya dikira dengan karat, iaitu bahagian emas dalam sesuatu produk emas. Emas tulen adalah 24 karat. Angka yang lebih rendah menunjukkan kandungan emas berbanding aloi dalam barangan emas itu. Jadi, 18 karat ialah 18/24 daripada 100 peratus emas atau 75 peratus emas. Bahagian 25 peratus lagiterdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi perak, tembaga, zink atau paladium. Tujuan utama menambahkanlogam lain ialah untuk menguatkan produk itu (emas tulen adalah lembut).

Secara alternatifnya, kandungan emas boleh dikira melalui‘ketulenan’, iaitu kandungan emas dalam bahagian-bahagian setiap ribu, sebagai contoh 750 (iaitu 75 peratus atau emas 18 karat). Untuk pengetahuan anda, carat (yang dieja denganhuruf ‘c’) pula ialah ukuran bagi mengukur berat batu berharga,terutamanya permata.

■ Apakah itu emas putih?
Emas putih ialah emas 18 karat, yang bermaksud ia dibuatdaripada 75 peratus emas dan 25 peratus logam lain. Logam itu menjadi putih kerana ia disalut dengan rodium (logam yang keras, bersinar dan berwarna putih).

■ Apakah itu bulion?
Bulion bermaksud satu logam berharga yang disiapkan dan mempunyai berat tertentu. Jadi, jongkong emas dan syiling emas adalah kedua-duanya bulion.

■ Mengapakah premium syiling yang kecil lebih tinggidaripada syiling 1 auns? 

Kos membuat syiling lebih kurang sama tanpa mengira saiznya. Jadi, premium yang dikenakan untuk syiling lebih besar (1 auns) lebih rendah kerana kos pembuatan boleh diratakan kepadajumlah emas yang lebih besar. 

Secara amnya, premium untuk jongkong emas lebih rendahdaripada syiling kerana ia kurangnya kos pengendalian. Sudah tentu, sebaliknya bagi barangan kemas kerana premiumnya lebih tinggi bagi menampung kos pembuatan dan pengendalian.

■ Orang Islam wajib membayar zakat ke atas emas yangmereka miliki. Bagaimana perkiraannya? 

Pertamanya, terdapat dua kategori emas, apabila berbicaramengenai zakat emas: (1) barangan kemas, dan (2) pelaburan.
Barangan kemas adalah emas yang dipakai oleh wanita. (Adalah haram bagi lelaki Islam memakai emas di badan mereka.) Initermasuk cincin, rantai, loket, gelang tangan, subang, gelang tangan, dan sebagainya. Dan untuk menjadikan perkara ini jelas, anda masih perlu membayar zakat walaupun isteri dan anak perempuan tidak menggunakan barangan kemas itu dan hanya membiarkannya berada di dalam laci! 

Kadar mahrub di negeri Selangor ialah 800 gram. Inibermaksud, anda hanya membayar zakat sekiranya beratkeseluruhan barangan kemas melebihi angka ini. Tidak ada bayaran yang perlu sekiranya berat emas anda berada di bawah angka itu. Dan ya, zakat hanya perlu dibayar sekiranya andamemiliki emas itu untuk tempoh melebihi satu tahun.Formulanya adalah seperti berikut: 

Berat emas × harga semasa pada hari itu × 2.5%
Sebagai contoh, sekiranya berat barangan kemas anda ialah 900 gram dan harga semasa ialah RM50 setiap gram, anda kemudian memasukkan angka-angka ini ke dalam formula: 900 gram × RM50 = RM45,000 × 2.5% = RM1,125.
Maka zakat anda adalah RM1,125. 

Kategori kedua ini ialah emas yang disimpan sebagai pelaburan. Ini akan termasuk syiling, wafer, jongkong, perhiasan rumah, dan sebagainya. Atau dalam kata lain, sebarang bentuk emas kecuali yang digunakan sebagai barangan kemas.

Kadar mahrub di sini ialah 85 gram. Ini bermaksud, anda hanya perlu membayar zakat sekiranya berat keseluruhan emas adalah melebihi angka ini. Perkiraannya adalah seperti berikut:
Berat emas × harga semasa pada hari itu × 2.5%
Sekiranya berat emas anda ialah 90 gram dan harga semasa ialah RM50 setiap gram, maka: 90 gram × RM50 = RM4,500 × 2.5% = RM112.50.
Zakat anda adalah RM112.50. 

Anda boleh membayar zakat ini di mana-mana pusat pungutan zakat di negara ini.

■ Mengapakah syiling didatangkan dengan nilai muka? Contohnya, syiling 1 auns Kijang Emas mempunyai nilai muka sebanyak RM200. Mengapa? 

Nilai muka memberikan status niaga kepada syiling berkenaan, yang menjadikannya lebih mudah untuk dibawa merentasisempadan ke negara-negara lain tanpa dikenakan cukai atautarif. 

Tapi sudah tentu, nilai muka hanyalah perkara nominal. Tiada sesiapa yang membeli atau menjualnya pada nilai muka,walaupun pihak yang mengeluarkan syiling itu sendiri. Sebaliknya, syiling itu diniagakan pada harga semasa emas ditambah dengan premium.

■ Kenapakah logam lain dicampurkan dengan emas? 

Emas tulen adalah lembut jadi logam lain seperti perak dan tembaga selalunya ditambah bagi menjadikannya lebih keras dan tahan lasak. Ini khusus sekiranya emas itu digunakan untuk perdagangan. Segala pengendalian itu akan merosakkan emas, jadi akan menjatuhkan nilainya. Ini juga menjelaskan kenapa kebanyakan barangan kemas adalah dalam bentuk 18 atau 22 karat.

■ Adakah syiling 24 karat lebih baik daripada 22 karat?
Jawapan pendeknya, ya.
Walau bagaimanapun, syiling emas 22 karat akanmempunyai keseluruhan beratnya dalam emas. Berat tambahan itu adalah kerana logam lain telah ditambah kepadanya untuk menjadikannya lebih kuat. 

Kedua-dua syiling U.S. Eagles dan Krugerrand adalah emas 22 karat. 

Syiling emas Canadian Maple Leaf, Chinese Panda,Australian Kangaroo, Singapore Lion dan Kijang Emas adalah semuanya 24 karat. Memandangkan kesemua syiling ini adalahbertujuan sebagai pelaburan dan bukan perdagangansemata-mata, ia boleh diterbitkan dalam bentuk emas tulenkerana ia jarang dikendalikan.

■ Adakah emas memerlukan pengendalian atau penjagaan yang khusus?
Emas tidak berkarat, luntur atau kotor. Ini bermakna anda tidak perlu membasuhnya, mengelapnya ataupun mencucinya. 

Namun, anda digalakkan menyimpannya dalam tiuboriginal, bekas atau bungkusan plastik bagi mengelakkannyatercalar. Calar itu tidak akan memberi kesan kepada nilai emas itu tetapi ia mungkin memberi kesan kepada harga jualan semulamemandangkan kebanyakan penjual menghendaki emas itu kekal dalam keadaan asalnya yang sempurna.

■ Adakah saya perlu membuat laporan apabila saya membeli emas? Bagaimana ketika saya menjualnya?
Anda tidak perlu melaporkan kepada sesiapa atau mana-manajabatan apabila anda membeli atau menjual emas.

■ Adakah terdapat had maksimum untuk emas yang sayamiliki?
Tidak, anda boleh membeli dan memiliki sebanyak mana emas yang anda inginkan. Tidak ada kadar maksimum.

■ Di manakah saya boleh menjual emas?
Jawapan pertama ialah anda boleh menjualnya di mana-mana di dunia ini.
Jawapan yang lebih baik ialah tempat yang sama di mana anda membelinya. Anda akan melalui kurang kerenah di sana. 

Ini menjelaskan kenapa anda patut membeli (1) emas dalam bentuk yang paling diterima ramai kerana ia mempunyaipasaran yang paling luas, (2) daripada syarikat-syarikat yangbesar kerana peluang untuk mereka tutup kedai adalahrendah. 

Syarikat yang lain mungkin akan membeli emas yang anda beli dari tempat lain tetapi mereka biasanya akan mengenakan caj yang tinggi. Ini mungkin setinggi 25 peratus atau lebih daripada harganya.

■ Adakah saya perlu membayar cukai ke atas keuntungan jualan emas? 

Tiada cukai ke atas keuntungan jualan di Malaysia (kecualiuntuk hartanah). Jadi, ini bermaksud anda boleh menyimpan semua keuntungan anda!

Alhamdulillah, bagaimana tercungap tak membacanya. Sekiranya ada perkara yang masih tak jelas anda dialu-alukan untuk hubungi/whatsapp saya di talian 013-2568700 atau boleh pm facebook saya syawal ibn ameron.

BTW, ilmu ini saya dapat dari mentor saya seorang lagi tu namanya Azizi Ali.

Wednesday, 16 March 2016

Urus Duit Cara Profesional.

TIPS DARI DR AZIZAN OSMAN.

Saya dapat nota ni,sewaktu menghadiri #IMKKmarch2016,  jadi apa tunggu lagi.

Manfaatkan sebaiknya ilmu ini, manusia yang terbaik,adalah manusia yang memberi manfaat pada orang lain.

-Merancang kewangan kita sebelum terlewat.

Waktu Pagi:
❎ Jgn Withdraw Duit Dari Atm
❎ Jgn Byr Loan
❎ Jgn Byr Hutang
.
•Pagi adalah Utk Kita:
•Sedeqah
•Jemput Rezeki Melalui Dhuha
•Berzikir Dan Selawat

Semua untung bersih@gaji bersih mesti diagihkan ke dlm 6 TABUNG
.
1- Tabung NEC 55%
Singkatan kpd neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, byr sewa, kete, bil.,amik dr tabung NEC ni
.
2- Tabung FFA 10%
Financial Freedom Account.
Saving tetap kita. Jgn guna langsung utk tempoh yg pjg.,cth 10 thn.
Option simpanan utk FFA -
1. Unit trust
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold (boleh tanya saya)
6. Simpan dlm tabung kt rumah.
Yg penting kita dh start create passive income utk masa depan kita.
.
3- Tabung LTSS 10%
Long term saving for spending.
Simpanan jangka masa pjg utk dibelanjakan.
Cth. Kumpul utk beli hp, deposit kete.,dll
.
4- Tabung FUN (PLAY) 10%
Duit dr tabung ni br boleh guna utk joli, blanja mkn, reward diri
.
5- Tabung EDU 10%
Tabung pendidikan.
Utk siapa?
Utk anak?
Diri sendiri mcm pi motivasi ke coaching ke
Yee...utk diri sendiri. Sbb yg nk kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna tuk gi seminar, beli buku dll
Lps ni x de alasan x de duit nk blanja utk tambah ilmu. Korban skit tuk dpt yg lebih besar
Ank akn ada bhgn dia bila kita dah berjaya nnti
Kita slalu pikir ank je...tp x pernah pikir nk majukan diri sendiri dulu
.
6- Tabung 5% CHARITY
Yang ni yg paling penting. Gunakan utk sedekah dan derma
Wajib ada
Tabung kebajikan
Tabung tu kita guna tuk bantu org lain
INGAT
Kita jgn jd perompak kpd bisnes kita sendiri!
.
...besarkan kapasiti tabung anda..supaya kita boleh masukkan lebih byk rezeki...
Untuk mengelakkan Kebocoran Wang ..
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET...
Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat...
.
Banykkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan
.
kebocoran berlaku sbb duit tu bkn hak kita sebenarnya. Byk faktor yg jd penyebbnya
Ada duit je adalah masalah dtg, kete rosak, ank sakit dll...
Bermakna duit kurang berkat..,selalu berlaku pd ramai org...
Lps ni check blik diri kita.
❤Hubungan dgn manusia, ibubapa, suami, ank2
Ada dendam sesiapa
Ada x maafkan org..
Ada sakitkan hati org
Pikir semula.
.
Mohon maaf dan memaafkan org adalah perkara yg terbaik.
Bersama my partner in crime.
Bersama Daie Millenia Dai Hijrah.

Jenis Emas

JENIS EMAS DAN KANDUNGANNYA


1)   Emas 999
• Mempunyai kandungan 99.9% emas
• Tidak di campur dengan bahan-bahan lain (Pure emas)
• Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’.

2)   Emas 950
• Mempunyai kandungan 95.0% emas.
• Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 23 Karat (23K)


3)   Emas 916
• Mempunyai kandungan 91.6% emas.
• Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.

4)   Emas 835
• Mempunyai kandungan 83.5% emas.
• Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas di Kelantan.

5)   Emas 750
• Mempunyai kandungan 75% emas.
• Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Paun atau Emas 18 Karat (18K)
• Kurang polular dikalangan pembeli emas kerana mutunya.

Bersama orang yang memperkenalkan saya tentang Publicgold

Beza GB/D/BK

Gold Bar @ Dinar @ Barang Kemas 




Saya seringkali ditanya dengan soalan ini terutamanya daripada individu yang baru ingin bermula dalam bidang pelaburan Emas & Perak. Saya akui, ketika saya bermula dulu saya membeli semua jenis emas dengan tujuan ingin memiliki semua jenis bentuk dan berat yang ada.

Namun begitu, berdasarkan pengalaman setelah saya melibatkan diri dalam bidang pelaburan ini, saya dapati bahawa pemilihan jenis dan berat emas yang perlu dibeli adalah bergantung kepada matlamat pelaburan dan tujuan penggunaanya, dan faktor2 ini pula semestinya berbeza diantara satu individu dengan individu yang lain.

Jenis - jenis produk pelaburan, berat dan cadangan penggunaannya :

EMAS 


1- Gold Bar 999.9 ~ 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g.

Emas Bar ataupun Gold Bar lebih sesuai dipilih bagi tujuan pelaburan dalam tempoh masa pertengahan ( Mid Term ) iaitu sekitar 1-2 tahun. Sebagai contoh, katakan Abu mempunyai tunai sebanyak RM10,000.00 dan ingin digunakan untuk membayar deposit rumah barunya dalam masa 2 tahun lagi, maka Abu menggunakan wang tersebut untuk membeli Gold Bar seberat 20g x 2 = RM8,000 dan 10g x 1 RM2,000.

Beliau memilih untuk membeli emas seberat 50g dengan pecahan variasi 20g x 2 dan 10g x 1 berbanding 50g x 1 dengan membuat perkiraan sekiranya berlaku kenaikan harga emas sebanyak 25% setahun, maka kenaikan selama 2 tahun adalah 50%, dan pada ketika beliau hanya perlu menjualkan emas 20g x 1 dan 10g x 1 sahaj untuk mendapatkn tunai sebanyak RM10,000.00 yang ingin digunakannya. Dengan cara ini, beliau masih mempunyai sekeping emas 20g dalam simpanannya yang telah meningkat nilai sebanyak 50% dan ianya boleh digunakan pada masa akan datang bagi tujuan pembelian rumah yang kedua pula. Berbanding jika beliau membeli hanya sekeping 50g, pemilihan seperti ini lebih menguntungkan lagi.


2- Emas Dinar 916 ~ 1/2 dinar, 1 dinar,  5 dinar,  10 dinar. 


Dinar Emas lebih sesuai digunakan sebagai simpanan dan penggunaan bagi keperluan semasa, saya mengibaratkan Dinar ini adalah sebagai Saving Account yang anda ada ketika ini. Berbanding saya hanya membiarkan wang tunai tidak membiak di dalam akaun simpanan, adalah lebih baik saya menukarkan kesemuanya kepada Emas 1 Dinar.

Pada bila2 masa sekiranya saya memerlukan tunai, saya hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar sekadar jumlah tunai yang saya perlukan sahaja, dan pada bila2 masa saya mempunyai sejumlah wang yang tidak digunakan, maka saya akan menukarkannya kepada 1 Dinar sebagai tambahan kepada simpanan Dinar yang sedia ada. Dengan cara ini, saya bukan sahaja menyimpan, bahkan saya juga membuat pelaburan walaupun jumlahnya hanya serendah RM700 - RM800, tetapi simpanan saya tetap berganda dari masa ke semasa apabila saya menukarkannya kepada tunai kelak.

3- Rantai Emas Pelaburan 22k ~ 10g, 20g, 50g dan 100g.


Produk rantai ini dikenali sebagai produk i-series atau i-jewellery. Ianya dikeluarkan khusus bagi tujuan gadaian di mana2 Ar-Rahnu yang menawarkan pajakan dalam bentuk barangan kemas. 

Justeru, rekabentuk kesemua produk ini sama sahaja dan ianya lebih padu dan tumpat berbanding emas perhiasan sebenar. Sekiranya anda berhajat untuk membeli emas dan menggadaikannya semula, produk ini boleh dijadikan sebagai pilihan.

Jika anda mahukan pelaburan emas dalam tempoh masa pertengahan (Mid Term) dan dalam masa yang sama mahu memiliki emas bagi penggunaan dan simpanan tambahan semasa, maka anda boleh membeli rantai ini terlebih dahulu, kemudian anda boleh membuat proses gadaian di Ar-Rahnu. Tunai hasil gadaian tadi boleh digunakan untuk membeli emas 1 Dinar pula bagi tujuan penggunaan semasa disamping untuk menampung kos upah simpan pada setiap 6 bulan sekali. Cara ini secara tidak langsung akan menggandakan jumlah emas yang anda miliki.


PERAK






1- Perak Bar 999.9 ~ 1oz, 250g, 500g dan 1000g (1 kg)

Perak atau Silver lebih sesuai bagi tujuan pelaburan jangkamasa panjang iaitu sekitar 2 tahun ke atas. Walaupun kenaikan harga Silver lebih tinggi berbanding emas, namun kadar spread nya agak tinggi berbanding emas selain ianya tidak boleh digadaikan. Justeru, ia lebih sesuai bagi matlamat pelaburan yang ingin dicapai dalam jangkamasa melebihi 2 tahun.

Sebagai contoh, katakan Ali bercadang untuk menunaikan Haji 5 tahun dari sekarang dan beliau mempunyai simpanan sebanyak RM5,000.00, maka wang itu boleh digunakan bagi membeli Silver Bar dengan variasi pecahan 250g x 5 RM5000.00. Katakan kenaikan Silver setahun pada kadar 50%, maka dalam masa 5 tahun nilai Silver yang dibeli telah meningkat sebanyak 250% kepada RM17,500.00. Dalam ertikata lain dengan hanya RM5,000 sahaja beliau sudah boleh menunaikan Fardhu Haji berbanding sekiranya beliau menyimpan di dalam Tabung Haji dengan kenaikan 5% setahun, jika 5 tahun baru 25%.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah cadangan berdasarkan apa yang saya praktikkan sahaja, dan cadangan ini hanya sekiranya anda ingin menjadi seorang Pelabur Emas & Perak. Sebagai seorang Pelabur, turun naik harga semasa tidak banyak mempengaruhinya kerana setiap pelaburan yang dibuat mempunyai matlamat yang jelas dan apa yang paling penting bagi seorang pelabur adalah mengenalpasti waktu bila mereka perlu JUAL, bukannya waktu bila mereka patut BELI.

Sekarang anda sudah faham..??