Monday, 21 March 2016

Ada Duit..!! Wajib TUKAR..!!

KENAPA PERLU TUKAR DUIT KEPADA EMAS?

Pertama

Kita mengajak dan mendakwah umat Islam melindungi kewangan dan kekayaan mereka. Duit kertas yang kita simpan bila-bila masa boleh susut nilai.

Krisis kewangan yang pernah melanda negara kita satu masa dahulu, adakah mustahil berlaku lagi. Kerajaan memaksakan duit kertas. Tetapi kalau duit susut nilai rakyat kena tanggung sendiri. Anda sudah pasti pernah dengar kisah duit pisang bukan, kalau tak tahu boleh Tanya ibu atau ayah anda, atau pun nenek atau atuk anda jika mereka masih ada.

Kedua

Sistem kewangan sekarang tiada keadilan. Projek-projek besar yang dibangunkan melalui dana-dana amanah atau saham awam.
Keuntungan yang diberikan sekitar 8% hanya sekadar menampung inflasi yang memamah kuasa beli duit kertas yang kadar biasanya 4%, dan boleh mencapai 6-7%.

Sebagai contoh katakana anda menyimpan di ASB (saya pon ada buat ASB), anda simpan RM100,000 dan setiap awal tahun anda akan dapat dividem 7% (secara umum) ini bermakna anda akan dapat RM7000, tapi anda kena ingat RM7000 pada January 2015 tak akan sama nilainya dengan January 2016. Inilah yang dimaksudkan inflasi.

Ketiga

Bank-bank yang ada menawarkan pinjaman berkonsepkan keuntungan berganda. Bank yang ada gagal melahirakn orang Islam yang kaya. Apa yang berlaku mereka menawarkan pinjaman dan hutang yang besar dan biasanya berakhir pula dengan memufliskan.
Mengikut Islam memberi pinjam atas dasar bertolong-tolong atas perkara kebajikan dan takwa bukan menjadikannya perniagaan yang sangat laba. Kalau bank menyimpan dinar dan memberikan pinjaman, Bank tidak perlu berorientasikan cas lebihan. Kerana dinar emas dalam simpanan tetap naik nilai sebagaimana dinar emas yang ada tangan peminjam, bila dikembalikan secara beransur tetap nilainya meningkat.

Keempat

Meninggalkan haram, syubhat dan tidak jelas bertukar kepada yang halal.
Melaburkan wang kita kepada saham-saham yang masih berkait dengan tempat-tempat haram tidak akan menenangkan jiwa kita, kerana dosa adalah perkara yang mendatangkan keresahan dan keraguan di dalam jiwa.
Ada pula saham yang banyak melibatkan orang Islam yang dikategorikan harus. Ini pun satu yang perlu dilihat semula. harus tidak semestinya halal. Kalau kita berada di hutan tiada makanan lain yang boleh kita makan melainkan khinzir, kalau kita tak makan boleh menyebabkan kita mati, maka pada ketika itu harus kita makan. Tapi ini tidak bererti khinzir itu halal. Itu pun makan sekadar untuk hidup.

Kelima

Bersama melakukan jihad ekonomi.
Kenapa dolar sebagai matawang yang mesti diterima oleh semua negara Islam termasuk kita? Kenapa tidak dinar? Kenapa kita membangunkan matawang kapitalis yang mendakwa polis dunia yang semahunya meruntuh dan menghancurkan negara umat Islam? Bersengkongkol dengan zionis Israel membunuh rakyat Palestin.
Emas kontra dengan dollar. Emas naik  dollar akan turun. Dollar naik  emas turun. Emas pasti akan naik. Kita boleh mendidik negaranya supaya tidak ego dengan negara umat Islam. Hanya dengan perlaksanaan dinar emas.


Mulakan simpanan emas anda sekarang bersama publicgold. 


No comments:

Post a Comment