Thursday, 16 June 2016

Logo BNM, Konspirasi atau Kebetulan.

Rasanya tidak salah kalau saya mengatakan, umum mengetahui bahawa ada yang mengatakan logo Bank Negara Malaysia (BNM) itu adalah anjing Firaun (Pharaoh Hound).

Dengan kewujudan ramai blogger di Malaysia sekarang ini, ada yang mengambil jalan mudah untuk popular dengan membuat cerita-cerita yang kononnya "teori konspirasi" serta bertujuan untuk kononnya membantu menyedarkan masyarakat tentang perkara yang disiasat oleh mereka.

Tapi kita sebagai pembaca juga perlulah bijak jangan percaya sahaja 100% kepada penulis-penulis konspirasi ini. Kebanyakan daripada mereka menulis hanya untuk mengapi-apikan pembaca mereka dengan harapan pembaca akan kongsikan artikel mereka kepada kawan-kawan dan entri tersebut akan menjadi popular. Mereka tidak berkongsi fakta di dalam entri mereka.

Ada juga yang tidak tahu berkenaan sesuatu isu itu tetapi kerana mengejar traffik blog, mereka "copy paste" cerita orang lain di blog mereka. Apabila pembaca bertanya dengan lebih lanjut, mereka langsung tidak tahu bagaimana hendak menjawab persoalan tersebut. Berikut adalah kupasan berkaitan logo BNM.

Logo BNM: Sejarah & Konspirasi.

1. Kenapa logo itu dipilih

Logo tersebut di ilhamkan oleh Allahyarham Tun Ismail Mohamed Ali, Gabenor BNM pada tahun 1964 lagi. Idea itu timbul berdasarkan kepada duit syiling emas lama, duit emas kupang Kelantan. Duit syiling tersebut mempunyai motif Kijang (barking deer). BNM kemudian secara rasminya menggunakan lambang kijang, matahari dan bulan sabit pada logonya. Matahari melambangkan kuasa dan bulan sabit melambangkan Islam, agama rasmi Malaysia. Fakta ini adalah berdasarkan kepada maklumat di laman web BNM; The Bank's Logo. Sebenarnya, logo BNM dipilih bukan berdasarkan kepada haiwan kijang tetapi daripada duit emas lama Kelantan, kupang emas.

2. Anjing Firaun.

Kebanyakan daripada blog-blog konspirasi tersebut mengatakan logo BNM itu adalah anjing Firaun dan bukannya kijang tetapi adakah anda semua membuat carian tentang anjing Firaun atau di dalam bahasa Inggerisnya Pharoah Hound tersebut? Jika anda membaca di laman-laman web kebanyakannya mengatakan yang anjing tersebut adalah anjing Firaun yang berasal dari Egypt sejak lebih 3000 tahun dulu yang ditinggalkan di kepulaun Malta. Namun,  jika kita membuat carian dengan lebih lanjut, ada orang Malta yang mengatakan itu cumalah dongengan semata (misleading name Pharaoh Hound). Nama "Pharaoh" itu dibuat oleh orang Inggeris yang membawa anjing tersebut ke tempat mereka dari Malta pada tahun 1960an kerana ia menyerupai gambar anjing yang ada didalam piramid Firaun. Nama asal anjing Firaun tersebut adalah "Kelb tal-Fenek" yang membawa maksud anjing pemburu arnab (Rabbit Hound). Malangnya, usaha mereka untuk menukar nama tersebut tidak diterima semata-mata untuk menjaga nama yang telah diguna pakai sejak dulu lagi, Pharoah Hound.

3. Kijang

Jika kita membaca berkenaan kijang pula, memang rupanya jauh berbeza dengan apa yang ada pada logo BNM tetapi kijang apabila dia ketakutan, ekornya akan terangkat ke belakang dan ekornya sepanjang 1-2 inci. Syiling kupang tersebut telah digunakan sejak kurun ke-17 lagi, kita kena berfikir adakah kemungkinan kijang pada masa itu berekor panjang? Boleh jadi juga, orang yang mereka bentuk kijang tersebut tersilap sehingga membuatkan ekor kijang tersebut panjang. Walau bagaimanapun, ini cuma andaian dan imaginasi bukan fakta.

4. Syiling kijang emas.

Ada yang mengatakan syiling Kijang Emas Kelantan telah digunakan sejak pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, Raja perempuan Kelantan pada tahun 1610.
"Cik Siti Wan Kembang bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai. Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang amat disukai Baginda, iaitu persembahan daripada rakyat Baginda yang tinggal di Gunung Ayam. Gambar kijang ini telah diterap di atas wang emas dengan perbelanjaan negeri, dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada daripada lambang kebesaran negeri Kelantan yang berkekalan hingga ke hari ini".

Sumber dari kelantan.gov.my (Sejarah Cik Siti Wan Kembang).

Versi lain mengaitkan Kijang emas tersebut dengan agama Hindu. Ini kerana rekabentuk pada syiling Kijang menyerupai lembu berbonggol belakang India dan juga motif lembu pada duit syiling Hindu kuno yang diedarkan di Utara Tanah Melayu Utara sebelum itu.

Kesimpulannya, Logo BNM yang ada pada ketika ini dipilih berdasarkan kepada corak kijang pada duit syiling Kijang Emas Kelantan bukannya Kijang sahaja. Ianya dipilih kerana syiling tersebut mempunyai sejarah tersendiri kepada Tanah Melayu dan juga Kesultanan Melayu. Terpulang kepada anda untuk menerima ataupun tidak, buat kajian anda sendiri.

Jangan percaya 100% kepada saya dan juga penulis blog konspirasi. Selain daripada maklumat di laman web BNM yang saya dikongsikan disini, tidak ada kenyataan rasmi lain BNM berkenaan dengan logo mereka.

Kesimpulanya, bukan benar atau tidak cerita ini. Apa yang saya nak tekan kan ialah berkaitan hakikat wang kertas/wang fiat yang kita gunakan hari ini. Terlalu banyak konspirasi, kan lebih baik kalau kita beralih kepada wang sunnah, emas dan perak, dinar dan dirham.

Untuk keterangan lanjut berkaitan emas dan perak boleh hubungi admin di talian 013-2568700.

Saturday, 11 June 2016

Rahsia Bank Negara Yang Ramai Tak Tahu.

Ramai nak tahu sejarah BNM. Pada 26 January 1959  tertubuhlah sebuah bank Rothschild yang diberi nama Bank Negara Malaysia (National Bank Of Malaysia).

Istilah ''Bank Negara'' bukanlah bermaksud ia milik kerajaan Malaysia yang dipilih rakyat, ia sebenarnya sebuah bank persendirian tetapi rakyat ditipu dengan istilah ''Bank Negara''
Rothschild memilih perkataan Bank Negara untuk memanipulasi pemikiran rakyat. Jika dinamakan Bank Of Rothschild , dah tentu ia akan menerima tentangan kerana bunyi nama tersebut tak berkepentingan rakyat.

Maka Rothschild memberi nama ''Bank Negara'' untuk menutup mata rakyat, dan istilah ''Bank Negara'' diguna pakai di semua negara dunia  yang pada hakikatnya bukan milik kerajaan atau lebih jelas lagi, bukan milik rakyat.

Tujuan penggunaan wang kertas ialah memudahkan Rothschild mengawal inflasi, ekonomi dan dagangan saham seluruh dunia.

Dengan wang kertas juga, Rothschild boleh mengawal nilai mata wang sesebuah negara mengikut kemahuannya.

So apa solusi terbaik untuk bank? Ya, BANKRAP

Apa yg harus umat islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang2 yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Ini kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri.

Simpanlah emas.
Percaya tak?

Jika semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank2 di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yang akan dapat duit mereka disebabkan bank memang takde duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit2 dalam buku akaun dan akaun online anda.

Kalau nak simpan duit, tukarkan duit tersebut kepada komoditi seperti emas/perak. Kerana barangan komoditi ini takkan hilang nilai. Semakin jatuh nilai duit, makin tinggi harga komoditi.
"Sesiapa yang menguasai bank, dialah yang memerintah dunia..."

#Return_Of_The_Gold_Dinar
#Illuminati_VS_Islam

Ini hanya lah teori semata-mata, bukan suatu fakta yang wajib diyakini dan dipercayai. Terpulang pada individu untuk percaya atau tidak.


Wednesday, 8 June 2016

DUIT ATAU EMAS? MANA LEBIH UNTUNG

DUIT ATAU EMAS? MANA LEBIH UNTUNG



Ramai orang tanya apa untungnya simpan emas, lebih baik simpan duit jer. Ada pula yang fikir, buat apa susah-susah untuk simpam emas, simpan jer duit tu kat Tabung Haji. Ada jer keuntungan yang kita dapat setiap tahun kata mereka. Tak kurang juga yang kata..simpan emas nanti kena keluarkan zakat. Dan macam-macam lagi alasan untuk mereka tidak mengeluarkan simpanan dari dalam mana-mana bank atau Tabung Haji. Kalau anda nak tau, itu lah juga yang saya fikirkan apabila saya baca artikel yang mengatakan tentang kelebihan menyimpan emas di dalam blog pelabur-pelabur emas. 

Tapi sekarang saya dah ubah fikiran, saya dah faham tentang kelebihan simpan emas dan sekarang saya nak sahabat-sahabat saya juga faham tentang emas. Jika masih ada yang belum faham, cari dulu ilmu dan fahamkan dulu tentang kelebihan menyimpan emas. Jika tidak ada ilmu, kita tak akan tau matlamat kita menyimpan emas. Dan ketahui juga Tips Beli Emas supaya anda tidak tersalah pilih untuk memulakan simpanan emas.

Saya memang setuju kalau duit kita tu disimpan di dalam Tabung Haji atau dimana-mana bank pun tetapi tidak lebih dari keperluan yang akan digunakan semasa kecemasan sahaja. Selebihnya saya rasa tak berbaloi kalau kita tidak keluarkan untuk tujuan pelaburan atau selamatkan ia dari dimakan inflasi. Emas atau wang, keduanya memang kena bayar zakat sekiranya cukup haul dan nisabnya. Jadi anda tak perlu risau simpan emas sebab ianya juga seperti wang simpanan yang wajib keatasnya dibayar zakat. Hakikatnya sama saja cuma, kalau di Tabung Haji, zakat simpanannya akan diuruskan oleh pihak Tabung Haji.

Kalau ikut kajian, secara purata kenaikan harga emas adalah 12.80% sejak tahun 2001. Kalau ditolak zakat masih berbaki 10% lagi. Berbanding dengan dividen yang Tabung Haji bagi sekitar 5%-6% setahun dan juga keuntungan ASB sebanyak 8% setahun yang belum ditolak zakat dan itu belum lagi ditambah kerugian duit kita dimakan inflasi. Apa pun purata keuntungan simpanan emas berada ditangga teratas berbanding dengan TH dan ASB yang kononnya mampu memberikan dividen yang agak tinggi.

Graf harga emas sejak tahun 2005, dalam jangka masa panjang harga emas akan naik. Pada tahun 2011 harga emas mencecah RM200 1 gram. Walau bagaimanapun pada masa sekarang ianya menurun. Ini masa yang sesuai untuk tambah simpanan emas.

Jangan Takut Harga Emas Jatuh

Walaupun adakalanya harga emas turun, tetapi dalam jangka masa panjang, simpan emas memang untung. Tak perlu risau harga emas turun sebab masa emas rendah, itu lah peluang untuk anda tambah simpanan. Manafaatkan harga emas rendah untuk tambah simpanan manakala kalau emas naik, manafaatkannya untuk anda dapatkan keuntungan. Simpan keuntungan dan beli semula emas untuk gantikan emas yang kita jual masa harga emas rendah. Emas ni dalam situasi apa pun, samada naik atau turun memang menguntungkan.

Risiko Simpan Duit (RM)


Kalau simpan duit, dalam jangka masa panjang memang tak berbaloi sebab kuasa belinya makin susut saban tahun. Nilai duit dulu dengan sekarang memang jauh beza. Kalau pun kita ada nilai simpanan wang yang besar, tapi kuasa belinya semakin kecil. Kalau dulu roti canai boleh dibeli dengan harga 50 sen, tapi sekarang dah jadi RM1. Kalau beli di restoran mamak lagi la mahal yang harga sekeping roti canai mungkin cecah RM1.50.

Itu belum lagi termasuk kejatuhan nilai RM secara mendadak seperti pada tahun 1998 yang nilai RM jatuh teruk dimana sejarahnya telah berulang pada tahun ini (2015), tidak ada jaminan untuk mengatakan nilai RM tidak akan jatuh seperti yang berlaku seperti yang berlaku pada tahun 1998.


Lagi satu risiko yang paling susah nak dielakkan walaupun tak susah sebenarnya kalau kita ada disiplin diri. Bila duit ada didepan mata, macam-macam cerita yang kita reka. Nak melancong ke Bandung, Bali, mana lagi..haa, nak pergi tengok Taj Mahal di Agra, India. Itu belum lagi yang jenis nak tambah hutang..tukar kereta baru, beli motor besar berkuasa tinggi. 

Dari sekecil kecil niat, sampai lah yang sebesar-sebesarnya kalau duit ada didepan mata. Jadi, pada sayalah lebih baik simpan emas yang dalam apa pun situasinya tetap menguntungkan dari kita simpan duit yang sebenarnya banyak risiko yang perlu kita tanggung yang akan merugikan kita pada masa akan datang

Justeru, fahamilah sendiri kedudukan wang fiat dan emas. Untuk bersama saya dalam platform publicgold boleh klik IlmuEmasPG untuk join group whatsapp.