Monday, 18 April 2016

Kezaliman Wang Kertas.

Pernah tak anda terfikir sebelum ni mana datangnya wang kertas yg kita gunakan dalam kehidupan harian kita? Bagaimana wang kertas ni dicipta? Kenapa KERTAS pula dipercayai manusia sebagai alat tukaran jualbeli? Bukankah wang kertas mudah je untuk dicipta berbanding barang komoditi yang selamat daripada inflasi sebagai alat tukaran jualbeli?

3 biji telur dengan harga 100 billion ringgit.


Secara ringkasnya bahawa wang kertas yang dicipta ini merupakan ilusi. Pada post kali ini saya tidak menyentuh sejarah atau perihal penciptaan wang kertas ni, sebaliknya anda boleh buat sedikit kajian tentangnya di mana-mana sumber. Boleh kan..kan..kannn.. :)

Pada post ini, saya ingin ringkaskan tentang Kezaliman Wang Kertas terhadap kehidupan manusia. Berikut antara kezaliman yang nyata:.-

  • Dimansuhkan Sesuka Hati
Anda masih ingat lagi tak pada satu ketika dahulu Malaysia pernah mengeluarkan wang kertas note RM1000? Ya wang kertas RM1000 kini sudah tak ada pengeluarannya, malah ianya telah dimansuhkan penggunaannya.

Bagaimana sekiranya pada semasa penggunaan wang kertas note RM1000 itu digunakan, ramai yang menyimpan note tersebut. Dalam simpanan mereka, mereka menyimpan banyak keping. Kemudian bertahun-tahun mereka simpan, mereka gunakan pada zaman sekarang. Adakah ia masih lagi bernilai?



  • Dipaksa Menerima
Sesebuah kerajaan sudah pasti akan mencetak di muka wang kertas keluaran mereka dgn pemimpin mereka. Hal ini rakyat terpaksa menerimanya dengan paksa. Dan nilainya juga telah ditetapkan oleh pemerintah dan rakyat terpaksa menerimanya dengan paksa. Kemudian selepas digulingkan, pemerintah yang baru pula mencetak wang kertas yang baru. Dan sekali lagi rakyat dipaksa untuk menerimanya. Rakyat tidak bebas dalam penggunaan wang kertas. Ini memudahkan pemerintah menindas rakyat dengan mudah.



  • Dimanupulasi Dengan Mudah
Wang kertas boleh ditambah dengan mudah dan dicipta melalui mesin pencetak. Pemerintah boleh menggunakan apa-apa kuasanya untuk mencetak sesuka hati. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas tersebut akan menurun.

Hal ini juga mengakibatkan harga barang juga turut naik meningkat. Apabila ianya berlaku, pemerintah dengan mudahnya sekali lagi akan mengulang cetak wang kertas yang kononnya mampu menstabilkan semula ekonomi negara. Pada hal ianya hanya buat sementara waktu sahaja.

Klik gambar untuk keterangan lanjut.

  • Tidak Kalis Zaman
Wang kertas hanya laku digunakan pada sesebuah zaman sahaja. Contoh yang terdekat pada Zaman Pemerintahan Jepun di Asia Tenggara setelah Jepun berjaya menawan Asia Tenggara pada tahun 1942. Mereka telah mengeluarkan wang kertas Jepun dipanggil Duit Daun Pisang yang digunakan di wilayah jajahan mereka sahaja. Setelah Jepun kalah di tangan Pakatan Berikat, wang tersebut tidak laku lagi dugunakan. Di situ jelas penggunaan wang kertas hanya laku jika ada kerajaan. Jika tiada, maka ia tidak laku. Hanya laku pada sesebuah zaman sahaja.




  • Ada Had Sempadan
Pada masa ni RM3.80 kita boleh ditukar kepada USD1, bagaimana pada masa akan datang? Pada 5 tahun akan datang? Jurang perbezaan wang kertas jelas dilihat menerusi nilainya. Ringgit kita tidak laku digunakan untuk membeli barang di Amerika, Sebaliknya USD laku pula digunakan di negara kita?! Pelik bukan?! Ringgit kita hanya terhad digunakan di negara kita sahaja. 



Kesimpulannya:.-
Senarai di atas jelas kita telah dizalimi. Jika bab ekonomi kita sudah terikat, tidak bebas, bagaimana pula dengan hal-hal lain? Ianya akan berkait rapat. Jadi sebagai alternatif bijak, jom kita mulakan langkah untuk bebas. Kita gunakan wang merdeka. Kita simpan Emas.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
013-2568700

No comments:

Post a Comment