Thursday, 8 December 2016

Apabila Matawang Kertas Tidak Laku Lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya doakan anda kaya dan berjaya.

Akan sampai masa Ringgit, Dollar Dan Euro tidak berguna lagi.


Perkataan siapakah yang paling benar dan patut kita percayai selain Firman Allah dan sabda RasulNya ?

Dalam kesibukan urusan duniawi pesan baginda saw banyak dan sering kita terlepas pandang atau mungkin juga lagha untuk mengambil perhatian dan memikirkannya.

1,434 tahun yang lampau, Rasulullah saw telah mengingatkan kita satu senario yang sangat penting iaitu keadaan di mana hanya emas dan perak yang berguna.

Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:



 "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan  boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." (musnad imam Ahmad ibn Hanbal).

Kita Pula Bagaimana ?

Bayangkan di saat apabila kita hendak membeli barang makanan kita dimaklumkan bahawa pembelian hanya diterima dengan tukaran emas atau perak sahaja. Sedangkan di saat itu kita tidak memiliki sebarang bentuk emas atau perak. Menyesal kemudian tidak berguna.


Sebaliknya Yahudi@ Israel telah mula menggunakan matawang dinar dan dirham.

Pihak Yahudi amat yakin dengan sabda Rasulullah saw atas apa yang bakal berlaku khususnya peristiwa dan apa yang bakal berlaku ke atas mereka di akhir zaman. Hanya mereka keras kepala mahu melawan taqdir. Memang itu tabiat yahudi.



Bila disebut pokok gharqad tidak akan memberitahu orang Islam jika Yahudi bersembunyi dibelakangnya, maka Yahudi telah menanam 240 juta pokok Gharqad di Israel sebagai persediaan.


Bila disebut kuda-kuda tentera bendera hitam akan diikat dipokok-pokok zaitun, Yahudi berterusan mencabut, membakar, mengebom dan cuba membinasakan pokok-pokok zaitun di kawasan yang dikatakan akan berlaku peristiwa tersebut.

Bila dikatakan peperangan akhir zaman menggunakan pedang dan panah, Yahudi menempah pedang titanium ( ringan, tajam dan kuat ) sebagai persediaan menentang orang Islam yang dipimpin Imam mahadi.


Bila disebut simpanlah dinar dan dirham, Yahudi terus bersiap sedia menghadapi saat-saat tersebut.


Jangan kita termasuk dalam golongan sudah terhantuk baru tengadah . Eloklah kita ambil fikir dan jadi golongan sediakan payung sebelum hujan.

Selamat Membaca Berfikir Dan Berazam Untuk Menyimpan Emas.

Saya harap perkongsian kali ini dapat membantu anda serba sedikit berkaitan emas. Untuk konsultasi simpanan emas fizikal boleh  klik IlmuEmasPG untuk join group whatsapp saya.

Jumpa anda didalam group.


Emas Tiada Kewarganegaraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya doakan anda kaya dan berjaya.


Ya, benar. Emas tiada kewarganegaraan.
Sifat emas adalah universal.
Diiktiraf di mana-mana negara seluruh dunia.
Tiada batasan sempadan.

Buktinya


Di waktu Perang Saudara Vietnam, rakyatnya lari ke negara jiran dgn membawa kepingan emas kemudian dijual utk dptkan tunai bagi memulakan hidup baru.

Juara Tilawah Antarabangsa dihadiahkan jongkong emas di mana kita sedia maklum penglibatan Tilawah tu melibatkan peserta² dari luar negara.

Juara Sukan² Asia, Komenwel mahu pun peringkat dunia akan bawa pulang pingat emas. Bukan emas sadur eh, tapi emas tulen tuu.

Antara faktor negara kuasa² besar dahulu menjajah adalah ingin mengaut hasil bumi negara yg dijajahnya termasuklah emas dibawa pulang & sehingga srkg negara mrk kaya raya.

Kenyataannya




Wang Kertas hanya terhad di sesuatu negara tertentu sahaja. Penggunaannya ada sempadan.

- Emas merupakan pilihan terbaik yg perlu dimiliki & dijadikan sebagai pelindungg kehidupan ekonomi anda & keluarga anda.

- Masih tak percaya emas boleh diterima seantero dunia ?



!! Anda boleh cuba beli sekecil 1gram atau 0.5 gramemas di PublicGold kemudian jual di negara luar. Tengok apa responnya ?

Saya harap perkongsian kali ini dapat membantu anda serba sedikit berkaitan emas. Untuk konsultasi simpanan emas fizikal boleh klik IlmuEmasPG untuk join group whatsapp saya.


Jumpa anda didalam group.

Kelebihan Membeli dan Menyimpan Emas Fizaikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya doakan anda kaya dan berjaya.

Antara kelebihan mula membeli dan menyimpan emas ialah:

1. Emas sebagai aset.


Untuk generasi muda yang baru bekerja, mengumpul aset adalah satu perkara yang wajib. Seringkali orang berkata aset adalah hartanah dan rumah tetapi terlupa bahawa emas dan perak juga adalah aset. Untuk mengumpul hartanah dan rumah, kos yang diperlukan sangat besar dan kebiasaan nya generasi muda tidak mampu. Tambahan dengan tangga gaji yang masih kecil. Oleh itu, apa yang generasi muda ini boleh buat ialah dengan mengumpul emas dan perak sebagai aset. Emas dan perak merupakan aset mampu milik kerana modal untuk membeli emas adalah semurah RM190 untuk goldbar 1gram.

2. Emas mencegah kita boros. Emas memaksa kita menyimpan.



Menyimpan emas dapat mengelakkan kita daripada boros. Selain itu, dengan membeli emas juga ia secara tidak langsung memaksa kita menyimpan. Kenapa saya cakap begitu kerana ramai diantara kita termasuk saya pantang nampak ada duit dalam bank. Tambah-tambah yang mempunyai kad atm. Nampak sahaja duit masih berbaki di bank, habis kita keluarkan sehingga kalau boleh sampai angka 0. Sedar-sedar hujung bulan, duit habis, tapi ke mana kita belanja kita tak perasan. Niat untuk menyimpan akhirnya terbantut. Tetapi apabila kita membeli emas, kita dah tolak ke tepi dahulu duit yang hendak kita simpan dan tukar kepada emas. Jadi nak tak nak kita dah menyimpan. Secara tidak sedar. Ajaib bukan?

3. Emas menarik rezeki.


Emas yang disimpan dapat menarik rezeki berganda buat yang menyimpan. Emas dalam diam sebenarnya akan bertambah nilainya. Dan ini secara tidak langsung, menjadi penyimpan nilai yang baik serta mengelak daripada simpanan kita terhakis dek inflasi. Untung bukan?. Kalau simpan dalam bentuk tunai, tunai tersebut akan dirompak secara diam-diam kerana inflasi. 

Berbeza dengan simpanan emas, emas itu sendiri menjadi penyimpan nilai. Tambahan lagi, emas juga mampu menarik rezeki buat mereka yang berwawasan jauh dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan emas secara sambilan. Secara sambilan kita boleh berkongsi dan bercerita dengan teman, saudara dan keluarga akan kelebihan simpanan emas. Sekiranya, ada teman, saudara dan keluarga yang membeli emas, sudah tentu komisen sekian-kian kita boleh dapat. Sudah pasti kita dapat menambah sedikit pendapatan bulanan.

Pilihan ditangan kita. Bertindak atau jadi pemerhati?


Bukan semua sedar dan ambil maklum akan kelebihan simpanan emas. Atau mungkin ada yang ambil maklum tapi belum bertindak untuk menyimpan kerana pelbagai faktor antaranya takut emas dirompak, takut emas hilang, takut rugi, takut emas susut nilai dan lain-lain lagi rasa takut. Oleh itu, buat yang sudah sedar, ambil peluang ini untuk bermula.

Membeli emas bukan semestinya dalam kuantiti yang banyak dan tinggi nilainya. Tetapi emas boleh dibeli secara konsisten dalam kuantiti yang sedikit-sedikit.



Saya harap perkongsian kali ini dapat membantu anda serba sedikit berkaitan emas. Untuk konsultasi simpanan emas fizikal boleh klik IlmuEmasPG untuk join group whatsapp saya.

Jumpa anda didalam group.