Assalamualaikum
dan salam sejahtera saya doakan anda kaya dan berjaya.
Antara kelebihan
mula membeli dan menyimpan emas ialah:
1. Emas sebagai aset.
Untuk generasi muda
yang baru bekerja, mengumpul aset adalah satu perkara yang wajib. Seringkali
orang berkata aset adalah hartanah dan rumah tetapi terlupa bahawa emas dan
perak juga adalah aset. Untuk mengumpul hartanah dan rumah, kos yang diperlukan
sangat besar dan kebiasaan nya generasi muda tidak mampu. Tambahan dengan
tangga gaji yang masih kecil. Oleh itu, apa yang generasi muda ini boleh buat
ialah dengan mengumpul emas dan perak sebagai aset. Emas dan perak merupakan
aset mampu milik kerana modal untuk membeli emas adalah semurah RM190 untuk
goldbar 1gram.
2. Emas mencegah kita boros. Emas memaksa
kita menyimpan.
Menyimpan emas
dapat mengelakkan kita daripada boros. Selain itu, dengan membeli emas juga ia
secara tidak langsung memaksa kita menyimpan. Kenapa saya cakap begitu kerana
ramai diantara kita termasuk saya pantang nampak ada duit dalam bank.
Tambah-tambah yang mempunyai kad atm. Nampak sahaja duit masih berbaki di bank,
habis kita keluarkan sehingga kalau boleh sampai angka 0. Sedar-sedar hujung
bulan, duit habis, tapi ke mana kita belanja kita tak perasan. Niat untuk
menyimpan akhirnya terbantut. Tetapi apabila kita membeli emas, kita dah tolak
ke tepi dahulu duit yang hendak kita simpan dan tukar kepada emas. Jadi nak tak
nak kita dah menyimpan. Secara tidak sedar. Ajaib bukan?
3. Emas menarik rezeki.
Emas yang disimpan
dapat menarik rezeki berganda buat yang menyimpan. Emas dalam diam sebenarnya
akan bertambah nilainya. Dan ini secara tidak langsung, menjadi penyimpan nilai
yang baik serta mengelak daripada simpanan kita terhakis dek inflasi. Untung
bukan?. Kalau simpan dalam bentuk tunai, tunai tersebut akan dirompak secara
diam-diam kerana inflasi.
Berbeza dengan simpanan emas, emas itu sendiri menjadi penyimpan nilai. Tambahan lagi, emas juga mampu menarik rezeki buat mereka yang berwawasan jauh dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan emas secara sambilan. Secara sambilan kita boleh berkongsi dan bercerita dengan teman, saudara dan keluarga akan kelebihan simpanan emas. Sekiranya, ada teman, saudara dan keluarga yang membeli emas, sudah tentu komisen sekian-kian kita boleh dapat. Sudah pasti kita dapat menambah sedikit pendapatan bulanan.
Berbeza dengan simpanan emas, emas itu sendiri menjadi penyimpan nilai. Tambahan lagi, emas juga mampu menarik rezeki buat mereka yang berwawasan jauh dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan emas secara sambilan. Secara sambilan kita boleh berkongsi dan bercerita dengan teman, saudara dan keluarga akan kelebihan simpanan emas. Sekiranya, ada teman, saudara dan keluarga yang membeli emas, sudah tentu komisen sekian-kian kita boleh dapat. Sudah pasti kita dapat menambah sedikit pendapatan bulanan.
Pilihan ditangan kita. Bertindak atau jadi
pemerhati?
Bukan semua sedar
dan ambil maklum akan kelebihan simpanan emas. Atau mungkin ada yang ambil
maklum tapi belum bertindak untuk menyimpan kerana pelbagai faktor antaranya
takut emas dirompak, takut emas hilang, takut rugi, takut emas susut nilai dan
lain-lain lagi rasa takut. Oleh itu, buat yang sudah sedar, ambil peluang ini
untuk bermula.
Membeli emas bukan
semestinya dalam kuantiti yang banyak dan tinggi nilainya. Tetapi emas boleh
dibeli secara konsisten dalam kuantiti yang sedikit-sedikit.
Saya harap
perkongsian kali ini dapat membantu anda serba sedikit berkaitan emas. Untuk
konsultasi simpanan emas fizikal boleh klik IlmuEmasPG untuk join group whatsapp
saya.
Jumpa anda
didalam group.
No comments:
Post a Comment