Friday, 27 January 2017

Jawapan kepada soalan “Emas apa yang terbaik untuk dibeli ye?”

Jawapan kepada soalan “Emas apa yang terbaik untuk dibeli ye?”

Assalamualaikum, saya doakan anda kaya dan berjaya.

“Item mana terbaik untuk dibeli? Gold bar atau dinar yang lebih baik? Emas 999 atau emas 916? Ok ker kalau beli barang kemas?” Ini antara persoalan penting bila nak beli emas. Kalau silap pilih item, anda mungkin akan rugi on-the-spot!  Jadi, sebelum beli, tentukan dulu berapa BAJET anda. Lepas tu pertimbangkan 4 perkara:

1. Spread (Susut Nilai)
2. Kecairan Emas
3. Kemudahan Pajakan – untuk pemilik bisnes
4. Permintaan Paling Laris – untuk peniaga emas

Pertimbangan #1 : Susut Nilai
Rata-rata, orang beli emas untuk simpanan jangka panjang dan nak dapat keuntungan. Jadi kalau matlamat anda adalah keuntungan, anda mesti beli item yang spread (susut nilai) paling rendah. Spread akan menentukan berapa cepat dapat untung, dan berapa banyak keuntungan anda dapat bila jual emas tu nanti. Lagi rendah spread, lagi cepat untung.
Di sini saya senaraikan emas Public Gold mengikut spread. Dan cuba matchkan dengan bajet anda:

Bajet Besar
Gold bar 250g – 4.5% (terbaik)
Gold bar 500g – 4.5%

Bajet Sederhana
Coin 10 Dinar – 5.0% (terbaik)
Gold bar 100g – 5.0%

Bajet Kecil
Coin 5 Dinar – 5.5% (terbaik)
Gold bar 50g – 5.5%
Coin 1 Dinar – 6.0%
Coin 2 Dinar – 6.0%
Gold bar 20g – 6.0%
(Tak Disyorkan)
Gold bar 10g – 8.0%
Barang Kemas Pelaburan i-Series – 10%
Barang Kemas Perhiasan D-series – 15%


Item paling cepat untung, sesuai untuk mereka yang beli emas untuk simpanan semata-mata.

Untuk mereka yang beli emas untuk simpanan semata-mata (bukan sambil berniaga emas), ini kombinasi item terbaik yang boleh anda pertimbangkan supaya dapat keuntungan paling cepat dan paling banyak, mengikut bajet masing-masing:

Bajet RM100,000++
Gold Bar 250g
Coin 10 Dinar

Bajet RM20,000++
Gold bar 100g
Coin 10 Dinar
Coin 5 Dinar

Bajet RM10,000+/-
Coin 10 Dinar
Coin 5 Dinar

Bajet RM5,000 & ke bawah
Coin 5 Dinar
Coin 1 Dinar

Harga semasa emas Public Gold, anda boleh cek di website www.publicgold.com.my.

Pertimbangan #2 : Kecairan Emas

Lepas matchkan item mengikut “Susut Nilai” dan “Bajet” anda, kena pertimbangkan juga “Kecairan” emas tu. In case nak pakai duit nanti, boleh jual sikit-sikit. Tak perlu jual seketul. Contohnya, kalau anda beli coin 10 dinar x 1 keping, bila nak pakai duit nanti, anda terpaksa jual seketul coin 10 dinar yang nilainya RM5,000 lebih walaupun cuma nak pakai RM1,000 jer.  Tapi kalau beli coin 1 dinar x 10 keping, anda cuma perlu jual 2 keping coin 1 dinar jer bila nak pakai duit RM1,000.


2 pilihan samada 1 dinar x 10 keping, atau 10 dinar x 1 keping.

Bila ada 2 pilihan item emas yang sama dari sudut spreadnya, saya lebih suka item yang lebih kecil saiznya (lebih tinggi kecairan) supaya mudah dijual sikit-sikit nanti.  Contohnya:

Gold bar 500g (4.5%) & 250g (4.5%) – saya pilih 250g
Gold bar 100g (5.0%) & coin 10 Dinar (5.0%) – saya pilih 10 Dinar
Gold bar 50g (5.5%) & coin 5 Dinar (5.5%) – saya pilih 5 Dinar
Gold bar 20g (6.0%), 2 Dinar (6.0%) & 1 Dinar (6.0%) – saya pilih 1 Dinar


Antara dua 2 item di atas, saya akan pilih coin 10 dinar sebab kecairan lebih tinggi.

Pertimbangan #3 : Kemudahan Pajakan (Untuk Pemilik Bisnes)

Untuk sesiapa yang berniaga, anda mungkin nak beli emas untuk simpanan sekaligus sebagai modal pusingan perniagaan. Bila nak pakai duit untuk rolling bisnes, anda boleh dapatkan pinjaman segera dengan pajak emas tu pada bila-bila masa di ar-rahnu dengan mudah.

Sejak pertengahan tahun 2011, hampir kesemua ar-rahnu di bawah pengurusan bank (seperti Bank Rakyat & Agrobank) tak terima lagi gold bar, gold coin ataupun dinar sebab isu “cash flow” bank. Mereka cuma terima barang kemas sahaja. (Walaupun begitu, Ar-rahnu di bawah pengurusan koperasi & swasta masih lagi terima gold bar, gold coin & dinar)

Jadi kalau nak mudah pajak, saya syorkan anda beli barang kemas i-series Public Gold yang memang dikeluarkan khas untuk pelaburan yang memudahkan pajakan, tapi masih berbaloi sebab spreadnya cuma 10% berbanding barang kemas perhiasan biasa sekitar 25%. Bila nak rolling duit, anda boleh pajak jer emas tu di mana-mana ar-rahnu tanpa sebarang masalah, insyaAllah.

Pertimbangan #4 : Permintaan Paling Laris (Untuk Peniaga Emas)

Kalau beli emas Public Gold bernilai RM20,000 ke atas, anda secara automatik jadi dealer. Kalau plan nak simpan emas sambil berniaga emas,  kena pilih item yang paling laris permintaannya. Kalau ada orang nak beli, terus tolak stok yang ada di tangan (dan replace stok dengan Public Gold).

Kalau orang nak beli coin 1 dinar, tak perlulah terkejar-kejar ke ofis Public Gold semata-mata nak ambil coin 1 Dinar yang komisyennya lebih kurang RM6 – RM12 jer. Lebih baik place order dengan Public Gold, dan bagi stok di tangan dulu kepada pembeli. Nanti ada masa baru pergi collect emas tu di office Pulic Gold.

Kurang lebih setahun saya jadi dealer emas Public Gold, saya nampak permintaan paling tinggi ialah coin dinar berbanding gold bar – sebab susut nilai lebih rendah – untung lebih cepat & lebih banyak. Dan dinar yang paling tinggi permintaannya ialah coin 1 dinar – sebab senang dibeli sikit-sikit.

Dealer Perlu Mempelbagaikan Stok
Sebagai dealer, anda dibayar komisyen 1% – 2% atas belian sendiri, jualan kepada customer, atau perkenalkan customer baru kepada Public Gold. Jadi, dealer perlu pelbagaikan stok. Pengalaman saya, antara stok yang berpermintaan tinggi dan perlu stand-by stok ialah:


Coin 1 Dinar – paling tinggi permintaan
Coin 2 Dinar
Coin 10 Dirham (silver)
Gold Bar 20g
Coin 5 Dinar

Berapa banyak stok tu bergantung kepada bisnes masing-masing. Saya stand-by stok at least 1 dinar (15 keping), 2 dinar (2 keping), 10 dirham (4 keping), Gold bar 20g (1 keping) dan 5 dinar (1 keping). Stok ni sebenarnya untuk ‘cater’ pembelian dari kawan-kawan terdekat dan pelabur kecil yang dekat dengan saya jer. Kalau pelabur modal sederhana dan besar, atau yang duduk jauh, stok dia akan ambil direct di pejabat Public Gold.

Itulah 4 jawapan kepada semua persoalan di atas, pertimbangan ini penting untuk pilih item pelaburan emas terbaik. Dengan 4 pertimbangan ni, saya yakin anda boleh pilih sendiri item terbaik sesuai dengan matlamat anda membeli emas. InsyaAllah.

Untuk sebarang pertanyaan hubungi saya 013-2568700 atau klik IlmuEmasPG


No comments:

Post a Comment