Akaun Pelaburan Emas atau Emas Fizikal?
Assalamualaikum dan salam
sejahtera saya doakan anda kaya dan berjaya.
Ramai orang baru yang nak beli emas, tapi risau nak simpan di
mana. Kalau simpan duit dalam Akaun Pelaburan Emas di bank, tak perlu pegang
emas dan selamat dari risiko kecurian. Jadi adakah lebih baik melabur dalam
Akaun Pelaburan Emas (GIA) di bank berbanding beli emas fizikal? Ini antara
persoalan orang baru berjinak dengan emas tanya saya.
Kalau tanya saya dan mereka yang pakar tentang emas, majoriti
mereka syorkan beli emas fizikal samada berbentuk gold bar atau syiling emas
(termasuk dinar). Sebabnya, beli emas dapat emas. Emas tu betul-betul wujud
depan mata. Emas tu kita simpan sendiri. Sedangkan Akaun Pelaburan Emas, beli
emas tapi cuma dapat kertas dan nombor jer. Kalau macam tu, lebih baik simpan
duit dalam Tabung Haji jer sebab kita tak dapat ‘kuasa’ sebenar yang ada pada
emas i.e. yang membuatkan penyimpannya bertambah kaya.
Cara Simpan Emas Dengan
Selamat
Bagi pembeli emas Public Gold, kalau tak tahu mana nak simpan,
boleh jer simpan dengan Public Gold secara percuma melalui Akaun Emas yang
dinamakan “Gold Accumulation Program (GAP) “. Boleh beli dan simpan emas secara
percuma serendah 1 gram. Boleh beli dan jual semula secara online kepada Public
Gold. Kalau nak ambil emas fizikal tu dan simpan sendiri pun boleh.
7 Kelebihan Emas Fizikal
Kenapa saya sangat syorkan emas fizikal? Sebabnya ada 7
kelebihan utama emas fizikal berbanding Gold Investment Account (GIA) iaitu:
1.
Peluang ‘rolling’ duit untuk
bisnes
2.
Peluang jana keuntungan bila
harga jatuh
3.
Duit simpanan lebih bertahan
lama
4.
Urusan dan waktu jual beli
fleksibel
5.
Selamat dari dibekukan oleh bank
6.
Selamat dari bencana kewangan
7.
Simpanan emas patuh syariah
#1 – Peluang ‘Rolling’ Duit Untuk Bisnes
Bila ada emas fizikal, duit kita tak beku macam pelaburan lain
sebab emas tu ada di tangan kita sendiri. Kita boleh dapatkan PINJAMAN SEGERA
dari ar-rahnu pada bila-bila masa kita perlukan duit tunai. Tak perlu tunjuk
slip gaji pun, cuma serahkan emas tu jer sebagai cagaran. Lepas ar-rahnu sahkan
timbangan dan ketulenan emas tu, kita boleh dapat pinjaman sehingga 70%
daripada nilai semasa emas tu. Secara detailnya, boleh baca panduan yang saya
sediakan dalam artikel "Teknik Pajak di Ar-rahnu".
Walaupun ia digadai, emas tu tetap milik kita. Kalau harga emas
naik, kita boleh nikmati kenaikan harga tu walaupun emas tu masih dalam
simpanan ar-rahnu.
Kalau orang berniaga, dia boleh manfaatkan pinjaman tu untuk
pusing modal bisnes. Bila dapat ‘projek’ yang menguntungkan, pajak jer emas tu
untuk dapatkan pinjaman. Lepas selesai urusniaga, tebus balik emas tu secepat
mungkin sebab caj pinjaman ar-rahnu dikira secara bulanan. Hasil keuntungan
bisnes tu boleh cover bayar kos pinjaman sekitar 1.15% sebulan.
Duit yang dilabur dalam Akaun Pelaburan Emas, duit tu beku macam tu jer. Yang ada cuma kertas dan nombor jer. Ia tak laku untuk gadaian sama macam akaun bank yang lain juga. |
#2 – Peluang Jana Keuntungan Bila Harga
Jatuh
Kalau Akaun Emas, bila harga jatuh, kita rugi dan tetap rugi.
Tak boleh buat apa-apa dah sebab kita hanya ada kertas dan nombor jer. Kita tak
memiliki emas sebenar.
Tapi bagi pemilik emas fizikal, bila harga emas jatuh mendadak,
kita boleh dapatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas pada harga rendah.
Biasanya, bila harga emas jatuh mendadak, dia akan naik balik (ke paras sebelum
kejatuhannya) dalam tempoh 3 – 6 bulan. Bila harga naik, emas yang dibeli
dengan pinjaman ar-rahnu tu boleh dijual pada harga mahal. Kita dapat untung
tunai, dan sebahagian hasil keuntungan tu boleh guna untuk bayar kos upah
pajakan.
Penyimpan Akaun Pelaburan Emas ‘terperangkap’ dengan kejatuhan harga emas 2013 tetapi pemilik emas fizikal masih boleh ‘rolling’ emas mereka. |
Teknik ni saya panggil teknik “untung secupak, rugi segantang”.
Kalau harga emas naik, anda untung secupak. Tapi kalau harga emas tak naik
dalam tempoh pinjaman ar-rahnu, anda akan rugi segantang!
Jadi, jangan suka-suka hati pajak melainkan anda tahu kira-kira
dan risikonya.
#3 – Duit Simpanan Bertahan Lebih Lama
Orang yang simpan duit dalam Akaun Pelaburan Emas, duitnya
sangat berisiko dari kebocoran, sama macam dia simpan duit dalam akaun bank.
Dia rasa dia beli emas, tapi hakikatnya dia tak dapat kuasa sebenar yang ada
pada emas iaitu mengelakkan kebocoran wang, dan kekayaan makin bertambah.
Rata-rata orang yang jenis simpan emas yang saya jumpa, sebab
utama mereka beli emas sebab nak elakkan kebocoran wang. Katanya kalau simpan
duit di bank, duit tu cepat habis. Kalau simpan emas, duit tu lebih bertahan
lama. Ia buka soal kira-kira, tapi kesan psikologi. Sekali beli emas, dia nak
beli lagi. Rasa nak kumpul banyak lagi sebab emas tu cantik. Memang Tuhan buat
manusia tu sukakan emas.
Bila nak pakai duit, rasa sayang nak jual. Kalau terpaksa jual,
dia akan cari balik duit untuk beli balik emas tu. Tabiat suka menyimpan dan
kumpul emas itulah yang membuatkan penyimpan emas kekal kaya dan bertambah
kaya.
#4 – Urusan dan Waktu Jual Beli Fleksible
Kalau simpan dalam Akaun Pelaburan Emas, urusan jual belinya
tertakluk pada waktu bank dan hari bekerja jer. Urusan jual beli pun hanya
dengan bank tertentu jer. Berbeza dengan emas fizikal. Urusan jual belinya tak
tertakluk waktu bank dan hari bekerja sahaja. Hari cuti, hujung minggu, waktu
malam, bahkan kalau pergi oversea pun, emas tu boleh dijual beli. Asalkan ia
emas, asalkan ia tulen jer.
Dalam banyak-banyak emas fizikal, emas publicgold paling mudah
urusan jual belinya. Anda boleh booking harga 24 jam sehari samada nak beli
atau nak jual balik. Bila nak jual balik, boleh jual kepada mana-mana dealer
Public Gold terdekat 24 jam sehari dan boleh dapat duit on-the-spot.
Tak perlu tunggu office Public Gold buka baru boleh jual.
#5 – Selamat Dari Dibekukan oleh Bank
Menurut pakar precious metal Mike Maloney, emas (dan perak)
satu-satunya aset kewangan yang tak berada dalam sistem kewangan. Hanya kita
jer tahu berapa banyak emas yang kita ada. Tak siapa tahu bahkan bank mahupun
kerajaan. Dan sepanjang saya jadi dealer emas, memang ada beberapa orang yang
dah diisytiharkan bankrap datang membeli emas dengan saya.
Katanya, itu sahajalah simpanan paling selamat daripada ianya
dibekukan oleh kerajaan. Bank dan kerajaan tak boleh bekukan emas tu
sebagaimana akaun dan pelaburan tunai yang lain. Kalau Akaun Pelaburan Emas, ia
akan senasib dengan akaun-akaun bank yang lain.
#6 – Selamat Dari Bencana Kewangan
Point no. 5 tu tentang kes kita bangkrup. Point ke-6 ni tentang
kes bank pula yang bankrup. Ramai orang tak tahu, Akaun Pelaburan Emas di bank
tak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)
sebagaimana duit simpanan biasa.
Kalau bank bermasalah atau bankrup, yang tinggal cuma buku dan
nombor yang tak lagi bernilai. Perkara ni boleh terjadi kalau berlaku bencana
ekonomi yang menjejaskan sistem kewangan.
Masa tu, banyak bank-bank bermasalah sebagaimana krisis kewangan
1997. Pada masa itu, Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa
arahkan bank-bank di Malaysia digabungkan untuk mengukuhkan
semula institusi perbankan di Malaysia. Berbeza dengan emas fizikal. Emas yang
kita miliki tu selamat dalam simpanan kita sendiri, insyaAllah.
Ini salah satu terma yang jarang orang semak sebelum buka Akaun Pelaburan Emas di bank. |
#7 – Simpanan Emas Patuh Syariah
Hampir kesemua Akaun Simpanan Emas tak disahkan patuh syariah
kecuali Kuwait Finance House (KFH), dan Al-Rajhi Bank jer buat masa ini. Antara
faktor yang bermasalah sebab emas tu pada hakikatnya ‘tak wujud’ ketika proses
jual beli atau memang ‘tak wujud’ langsung. Beli emas, tapi dapat kertas jer. Dan kita tak dibenarkan mengeluarkan emas fizikal. Isu syariah tentang Gold
Investment Account (GIA) pernah diulas oleh Ustaz Zaharuddin dalam artikel “Hukum Akaun Pelaburan Emas di
Malaysia“.
Kalau emas fizikal, urusan jual belinya jelas. Beli emas, dapat
emas. Dan emas tu hak kita sepenuhnya. Kita bebas untuk jual beli, simpan
sendiri, pajak ataupun gigit (“,) sebab kita memiliki emas sebenar.
KFH, Akaun Pelaburan Emas terbaik buat masa ini. |
Tips kalau anda pilih Akaun Pelaburan Emas juga, pastikan ianya patuh syariah. Antara KFH dan Al-Rajhi bank, saya nampak KFH lebih baik sebab harga lebih murah, spread lebih rendah. Kos simpanan pun percuma. Kita bebas untuk keluarkan emas fizikal atau simpan jer di bank. Tapi kena ingat, jangan sesekali pajak emas KFH tu sebab emas tu berseal plastik kekal. Kalau pajak juga, seal tu akan dibuka dan anda terpaksa rugi susut nilai sebanyak 25%! KFH tak akan beli balik emas tu. Anda hanya boleh jual balik emas tu di kedai emas jer sebagai “emas terpakai”.
Nota : Bermula September 2014, Public Gold telahpun sediakan
kaedah pembelian emas sebagaimana yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House
(KFH) yang dinamakan Gold Allocation Programme (GAP), tapi dengan
ciri-ciri yang lebih baik. Kalau di bank, buat masa ni bank yang tawarkan Gold
Investment Account (GIA) ialah:
*Untuk pertanyaan
lanjut anda boleh hubungi saya 013-2568700 atau klik IlmuEmasPG.
No comments:
Post a Comment