Friday, 28 October 2016

Jadi Pelabur Emas Yang Sentiasa Senyum

Tips Pelabur Tetap Seronok Walau Harga Emas Turun atau Naik


“Alamak!!!… Dah lock harga (place order) tadi, tapi harga turun lagi…. Nak buat macam mana ni???”


Antara reaksi biasanya orang yang baru PERTAMA KALI BELI EMAS. Ikutkan pengalaman saya selama hampir 2 tahun jadi stokis emas, saya belum pernah jumpa orang yang lepas beli, harga terus naik, naik, naik dan tak turun-turun dah lepas tu. Naik dan turun tu normal. Kalau harga naik tapi tak turun-turun, itu tak normal. Kalau turun dan tak naik-naik tu pun tak normal. Ia cuma persoalan masa. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Ada masa dia naik sampai 35% setahun, ada tahun cuma naik 7% dan ada juga turun sebanyak 27% setahun.

Tapi bagi sesiapa menyimpan emas sebagai WEALTH PROTECTION macam saya, dia tak kisah harga naik turun.

Ada duit lebih, saya beli emas. Harga naik, saya senyum sebab nilai kekayaan meningkat. Harga turun pun saya senyum sebab ini peluang untuk beli lagi pada harga rendah.


Apa pun keadaan, jadilah pelabur emas yang sentiasa senyummm. Untuk jadi pelabur yang sentiasa senyum, ini saya kongsikan 5 tips bagaimana nak jadi pelbaur emas yang bahagia.

Tips #1 – Asingkan Duit Kecemasan, Simpan Emas Jangka Panjang.

Sebelum beli emas, asingkan duit simpanan kecemasan. Terbaiknya simpan 3-6 bulan pendapatan. Kalau berlaku kecemasan, anda tak perlu jual emas-emas tu tapi gunakan duit kecemasan jer. Saya beli emas dengan duit lebihan untuk simpanan jangka panjang. Pendek kata, saya memang tak pakai duit tu untuk tempoh at least setahun.

Saya tak galakkan orang beli emas dengan duit kecemasan, duit yang nak digunakan dalam masa setahun. Kalau harga emas turun mendadak boleh mengganggu tidur yang lena, maksudnya duit tu tak sesuai beli emas. Lebih baik simpan dalam Tabung Haji atau ASB jer.

Tips #2 – Beli Emas Dengan Duit Lebihan, Bukan Pinjaman

Beli emas dengan duit lebihan, bukan duit pinjaman. Tak kiralah samada duit pinjaman bank ataupun duit family. Saya beli emas guna duit hasil bisnes sendiri, duit simpanan gaji bulanan dan duit bonus tahunan. Saya tak buat loan beli emas sebab matlamat saya, “plenty of money, peace of mind”.
“Pelaburan” pada hakikatnya ialah untuk orang yang ada duit lebih. Kalau tak ada duit lebih, lebih baik berniaga berbanding melabur. Daripada duit tu dimakan inflasi, lebih baik beli emas yang kalis inflasi. Saya memang tak galakkan orang beli emas dengan duit pinjaman kecuali hanya itulah cara dia disiplinkan diri untuk menyimpan. Memang ramai saya jumpa orang yang tak boleh pegang duit, dan tak boleh menyimpan secara berdisplin. Kalau ada duit, mesti cepat habis. Daripada duit habis macam tu, mungkin buat pinjaman (bank) dan beli emas dapat bantu dia menyimpan secara berdisiplin setiap bulan.



Tips #3 – Beli Untuk “Wealth Protection”, Bukan Spekulasi

Saya beli emas untuk wealth protection (pelindung kekayaan). Protect duit dari ‘dicuri’ (dibelanjakan) diri sendiri, protect dari inflasi, dan paling menakutkan, protect dari keruntuhan sistem matawang! Emas adalah penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia daripada sebarang keadaan ekonomi sepanjang zaman.

Duit kertas yang kita simpan sangat berisiko. Tengoklah ketika Ringgit Malaysia merudum tahun 1997 oleh ‘penyangak’ matawang bernama George Soros. Duit Malaysia jatuh tergolek daripada RM2.50 untuk USD1, kepada RM3.80 untuk USD1. Bahkan pernah jatuh sehingga RM4.70 untuk USD1 pada 7 Januari 1998.Nilai duit kertas jatuh 52% hanya dalam tempoh yang singkat! Kalau sebelum gawat kita beli barang import RM25,000, lepas gawat kita terpaksa bayar RM38,000 untuk barang yang sama disebabkan kejatuhan nilai matawang ringgit. Terpaksa top-up RM13,000 (52%)! 



Dan tengoklah apa berlaku kepada negara-negara yang huru-hara, peperangan, dan hilang kestabilan ekonomi. Apa berlaku kepada duit kertas pada zaman Jepun menjajah Tanah Melayu dulu. Siapa sanggup terima DUIT KERTAS yang dipanggil “duit pisang” lepas kekalahan Jepun? Ia cuma kertas yang hanya layak dijadikan “wallpaper” kata Sheikh Imran Hosein. Mungkin datuk dan nenek kita faham benar situasi ini. Dan siapa jamin negara kita akan sentiasa stabil sepanjang masa? Kalau ia berlaku, segala kekayaan yang kita usahakan akan kembali kepada “kosong”!


Untuk wealth protection, matlamat saya memperbanyakkan keping (gram) emas yang saya ada. Bukan sekadar “buy low, sell high”. Kalau tahun ni ada 50 keping dinar, tahun depan saya akan tambahkan jadi 60 keping. Itulah cara saya. Lihat video di bawah tentang simpanan emas oleh Sheikh Imran Hosein.


Tips #4 – Pantau Harga Bila Perlu Sahaja


Anda tak perlu pantau harga emas tiap-tiap hari, apatah lagi sejam sekali! Bila harga naik, rasa happy. Bila turun, rasa terkilan. Jangan bazirkan emosi dengan turun naik harga emas. Pantau harga emas memang boleh mengganggu emosi, dan sungguh memenatkan. 
Nasihat saya, lepas beli, tak payah tengok dah harga. Cek harga emas hanya bila (1) nak jual, atau (2) nak beli lagi. Itu jer. Kalau nak compare harga, compare dengan harga setahun dari tarikh anda beli, bukan compare tiap-tiap hari. Jangan bazirkan emosi.

Tips #5 – Melabur Sambil Berniaga Emas


Bagi saya yang telah mencuburi bidang jual beli emas melalui platform PublicGold, saya ambil tanggungjawab untuk pandaikan orang ramai tentang emas melalui BLOG dan FACEBOOK. Saya perhati, ramai orang buat kesilapan yang tak sepatutnya dalam pelaburan emas sebab pertama melabur tanpa ilmu, ataupun ‘termakan’ kata-kata penjual emas yang tak bertanggungjawab. Sebagai orang yang Allah bagi ilmu tentang emas, saya perlu bantu orang ramai melabur dalam emas cara yang tepat, selamat dan menguntungkan, insyaAllah.



Bisnes emas ni boleh buat secara sambilan jer. Orang lain buka facebook untuk cek status (wall post) orang lain, kita juga guna facebook, tapi untuk bagi tips-tips mudah tentang emas. Orang lain spent masa tengok TV, kita tukarkan masa TV untuk terus belajar dan berkongsi ilmu tentang emas dan kewangan. Tapi bila orang lain risau turun naik harga emas, insyaAllah, kita sentiasa senyum sepanjang masa.Harga emas naik, kita senyum sebab kekayaan meningkat. Harga emas turun, kita senyum sebab komisyen melambung hasil membantu orang lain membeli emas pada harga rendah. Dan apa kata gunakan duit komisyen untuk beli emas lagi, insyaAllah. Apapun keadaan harga emas,penyimpan sambil berniaga emas sentiasa berada pada posisi senyum dan happy.



Itulah lima tips untuk jadi pelabur emas yang sentiasa senyum dan happy. Kalau anda masih risau  turun naik harga emas, mungkin boleh semak balik 5 tips ni. Mudah-mudahan anda juga jadi pelabur emas yang sentiasa senyum, insyaAllah.

Klik IlmuEmasPG untuk bersama saya dalan group whatsapp. 


Dinar Emas dan Maskahwin.

Dinar Emas & Maskahwin.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya doakan anda kaya dan berjaya.




Sekarang dah jadi “trend” dinar emas sebagai maskahwin. Tips penting daripada saya, kalau nak jadikan dinar sebagai maskahwin, sila pastikan dulu samada maskahwin tu dipersetujui mengikut jumlah “dinar” emas atau jumlah “RM” (duit)? Kalau mengikut jumlah dinar, boleh beli emas sekarang walaupun majlis aqad nikah akan berlangsung lagi 6 bulan.
Tetapi kalau dipersetujui mengikut RM (tetapi dinilaikan kepada “dinar”), saya cadangkan beli dinar bila dekat dengan majlis aqad nikah nanti supaya tak berlaku perbezaan ketara antara harga dinar & RM yang dipersetujui, sebab harga emas ada turun naik.
Kelebihan Emas Sebagai Maskahwin
Saya perhati, kelebihan utama bila jadikan dinar emas sebagai maskahwin; emas tu bertahan lama berbanding duit. Kalau bagi duit, biasanya tak lama lebih majlis, kita akan ‘tarik’ duit itu untuk dibelanjakan sedikit demi sedikit. Sedar-sedar, hadiah maskahwin dah nak habis!
Berbeza dengan bagi dinar emas.



Saya perhati, sahabat handai saya yang gunakan dinar sebagai maskahwin, dinar-dinar mereka tak terusik pun. ‘Kekayaan’ mereka bertahan lama sebab emas biasanya orang tak jual kecuali bila ada perkara-perkara yang sangat penting. Bila duit lain dah habis, barulah orang akan jual emas sebagai simpanan terakhir mereka.
Ia lagi ‘bertahan’ daripada dibelanjakan sebab ada nilai sentimental yang sangat tinggi! Macam cincin hadiah kahwin. Orang tak akan jual melainkan ada perkara yang sangat terdesak sebab ia ada nilai sentimental yang sangat tinggi. Itu kenangan indah. Kalau nak pakai duit sekalipun, mungkin orang akan pajak sahaja dulu. Mereka tak akan jual.
Strategi Simpan Emas Sebagai Maskahwin

Bagi orang bujang ataupun pelajar yang simpan dinar emas, selain emas itu boleh dijadikan simpanan, ia juga boleh digunakan sebagai maskahwin. Bila tiba masanya, ia terus boleh dijadikan maskahwin tanpa perlu ditukar kepada bentuk yang lain.
Kalau simpan emas untuk kahwin, letak target 1 dinar 1 bulan sebab jangka masa menyimpan biasanya tak panjang. Walaupun masih pelajar, cari jalan macam mana sekalipun supaya dapat simpan 1 dinar 1 bulan sebagaimana pernah dibuat oleh saya sendiri ketika belajar di UIA, Gombak. Sambil belajar, mungkin boleh belajar berniaga di kampus.

Strategi simpan emas ini bukan hanya untuk lelaki. Perempuan bujang pun boleh simpan dinar dari sekarang. Bila nak kahwin nanti, jual sahaja emas itu kepada bakal suami untuk dijadikan maskahwin. Duit hasil jual dinar tu nanti, gunakan untuk persiapan perkahwinan dan kehidupan selepas berumahtangga. InsyaAllah.



Untuk dapatkan dinat emas dengan kualiti terbaik dan harga yang berpatutan tanpa gst hubungi saya 013-2568700.

Klik IlmuEmasPG untuk bersama saya dalam group whatsapp. 


Thursday, 27 October 2016

Mana Nak Simpan Emas.


Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya doakan anda kaya dn berjaya.



Masa saya mula-mula beli emas dulu pernah saya terfikir di manakah tempat yang sesuai untuk saya simpan emas ni dengan selamat  saya membelinya? Takkan nak simpan kat rumah pula kan? Nanti kalau orang curi macam mana? Adakah anda juga berfikiran begitu?



Setelah banyak saya menghadiri seminar, bertanya kepada otai-otai emas dan membaca beberapa artikel tentang pelaburan / simpanan emas ni, dengan selambanya saya simpan sahaja emas tu di rumah. Di bawah antara gambar seminar yang saya pernah pergi.









Ha nak tahu Kenapa?

Emas itu tidak jauh berbeza dengan barang kemas, jika barang kemas boleh disimpan di rumah, mengapa tidak emas tersebut? Kaedah penyimpanan emas itu, sama sahaja seperti kaedah penyimpanan barang kemas.

Pencuri kalau nak mencuri, bukan sebab dia tahu rumah kita ada emas atau sebab kita ada beli emas. Pencuri masuk rumah selalunya sebab rumah itu kosong atau rumah tu nampak macam sebuah rumah orang yang sangat kaya yang kurang kawalan sekuritinya.

Namun begitu, jika anda memang sangat-sangat tidak selesa emas anda itu di simpan di rumah, mungkin sebab takut hilang ke, takut di curi ke, takut terlupa letak dimana, takut rumah terbakar (tapi emas takkan terbakar) atau sebagainya. Anda boleh menyimpan emas anda itu di kotak keselamatan, iaitu "safe deposit box" yang disediakan oleh pihak bank. Jika setakat 1 dinar emas atau 10gram Gold Bar sahaja tidak perlulah sampai simpan di safe deposit, lainlah kalau anda ada berkilo-kilo emas memang sesuai la simpan di safe deposit.

•Di Maybank (cawangan tertentu), yurannya sekitar RM80-RM200 setahun, bergantung pada saiz kotak.
•Di Public bank, kos sewaannya pula sekitar RM150-RM430 setahun.
•Di CIMB Bank, kos sewaannya pula sekitar RM100-RM360 setahun.

Terdapat beberapa syarat yang pihak bank tetapkan jika ingin menyewa safe deposit box mereka, antaranya :-

1. Anda mempunyai akaun simpanan di bank tersebut
2. 2 Unit Kunci diserah kepada anda dimana pihak bank tidak memegang langsung kunci tersebut, sekiranya   kunci hilang maka duit deposit akan diambil oleh pihak bank.
3. Anda hanya boleh membuka peti pada waktu operasi bank sahaja.
4. Nilai perlindungan insuran selalunya hanya sehingga RM10 ribu sahaja.

Jadi, terpulang kepada anda, mahu simpan sendiri atau simpan di bank? Pada saya, setakat emas kecil seperti 1 dinar emas 40 keping ke, anda boleh fikirkan secara kreatif tempat yang sesuai untuk simpannya. Andai 1kilo pon kita simpan kat rumah tak de orang tahu kalau kita tak bagi tahu orang.

Seperti masukkan dalam bekas susu Ducth Lady ke, lepas tu simpan dalam peti ais, hahaha, itu baru satu port. Tidak pun simpan dalam bekas rempah-rempah kat dapur anda. Dalam tong beras ke,pencuri xpecah rumah untuk curi beras.Ha bagaimana? 

Anda boleh fikirkan secara kreatif eh.

Diharapkan info ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda. Cuba anda fikirkan, ramai orang takut beli emas sebab masalah bagaimana nak simpan emas ni, padahal emas 1kilo boleh simpan dalam tapuwer je tapi ramai orang simpan wang fiat berkeping-keping di rumah tak takut pula. Fikir-fikirkan..

Take note yer kawan2...
Fikir emas akan mendatangkan pemikiran minda emas.
Mugkin boleh membantu tambah idea anda.



Untuk anda yang sedang mencari platform simpanan dan pelaburan emas boleh klik IlmuEmasPG untuk bersama saya dalam group whatsapp.