Tips Pelabur Tetap Seronok Walau Harga
Emas Turun atau Naik
“Alamak!!!… Dah lock harga (place order) tadi, tapi
harga turun lagi…. Nak buat macam mana ni???”
Antara reaksi biasanya orang yang baru PERTAMA KALI
BELI EMAS. Ikutkan pengalaman saya selama hampir 2 tahun jadi stokis emas, saya
belum pernah jumpa orang yang lepas beli, harga terus naik, naik, naik dan tak
turun-turun dah lepas tu. Naik dan turun tu normal. Kalau harga naik tapi tak
turun-turun, itu tak normal. Kalau turun dan tak naik-naik tu pun tak normal.
Ia cuma persoalan masa. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Ada masa dia
naik sampai 35% setahun, ada tahun cuma naik 7% dan ada juga turun sebanyak 27%
setahun.
Tapi bagi sesiapa menyimpan emas sebagai WEALTH
PROTECTION macam saya, dia tak kisah harga naik turun.
Ada duit lebih, saya beli emas. Harga naik, saya senyum sebab nilai kekayaan meningkat. Harga
turun pun saya senyum sebab ini peluang untuk beli lagi pada harga rendah.
Apa pun keadaan, jadilah pelabur emas yang sentiasa
senyummm. Untuk jadi pelabur yang sentiasa senyum, ini saya kongsikan 5 tips
bagaimana nak jadi pelbaur emas yang bahagia.
Tips #1 – Asingkan Duit Kecemasan, Simpan Emas Jangka Panjang.
Sebelum beli emas, asingkan duit simpanan kecemasan. Terbaiknya simpan 3-6 bulan pendapatan. Kalau berlaku
kecemasan, anda tak perlu jual emas-emas tu tapi gunakan duit kecemasan jer. Saya beli emas dengan duit lebihan untuk simpanan jangka panjang.
Pendek kata, saya memang tak pakai duit tu untuk tempoh at least setahun.
Saya
tak galakkan orang beli emas dengan duit kecemasan, duit yang nak digunakan
dalam masa setahun. Kalau harga emas turun mendadak boleh mengganggu tidur yang
lena, maksudnya duit tu tak sesuai beli emas. Lebih baik simpan dalam Tabung
Haji atau ASB jer.
Tips #2 – Beli Emas Dengan Duit Lebihan, Bukan Pinjaman
Beli
emas dengan duit lebihan, bukan duit pinjaman. Tak kiralah samada duit pinjaman
bank ataupun duit family. Saya beli emas guna duit hasil bisnes sendiri, duit
simpanan gaji bulanan dan duit bonus tahunan. Saya tak buat loan beli emas
sebab matlamat saya, “plenty of money, peace of mind”.
“Pelaburan” pada hakikatnya ialah untuk orang yang
ada duit lebih. Kalau tak ada
duit lebih, lebih baik berniaga berbanding melabur.
Daripada duit tu dimakan inflasi, lebih baik beli emas yang kalis inflasi. Saya
memang tak galakkan orang beli emas dengan duit pinjaman kecuali hanya itulah
cara dia disiplinkan diri untuk menyimpan. Memang ramai saya jumpa orang yang
tak boleh pegang duit, dan tak boleh menyimpan secara berdisplin. Kalau ada
duit, mesti cepat habis. Daripada duit habis macam tu, mungkin buat pinjaman (bank) dan beli emas dapat bantu dia
menyimpan secara berdisiplin setiap bulan.
Tips #3 – Beli Untuk “Wealth Protection”, Bukan
Spekulasi
Saya beli emas untuk wealth protection (pelindung
kekayaan). Protect duit dari ‘dicuri’ (dibelanjakan) diri sendiri, protect dari
inflasi, dan paling menakutkan, protect dari keruntuhan sistem matawang! Emas
adalah penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia daripada sebarang
keadaan ekonomi sepanjang zaman.
Duit kertas yang kita simpan sangat berisiko.
Tengoklah ketika Ringgit Malaysia merudum tahun 1997 oleh ‘penyangak’ matawang
bernama George Soros. Duit Malaysia jatuh tergolek daripada RM2.50 untuk USD1,
kepada RM3.80 untuk USD1. Bahkan pernah jatuh sehingga RM4.70 untuk USD1 pada 7
Januari 1998.Nilai duit kertas jatuh 52% hanya dalam tempoh yang singkat! Kalau
sebelum gawat kita beli barang import RM25,000, lepas gawat kita terpaksa bayar
RM38,000 untuk barang yang sama disebabkan kejatuhan nilai matawang ringgit.
Terpaksa top-up RM13,000 (52%)!
Dan tengoklah apa berlaku kepada negara-negara yang
huru-hara, peperangan, dan hilang kestabilan ekonomi. Apa berlaku kepada duit
kertas pada zaman Jepun menjajah Tanah Melayu dulu. Siapa sanggup terima DUIT
KERTAS yang dipanggil “duit pisang” lepas kekalahan Jepun? Ia cuma kertas yang
hanya layak dijadikan “wallpaper” kata Sheikh Imran Hosein. Mungkin datuk dan
nenek kita faham benar situasi ini. Dan siapa jamin negara kita akan sentiasa
stabil sepanjang masa? Kalau ia berlaku, segala kekayaan yang kita usahakan
akan kembali kepada “kosong”!
Untuk wealth protection, matlamat saya
memperbanyakkan keping (gram) emas yang saya ada. Bukan sekadar “buy low, sell
high”. Kalau tahun
ni ada 50 keping dinar, tahun depan saya akan tambahkan jadi 60 keping.
Itulah cara saya. Lihat video di bawah tentang simpanan emas oleh Sheikh Imran Hosein.
Tips #4 – Pantau Harga Bila Perlu Sahaja
Anda
tak perlu pantau harga emas tiap-tiap hari, apatah lagi sejam sekali! Bila
harga naik, rasa happy. Bila turun, rasa terkilan. Jangan bazirkan emosi dengan
turun naik harga emas. Pantau harga emas memang boleh mengganggu emosi, dan
sungguh memenatkan.
Nasihat saya, lepas beli, tak payah tengok dah harga. Cek
harga emas hanya bila (1) nak jual, atau (2) nak beli lagi. Itu jer. Kalau nak
compare harga, compare dengan harga setahun dari tarikh anda beli, bukan
compare tiap-tiap hari. Jangan bazirkan emosi.
Tips #5 – Melabur Sambil Berniaga Emas
Bagi saya yang telah mencuburi bidang jual beli emas
melalui platform PublicGold, saya ambil
tanggungjawab untuk pandaikan orang ramai tentang emas melalui BLOG dan FACEBOOK. Saya
perhati, ramai orang buat kesilapan yang tak sepatutnya dalam pelaburan emas
sebab pertama melabur tanpa ilmu, ataupun ‘termakan’ kata-kata penjual emas
yang tak bertanggungjawab. Sebagai orang yang Allah bagi ilmu tentang emas,
saya perlu bantu orang ramai melabur dalam emas cara yang tepat, selamat dan
menguntungkan, insyaAllah.
Bisnes emas ni boleh buat secara sambilan jer. Orang
lain buka facebook untuk cek status (wall post) orang lain, kita juga guna
facebook, tapi untuk bagi tips-tips mudah tentang emas. Orang lain spent masa
tengok TV, kita tukarkan masa TV untuk terus belajar dan berkongsi ilmu tentang
emas dan kewangan. Tapi bila orang lain risau turun naik harga emas,
insyaAllah, kita sentiasa senyum sepanjang masa.Harga emas naik, kita senyum sebab
kekayaan meningkat. Harga emas turun, kita senyum sebab komisyen melambung hasil
membantu orang lain membeli emas pada harga rendah. Dan apa
kata gunakan duit komisyen untuk beli emas lagi, insyaAllah. Apapun keadaan
harga emas,penyimpan sambil berniaga emas sentiasa berada pada posisi senyum
dan happy.
Itulah
lima tips untuk jadi pelabur emas yang sentiasa senyum dan happy. Kalau anda
masih risau turun naik harga emas, mungkin boleh semak balik 5 tips ni.
Mudah-mudahan anda juga jadi pelabur emas yang sentiasa senyum, insyaAllah.
Klik IlmuEmasPG untuk bersama saya dalan group whatsapp.
Klik IlmuEmasPG untuk bersama saya dalan group whatsapp.
No comments:
Post a Comment