Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya doakan
anda kaya dan berjaya, kali ini saya nak kongsikan satu artikel dari guru saya
yang saya telah olah sedikit untuk memudahkan kefahaman anda tentang emas
sebagai simpanan kecemasan.
Mana-mana guru kewangan, pasti mereka sarankan
setiap kita adakan simpanan kecemasan berjumlah 6 bulan pendapatan. Paling
minimum pun 3 bulan pendapatan. Duit tersebut tak boleh disentuh, walau apa pun
yang berlaku kecuali kecemasan sahaja. Dan jangan sesekali melabur (dalam apa-apa
pelaburan sekalipun) sebelum cukup simpanan kecemasan.
Duit simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan
pendapatan sepatutnya disimpan dalam bentuk tunai di bank supaya senang
dikeluarkan bila-bila masa kalau ada hal-hal kecemasan. Saya lebih suka simpannya
dalam buku simpanan ASB, sebab ia agak susah dikeluarkan. Kalau disimpan dalam
akaun bank biasa, risiko duit tu BOCOR sangat tinggi. Bila-bila masa sahaja
kita boleh ‘swipe’ kad debit kita.
Tapi bagi siapa yang simpanan 3 BULAN
PENDAPATAN tak pernah cukup sebab asyik bocor sahaja, boleh pertimbangkan untuk
simpannya dalam bentuk emas sebab emas memberikan KESAN EMOSI kepada
penyimpannya. Kalau tak percaya hubungi saya dan cuba beli 1 gram dan rasai nya
sendiri.
Emas Magnet Kekayaan
Bila dah tukar jadi emas, kita tak akan
PANJANG AKAL untuk membelanjakannya. Sebaliknya, bila dah beli emas, kita rasa
nak kumpul lagi dan lagi. Bila nak pakai duit, rasa sayang la pulak nak jual
emas. Pendek kata, emas tu tak akan dijual kalau setakat nak tukar langsir baru
atau nak tukar sport rim. Hanya kalau ada hal yang penting-penting sahaja
barulah orang akan jual emas-emas mereka. Kalau tak percaya jufgak, Tanya ibu
kita kat dapur tu,pasti diorang akan jawab benda yang sama.
Ini masalah kebanyakkan orang bila simpan duit
dalam akaun bank, termasuk saya. Simpan, simpan, simpan, lepas tu rasa nak
‘korek’ semula. Lagi-lagi zaman sekarang ni senang je,semuanya online, silap
cara.tertengok iklan lazada ke zalora ke mesti terbeli, bila terbeli mesti
terpakai duit,kemudian akan terhabis, at the end simpanan pun taka ada.
Itulah sebab emas dikatakan sebagai MAGNET
KEKAYAAN. Bukan sebab harganya melambung-lambung, tetapi ia melekat kuat pada
kita sehingga Allah s.w.t memberi ancaman dengan azab yang pedih bagi sesiapa
yang tak mengeluarkan zakat emas (Surah At-Taubah, ayat 34). Sebab perangai
manusia, memang sayang nak keluarkan emas yang disimpan. Ia fitrah.
“Dan (ingatlah)orang-orang yang menyimpan emas
dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah
kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah
At-Taubah : Ayat 34)
Simpanan Kecemasan Saya
Saya secara peribadi wajibkan diri simpan dana
kecemasan minimum 9 bulan pendapatan atau komitment bulanan. Ia jumlah simpanan
kecemasan yang agak selesa bagi orang bekerja seperti saya. 6 bulan
pendapatan saya simpan dalam bentuk tunai di bank (i.e. ASB), dan lagi 3 bulan pendapatan dalam bentuk emas.
Bagi saya, emas juga sesuai dijadikan salah
satu bentuk simpanan kecemasan. Emas adalah duit ‘tunai’ dalam bentuk berbeza.
Kalau nak pakai duit, kita boleh jual atau pajak emas itu untuk dapat tunai
segera.
Emas sebagai dana kecemasan.
Emas boleh berfungsi sebagai alat menutup
kebocoran wang sekaligus sebagai dana kecemasan. Bila nak pakai duit, boleh
jual atau pajak sahaja untuk dapat tunai segera sebagaimana kes Pn. Roziah ini.
Kekal Nombor atau Kuasa Beli?
Semenjak berlaku kejatuhan ringgit
kebelakangan ini saya simpan enam 3 bulan pendapatan dalam ASB, dan 6 bulan
pendapatan lagi dalam bentuk emas. Tetapi risau dengan trend ringgit yang makin
merosot dari bulan ke bulan, saya kurangkan simpanan tunai dan tukarkannya
kepada emas.
Sebenarnya emas dan duit kertas masing-masing
ada pro dan kontranya. Duit yang disimpan di bank selamat pada nombornya,
tetapi ia ada risiko hilang kuasa belinya samada disebabkan inflasi atau
kejatuhan ringgit. Sebaliknya pula, emas selamat pada nilai dan kuasa belinya
walaupun harganya ada naik turun dalam jangka pendek.
Buktinya, tahun 2015 ringgit jatuh sekitar 30%
iaitu dalam kata lain, kuasa beli duit ringgit jatuh 30% yang memberi kesan
kepada kenaikan besar harga barang dalam negara! Maksudnya, kalau dapat dividen
5% – 8% pun, ia sebenarnya tak berbaloi. Tetapi berbeza dengan simpanan emas.
Emas selamat dari masalah itu bahkan harganya makin meningkat bila ringgit
makin menurun.
Faham?
Untuk Konsultasi Pelaburan Emas dan ASB,boleh
hubungi saya untuk temujanji.
Klik IlmuEmasPG untuk bersama saya dalam grouo whatsapp.
-SA-
No comments:
Post a Comment