Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya doakan anda kaya dn
berjaya.
Masa saya mula-mula
beli emas dulu pernah saya terfikir di manakah tempat yang sesuai untuk saya
simpan emas ni dengan selamat saya membelinya? Takkan nak simpan kat
rumah pula kan? Nanti kalau orang curi macam mana? Adakah anda juga berfikiran
begitu?
Setelah banyak saya
menghadiri seminar, bertanya kepada otai-otai emas dan membaca beberapa artikel
tentang pelaburan / simpanan emas ni, dengan selambanya saya simpan sahaja emas
tu di rumah. Di bawah antara gambar seminar yang saya pernah pergi.
Ha nak tahu Kenapa?
Emas itu tidak jauh
berbeza dengan barang kemas, jika barang kemas boleh disimpan di rumah, mengapa
tidak emas tersebut? Kaedah penyimpanan emas itu, sama sahaja seperti kaedah
penyimpanan barang kemas.
Pencuri kalau nak mencuri, bukan sebab dia tahu rumah kita ada emas atau sebab
kita ada beli emas. Pencuri masuk rumah selalunya sebab rumah itu kosong atau
rumah tu nampak macam sebuah rumah orang yang sangat kaya yang kurang kawalan
sekuritinya.
Namun begitu, jika
anda memang sangat-sangat tidak selesa emas anda itu di simpan di rumah,
mungkin sebab takut hilang ke, takut di curi ke, takut terlupa letak dimana,
takut rumah terbakar (tapi emas takkan terbakar) atau sebagainya. Anda boleh
menyimpan emas anda itu di kotak keselamatan, iaitu "safe deposit
box" yang disediakan oleh pihak bank. Jika setakat 1 dinar emas atau
10gram Gold Bar sahaja tidak perlulah sampai simpan di safe deposit, lainlah
kalau anda ada berkilo-kilo emas memang sesuai la simpan di safe deposit.
•Di Maybank (cawangan
tertentu), yurannya sekitar RM80-RM200 setahun, bergantung pada saiz kotak.
•Di Public bank, kos
sewaannya pula sekitar RM150-RM430 setahun.
•Di CIMB Bank, kos
sewaannya pula sekitar RM100-RM360 setahun.
Terdapat beberapa
syarat yang pihak bank tetapkan jika ingin menyewa safe deposit box mereka,
antaranya :-
1. Anda mempunyai
akaun simpanan di bank tersebut
2. 2 Unit Kunci diserah kepada anda dimana pihak bank tidak memegang langsung kunci tersebut, sekiranya kunci hilang maka duit deposit akan diambil oleh pihak bank.
3. Anda hanya boleh membuka peti pada waktu operasi bank sahaja.
4. Nilai perlindungan insuran selalunya hanya sehingga RM10 ribu sahaja.
2. 2 Unit Kunci diserah kepada anda dimana pihak bank tidak memegang langsung kunci tersebut, sekiranya kunci hilang maka duit deposit akan diambil oleh pihak bank.
3. Anda hanya boleh membuka peti pada waktu operasi bank sahaja.
4. Nilai perlindungan insuran selalunya hanya sehingga RM10 ribu sahaja.
Jadi, terpulang kepada
anda, mahu simpan sendiri atau simpan di bank? Pada saya, setakat emas kecil
seperti 1 dinar emas 40 keping ke, anda boleh fikirkan secara kreatif tempat
yang sesuai untuk simpannya. Andai 1kilo pon kita simpan kat rumah tak de orang
tahu kalau kita tak bagi tahu orang.
Seperti masukkan dalam
bekas susu Ducth Lady ke, lepas tu simpan dalam peti ais, hahaha, itu baru satu
port. Tidak pun simpan dalam bekas rempah-rempah kat dapur anda. Dalam tong
beras ke,pencuri xpecah rumah untuk curi beras.Ha bagaimana?
Anda boleh fikirkan secara kreatif eh.
Diharapkan info ini
dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda. Cuba anda fikirkan, ramai orang
takut beli emas sebab masalah bagaimana nak simpan emas ni, padahal emas 1kilo
boleh simpan dalam tapuwer je tapi ramai orang simpan wang fiat berkeping-keping
di rumah tak takut pula. Fikir-fikirkan..
Take note yer kawan2...
Take note yer kawan2...
Fikir emas akan
mendatangkan pemikiran minda emas.
Mugkin boleh membantu
tambah idea anda.
Untuk anda yang sedang mencari platform simpanan dan pelaburan emas boleh klik IlmuEmasPG untuk bersama saya dalam group whatsapp.
No comments:
Post a Comment