Tuesday 8 December 2020

Apa Itu Wealth Card dalam Publicgold

 𝐀𝐩𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐖𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐂𝐚𝐫𝐝?


Gais, bila ada promosi dealer Public Gold, antara item yang perlu dibeli adalah Wealth Card. Jadi saya selalu dapat soalan berkenaan Wealth Card.

Apa itu Wealth Card?

Wealth card ibarat kad nama dealer.

Wealth card mengandungi maklumat Nama Dealer, PG code dan pangkat dealer (Normal Dealer atau Priority Dealer).

Ada gold bar 0.5 gram kat dalam wealth card tersebut 🤩🤩🤩

Wealth Card juga datang bersama-sama baucer diskaun untuk belian emas, silver dan PGMall bernilai RM350.

i) ada baucer diskaun beli emas RM10 x 10 pcs

ii) ada baucer diskaun beli silver RM20 x 10 pc

iii) adab baucer diskaun PGMall RM10 x 5 pc

Baucer ini sah untuk tempoh setahun.

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐮𝐜𝐞𝐫 𝐝𝐢𝐬𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐰𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐜𝐚𝐫𝐝.

1. Outright purchase - Boleh guna (sekeping) ✅✅

2. Pembelian emas GAP  / pengeluaran (pembayaran gold premium) akaun GAP - Tidak boleh ❌❌

3. Belian emas/perak secara EPP4X/EPP10X : Ya boleh ✅

tetapi hanya 1 baucer diskaun dibenarkan untuk satu sales order EPP (𝐴𝑛𝑑𝑎 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑔𝑢𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑎𝑛𝑎-𝑚𝑎𝑛𝑎 𝑏𝑎𝑦𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑠𝑡𝑎𝑙𝑙𝑚𝑒𝑛𝑡 (𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑐𝑎𝑑𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑘𝑎𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑖𝑛𝑠𝑡𝑎𝑙𝑙𝑚𝑒𝑛𝑡 𝑏𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎), 𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑛𝑎𝑘 𝑝𝑎𝑘𝑎𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑖𝑛𝑠𝑡𝑎𝑙𝑙𝑚𝑒𝑛𝑡 𝑘𝑒-2 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑠𝑒𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠𝑛𝑦𝑎 𝑝𝑢𝑛 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑎𝑗𝑒𝑟.

4. Baucer tidak boleh digunakan untuk pembelian emas/perak semasa promosi (contohnya promosi waiver EPP premium)

𝐏/𝐬: 𝐖𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐂𝐚𝐫𝐝 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭-𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐰𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐂𝐚𝐫𝐝. 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤, 𝐬𝐢𝐥𝐚 𝐥𝐨𝐠𝐢𝐧 𝐤𝐞 𝐰𝐞𝐛𝐬𝐢𝐭𝐞 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐜 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐮 𝐖𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐂𝐚𝐫𝐝 𝐂𝐨𝐫𝐧𝐞𝐫 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐫𝐢.



Nota ini ditulis oleh mentor dan guru emas saya, untuk keterangan lanjut boleh terus berhubung dengan saya klik 0132568700

Untuk dapatkan nota emas setiap hari, anda boleh subscribed channel telegram saya, klik t.me/syawalameron

Apa beza belian emas Public Gold secara EPP ataupun akaun GAP.

 Beza belian emas Public Gold menggunakan kaedah akaun GAP dan secara ansuran (EPP)


 Ramai bertanya kepada saya tentang perbezaan belian emas Public Gold secara ansuran dan menggunakan akaun GAP.

Apa bezanya?

 i. Akaun emas Gold Accumulation Program (GAP)

  • Anda boleh simpan seberapa banyak emas yang anda nak simpan, minima 1 gram.
  • Boleh ‘skip’ pembelian – tiada komitmen.
  • Boleh keluarkan emas fizikal dari akaun GAP pada bila-bila masa dari semua cawangan Public Gold.
  • Kos simpanan adalah PERCUMA.
  • Kalau takut nak simpan sendiri emas tu, akaun emas adalah pilihan terbaik buat anda.
  • Boleh buat Ar-Rahnu secara online jugak.


ii. Easy Payment Purchase (EPP)

  • EPP4 – Bayar 4 kali dalam tempoh 4 bulan.
  • EPP10 – Bayar 10 kali dalam tempoh 10 bulan.
  • Tidak boleh skip payment.
  • Dapat emas fizikal di tangan selepas selesai payment ikut jadual yang diberikan di email. Sendiri simpan emas tu.
  • Minima berat emas yang boleh beli guna EPP adalah 1 dinar (syilling emas 4.25 gram).
  • Sendiri simpan emas di tempat yang selamat eg peti simpanan, safe deposit box.

Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. Pilihan di tangan anda. Yang penting sesuai dengan keadaan semasa kewangan anda.

Jika ada persoalan, boleh hubungi saya Syawal Ameron 0132568700

Jangan lupa subscribed channel telegram saya, klik sini t.me/SyawalAmeron

Public Gold: Apa itu EPP4 dan EPP10?

 Belian cara EPP4 atau EPP10

  • EPP4 maksudnya bayar 4 kali dalam tempoh 4 bulan.
  • EPP10 pula bayar 10 kali dalam tempoh 10 bulan.

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (tengok gambar). Jadi untuk orang awam. Ini sijil bukti kepatuhan syariah. Sekian terima kasih.


𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐡𝐥𝐢.

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

  1. Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil ‘𝒘𝒂’𝒂𝒅’ atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.
  2. Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil ‘𝑯𝒂𝒎𝒊𝒔𝒚 𝑱𝒊𝒅𝒅𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉’.

Kelayakan belian EPP4:

  • Untuk semua jenis emas termasuk jongkong dan dinar emas.
  • Berat minima 1 dinar (4.25 gram)

Kelayakan belian EPP10:

  • Syaratnya untuk pembelian emas berharga RM5,000 dan keatas sahaja. Kira-kira 20 gram emas.
  • Akan tetapi, ada offer bulanan pada waktu terhad bagi belian serendah 1 Dinar dan 10 gram.

Contoh cara Belian:

Harga Total: PG SELL + Gold Premium + EPP Premium

Harga Emas pada 18/4/2020

Gold premium


EPP premium

Jadi kiraan harga kalau beli secara EPP adalah:

PG SELL + PREMIUM CAJ + EPP PREMIUM

Jika anda berminat nak beli, anda boleh terus berhubung dengan saya di sini 0132568700 

  • Public Gold akan emailkan invoice untuk anda buat pembayaran pertama.
  • Pembayaran bulan pertama lebih sedikit sebab tambah Caj Premium dan EPP Premium.

Contoh jadual pembayaran EPP4 untuk 1 dinar

Contoh Jadual Pembayaran EPP10 untuk 10 gram

Nota:

  • Walaupun harga emas naik selepas kunci harga, harga belian anda tidak akan berubah. Masih tetap ikut harga di lock.
  • Boleh settle baki bayaran lebih awal. Lebih cepat dapat emas dalam tangan.
  • Boleh buat beberapa pembelian EPP. Asalkan mampu bayar.
  • Selesai bayaran baru collect emas di Cawangan Public Gold berhampiran.
Nota EPP ini ditulis oleh mentor dan guru emas saya. Jika anda berminat untuk mendapatkan ilmu emas setiap hari, anda boleh klik SINI untuk duduk dalam channel telegram saya.

Setiap pembelian untuk pelanggan baharu Publicgold anda layak untuk dapatkan buku saya iaitu "Dinar Dirham Versus Wang Kertas" bernilai RM38 secara percuma.

Sunday 26 November 2017

Sukus & Tukus


Di bawah ini merupakan bayangan sistem kewangan dunia yang digambarkan dalam bentuk cerita agar mudah difahami.

Selepas berlakunya tsunami kewangan dunia 2008 yang lalu, pakar ekonomi dunia menggambarkan akan berulangnya kegawatan yang lebih dasyat kerana masalah pokok yang menyebabkan berlakunya kegawatan itu tidak dirawat dengan tepat. Oleh itu, pakar-pakar ekonomi mendapati penyelesaiannya ke arah Perbankan Dan Kewangan Islam.

Satu perkara yang menarik, Sistem Perbankan Dan Kewangan Islam semakin berkembang pesat di seluruh dunia. Aset Perbankan Islam telah berkembang 4 kali ganda dalam masa 2 tahun. Oleh itu, tidak mustahil sistem perbankan dan kewangan Islam akan menguasai kewangan dunia dengan keadilan dan kestabilan yang dibawanya.

Selamat membaca.


CERITA SUKUS DAN TUKUS

1. Riba
2. Fiat money
3. Rezab fractional perbankan

Terdapat 2 pulau yang berjiran jauh di tengah lautan. Satu daripadanya bernama Aya dan yang satu lagi dipanggil Baya. Di pulau Aya tinggal penduduk yang bergelar Sukus. Ia adalah pulau yang subur dengan sayuran-sayuran dan buah-buahan yang melimpah. Terdapat beberapa air terjun dan sungai yang membekalkan penduduk-penduduk di situ dengan air yang bersih dan tempat-tempat perkelahan untuk berehat. Lautan di sekitarnya tidak tercemar dan mereka mendapat makanan ikan yang melimpah ruah dan lain-lain makanan laut. Pulau itu juga ada emas, dan penduduknya, terutama wanitanya, sukakan emas.

Mereka menggunakan kepingan emas sebagai wang kerana semuanya menganggap emas bernilai. Ketua mereka yang bernama Saka, memproses emas sebagai kepingan sebagai wang. Mereka mnejalankan kehidupan yang mudah dan saling bekerjasama dan tiada faedah/riba dikenakan/dicajkan untuk pinjam-meminjam di antara mereka.

Kadangkala, ombak besar dan angin kencang memusnahkan beberapa hartanah mereka, biasanya rumah kediaman, tetapi masyarakat ini segera diatasi secara gotong-royong membina dan membaiki kerosakan tersebut. Selain itu, masyarakat ini hidup aman damai yang menjalani kehidupan secara penuh kebahagian.


Pulau Baya pula, didiami oleh penduduk yang bergelar Tukus. Pemimpin mereka adalah seorang yang bernama Taka. Pulau Baya juga subur dan orang-orang Tukus sebahagian besarnya adalah petani yang bekerja di sawah padi atau memelihara lembu kambing dan ayam itik. Beberapa daripada mereka adalah mahir dari segi seni tangan dan mengeluarkan pelbagai alat-alat dapor.

Mereka juga hidup aman dan bergotong royong untuk hidup. Orang-orang Tukus ini tidaklah secanggih Sukus, kerana mereka menjalankan perniagaan secara barter. Orang-orang Tukus menyedari orang-orang Sukus adalah lebih kaya, lebih sihat dan mempunyai bandar-bandar yang lebih canggih daripada mereka. Mereka (Tukus) selalu beranggapan orang-orang Sukus adalah dianugerahi kelebihan dan lebih hebat daripada mereka sendiri.

Walaupun mereka berurusniaga secara barter dengan Tukus, mereka tidak memahami konsep wang. Walaubagaimanapun, wanita-wanita mereka juga sukakan emas, terutamanya emas yang dibuat oleh orang-orang Sukus.


Suatu hari, 2 orang yang berpakaian kemas tiba dengan kapal di pantai pulau Aya. Mereka bernama Gago dan Sago. Orang-orang Sukus yang begitu peramah menyambut ketibaan pelawat baru mereka. Gago dan Sago mengkagumkan mereka dengan cerita pengembaraan mereka. Gago dan Sago menunjukkan beberapa matawang emas dari negara lain dan beberapa wang kertas yang digunakan oleh penduduk-penduduk yang jauh sebagai wang.

Penduduk Sukus tidak pernah melihat kertas sebelum ini. Wang kertas tersebut malah mempunyai gambar pisang atasnya – buah-buahan mereka. Malah dua orang asing tersebut menunjukkan mereka sebuah mesin pencetak wang seperti yang ditunjukkan.

Wow! Ini mendapat perhatian Sukus. Mereka merasa kagum kerana mereka tidak pernah melihat seperti yang telah ditunjukkan oleh Sago dan Gago. Penduduk amat sukakan Sago dan Gago dan mengajak mereka tinggal bersama mereka di pulau.

Gago dan Sago meyakinkan mereka bahawa sebuah institusi yang dipanggil bank akan membei manfaat kepada mereka. Kedua-duanya menerangkan bahawa bahawa sebuah bank akan menyediakan tempat untuk menyimpan wang emas mereka selamat disamping meningkatkan keadaan ekonomi mereka dengan membolehkan simpanan yang ada boleh digunakan oleh orang lain untuk penggunaan prodaktif, yang mana jika tidak ia akan terbiar.

Orang-orang Sukus, yang merupakan orang yang suka menolong orang lain, beranggapan ia merupakan idea yang hebat. Gago dan Sago kemudian membina banguinan kecil dengan peti besi di dalamnya dan mula mengoperasikan bank pertama di pulau Aya.

Sago dan Gago meraikan majlis tersebut dengan memberi penduduk pulau tersebut pesta yang berwarna-warni dengan pelbagai acara. Penduduk menyerbu ke bank tersebut untuk mendepositlkan kepingan emas (gold coins) mereka. Pendeposit diberi sekeping kertas yang dicetak bagi setiap keping emas yang didepositkan, dengan jaminan mereka akan dipulangkan balik kepingan emas bagi setiap keeping kertas yang mereka serahkan kepada bank.

Orang-orang Sukus merasa teruja dengan “wang” kertas yang mereka dapat kerana ia juga mempunayi gambar pemimpin mereka Saka disamping pokok pisang. Malah, Saka juga measa gembira juga.

Orang-orang Sukus mendepositkan kesemua kepingan emas mereka, berjumlah 100 000 keping dan helaian wang kertas yang sama jumlahnya juga diagihkan kepada pendeposit.


Sekarang mereka menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati ia adalah lebih selesadaripada kepingan emas yang berat seperti yang mereka gunakan. Wang kertas yang dicetak oleh Gago dan Sago, kini menjadi matawang yang dominan di pulau itu.

Tiada siapa yang menggunakan kepingan emas (gold cioins) lagi. Penduduk merasa gembira dengan kemudahan di mana mereka boleh melaksanakan dengan mudah perniagaan mereka. Mereka amat mempercayai Gago dan Sago kerana setiap kali mereka membawa sekeping kertas (wang kertas) untuk pemulangan/pertukaran, kehendak mereka dipenuhi . Gago dan Sago dihormati dan disanjung dalam masyarakat tersebut.

Orang-orang Tukus yang mendengar segalanya juga menjadi teruja dan merayu kepada Gago dan Sago supaya membantu mereka juga. Gago dan Sago tersenyum diantara mereka dan memberitahu orang-orang Tukus bahawa mereka juga akan bersedia untuk membantu.

Kedua-dua mereka membina bangunan yang sama di Baya, dan Sago diletakkan di sana sebagai pengurus. Perbezaan di antara pulau Aya dan pulau Baya ialah orang-orang Tukus tiada kepingan emas untuk didepositkan. Sago kata itu tidak mengapa. Dia mengeluarkan 1 000 keping wang kertas kepada setiap keluarga untuk digunakan sebagai wang.

Oleh kerana terdapat 100 kelaurga di Baya, jadi 100 000 keping wang kertas telah dikeluarkan. Walaubagaimanapun, Sago mengingatkan mereka bahawa pada akhir tahun setiap keluarga mesti memulangkan 1 100 keping wang kertas, 10 peratus lebihan dicajkan untuk perkhidmatan yang ditawarkan.

Orang-orang Tukus mendapati wang kertas itu seperti silap mata. Ia membuat urusniaga mereka jauh lebih senang berbanding dengan kaedah barter dahulu. Orang-orang Tukus menjimatkan masa dibandingkan dengan kaedah barter dimana perlu mencari pihak lain untuk ditukarkan dengan barang mereka. Sekarang mereka boleh mengkhususkan pada kerja yang mereka mahir. Ekonomi mereka mula berkembang dengan pesat.

Sekarang Gago dan Sago memtuskan sudah tiba masanya untuk mereka membuat tipuan mereka. Gago perhatikan bahawa di Aya, secara puratnya hanya 10% daripada emas yang didepositklan telah dituntut oleh orang-orang Sukus pada masa-masa tertentu. Lebihan 90% masih kekal di peti besi,.

Menyedari bahawa wang cetakan mereka telah beredar sebagai wang, Gago mencetak tambahan 900 000 keping lagi sebagai wang. Gago mengira bahawa dengan tambahan kertas (wang kertas) tersebut, sejumlah 1 000 000 keping kertas akan berada di tangan dan jika orang-orang Sukus menuntut emas mereka (purata 10% daripada wang tersebut) , dengan ini 100 000 deposit awal kepingan emas akan sentiasa ada untuk tuntutan. Gago mengeluarkan pinajamn lebihan 900 000 wang kertas kepada orang-orang Sukus yang memerlukan pada caj faedah (riba) 15%).

Orang-orang Sukus mula mendapati harga barang-barang meningkat. Ini mengelirukan mereka dan tiada siapa yang dapat menjelaskannya. Setengah daripada mereka yang telah meminjam daripada Gago tidak mampu membayar hutang mereka kembali walaupun mereka bekerja kuat untuk memdapat wang tambahan.

Perniagaan semakin sengit dan masyarakat semakin tidak mesra dan kurang berkasih-sayang antara mereka dibanding sebelumnya. Orang-orang Tukus juga mendapati perkara yang sama berlaku kepada mereka. Pada awalnya, mereka tidak menyedari kenaikan harga tetapi mereka mendapati perubahan tingkah laku kepada orang-orang mereka. Mereka menjadi semakin bersaing dari segi sikap dan kurang mengambil berat terhadap rakan-rakan mereka.

Walaupun dengan kerja kuat dan tingkah laku bersaing, masih ada di antara mereka yang tidak mampu menjelaskan hutang mereka. Mereka masih tidak mampu untuk memperolehi cukup wang untuk membayar balik jumlah hutang mereka. Sekarang Sago mula merampas kekayaan sebenar daripada pemiutang yang tertangguh – seperti tanah, lembu, kambing dan lain-lain. Ketua mereka Taka ialah di antara yang terhutang dan tidak mampu membayar. Tetapi Sago memberinya dan lain-lain orang-orang Tukus tambahan wang kertas sebagai menjadualkan semula hutangnya.

Ini meningkatkan lagi jumlah terhutang. Seterus hutang Taka menjadi lapuk lagi dan perlu dijadualkan semula lagi. Sekarang Taka cuba mengelak perjumpaan dengan Sago. Dia merasa malu dan mendapati kuasa, kebanggaan, keberanian dan maruahnya mula jatuh. Sebaliknya, dia mendapati kuasa, kebanggaan, keberanian dan maruah yang telah hilang daripadanya telah berpindah kepada Sago.

Setelah beberapa tahun, Gago dan Sago yang dahulunya mendarat di pantai pulau Aya dengan hanya mesin cetak, kini memilki hampir kesemua daripada tanah dan harta benda di kedua-dua pulau Aya dan Baya.

Penduduk telah menurun/merosot hanya menjadi pekerja, dimana sebahagian daripada mereka mejadi miskin. Ramai daripada mereka bekerja hingga larut malam uintuk mencukupkan keperluan hidup. Mereka kini mempunyai masa yang kurang untuk keluarga, kawan dan aktiviti kerohanian/keagamaan. Masalah sosial bertambah meluas. Penduduk tidak mempedulikan orang lain.

Oleh itu, tidak hairanlah dengan lahirnya kemiskinan, penyakit sosial yang lain semakin merebak seperti jenayah, pelacuran, dan lain-lain. Kebudayaan mereka mula secara berperingkat berubah kerana Gago dan Sago memperkenalkan budaya baru yang dianggap lebih “hebat” daripada bangsa yang “hebat” di mana mereka lahir.



Inilah akhirnya penduduk yang penyayang dan saling mengambil berat daripada dua pulau Aya dan Baya, yang mana mereka sebelum ini hidup aman tetapi bahagia sebelum Gago dan Sago datang dengan mesin percetakannya.

Gago dan Sago tidak berhenti di situ. Mereka terus mengembangkan sayap mereka kepada penduduk lain dan masyarakat lain. Impiam utama mereka ialah menjadi Pemerintah Teragong Global dengan mewujudkan satu bank global dengan satu jenis matawang global.

Anda dah faham kenapa emas dan perak wajib dijadikan sebagai matawang, bagus. Klik link ini untuk join group whatsapp berkaitan ilmu pelaburan emas saya Ilmu Emas

Terima kasih.

Tuesday 20 June 2017

Apakah caj premium di PG ?

APA ITU “CAJ PREMIUM” PUBLIC GOLD ?

Apa itu caj Gold Premium ? Saya selalu beli, nampak kena caj ni. Tapi tak tahu apa. Itulah soalan yang sering ditanya pada saya, baiklah untuk menghilangkan kusut di kepala tuan puan, berikut jawapan ringkas untuk soalan tersebut.

Jawapan :

Gold premium adalah kos penghantaran dan insurans emas dari Turki ke office PG.

Sejak 2008 lagi , semua produk Public Gold dikenakan “caj premium” . Sebelum GST di laksanakan dipanggil “kos penghantaran dari kilang ke cawangan Public Gold.

Gold Premium di kenakan samada BELIAN TERUS atau melalui BELIAN GAP.

Belian Terus = Harga di website + Gold Premium ( bayar terus ).
Belian GAP = Harga di website + Gold Premium ( bayar ketika ingin keluarkan emas tersebut mengikut item ).

Rate Gold Premium berlainan dan mengikut item yang di beli / di keluarkan seperti jadual di bawah :



Contoh anda mempunyai akaun GAP 11Gram dan ingin keluarkan emas fizikal utk pegang sendiri ;

Boleh keluarkan item 1gram 10pcs dan gold premium RM10 x 10pcs = RM100

ATAU
Boleh keluarkan item 5gram 2pcs dan gold premium RM10 x 2pcs = RM20

ATAU
Boleh keluarkan item 10gram 1pcs dan gold premium RM15 x 1pcs = RM15.


Walaupun produk emas Public Gold di kenakan gold premium , harganya masih rendah di pasaran berbanding tempat lain.

Untuk persoalan lanjut,anda boleh hubungi saya di 0132568700 atau klik SINI untuk duduk dalam circle emas saya.

Acc Emas Fizikal Untuk Si Kecil.

AKAUN EMAS GAP : BAYI PUN BOLEH BUKA !

Anak adalah amanah paling utama bagi semua ibubapa. Berikan mereka kasih sayang & pendidikan terbaik.

Sanggupkah anda melihat simpanan pendidikan mereka terus menerus di"rompak" secara berlesen oleh sistem kewangan moden (inflasi & kejatuhan nilai matawang dalam jangka masa panjang).

Mahukah anda hadiahkan hutang PTPTN kepada anak?

Simpanan emas Mudah, Murah Dan Patuh Syariah yang pertama di Malaysia.

Emas boleh disimpan oleh semua golongan bermula daripada bayi. Dengan membuka akaun emas GAP PublicGold untuk anak-anak hari ini, kita mampu elak pinjaman PTPTN 18 tahun akan datang.


Kiraan simpanan emas (18 tahun) :

1 bulan = 1 gram
12 bulan  = 12 gram
18 tahun = 216 gram

Kiraan simpanan wang fiat (18 tahun) :

1 bulan = RM200
12 bulan = RM2400
18 tahun = RM43200

👉 Katakan yuran IPT sekarang RM35000 !
👉 Adakah sama nilainya RM35000 sekarang dengan RM35000 18 tahun akan datang?

Mana satu pilihan anda?

Jika tanya saya, saya pasti pilih emas sebagai simpanan pendidikan anak-anak.
Sebabnya dalam jangka masa panjang, harga emas pasti akan naik.
Tentu sekali amaun RM43200 dapat di atasi & ia akan dianggap 'sedikit' 18 tahun akan datang.
Contoh mudah, anggap harga emas RM555/g 18 tahun lagi. Nilai emas semasa sebanyak 216 gram tersebut dah jadi RM119,880.
Banyak beza tu ! Pasti RM119880 tu akan dapat cover yuran IPT anak-anak nanti.
Tak perlu PTPTN.


Fakta wang fiat

Ada inflasi.
Tidak mengekalkan kuasa beli.
Bukan kekayaan sebenar.
Tidak boleh disimpan di dalam bank oleh individu bankrap.

"Jom Bertindak Demi Masa Depan Anak-Anak !"

Klik SINI Untuk Direct Whatsapp Saya.




Monday 19 June 2017

Beli Emas dengan duit bank.

Beli Emas dengan Duit Pinjaman Bank. Berbaloikah ?
 

Kalau google di internet, kita boleh jumpa banyak artikel yang ditulis oleh blogger emas yang mengesyorkan buat pinjaman untuk beli emas. Artikel-artikel tu semua ditulis pada tahun 2012 atau sebelumnya. Waktu tu, kalau beli emas hari ni, pendek kata 6 bulan lagi confirm untung (kalau jual). Bahkan kalau ikut projection yang mereka buat, lepas 3 atau 4 tahun, kita boleh jual sebahagian emas untuk buat full-settlement loan dan masih berbaki kepingan emas. Seolah-olah boleh dapat emas tu percuma!

Saranan begitu bagi saya memang relevan pada waktu tu sebab kalau tengok pada track record 10 tahun, belum ada tahun harga emas negatif (turun) untuk tempoh lebih 12 bulan. Secara puratanya, harga emas naik sekitar 15% – 20%. Bahkan ada tahun naik hingga 35% setahun! Jadi dengan andaian harga emas naik 20% setahun, memang logik strategi buat loan untuk beli emas. Tapi bila harga emas jatuh 27% tahun 2013, bagi saya kita kena kenalpasti bila waktu yang ‘agak selamat’ untuk beli emas dengan duit pinjaman.
Guna Duit Simpanan Lebih Baik
Secara asasnya, beli emas ni lebih baik pakai duit simpanan tunai jer. Tak perlu buat pinjaman. Sebab emas ni salah satu bentuk simpanan jangka sederhana dan jangka panjang. Daripada duit tu terbiar terlalu banyak dalam bentuk “duit kertas”, lebih baik simpan dalam bentuk yang lebih selamat nilainya iaitu emas.
Yang kedua, kalau nak buat pinjaman bagi tujuan pelaburan, sebenarnya labur dalam hartanah lebih baik. Effective rate untuk pinjaman perumahan sebenarnya lebih murah berbanding personal loan. Dan apa yang lebih baik, bank suka bagi pinjaman yang lebih besar kalau kita nak beli hartanah sebab itu aset yang selamat bagi bank. Tapi kalau nak beli emas, kita kena pakai duit “personal loan”.

Jadi, kalau nak beli emas, pakai duit simpanan sendiri jer lebih baik. Cuma dalam beberapa situasi, saya boleh setuju buat pinjaman untuk beli emas, antaranya:
#1 – Nak Paksa Diri Menyimpan
Ramai juga orang yang jenis susah menyimpan. Kalau menyimpan pun, duit tu tak bertahan lama. Simpan, simpan, simpan, lepas tu sekejap jer habis dibelanjakan. Jadi duit simpanan tu tak bertambah-tambah. Kerja dah bertahun-tahun, duit simpanan kecemasan pun masih tak cukup.
Jadi dengan buat pinjaman, dia terpaksa ‘menyimpan’. Duit ansuran bank tu dia terpaksa bayar. Kalau tak bayar, nanti bank ‘cari’. Walaupun kita ada hutang dengan bank, dalam masa yang sama kita ada emas. Dan emas tu sendiri bagi saya ialah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak di ar-rahnu. Boleh dapat duit on the spot.
#2 – Nak Jana Pendapatan Sebagai Dealer
Ada orang yang memang minat dengan emas. Bila minat, dia suka bercerita dan promote kepada orang lain supaya simpan emas (walaupun tak dibayar). Tapi bila ada orang nak beli emas, dia tak dapat bantu sebab dia bukan dealer. Sedangkan hanya dealer jer yang boleh “introduce” orang lain beli emas Public Gold (dan dibayar komisyen). Cerita penuh tentang kelebihan dealer klik SINI.
Cara paling senang jana pendapatan dengan emas ialah jadi dealer sebab dealer melangkah sebelah kaki sebagai peniaga, bukan sekadar pelabur. Peniaga boleh jana untung melalui pelbagai cara tapi syaratnya kena ada ilmu. Untuk jadi dealer, kena buat belian RM30,000 dalam satu resit. Komisyen sebagai dealer tu nanti insyaAllah boleh cover ansuran bank.

Kalaupun tak berjaya jana pendapatan yang berbaloi sebagai dealer sekalipun, duit tu sebenarnya tak lebur sebab kita boleh jual balik emas tu untuk bayar balik pinjaman, insyaAllah.
Beli Harga Di Paras ‘Selamat’

Antara point lain yang perlu juga dipertimbangkan kalau nak beli emas dengan duit pinjaman ialah beli bila harga emas diparas rendah supaya kurang sikit kerisauannya. Kalau beli emas dengan duit simpanan sendiri, kita tak perlu risau sebab kita tak ada apa-apa komitmen dengan duit tu. Itu duit simpanan yang memang kita tak pakai. Tapi kalau nak beli emas dengan duit pinjaman, mungkin kita akan sedikit risau kalau harga emas turun. Jadi untuk kurangkan kerisauan, belilah masa harga emas di paras rendah. Persoalannya, berapa rendah?
Kalau berdasarkan analisis harga emas pada waktu sekarang, harga diparas paling selamat sekitar USD1,000 – USD1,200 (per oz) sebab itu harga emas keluar dari lombong seluruh dunia. Pendek kata kalau harga emas turun bawah USD1,200, sebahagian lombong emas terpaksa tutup. Kalau turun bawah USD1,000, habis lombong seluruh dunia kena tutup dan harga emas terpaksa naik sebab “short supply”. Jadi siapa beli emas sekitar harga USD1,200, insyaAllah kebarangkalian harga emas turun tu tak banyak berbanding potensi naik.
Risiko Harga Emas Jatuh

Tapi adakah jangan beli emas selagi harga tak cecah USD1,200? Pastinya tidak. Kalau nak dikirakan risiko, simpan duit kertas tu risikonya lebih besar berbanding simpan emas. Sejarah Malaysia, duit kertas (Duit Pisang) pernah hilang nilainya 100%. Duit Ringgit Malaysia pernah jatuh 50% hanya dalam tempoh 1 tahun (1997 – 1998)! Tapi tak pernah berlaku dalam sejarah manusia, nilai emas hilang 100%. Bahkan tak pernah dalam sejarah harga emas jatuh 50% setahun.

Kalau nak dikira dari sudut simpanan dalam erti kata sebenar, simpan emas jauh lebih lebih selamat. Simpan duit kertas jauh lebih berisiko berbanding simpan emas. Cuma kita kena psyco dengan nombor jer. Walaupun harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, secara relatifnya kuasa beli emas bertahan zaman berzaman. Bukan macam duit kertas.

Jadi kesimpulanya, adakah berbaloi beli emas dengan duit pinjaman? Saya tak boleh bagi jawapan “Ya” atau “Tidak”. Ikut kepada kedudukan dan matlamat kewangan masing-masing. Saya secara peribadi cuma beli emas dengan duit simpanan sahaja.
Wallahu a’lam. Artikel ini ditulis oleh guru emas saya dan telah diolah sedikit oleh saya. Sebarang persoalan boleh hubungi saya 0132568700 atau klik IlmuEmasPG untuk duduk dalam circle emas saya.