Friday 29 April 2016

Kelebihan Emas A-Z bagi Dummies

Kelebihan Emas A-Z bagi Dummies.


Saya  cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas, secara jujurnya  apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas?

Saya pernah berjumpa pelanggan dari putrajaya yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Bangi membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilaunnya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri, tetapi umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan  untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.

Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam.

Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.

Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)

Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.

Kata pakar ekonomi pula, “....setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu...”

Jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya. 



Maka berikut saya nyatakan A-Z kelebihan emas untuk anda.

A)Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur

B)Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.

C)Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa

D)Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.

E)Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.

F)Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.

G)Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi

“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)

H)Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.

I)Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.

J)Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.

K)Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.

L)Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.

M)Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram


N)Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.

O)Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.

P)Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.

Q)Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.

R)Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.

S)Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.

T)Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.

U)Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.


V)Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.

W)Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup.

X)Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.

Y)Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..

Z)Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

Satu lagi tentang HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi maka kahwinlah cepat.

Justeru jika anda ingin dapatkan konsultasi emas dengan percuma klik IlmuEmasPG


Saya bersama Tuan Syukor Hahim, speaker utama dalam Publicgold. 


Wednesday 27 April 2016

Kenapa mahathir suruh kita simpan emas.

Kenapa mahathir suruh kita simpan emas.




Pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi) 

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk FUTURE FASTFOWARD. 

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang ! well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis. 



Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. 

Terkejut aku baca penerangan dia pasal money creation oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). 

Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis! spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. 

Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. 
Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :- 

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya) 

2. emas dan perak Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank) 

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. 

BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut kata penganalisis dunia). 

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear? Dia jawab, no comment. You kena tanya menteri. Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak. 

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. I dont keep money, macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). 

Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! 

Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. 
]
Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :- 

MD IMF, Rodrigo de Rato, We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy. 

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas over time there is only one direction for the dollar to go lower. 

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system. 

Paul! Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, we have a 75% chance of a crisis within 5 years.

*AKU merujuk kepada penulisan di sini 
http://emaspadu02.blogspot.my/2010/12/kenapa-mahathir-suruh-kita-simpan-emas.html



Untuk simpanan dan konsultasi emas percuma hubungi saya Syawal 013-2568700, dealer publicgold. 

Monday 18 April 2016

Kezaliman Wang Kertas.

Pernah tak anda terfikir sebelum ni mana datangnya wang kertas yg kita gunakan dalam kehidupan harian kita? Bagaimana wang kertas ni dicipta? Kenapa KERTAS pula dipercayai manusia sebagai alat tukaran jualbeli? Bukankah wang kertas mudah je untuk dicipta berbanding barang komoditi yang selamat daripada inflasi sebagai alat tukaran jualbeli?

3 biji telur dengan harga 100 billion ringgit.


Secara ringkasnya bahawa wang kertas yang dicipta ini merupakan ilusi. Pada post kali ini saya tidak menyentuh sejarah atau perihal penciptaan wang kertas ni, sebaliknya anda boleh buat sedikit kajian tentangnya di mana-mana sumber. Boleh kan..kan..kannn.. :)

Pada post ini, saya ingin ringkaskan tentang Kezaliman Wang Kertas terhadap kehidupan manusia. Berikut antara kezaliman yang nyata:.-

  • Dimansuhkan Sesuka Hati
Anda masih ingat lagi tak pada satu ketika dahulu Malaysia pernah mengeluarkan wang kertas note RM1000? Ya wang kertas RM1000 kini sudah tak ada pengeluarannya, malah ianya telah dimansuhkan penggunaannya.

Bagaimana sekiranya pada semasa penggunaan wang kertas note RM1000 itu digunakan, ramai yang menyimpan note tersebut. Dalam simpanan mereka, mereka menyimpan banyak keping. Kemudian bertahun-tahun mereka simpan, mereka gunakan pada zaman sekarang. Adakah ia masih lagi bernilai?



  • Dipaksa Menerima
Sesebuah kerajaan sudah pasti akan mencetak di muka wang kertas keluaran mereka dgn pemimpin mereka. Hal ini rakyat terpaksa menerimanya dengan paksa. Dan nilainya juga telah ditetapkan oleh pemerintah dan rakyat terpaksa menerimanya dengan paksa. Kemudian selepas digulingkan, pemerintah yang baru pula mencetak wang kertas yang baru. Dan sekali lagi rakyat dipaksa untuk menerimanya. Rakyat tidak bebas dalam penggunaan wang kertas. Ini memudahkan pemerintah menindas rakyat dengan mudah.



  • Dimanupulasi Dengan Mudah
Wang kertas boleh ditambah dengan mudah dan dicipta melalui mesin pencetak. Pemerintah boleh menggunakan apa-apa kuasanya untuk mencetak sesuka hati. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas tersebut akan menurun.

Hal ini juga mengakibatkan harga barang juga turut naik meningkat. Apabila ianya berlaku, pemerintah dengan mudahnya sekali lagi akan mengulang cetak wang kertas yang kononnya mampu menstabilkan semula ekonomi negara. Pada hal ianya hanya buat sementara waktu sahaja.

Klik gambar untuk keterangan lanjut.

  • Tidak Kalis Zaman
Wang kertas hanya laku digunakan pada sesebuah zaman sahaja. Contoh yang terdekat pada Zaman Pemerintahan Jepun di Asia Tenggara setelah Jepun berjaya menawan Asia Tenggara pada tahun 1942. Mereka telah mengeluarkan wang kertas Jepun dipanggil Duit Daun Pisang yang digunakan di wilayah jajahan mereka sahaja. Setelah Jepun kalah di tangan Pakatan Berikat, wang tersebut tidak laku lagi dugunakan. Di situ jelas penggunaan wang kertas hanya laku jika ada kerajaan. Jika tiada, maka ia tidak laku. Hanya laku pada sesebuah zaman sahaja.




  • Ada Had Sempadan
Pada masa ni RM3.80 kita boleh ditukar kepada USD1, bagaimana pada masa akan datang? Pada 5 tahun akan datang? Jurang perbezaan wang kertas jelas dilihat menerusi nilainya. Ringgit kita tidak laku digunakan untuk membeli barang di Amerika, Sebaliknya USD laku pula digunakan di negara kita?! Pelik bukan?! Ringgit kita hanya terhad digunakan di negara kita sahaja. 



Kesimpulannya:.-
Senarai di atas jelas kita telah dizalimi. Jika bab ekonomi kita sudah terikat, tidak bebas, bagaimana pula dengan hal-hal lain? Ianya akan berkait rapat. Jadi sebagai alternatif bijak, jom kita mulakan langkah untuk bebas. Kita gunakan wang merdeka. Kita simpan Emas.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
013-2568700

Thursday 14 April 2016

ASB atau EMAS

ASB atau EMAS.

Mana satu pilihan hati. Kalau anda Tanya saya, saya akan katakan both, ya kedua-duanya sekali tanpa ragu.

Guru saya Tuan Azizi Ali juga ada menyebut berkaitan ASB dalam seminar ‘Kolej Jutawan’ beliau. Bila dengar kita rasa macam biasa je kan, mana boleh kaya dengan ASB. Tengok, niat anda pon dah salah. Betulkan niat balik, bukan nak kaya tapi nak bantu orang lain, nak bantu orang kena ada duit, jadi saya terpaksa kaya untuk bantu orang lain. Bagaimana nak kaya dengan ASB. Baik sebelum saya pergi lebih jauh, saya nak anda tonton video ini dulu. Boleh.




Dah habis tengok video, kalau belum jangan teruskan membaca takut anda tak faham apa yang saya nak bagitahu. Sekarang habiskan dulu video di atas, dah habis? Ok boleh teruskan membaca.
Jadi macam mana, tersedak tak. Sentap tak. Percaya tak. Dengan ASB je boleh buat duit.
Tak nak celoteh panjang,klik link dibawah untuk dapatkan harga promosi. Dulu saya dapatkan RAHSIA ASB dengan harga RM150, sekarang hanya RM100 sahaja. Cepat sebelum harga kembali naik.




So, macam mana pulak dengan EMAS.  Dalam IMKK, seminar yang dikendalikan oleh Dr. Azizan Osman sendiri sangat-sangat menekankan berkaitan simpanan emas fizikal. Ya, emas fizikal. Beli emas dapat emas, bukan dapat kertas atau sijil semata. Kalau dah dapat emas fizikal, pastikan emas tulen, bukan luar emas dalam nya besi. Menangis tak berlagu nanti.

Antara sebab mengapa EMAS menjadi pilihan saya.


Sepanjang saya hidup, ada beberapa syarikat emas yang boleh dipercayai antaranya ialah Publicgold. Dalam syarikat PublicGold, pihak syarikat menyediakan, platform terbaik kepada masyarakat untuk membeli emas fizikal berketulenan 999.9 dengan harga yang murah,tanpa GST dan ptuh syariah.



Bagaimana anda boleh dapatkan emas fizikal, MUDAH. Hubungi saya di talian 013-256 8700 untuk saya bantu anda.


Ini maksud INFLASI.





Tuesday 12 April 2016

Durian Runtuh, PTPTN, dan Pelajar.

Durian Runtuh, PTPTN, dan Pelajar.




Bayangkan seseorang yang tak pernah memiliki wang sebanyak RM50,000 dan dia sesekali main loteri, tiba-tiba ditakdirkan dia menang dan membawa pulang RM50,000.

Soalan saya: Berapa lama dia akan habiskan duit RM 50,000 itu ?

Itulah perumpamaan mudah bagi pelajar universiti yang mendapat pinjaman pendidikan PTPTN ( which is include me), sebab saya sendiri pon meminjam. Sewaktu saya tandatangan surat perjanjian dengan PTPTN saya buka dan baca satu persatu surat perjanjian tersebut. Saya tandatangan untuk RM32,000 pinjaman dan akan bayar balik sebanyak RM36,000, tambahan RM4000, untuk kos upah. Dan saya harus bayar RM200 setiap bulan selama 15 tahun. WOW, itulah hakikatnya.


Namun bagi pelajar seperti saya yang tak pernah ada duit banyak dalam tangan sudah pasti, setiap kali awal semester, saya akan senyum lebar di hadapan mesin ATM. Seolah-olah saya sedang berdiri di hadapan pintu syurga. Cucuk kad, duit keluar dan enjoy. Itulah syurga dunia, gadget, wayang, fesyen, fun. Ya itu semua saya pernah alami.


Tapi saya mula sedar, tapi saya sedar lambat iaitu pada semester ke-8 iaitu tahun akhir saya di pusat pengajian. Alhamdulillah masih sedar kan. Saya diketemukan dengan PowerGold, yang mana  dari situ saya mula menyimpan emas fizikal demi memastikan yang saya dapat mendisiplinkan diri agar tidak terjerumus ke dalam syurga dunia.

Walau kadang-kadang sakit juga nak menyimpan tapi saya gagahkan untuk menyimpan 1 gram 1 bulan. Alhamdulillah, 6 bulan saya sertai PowerGold, emas fizikal yang saya dapat kumpul hampir 30 gram. Saya jangka 1 gram 1 bulan, selepas 6 bulan saya dapat 6 gram, jangkaan saya meleset dan saya bersyukur sangat-sangat kerana duit PTPTN saya dapat gunakan dengan baik.

Sayangnya setelah hampir setahun bersama powergold, company powergold terpaksa laksanakan GST, dan harga emas naik secara melampau hampir RM210. Saya mencari company emas lain yang dapat memberi emas yang lebih murah. Alhamdulillah saya jumpa.


Untuk mulakan simpanan emas fizikal klik IlmuEmasPG.

Naishat saya kepada pelajar-pelajar, mulakanlah simpanan emas, jika anda sekarang berada pada tahun pertama anda ada lagi 7 semester dan jika anda simpan 1 gram 1 semester, pada hujung tahun semester akhir anda, emas di tangan anda adalah 8 gram. Ingat pada tahun 2020, dijangkakan harga emas 1 gram RM 503.


Jadi ketika anda graduate daripada universiti anda ada simpanan RM8000, boleh la nak mulakan kehidupan baru sebagai pekerja kat kl ni kan.

Antara koleksi emas keluaran publicgold. Jom bersama publicgold. 

Haaaa, satu lagi kalau anda dah mula buat simpanan emas jangan lupa buat simpanan ASB. ASB ni betul-betul boleh buat duit, tapi mesti kene pada caranya lah, saya nasihatkan anda tonton video di bawahdan praktikkan dalam dunia sebenar. ASB boleh jadikan anda jutawan, tapi dengan syarat, melabur dengan ilmu. Klik dan lihat video di bawah dan buat keputusan anda sendiri.



Sekiranya anda benar-benar berminat dengan pemaburan ASB anda boleh klik link ni 



















Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit Emas.

Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit Emas.


Antara kesilapan yang sering berlaku dalam urus kewangan adalah pembaziran yang bukan keperluan.

Contohnya:.-

Lepak di kafe-kafe sambil minum dan borak dengan kawan tanpa tujuan.
Upgrade kereta sekadar menunjuk-nunjuk yang kononnya alasan sebagai kepuasan.
Beli baju, kasut, handbag yang berjenama padahal yang lama masih lagi dalam keadaan baik.
Tukar handphone baru. Katanya nanti tak up to date..cehhh!!

Apabila diajak menabung banyak pula alasannya. Tidak perlu sekali banyak untuk menabung, sebaliknya binalah tabungan kita sikit demi sikit.

Jadikan tabungan salah satu hobi yang menarik. Sebelum ni kita ada tabiat buruk seperti contoh di atas, jadi kurangkan. 

Ambil peluang di masa senang ni dengan menabung. Katakanlah anda setiap bulan anda simpan RM100. Selepas bulan berikutnya simpan lagi RM100 dan terus tukarkan kepada bentuk emas. Dengan nilai RM200 anda boleh tukar kepada 1gram Goldbar atau Suku Dinar Emas.
Simpan secara konsisten dengan akaun emas GAP di publicgold.



Buat catitan seperti harga emas semasa dan tarikh anda buat belian supaya anda nampak setiap bulan tabungan anda semakin membiak gramnya. Setiap bulan anda boleh lihat berapa kadar kenaikkan harganya. Banyaknya naik atau banyaknya turun?

Selamat mencuba.

Da cuba,boleh kongsi testimoni. Untuk keterangan lanjut berkaitan emas boleh hubungi saya Syawal 013-2568700 dealer publicgold. 

Saturday 9 April 2016

Nilai Wang Kertas Semakin Mengecil.

Nilai Wang Kertas Semakin Mengecil.

Pernah tak anda ingat pada zaman persekolahan anda wang saku yang diberikan oleh mak ayah anda hanya 60 sen pun dah cukup. Tapi kini jika anda lihat sekarang ni wang saku anak-anak sekolah adalah RM2.00 - RM4.00. Pernah tak anda terfikir kenapa jadi begitu? Ibu bapa terpaksa keluarkan lebih wang untuk belanja wang saku kepada anak.


Inilah yang terjadi, Nilai Wang Kertas Semakin Mengecil. Harga barang semakin naik dan naik. Wang semakin lama semakin Hilang Kuasa Belinya. Kalau ini terus menerus berlaku, apakah yang akan berlaku pada wang yang kita simpan di dalam bank yang kononnya mahu jadikan sebagai simpanan?

Bagaimana pula 10 tahun akan datang? Berapa nilai wang kita?

Gambar di bawah menunjukkan akibat daripada wang kertas dijadikan sebagai pelindung harta. Pada tahun 1946, Negara Hungary telah berubah tampuk Kerajaannya. Kerajaan lama digantikan dengan kerajaan yang baru. Wang kertas yang lama (di zaman Kerajaan Lama) sudah tidak lagi laku digunakan, sebaliknya Kerajaan lama sudah keluarkan wang kertasnya sendiri.



Bagaimana pula dengan nasib rakyat yang masih lagi menyimpan wang kertas lama? Apa jawapan anda? 

Jom alihkan wang kertas anda kepada Emas Fizikal  sebagai PELINDUNG HARTA anda. Hubungi saya untuk maklumat lanjut sebagai perunding simpanan emas fizikal:.-



Wednesday 6 April 2016

6 KESILAPAN YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA MEMULAKAN SIMPANAN EMAS.

KESILAPAN YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA MEMULAKAN SIMPANAN EMAS.

Biasanya kita sebagai first timer akan melakukan pelbagai kesilapan kecil yang kita sedar atau pun tidak termasuk diri saya.

Untuk libatkan diri dalam simpanan emas atau pelaburan emas yang menguntungkan kita bukan setakat EMAS itu tetapi ILMU EMAS yang kita patut tahu. Itu yang membuatkan kita lebih untung.

Untuk memfungsikan emas tersebut kita kena juga perlu ada ilmu emas. Tersalah guna emas juga boleh buatkan kita rugi. Jadi, ia berkaitan dengan banyak mana ilmu yg kita semua tahu.

Jangan Takut Saya boleh bantu anda.

KESILAPAN PERTAMA

•Melabur Ikut Orang Tanpa Ilmu.
Bukan Emas yang membuatkan kita kaya sepenuhnya tetapi ILMU kita tentang emas yang akan membuatkan kita lebih kaya.
Lagi tinggi Ilmu lagi banyak untung yang akan kita dapat dalam mana² pelaburan atau simpanan sekali pun.
Contoh, orang beli emas, kita pun beli. Tapi kita tak tahu macam mana nak memfungsikan emas tersebut.
Masa terdesak pun tak pandai nak guna emas.

SOLUSINYA
Banyakkan membaca dan bertanya. Lebih² lagi jika dah berada dalam group² whatsapp info² emas Publicgold ni jangan missed baca semua posting yang dikongsi admin dan senang² hati komen bertanya. Buku yang saya baca dan galakkan anda membacanya juga klik Book Review.



KESILAPAN KEDUA

•Tunggu Harga Emas Paling Murah Untuk Buat Belian Pertama
Ini lumrah bila kita ajak orang simpan emas, jawapannya mesti dapat "Nanti tunggu emas murah, saya beli ye!"
Pembeli sebenarnya tidak akan faham bila harga emas rendah selagi mereka belum buat belian pertama, sebab mereka belum ada benchmark atau tanda aras tersendiri.
Bagusnya bagi yang dah celik emas dan sedar emas ini adalah pelaburan jangka masa panjang.

Solusi dan cara yang paling baik adalah:
Galakkan mereka untuk cuba beli emas pertama seringan 0.5g untuk permulaan.Lepas itu barulah boleh monitor perkembangan harga emas.

Harga emas tak pernah nak murah adik kakak oiii.

KESILAPAN KETIGA

•Membeli Barangan Kemas
Jangan terkejut pula. Barang kemas juga adalah emas dan bagus untuk dibeli.Tetapi hakikatnya, emas ada banyak fungsi dan banyak bentuk.
So, apa fungsi pelbagai bentuk emas ini? Emas yang dibuat barang kemas adalah lebih kepada untuk kecantikan dan memberi tarikan yang unik kepada si pemakai.
Harga untuk barang kemas kebiasaannya lebih mahal daripada emas untuk pelaburan dalam bentuk bar dan coin.
Barang kemas sentiasa dimanipulasi oleh upah daripada pekedai. Spread juga tinggi dalam 25%.
Ia lebih menguntungkan jika kita tahu bila masa yang sesuai untuk memfungsikan emas tersebut.

Solusinya, sebagai alternatif pajakan bilamana mungkin Ar Rahnu berdekatan tidak menerima pajakan bar atau coin anda.
Barang kemas semua Ar Rahnu terima gadaian.


KESILAPAN KE EMPAT

•Beli Emas Dengan Duit Yang Nak Digunakan Dalam Masa Terdekat
Kita kena tahu, emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang.
Kebiasaannya pembeli akan tanya,
"Untung ke..contoh kalau saya beli emas.bulan depan tiba² saya nak guna duit saya jual emas saya?".
Kebiasaannya orang yang macam ni, simpanan wang fiat pun tak akan kekal 
Fungsi Ar Rahnu pun kurang tahu untuk pajakan emas.
Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik memang tak berapa nak untung melainkan harga emas tiba² mendaki tinggi.
Ianya semua bergantung kepada harga emas semasa. Dan mungkin akan rugi atas spread sekitar 5%-10%

Solusinya, beli emas, belilah dengan duit yang memang kita khaskan untuk simpanan.
Digalakkan menggunakan duit yang kita tidak gunakan sekurang²nya dalam tempoh masa 1 tahun.

Simpan dan Lupa


KESILAPAN KELIMA

•Beli Emas Paling Murah Tanpa Ambil Kira Faktor Lain
Asal ada lelong je, beli..
Company A lelong goldbar pakat beli semua.
Walhal kita tak tahu kredibiliti syarikat, kadar spread untuk belian semula, ketulenan, syarat² buyback dan sebagainya.

Solusinya, selidik dengan teliti dahulu kesemua hal² di atas sebelum beli.



KESILAPAN KEENAM

•Pinjam Duit Untuk Beli Emas
Pelaburan sebenarnya melabur menggunakan duit lebihan yang tidak digunakan. Bukan dengan cara meminjam.
Daripada duit tersebut tidak digunakan dan dimamah inflasi, lebih baik dilaburkan dengan emas.
Kalau tiada duit, baiklah berniaga.

Pinjaman untuk beli emas, tidaklah digalakkan.
TOLONG jangan buat loan.

Untuk dapatkan ilmu emas percuma klik IlmuEmasPG