Friday 8 July 2016

Awas Skim Cepat Kayap ! Kenali dan Jauhi !

Awas Skim Cepat Kayap ! Kenali dan Jauhi !


Cara mengenali skim cepat kaya, ciri skim pelaburan palsu, panduan kenal pelaburan haram atau skim ponzi di Malaysia dan tips elak di tipu dalam pelaburan. Skim cepat kaya mendapat sambutan hangat sekitar 2010 hingga kini dengan cara yang berbeza mengikut kehangatan ekonomi sesuatu zaman.

Tahun 2012 ketika harga emas mula memuncak, maka muncul skim pelaburan berasaskan emas dan tahun 2013 apabila pasaran saham mula meningkat muncul pula skim saham dan Forex yang menawarkan pelbagai pulangan yang menguntungkan.

Ketika kerajaan mempromosi bidang pertanian dan penternakan, maka muncul pula skim cepat kaya berasaskan penternakan seperti ikan keli, ikan arowana, lintah, penternakan burung unta dan sebagainya.


Apakah skim cepat kaya dan bagaimana mengenali skim cepat kaya atau skim pelaburan penipuan ini ?

Sebenarnya, mudah untuk mengenali skim cepat kaya, hanya dengan satu perkataan iaitu “Luar Biasa”.

Modus operandinya adalah sama iaitu luarbiasa menawarkan pulangan yang tinggi tanpa risiko, luar biasa menjana keuntungan tambahan apabila berjaya mendapatkan orang bawah atau downline yang baru dan tidak memiliki produk atau bertopengkan sesuatu produk.

Minggu lepas, saya dihubungi sahabat saya yang mahu menceburi pelaburan emas yang menjanjikan pendapatan tetap bulanan. Katanya, pelaburan emas dengan membeli emas (tidak diberikan emas) atau memberikan emas fizikal kita untuk di laburkan dan mendapat pulangan bulanan yang tetap. Saya melarang kerana pelaburan tersebut menunjukkan ciri skim pelaburan emas iaitu pulangan keuntungan yang luarbiasa tinggi dengan pendapatan bulanan yang tetap.

Ini adalah teknik pemusingan wang modal kita sendiri, contohnya kita memberikan modal RM100 dan syarikat skim pelaburan akan memberikan pulangan tetap RM10 sebulan dengan menjanjikan pulangan pendapatan sehingga 24 bulan (2 tahun). Perjanjian di atas kertas memang luar biasa keuntungannya sehingga 140%. Tapi, adakah syarikat skim pelaburan palsu ini boleh bertahan sehingga 2 tahun ? Silap-silap sebelum kita dapat modal, syarikat ini sudah berkubur. Sekarang sudah banyak syarikat skim pelaburan emas yang bergiat aktif dan ada juga yang telah di bekukan oleh BNM.

Tips mengenali skim pelaburan palsu atau skim cepat kaya ini diharapkan dapat membantu mengenali skim cepat kaya untuk menghindari kerugian dan mengelak dari di tipu. Cara mengenali skim cepat kaya dan ciri skim pelaburan palsu :


1. Menawarkan pulangan tinggi tanpa sebarang risiko. Pulangan pelaburan skim pelaburan ponzi boleh mencecah 10% sebulan ataupun hingga 200% setahun. Pulangan tinggi skim cepat kaya adalah luar biasa tinggi melebihi Amanah Saham Bank Rakyat atau pasaran saham indeks bursa malaysia. Pulangan tinggi ini akan disertakan dengan perjanjian tanpa risiko yang menyakinkan pelabur melalui kenalan pelabur dan sebagainya. Pulangan besar juga hanya diperolehi dalam bentuk nombor atau mata wang tertentu yang susah, bersyarat atau tidak dapat di tukar kepada mata wang Malaysia.


2. Ditawarkan komisyen yang tinggi apabila membawa rakan atau ahli keluarga untuk melabur. Pemberian komisen adalah perkara biasa kepada agen, konsultan, perunding pelaburan, referral dan sebagainya tetapi skim pelaburan ponzi akan menjanjikan komisen atau insentif yang lebih tinggi. Setiap kemasukan orang baru akan diberikan intensif, bonus atau pairing kepada orang yang memperkenalkan orang baru tadi. Ia akan berlanjutan dan berantai dari satu peringkat ke satu peringkat atau dikenali sebagai skim piramid. Skim penipuan ponzi selalunya berfungsi mengikut sistem piramid, wang yang diterima dari ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli sedia ada, apabila tiada ahli baru skim ponzi akan tutup atau sengaja di tutup oleh tuan punya skim tersebut setelah mencapai target kuntungan yang dikehendaki .


3. Menjanjikan pulangan tetap secara mingguan atau bulanan dalam tempoh tertentu. Pendapatan tetap ini diberi berdasarkan jumlah pelaburan, lagi besar modal yang dilaburkan, lagi besar pulangan tetap bulanan tetapi mesti kurang dari modal pelaburan. Pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tetap adalah riba dan skim cepat kaya. Ini kerana pelaburan di dalam Islam, tidak boleh dijamin keuntungannya. Samada, Mudharabah atau wakalah, mudharib dan wakil tak boleh memberi jaminan modal dan juga keuntungan.

4. Pelaburan tanpa produk atau produk bernilai lebih atau terlalu murah. Dalam pelaburan emas fizikal, skim pelaburan emas palsu tidak memberikan produk emas semasa proses beli emas, hanya memberikan surat perjanjian atau kontrak pelaburan atau memberikan produk tetapi di pulangkan kepada syarikat untuk disimpan. Syarikat hanya memusing produk fizikal ini untuk ditunjukkan kepada pelabur lain pula. Skim pelaburan ponzi juga menjual produk pada harga yang luarbiasa sama ada harga terlalu tinggi atau terlalu rendah. Contohnya, jongkong emas 100g di jual dengan harga terlalu rendah seperti RM8000, tapi mesti bayar dahulu dan jongkong emas tertangguh atau di beri kemudian. Kali pertama membeli emas, mungkin akan dapat emas anda tapi kali kedua…mungkin hanya dapat resit sahaja. Urusniaga yang luarbiasa seperti pembelian yang terlalu tinggi atau terlalu rendah atau urusniaga bersyarat, itu adalah ciri skim pelaburan tipu. Contoh pembelian emas bersyarat seperti pembelian emas dengan membayar sebahagian harga dengan syarat memajakkan emas itu di arrahnu dan wang pinjaman arrahnu di berikan kepada syarikat.


5. Menyakinkan pelabur dengan berlagak kaya, dokumen yang lengkap, di daftarkan antarabangsa dan syarikat yang berdaftar tetapi perniagaan mereka tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sudah menjadi suatu kelaziman dari dahulu, skim cepat kaya akan menarik pelabur melalui promosi lagak kaya dan menunjuk-nunjuk barangan mewah untuk menarik pelabur. Pelabur akan mudah terpedaya, terutama pelabur muda apabila di tunjukkan kejayaan mendapat barang mewah seperti kereta sport dan sebagainya dengan mudah. Agen skim cepat kaya biasanya akan mempromosikan pulangan lumayan yang mudah dah berahsia.

6. Skim cepat kaya sememangnya akan memberi kekayaan kepada pencipta/owner skim dan agen yang terawal tetapi memberi kesengsaraan kepada pelabur di bawah. Oleh itu jangan mudah terpengaruh dengan janji manis, sekalipun ianya daripada sahabat atau saudara mara. Mungkin mereka ikhlas untuk menawarkan kita peluang, tapi sebenarnya mungkin mereka sendiri tidak sedar diri mereka sudah tertipu atau mungkin terpengaruh dengan pulangan komisen atau insentif downline yang menarik. Jangan terburu-buru dengan ayat ‘peluang terbaik’, ‘tawaran terhad’ ‘anda bertuah’ dan sebagainya tetapi perlu fikir dahulu sebelum bertindak. Jika anda di beri tawaran yang luar biasa adalah lebih baik berfikir dan berbincang dan menyelidiki sebelum mengambil apa-apa tindakan terutama semak senarai syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.


Berdasarkan ciri dan cara kenali skim cepat kaya diharapkan kita menjauhkan diri dari skim cepat kaya kerana skim ini sebenarnya adalah skim cepat hangus dan skim penipuan pelaburan ini akan memusnahkan masa depan simpanan anda.




Klik IlmuEmasPG untuk dapatkan konsultasi Emas percuma dari saya .

Sunday 3 July 2016

Perbezaan Emas Kilang dan Emas Kedai.

PERBEZAAN EMAS KEDAI DAN EMAS KILANG ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Terima kasih buat semua yang terus setia menimba ilmu bersama saya berkaitan simpanan emas fizikal.

"Wah cantik juga amoi ini emas. Sealnya warna-warni ye."

Kebetulan semalam saya singgah di sebuah kedai emas dalam sebuah shopping complex ternama di Ibu Kota. Tidak terniat pun untuk singgah tapi tertarik dengan warna-warni seal emas ini yang diletakkan betul-betul di depan kedainya.


Menarikkan warnanya? Apa lagi setelah digabung dengan kegemerlipan emas yang sedia ada.

Secara jujurnya, semenjak menjadi penjual emas ni memang selalu saya keluar masuk ke kedai-kedai emas. Bukan apa, niat cuma satu untuk lihat harga semasa emas di pasaran dan bandingkan dengan harga Publicgold (memang tak terbanding sebenarnya)

BEZA. SANGAT BERBEZA.

i- HARGA

Harga emas 999 di kedai emas pada minggu ni adalah RM215 segram. Setelah dimasukkan cukai GST menjadi RM227.90.

Manakala harga emas 999 publicgold, adalah RM189 segram. Tidak dikenakan cukai GST sebagai tambahan.

Penjimatan sebanyak RM38.90 bagi setiap gram. Banyakkan jumlahnya?

ii- KOS UPAH



Di kedai, kos upah yang dikenakan adalah RM25 bagi berat emas yang kurang dari 50g. Hanya 50g dan 100g sahaja yang diserap kos upah oleh kedai.

Jadi jangan lupa untuk tambah harga emas RM215 segram + RM11.60 (GST) + kos upah RM25. Amacam, semakin mahal ke semakin jimat?

Manakala emas yang dijual di publicgold tidak dikenakan kos upah. Tujuannya supaya lebih ramai orang kita dapat simpan emas dengan lebih jimat.

iii- SUSUT NILAI/SPREAD

Di kedai, susut nilai yang dimaklumkan kepada saya mengikut kaedah ini.

a) Jualan semula = Dipotong 30% daripada harga semasa.

Katakan harga emas naik tahun depan RM250/gram. Jika anda jual semula emas yang anda beli sekarang di kedai, anda akan diberi RM175 sahaja. Kiraan susut nilai seperti ini, RM250 - (30% x RM250).

Anda beli 1 gram RM230. Anda jual semula RM175. Anda untung atau rugi?

b) Trade-in = Dipotong 20% daripada harga semasa dan boleh tukar kepada belain emas lain.

Katakan harga emas naik tahun depan RM250/gram. Jika anda trade-in emas yang anda beli sekarang di kedai, anda akan diberi RM200 sahaja. Kiraan susut nilai seperti ini, RM250 - (20% x RM250).

Anda beli 1 gram RM230. Anda jual semula RM200. Masih terus untung atau rugi?



Berbeza dengan susut nilai di publicgold yang paling rendah di pasaran. Hanya 9% sahaja susut nilai emas dari harga semasa. Anda akan dapat untung maksimum apabila susut nilai menjadi semakin rendah.

Harga publicgold hari ini, RM189/gram. Katakan harga emas naik tahun depan RM250/gram.

Jika anda jual emas yang anda dapatkan sekarang dari kami pada tahun depan, anda akan diberi RM227.50.

Kiraan susut nilai seperti ini, RM250 - (9% x RM250).

Anda beli RM189, anda jual semula RM227.50. Keuntungan anda dalam setahun RM38.50 untuk 1 gram.

Bayangkan jika simpanan anda 100g dan dijual pula 4-5 tahun lagi? Terlebih-lebih untung.


iv- SIJIL KETULENAN



Di kedai, tiada sijil ketulenan disertakan. Itu hasil pembacaan dan kajian saya sendiri. Maksudnya jika anda berniat hendak menguji ketulenan emas, maka anda kena beli dahulu dan kemudian baru uji.

Yakinkah tulen jika begitu? Jika tidak tulen bolehkah dikembalikan?

Berbeza dengan emas publicgold, semuanya disertakan sijil ketulenan dengan tulisan 'certificate' yang di sahkan oleh pihak ketiga atau dipanggil Assyer (penguji logam berharga).

Bagus ke bagus?

KESIMPULAN

Kerana itu, saya selalu tekankan, emas tidak penting tapi ilmu berkaitan emas itu lebih penting dan lebih utama.

Nak ada ilmu berkaitan emas, mulakan simpanan emas dulu. Bila sudah ada emas fizikal di tangan, secara automatik, anda akan 'terpaksa' mula dapat ilmu emas itu sendiri.

Boleh ke boleh?

Setakat ini dulu buat hari ini. Semoga bermanfaat buat semua. Sekiranya anda ingin bersama saya dalam publicgold klik IlmuEmasPG untuk bersama saya dalam group whatsapp. 

Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya". Wassalam.