Saturday 26 November 2016

Terbukti Dinar Emas Menguntungkan.

Terbukti Dinar Emas Menguntungkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya doakan anda kaya dan berjaya.


Semua orang tahu tentang kenaikan harga emas tapi tak tahu tentang fakta sebenar tentang kenaikannya. Saya sentiasa ulang bab harga ni setiap kali berbicara tentang emas dengan sesiapa saja dan terpaksa membandingkan dengan dividen ASB untuk mencerahkannya lagi namun tiada juga tindakan susulannya.

Masalahnya lagi ialah kepercayaan & tahap keimananya yang berbeza sebab level kefahaman tak sama. Rupanya ada lagi masalah tentang macamana nak guna emas itu sendiri sebab ada yang bertanya bagaimana cara nak guna emas ni. Takkan nak simpan jer sampai banyak dan kalau terus simpan bila masa nak guna? Tak pe, saya akan cuba terangkannya sebaik mungkin. 



Sebelum kita bertindak menukarkan duit simpanan kita kepada emas, paling tidak pun kita kena juga menyediakan minda kita dengan ilmu emas. Maksud ilmu emas ialah bagaimana cara kita nak uruskannya sebaik mungkin supaya kita tidak menjadi sebagai penyimpan emas tanpa ‘menggunakanya’ sebaik mungkin.

Kenaikan harga emas sejak 10 tahun lalu ialah sebanyak 30% setahun (purata) berbanding ASB hanya 7% sahaja. Dari fakta ini pun kita sudah boleh membandingkan keuntungannya berbanding simpanan duit kertas biasa. Semestinya emas lebih untung la. Tapi ramai yang fobia dengan anggapan bahawa harga emas adalah mahal. Betul la tu. 

"Arrahnu"..... Rasanya hampir semua orang tau tentang arrahnu (pajakan cara Islam) tapi tak tau secara dekat mengenainya. Jadi tak hairanlah masih ramai lagi yang bergantung dengan pajakan secara konvesional yang mencekik darah pemajaknya.

Di bawah ini saya kongsikan 3 contoh situasi berbeza untuk pemahaman lebih mendalam lagi berkenaan kelebihan dinar emas @ emas itu sendiri.

CONTOH 1

Ali dan Ahmad mendapat kerja pada tempat yang sama iaitu pada tahun 2000. Mereka diberi kebebasan untuk bayaran gaji samada dengan wang kertas dan dinar emas tapi dalam nilai yang sama iaitu RM700.00.


Ali memilih untuk dibayar dengan wang sebanyak RM700.00 sebulan dengan kenaikan gaji secara mendatar sebanyak RM60.00 setahun.

Ahmad pula memilih untuk dibayar dengan dinar emas iaitu 5 dinar sebulan tanpa kenaikan gaji sehingga pencen. (Nilai 1 dinar pada tahun 2000 ialah RM140.00 x 5 = RM700.00 )

Setelah 10 tahun Ali telah mengalami kenaikan gaji sebanyak 10 kali iaitu RM60 x 10 = RM600. Gaji Ali pada tahun 2010 ialah RM700 + RM600 = RM1300 sebulan. Kenaikan gaji Ali adalah 18.57% setahun.

Manakala gaji Ahmad pula tidak berubah sejak 10 tahun dulu iaitu 5 dinar tapi kenaikan harga emas adalah 30% setahun (anggaran). Pada tahun 2010 harga satu dinar ialah RM655. Jumlah gaji Ahmad ialah 5 x RM655 = RM3275 dengan kenaikan sebanyak 46.78% setahun.



Kesimpulannya jika gaji pekerja dibayar dengan dinar emas kita tidak memerlukan kenaikan gaji tahunan seperti yang diamalkan kini. Bayangkan berapakah gaji Ahmad untuk 10 tahun akan datang. Mungkin majikannya tidak lagi mampu untuk membayar gajinya sebab pada masa berkenaan harga emas mungkin akan mencecah RM600/gram! ( 1 dinar = 4.25g x RM600 = RM2550) Jadi gaji Ahmad pada than 2020 ialah  RM2550 x 5 dinar = RM12,750. Wow!

CONTOH 2

Kos untuk menunaikan haji sejak tahun 2000 hingga sekarang menurun dengan mendadak apabila kita menggunakan dinar sebagai ukuran. Oleh kerana nilai emas meningkat saban tahun jumlah penggunaan dinar sentiasa menurun walaupun dengan wang kertas ia meningkat. Ini boleh dilihat dengan keadaan berikut.

Tahun 2000 (RM9,100)              =  1 dinar RM140          65 dinar diperlukan
Tahun 2005 (RM12,000)            =  1 dinar RM263          46 dinar diperlukan
Tahun 2010 (RM15,000)            = 1 dinar RM655           22 dinar diperlukan


Berdasarkan rekod-rekod tersebut kemungkinan kos untuk mengerjakan haji pada masa akan datang terus menurun hingga sekadar 10 dinar sahaja diperlukan untuk mengerjakan haji ke Mekah. Ini lah hikmahnya menyimpan emas.

CONTOH 3

Ali dan dan Ahmad membuat pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 untuk melabur dan akan mendapat pulangan dalam masa 10 tahun. Ali melabur dalam ASB manakala Ahmad membeli emas dan menyimpannya sendiri. Selepas 10 tahun kesimpulannya adalah seperti berikut.



Dividen dan bonus bagi ASB ialah 7% setahun.
RM100,000 x 7% x 10 tahun = RM170,000. Keuntungan sebanyak RM70,000 selama 10 tahun. Tolak inflasi 4% setahun maka baki keuntungannya ialah RM30,000.

Peningkatan harga emas adalah 30% setahun (purata)
RM100,000 x 30% x 10 tahun = RM400,000.
Keuntungan sebanyak RM300,000 selama 10 tahun. Inflasi bagi emas ialah 0% sebab ia kalis inflasi.

Di sini kita boleh lihat keuntungan yang boleh dijana oleh emas manakala dengan menyimpan wang kertas ia sentiasa dimamah inflasi saban tahun. Sebenarnya walaupun pihak kerajaan menetapkan kesan inflasi negara diparas 4% setahun namun hakikatnya ia jauh lebih tinggi dari angka berkenaan.

Saya harap perkongsian kali ini dapat membantu anda serba sedikit berkaitan emas. Untuk konsultasi simpanan emas fizikal boleh  klik IlmuEmasPG untuk join group whatsapp saya.


Jumpa anda didalam group.


Tips Mencuci Barang Kemas Sendiri.

Tips Mencuci Barang Kemas Sendiri.


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya doakan anda kaya dan berjaya.

Barang Emas


Cara pertama, rendam barang kemas dalam air suam selama satu jam. Lepas tu guna berus gigi yang dah buruk tapi pastikan berus gigi tu lembut tau. Bubuh ubat gigi sikit. Kemudian anda boleh lah cuci keliling barang kemas tu. Pastu bilas dan rendam semula dengan air selama sejam. Pastu sejatkan atas kain kering.

Cara kedua, rendam barang-barang kemas dalam air asam jawa selama 4 jam, kemudian keluarkan basuh degan air biasa je. Keringkan dengan kain yang bersih.

Atau cara ketiga, rendamkan teh cina dan biarkan semalaman. Kemudian barulah rendam barang kemas tersebut dalam sejam kemudian bersihkan macam biasa, tapi lagi lama lagi bagus.

Cara terakhir, campurkan air asam jawa dan limau nipis, kemudian rendamkan barang kemas tersebut.

Barang Silver


Barang silver ni anda masih boleh ikut cara kat atas tu. Tapi ade satu tambahan, barang silver ni lagi senang nak cuci.

Campurkan perahan limau nipis dan garam dalam semangkuk air kemudian anda boleh mencuci barangan perak tu terus. Bila dah cuci, mata anda akan silau sebab berkilat sangat.

Nk lagi senang terus tanggalkan je gelang atau cincin anda tu pastu pergi bilik air smbil nak mndi tu anda berus gigi kan, tapi yang ni cari la berus gigi yang dah buruk pastu bubuh ubat gigi cuci je silver tu. Terus berkilat. 


Ok Selamat mencuba ya.

Saya harap perkongsian kali ini dapat membantu anda serba sedikit berkaitan emas. Untuk konsultasi simpanan emas fizikal boleh  klik IlmuEmasPG untuk join group whatsapp saya.


Jumpa anda didalam group.

Emas Kalis Inflasi

Emas Kalis Inflasi

Mengapa Emas bukan Wang Fiat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya doakan anda kaya dan berjaya.



Emas digunakan untuk tujuan perdagangan. Maka tidak timbul kemerosotan nilainya malah ianya semakin meningkat.

Semasa di zaman Rasullullah SAW harga seekor kambing adalah 1 dinar namun kini harga seekor kambing masih lagi 1 dinar. Namun nilai 1 dinar dalam nilai matawang kertas berubah-ubah malah semakin meningkat.


Kalau Tahun 2002, nilai 1 dinar bersamaan RM140.
Pada Tahun 2005, nilai 1 dinar bersamaan RM242.
Pada Tahun 2008, 1 dinar bersamaan dengan RM418.
Pada Tahun 2010, 1 dinar bersamaan dengan RM587.
Pada Tahun 2014, 1 dinar bersamaan RM680.
Pada hari ini 26/11/2016, nilai 1 dinar bersamaan RM876.

Hakikatnya emas adalah aset yang terbaik untuk dimiliki. Dengan hanya menyimpan pun dah beri pulangan yang amat lumayan.
Tetapi jika simpan duit nilainya semakin susut.

Mari Renungkan Ayat ini. . .
"Orang yang bijaksana menyimpan duit kertas sekadar untuk kegunaan seharian sebaliknya mereka bertindak menukarkan sebahagian besarnya kepada aset kerana aset mampu memberi mereka pulangan dan keuntungan yang berterusan seterusnya akan menambah kekayaan

SEDANGKAN.

Mereka yang suka menyimpan duit kertas akan menyebabkan mereka sentiasa terpaksa mencari duit kerana nilai duit semakin susut saban tahun.

DAN.

Emas adalah aset yang paling mudah dimiliki dan mampu beri pulangan yang tinggi walau sekadar beli dan simpan sahaja. "



Saya harap perkongsian kali ini dapat membantu anda serba sedikit daripada ditipu oleh puluhan sindiket emas palsu di luar sana. Untuk konsultasi simpanan emas fizikal boleh  klik IlmuEmasPG untuk join group whatsapp saya.

Jumpa anda didalam group.



Friday 25 November 2016

Kenali Emas di Tangan Anda, Adakah Ia Tulen ?

Kenali Emas di Tangan Anda, Adakah Ia Tulen ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya doakan anda kaya dan berjaya.

Sebelum nak beli/memiliki sesuatu aset, kita kena la periksa dulu sama ada ia asli atau tiruan.Sebab ada berlaku beberapa kes yang melibatkan penipuan emas.





Jadi untuk mengelakkan anda terkena benda yang sama macam dalam paper di atas, dibawah saya kongsikan cara untuk membezakan emas palsu. 

 Ujian Harga:


Ujian emas sebenar adalah dengan melakukan kajian pasaran harga emas. Jika anda ditawarkan harga yang jauh lebih murah, sila buat siasatan lanjut.

Ujian Visual:

Ujian ini tidak semestinya betul, tetapi kena buat jugak ujian ini. Tetapi yang menjadi persoalan macam mana rupa "emas tulen"? Caranya seperti berikut:

1. TANDA. 
Setiap emas tulen mempunyai tanda yang menunjukkan nilai karat. Ia biasanya terdiri daripada 14k, 18k, 22k dan 24k. Sistem karat digunakan untuk menyatakan peratusan emas tulen dalam ruang. Semakin tinggi nilai karat, lebih tinggi peratusan emas. Ini bermakna 24k itu adalah emas tulen,18k ialah kira-kira 75% emas, 14k emas kira-kira 59% manakala 10k emas kira-kira 42%. Kadang-kala seseorang itu boleh melihat tanda GP atau EP di sebelah. Ini bermakna bahawa item bersalut dengan emas. Ia hanya ditutup dengan emas. Ini bukan emas sebenar kerana penyaduran emas hanya boleh menjadi satu lapisan yang sangat nipis.


2. WARNA 
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa emas boleh datang dalam warna-warna yang berbeza apabila ia bercampur dengan sebatian yang berbeza. Sebagai contoh, emas putih yang dihasilkan apabila nikel bercampur dengan emas; Palladium yang digunakan untuk mencipta emas putih bagi orang-orang yangalah kepada nikel; emas hijau apabila perak dicampur dengan emas dan merah jambu untuk emas merah apabila kuantiti yang berbeza tembaga bercampur dengan emas. Emas tulen mempunyai peratusan kemilau tetapi tidak terlalu berkilat. Jika barang kemas emas sangat berkilat, ia bukan emas tulen.

Ujian Asid:


Reaksi item untuk asid nitrik atau asid hidroklorik akan membantu untuk menentukan sama ada ia benar-benar tulen atau tidak. Emas tulen tidak terjejas atau tidak bertindak balas dengan asid nitrik atau asid hidroklorik. Kebanyakan logam yang biasanya digambarkan sebagai emas apabila diuji dalam bentuk asid hidroklorik reaksi manakala emas sebenar tidak, itulah sebabnya ini telah digunakan sebagai ujian sebenar untuk emas.

Tukang emas bereputasi:

Adalah dinasihatkan agar anda sentiasa membeli emas daripada tukang emas yang mempunyai reputasi baik kerana anda sentiasa boleh membuat ujian, periksa tanda-tanda dan mendapat beberapa nasihat yang baik tentang produk . Sebagai contoh boleh berurusan dengan saya, sebagai contoh je....

Perubahan warna:

Emas palsu, apabila dipakai sama ada boleh menyebabkan perubahan warna kulit atau perubahan warna perhiasan itu sendiri. Ramai orang menggunakan kaedah ini sebagai cara yang paling mudah untuk mengetahui emas tulen.Bagi orang- orang yang mempunyai jaminan, mereka hanya kembali apabila mendapatinya ia palsu.

Karat:

Emas palsu apabila berada di dalam  suhu lembab ia akan berkarat manakala emas tulen tidak mungkin berkarat.

Gigit emas:


Emas tulen lembut dan apabila digigit meninggalkan tanda. Emas palsu adalah sangat kuat dan apabila digigit tidak akan meninggalkan tanda.


Berat:



Emas mempunyai ketumpatan yang baik . Letakkan ia di dalam air dan lihat kuantiti air disesarkan. Jika ketumpatannya lebih daripada air, maka ia adalah emas tulen.


Magnet:


Uji emas dengan magnet. Jika melekat, ianya bukan emas kerana emas tidak bersifat magnetik. Tapi jika tidak melekat, tidak semestinya ianya emas tulen kerana kadang-kadang penipu akan mencari logam yang bersifat tidak magnetik untuk pemalsuan.

Saya harap perkongsian kali ini dapat membantu anda serba sedikit daripada ditipu oleh puluhan sindiket emas palsu di luar sana. Untuk konsultasi simpanan emas fizikal boleh  klik IlmuEmasPG untuk join group whatsapp saya.

Jumpa anda didalam group.


Friday 11 November 2016

Lagi Tentang Simpanan Kecemasan.

Lagi Tentang Simpanan Kecemasan.



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya doakan anda kaya dan berjaya.

Saya yakin dan percaya setiap daripada kita mesti pernah mengalami waktu-waktu kecemasan, dan perlukan duit segera. Contohnya excident ke atau apa-apa sahaja. Bagi mereka yang tak pernah ada simpanan kecemasan memang pening kepala nak mencari duit dalam kadar segera, tapi bagi mereka yang punya ilmu kewangan saya pasti mereka sudah bersedia. 



Artikel sebelum ni saya kongsikan emas sebagai dana kecemasan, namun tidaklah saya menafikan duit kertas juga merupakan dana kecemasan yang baik. Dalam artikel kali ini saya akan membuka minda para pembaca agar membuat simpanan kecemasan dalam kadar segera sebelum memulakan apa-apa pelaburan dan perniagaan.

Kenapa 3 Bulan Pendapatan?



Pasal simpanan kecemasan ni, selalu orang tanya saya, kenapa perlu simpan 3 bulan pendapatan? 3 bulan pendapatan tu, adakah sekadar gaji pokok atau termasuk elaun sekali? Sebenarnya, “3 bulan pendapatan” yang dimaksudkan ialah duit untuk menampung kos sara hidup bagi tempoh tiga 3 bulan. Maksudnya, kalau tetiba hilang sumber pendapatan, kita masih boleh survive sekurang-kurangnya untuk tempoh lagi 3 bulan tanpa menjejaskan gaya hidup. Ertio mudahnya, tabahkan komitmen bulanan anda dan darab 3, itulah dana kecemasan yang anda perlu ada ‘sekurang-kurangnya lah’

Simpanan kecemasan tu sangat kritikal. Kalau motosikal hilang, kita boleh terus beli motosikal baru. Kalau hilang kereta, duit tu cukup at least untuk bayar deposit kereta baru. Kalau kena minor accident, duit tu cukup untuk repair motor atau kereta. Kalau kereta kemek sana sini tapi tak repair-repair, itu petanda mudah orang tu tak ready dengan 3 bulan pendapatan. Mesti sedih bunyinya kan, tapi itulah realitinya.

Simpan Tunai, Sulitkan Pengeluaran



Bagi saya, simpanan pertama yang kita kena buat ialah simpanan kecemasan. Jangan sibuk labur sana sini kalau simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan pun belum ada. Kalau pendapatan keluarga RM1,000, maksudnya mesti ready duit RM3,000. Kalau pendapatan keluarga RM5,000, kena ada RM15,000. Kalau RM10,000 sebulan, mesti ready RM30,000!

FAHAM !


 Duit simpanan kecemasan tu tak boleh diganggu untuk labur sana-sini. Ingat ayat ini ‘Simpan 3 Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya’. Kena simpan dalam bentuk tunai, tapi bukan dalam akaun bank yang senang dikeluarkan melalui mesin ATM. Takut panjang akal untuk berbelanja. Saya simpan duit kecemasan dalam buku ASB. Kalau terdesak, saya terpaksa bawa buku ke mana-mana kaunter bank yang sediakan pembiayaan ASB untuk keluarkan wang. Saya tak linkkan dengan mana-mana online banking sebab takut bocor.

Langsai Hutang atau Simpanan Dulu?


Lagi satu pasal bayar hutang. Antara langsaikan hutang dan buat simpanan, bagi saya keutamaan ialah buat simpanan 3 bulan pendapatan dulu, tapi dalam masa yang sama, ansuran pinjaman tu kena bayar macam biasa supaya rekod hutang kita cantik. Nanti senang nak buat apa-apa hutang baik dengan bank untuk masa depan. Tak perlu gopoh langsai semua hutang sampai habis duit simpanan. Takut nanti bila terdesak, terpaksa swipe kad kredit atau buat hutang lagi! Kalau cukup simpanan 3 bulan pendapatan, insyaAllah kita boleh bernafas lega walaupun masih ada hutang-hutang yang lain.

Akhir sekali nasihat saya, dapatkan ilmu pengurusan kewangan dengan baik dari pakar yang betul. Urus duit dengan betul walaupun pendapatan kita tak lah sebenar mana. InsyaAllah kita masih boleh hidup selesa. Jangan fikir kalau gaji besar, semua masalah kewangan akan selesai sebab hakikatnya, ramai orang pendapatan berbelas ribu sebulan, tapi tersepit dengan masalah kewangan. Bak kata orang ‘besar peiuk besarlah keraknya’. Dan saya jumpa ramai orang bergaji besar, tapi duit simpanan kecemasan pun tak ada! Sebab saya sendiri bekerja di bank, dan hampir setiap hari saya melihat slip gaji orang kita. Kalau begitulah gayanya, saya rasa kawan-kawan pendatang Bangla dan Indonesia tu lebih kaya dari kita!



Pedih tapi itulah hakikatnya.

Untuk Konsultasi Pelaburan Emas dan ASB,boleh hubungi saya untuk temujanji.

Klik IlmuEmasPG untuk bersama dalam group whatsapp. 




Emas Sebagai Simpanan Kecemasan

Emas Sebagai Simpanan Kecemasan




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya doakan anda kaya dan berjaya, kali ini saya nak kongsikan satu artikel dari guru saya yang saya telah olah sedikit untuk memudahkan kefahaman anda tentang emas sebagai simpanan kecemasan.

Mana-mana guru kewangan, pasti mereka sarankan setiap kita adakan simpanan kecemasan berjumlah 6 bulan pendapatan. Paling minimum pun 3 bulan pendapatan. Duit tersebut tak boleh disentuh, walau apa pun yang berlaku kecuali kecemasan sahaja. Dan jangan sesekali melabur (dalam apa-apa pelaburan sekalipun) sebelum cukup simpanan kecemasan.

Duit simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan pendapatan sepatutnya disimpan dalam bentuk tunai di bank supaya senang dikeluarkan bila-bila masa kalau ada hal-hal kecemasan. Saya lebih suka simpannya dalam buku simpanan ASB, sebab ia agak susah dikeluarkan. Kalau disimpan dalam akaun bank biasa, risiko duit tu BOCOR sangat tinggi. Bila-bila masa sahaja kita boleh ‘swipe’ kad debit kita.

Tapi bagi siapa yang simpanan 3 BULAN PENDAPATAN tak pernah cukup sebab asyik bocor sahaja, boleh pertimbangkan untuk simpannya dalam bentuk emas sebab emas memberikan KESAN EMOSI kepada penyimpannya. Kalau tak percaya hubungi saya dan cuba beli 1 gram dan rasai nya sendiri.

Emas Magnet Kekayaan



Bila dah tukar jadi emas, kita tak akan PANJANG AKAL untuk membelanjakannya. Sebaliknya, bila dah beli emas, kita rasa nak kumpul lagi dan lagi. Bila nak pakai duit, rasa sayang la pulak nak jual emas. Pendek kata, emas tu tak akan dijual kalau setakat nak tukar langsir baru atau nak tukar sport rim. Hanya kalau ada hal yang penting-penting sahaja barulah orang akan jual emas-emas mereka. Kalau tak percaya jufgak, Tanya ibu kita kat dapur tu,pasti diorang akan jawab benda yang sama.

Ini masalah kebanyakkan orang bila simpan duit dalam akaun bank, termasuk saya. Simpan, simpan, simpan, lepas tu rasa nak ‘korek’ semula. Lagi-lagi zaman sekarang ni senang je,semuanya online, silap cara.tertengok iklan lazada ke zalora ke mesti terbeli, bila terbeli mesti terpakai duit,kemudian akan terhabis, at the end simpanan pun taka ada.

Itulah sebab emas dikatakan sebagai MAGNET KEKAYAAN. Bukan sebab harganya melambung-lambung, tetapi ia melekat kuat pada kita sehingga Allah s.w.t memberi ancaman dengan azab yang pedih bagi sesiapa yang tak mengeluarkan zakat emas (Surah At-Taubah, ayat 34). Sebab perangai manusia, memang sayang nak keluarkan emas yang disimpan. Ia fitrah.

“Dan (ingatlah)orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah At-Taubah : Ayat 34)

Simpanan Kecemasan Saya


Saya secara peribadi wajibkan diri simpan dana kecemasan minimum 9 bulan pendapatan atau komitment bulanan. Ia jumlah simpanan kecemasan yang agak selesa bagi orang bekerja seperti saya. 6 bulan pendapatan saya simpan dalam bentuk tunai di bank (i.e. ASB), dan lagi 3 bulan pendapatan dalam bentuk emas.

Bagi saya, emas juga sesuai dijadikan salah satu bentuk simpanan kecemasan. Emas adalah duit ‘tunai’ dalam bentuk berbeza. Kalau nak pakai duit, kita boleh jual atau pajak emas itu untuk dapat tunai segera.

Emas sebagai dana kecemasan.  



Emas boleh berfungsi sebagai alat menutup kebocoran wang sekaligus sebagai dana kecemasan. Bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak sahaja untuk dapat tunai segera sebagaimana kes Pn. Roziah ini.

Kekal Nombor atau Kuasa Beli?

Semenjak berlaku kejatuhan ringgit kebelakangan ini saya simpan enam 3 bulan pendapatan dalam ASB, dan 6 bulan pendapatan lagi dalam bentuk emas. Tetapi risau dengan trend ringgit yang makin merosot dari bulan ke bulan, saya kurangkan simpanan tunai dan tukarkannya kepada emas.

Sebenarnya emas dan duit kertas masing-masing ada pro dan kontranya. Duit yang disimpan di bank selamat pada nombornya, tetapi ia ada risiko hilang kuasa belinya samada disebabkan inflasi atau kejatuhan ringgit. Sebaliknya pula, emas selamat pada nilai dan kuasa belinya walaupun harganya ada naik turun dalam jangka pendek.

Buktinya, tahun 2015 ringgit jatuh sekitar 30% iaitu dalam kata lain, kuasa beli duit ringgit jatuh 30% yang memberi kesan kepada kenaikan besar harga barang dalam negara! Maksudnya, kalau dapat dividen 5% – 8% pun, ia sebenarnya tak berbaloi. Tetapi berbeza dengan simpanan emas. Emas selamat dari masalah itu bahkan harganya makin meningkat bila ringgit makin menurun.

Faham?



Untuk Konsultasi Pelaburan Emas dan ASB,boleh hubungi saya untuk temujanji.

Klik IlmuEmasPG untuk bersama saya dalam grouo whatsapp. 


-SA-