Friday 11 November 2016

Lagi Tentang Simpanan Kecemasan.

Lagi Tentang Simpanan Kecemasan.



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya doakan anda kaya dan berjaya.

Saya yakin dan percaya setiap daripada kita mesti pernah mengalami waktu-waktu kecemasan, dan perlukan duit segera. Contohnya excident ke atau apa-apa sahaja. Bagi mereka yang tak pernah ada simpanan kecemasan memang pening kepala nak mencari duit dalam kadar segera, tapi bagi mereka yang punya ilmu kewangan saya pasti mereka sudah bersedia. 



Artikel sebelum ni saya kongsikan emas sebagai dana kecemasan, namun tidaklah saya menafikan duit kertas juga merupakan dana kecemasan yang baik. Dalam artikel kali ini saya akan membuka minda para pembaca agar membuat simpanan kecemasan dalam kadar segera sebelum memulakan apa-apa pelaburan dan perniagaan.

Kenapa 3 Bulan Pendapatan?



Pasal simpanan kecemasan ni, selalu orang tanya saya, kenapa perlu simpan 3 bulan pendapatan? 3 bulan pendapatan tu, adakah sekadar gaji pokok atau termasuk elaun sekali? Sebenarnya, “3 bulan pendapatan” yang dimaksudkan ialah duit untuk menampung kos sara hidup bagi tempoh tiga 3 bulan. Maksudnya, kalau tetiba hilang sumber pendapatan, kita masih boleh survive sekurang-kurangnya untuk tempoh lagi 3 bulan tanpa menjejaskan gaya hidup. Ertio mudahnya, tabahkan komitmen bulanan anda dan darab 3, itulah dana kecemasan yang anda perlu ada ‘sekurang-kurangnya lah’

Simpanan kecemasan tu sangat kritikal. Kalau motosikal hilang, kita boleh terus beli motosikal baru. Kalau hilang kereta, duit tu cukup at least untuk bayar deposit kereta baru. Kalau kena minor accident, duit tu cukup untuk repair motor atau kereta. Kalau kereta kemek sana sini tapi tak repair-repair, itu petanda mudah orang tu tak ready dengan 3 bulan pendapatan. Mesti sedih bunyinya kan, tapi itulah realitinya.

Simpan Tunai, Sulitkan Pengeluaran



Bagi saya, simpanan pertama yang kita kena buat ialah simpanan kecemasan. Jangan sibuk labur sana sini kalau simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan pun belum ada. Kalau pendapatan keluarga RM1,000, maksudnya mesti ready duit RM3,000. Kalau pendapatan keluarga RM5,000, kena ada RM15,000. Kalau RM10,000 sebulan, mesti ready RM30,000!

FAHAM !


 Duit simpanan kecemasan tu tak boleh diganggu untuk labur sana-sini. Ingat ayat ini ‘Simpan 3 Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya’. Kena simpan dalam bentuk tunai, tapi bukan dalam akaun bank yang senang dikeluarkan melalui mesin ATM. Takut panjang akal untuk berbelanja. Saya simpan duit kecemasan dalam buku ASB. Kalau terdesak, saya terpaksa bawa buku ke mana-mana kaunter bank yang sediakan pembiayaan ASB untuk keluarkan wang. Saya tak linkkan dengan mana-mana online banking sebab takut bocor.

Langsai Hutang atau Simpanan Dulu?


Lagi satu pasal bayar hutang. Antara langsaikan hutang dan buat simpanan, bagi saya keutamaan ialah buat simpanan 3 bulan pendapatan dulu, tapi dalam masa yang sama, ansuran pinjaman tu kena bayar macam biasa supaya rekod hutang kita cantik. Nanti senang nak buat apa-apa hutang baik dengan bank untuk masa depan. Tak perlu gopoh langsai semua hutang sampai habis duit simpanan. Takut nanti bila terdesak, terpaksa swipe kad kredit atau buat hutang lagi! Kalau cukup simpanan 3 bulan pendapatan, insyaAllah kita boleh bernafas lega walaupun masih ada hutang-hutang yang lain.

Akhir sekali nasihat saya, dapatkan ilmu pengurusan kewangan dengan baik dari pakar yang betul. Urus duit dengan betul walaupun pendapatan kita tak lah sebenar mana. InsyaAllah kita masih boleh hidup selesa. Jangan fikir kalau gaji besar, semua masalah kewangan akan selesai sebab hakikatnya, ramai orang pendapatan berbelas ribu sebulan, tapi tersepit dengan masalah kewangan. Bak kata orang ‘besar peiuk besarlah keraknya’. Dan saya jumpa ramai orang bergaji besar, tapi duit simpanan kecemasan pun tak ada! Sebab saya sendiri bekerja di bank, dan hampir setiap hari saya melihat slip gaji orang kita. Kalau begitulah gayanya, saya rasa kawan-kawan pendatang Bangla dan Indonesia tu lebih kaya dari kita!



Pedih tapi itulah hakikatnya.

Untuk Konsultasi Pelaburan Emas dan ASB,boleh hubungi saya untuk temujanji.

Klik IlmuEmasPG untuk bersama dalam group whatsapp. 




No comments:

Post a Comment