Friday 11 November 2016

Emas Sebagai Simpanan Kecemasan

Emas Sebagai Simpanan Kecemasan




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya doakan anda kaya dan berjaya, kali ini saya nak kongsikan satu artikel dari guru saya yang saya telah olah sedikit untuk memudahkan kefahaman anda tentang emas sebagai simpanan kecemasan.

Mana-mana guru kewangan, pasti mereka sarankan setiap kita adakan simpanan kecemasan berjumlah 6 bulan pendapatan. Paling minimum pun 3 bulan pendapatan. Duit tersebut tak boleh disentuh, walau apa pun yang berlaku kecuali kecemasan sahaja. Dan jangan sesekali melabur (dalam apa-apa pelaburan sekalipun) sebelum cukup simpanan kecemasan.

Duit simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan pendapatan sepatutnya disimpan dalam bentuk tunai di bank supaya senang dikeluarkan bila-bila masa kalau ada hal-hal kecemasan. Saya lebih suka simpannya dalam buku simpanan ASB, sebab ia agak susah dikeluarkan. Kalau disimpan dalam akaun bank biasa, risiko duit tu BOCOR sangat tinggi. Bila-bila masa sahaja kita boleh ‘swipe’ kad debit kita.

Tapi bagi siapa yang simpanan 3 BULAN PENDAPATAN tak pernah cukup sebab asyik bocor sahaja, boleh pertimbangkan untuk simpannya dalam bentuk emas sebab emas memberikan KESAN EMOSI kepada penyimpannya. Kalau tak percaya hubungi saya dan cuba beli 1 gram dan rasai nya sendiri.

Emas Magnet Kekayaan



Bila dah tukar jadi emas, kita tak akan PANJANG AKAL untuk membelanjakannya. Sebaliknya, bila dah beli emas, kita rasa nak kumpul lagi dan lagi. Bila nak pakai duit, rasa sayang la pulak nak jual emas. Pendek kata, emas tu tak akan dijual kalau setakat nak tukar langsir baru atau nak tukar sport rim. Hanya kalau ada hal yang penting-penting sahaja barulah orang akan jual emas-emas mereka. Kalau tak percaya jufgak, Tanya ibu kita kat dapur tu,pasti diorang akan jawab benda yang sama.

Ini masalah kebanyakkan orang bila simpan duit dalam akaun bank, termasuk saya. Simpan, simpan, simpan, lepas tu rasa nak ‘korek’ semula. Lagi-lagi zaman sekarang ni senang je,semuanya online, silap cara.tertengok iklan lazada ke zalora ke mesti terbeli, bila terbeli mesti terpakai duit,kemudian akan terhabis, at the end simpanan pun taka ada.

Itulah sebab emas dikatakan sebagai MAGNET KEKAYAAN. Bukan sebab harganya melambung-lambung, tetapi ia melekat kuat pada kita sehingga Allah s.w.t memberi ancaman dengan azab yang pedih bagi sesiapa yang tak mengeluarkan zakat emas (Surah At-Taubah, ayat 34). Sebab perangai manusia, memang sayang nak keluarkan emas yang disimpan. Ia fitrah.

“Dan (ingatlah)orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah At-Taubah : Ayat 34)

Simpanan Kecemasan Saya


Saya secara peribadi wajibkan diri simpan dana kecemasan minimum 9 bulan pendapatan atau komitment bulanan. Ia jumlah simpanan kecemasan yang agak selesa bagi orang bekerja seperti saya. 6 bulan pendapatan saya simpan dalam bentuk tunai di bank (i.e. ASB), dan lagi 3 bulan pendapatan dalam bentuk emas.

Bagi saya, emas juga sesuai dijadikan salah satu bentuk simpanan kecemasan. Emas adalah duit ‘tunai’ dalam bentuk berbeza. Kalau nak pakai duit, kita boleh jual atau pajak emas itu untuk dapat tunai segera.

Emas sebagai dana kecemasan.  



Emas boleh berfungsi sebagai alat menutup kebocoran wang sekaligus sebagai dana kecemasan. Bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak sahaja untuk dapat tunai segera sebagaimana kes Pn. Roziah ini.

Kekal Nombor atau Kuasa Beli?

Semenjak berlaku kejatuhan ringgit kebelakangan ini saya simpan enam 3 bulan pendapatan dalam ASB, dan 6 bulan pendapatan lagi dalam bentuk emas. Tetapi risau dengan trend ringgit yang makin merosot dari bulan ke bulan, saya kurangkan simpanan tunai dan tukarkannya kepada emas.

Sebenarnya emas dan duit kertas masing-masing ada pro dan kontranya. Duit yang disimpan di bank selamat pada nombornya, tetapi ia ada risiko hilang kuasa belinya samada disebabkan inflasi atau kejatuhan ringgit. Sebaliknya pula, emas selamat pada nilai dan kuasa belinya walaupun harganya ada naik turun dalam jangka pendek.

Buktinya, tahun 2015 ringgit jatuh sekitar 30% iaitu dalam kata lain, kuasa beli duit ringgit jatuh 30% yang memberi kesan kepada kenaikan besar harga barang dalam negara! Maksudnya, kalau dapat dividen 5% – 8% pun, ia sebenarnya tak berbaloi. Tetapi berbeza dengan simpanan emas. Emas selamat dari masalah itu bahkan harganya makin meningkat bila ringgit makin menurun.

Faham?



Untuk Konsultasi Pelaburan Emas dan ASB,boleh hubungi saya untuk temujanji.

Klik IlmuEmasPG untuk bersama saya dalam grouo whatsapp. 


-SA-

No comments:

Post a Comment