Tuesday 20 June 2017

Apakah caj premium di PG ?

APA ITU “CAJ PREMIUM” PUBLIC GOLD ?

Apa itu caj Gold Premium ? Saya selalu beli, nampak kena caj ni. Tapi tak tahu apa. Itulah soalan yang sering ditanya pada saya, baiklah untuk menghilangkan kusut di kepala tuan puan, berikut jawapan ringkas untuk soalan tersebut.

Jawapan :

Gold premium adalah kos penghantaran dan insurans emas dari Turki ke office PG.

Sejak 2008 lagi , semua produk Public Gold dikenakan “caj premium” . Sebelum GST di laksanakan dipanggil “kos penghantaran dari kilang ke cawangan Public Gold.

Gold Premium di kenakan samada BELIAN TERUS atau melalui BELIAN GAP.

Belian Terus = Harga di website + Gold Premium ( bayar terus ).
Belian GAP = Harga di website + Gold Premium ( bayar ketika ingin keluarkan emas tersebut mengikut item ).

Rate Gold Premium berlainan dan mengikut item yang di beli / di keluarkan seperti jadual di bawah :



Contoh anda mempunyai akaun GAP 11Gram dan ingin keluarkan emas fizikal utk pegang sendiri ;

Boleh keluarkan item 1gram 10pcs dan gold premium RM10 x 10pcs = RM100

ATAU
Boleh keluarkan item 5gram 2pcs dan gold premium RM10 x 2pcs = RM20

ATAU
Boleh keluarkan item 10gram 1pcs dan gold premium RM15 x 1pcs = RM15.


Walaupun produk emas Public Gold di kenakan gold premium , harganya masih rendah di pasaran berbanding tempat lain.

Untuk persoalan lanjut,anda boleh hubungi saya di 0132568700 atau klik SINI untuk duduk dalam circle emas saya.

Acc Emas Fizikal Untuk Si Kecil.

AKAUN EMAS GAP : BAYI PUN BOLEH BUKA !

Anak adalah amanah paling utama bagi semua ibubapa. Berikan mereka kasih sayang & pendidikan terbaik.

Sanggupkah anda melihat simpanan pendidikan mereka terus menerus di"rompak" secara berlesen oleh sistem kewangan moden (inflasi & kejatuhan nilai matawang dalam jangka masa panjang).

Mahukah anda hadiahkan hutang PTPTN kepada anak?

Simpanan emas Mudah, Murah Dan Patuh Syariah yang pertama di Malaysia.

Emas boleh disimpan oleh semua golongan bermula daripada bayi. Dengan membuka akaun emas GAP PublicGold untuk anak-anak hari ini, kita mampu elak pinjaman PTPTN 18 tahun akan datang.


Kiraan simpanan emas (18 tahun) :

1 bulan = 1 gram
12 bulan  = 12 gram
18 tahun = 216 gram

Kiraan simpanan wang fiat (18 tahun) :

1 bulan = RM200
12 bulan = RM2400
18 tahun = RM43200

👉 Katakan yuran IPT sekarang RM35000 !
👉 Adakah sama nilainya RM35000 sekarang dengan RM35000 18 tahun akan datang?

Mana satu pilihan anda?

Jika tanya saya, saya pasti pilih emas sebagai simpanan pendidikan anak-anak.
Sebabnya dalam jangka masa panjang, harga emas pasti akan naik.
Tentu sekali amaun RM43200 dapat di atasi & ia akan dianggap 'sedikit' 18 tahun akan datang.
Contoh mudah, anggap harga emas RM555/g 18 tahun lagi. Nilai emas semasa sebanyak 216 gram tersebut dah jadi RM119,880.
Banyak beza tu ! Pasti RM119880 tu akan dapat cover yuran IPT anak-anak nanti.
Tak perlu PTPTN.


Fakta wang fiat

Ada inflasi.
Tidak mengekalkan kuasa beli.
Bukan kekayaan sebenar.
Tidak boleh disimpan di dalam bank oleh individu bankrap.

"Jom Bertindak Demi Masa Depan Anak-Anak !"

Klik SINI Untuk Direct Whatsapp Saya.




Monday 19 June 2017

Beli Emas dengan duit bank.

Beli Emas dengan Duit Pinjaman Bank. Berbaloikah ?
 

Kalau google di internet, kita boleh jumpa banyak artikel yang ditulis oleh blogger emas yang mengesyorkan buat pinjaman untuk beli emas. Artikel-artikel tu semua ditulis pada tahun 2012 atau sebelumnya. Waktu tu, kalau beli emas hari ni, pendek kata 6 bulan lagi confirm untung (kalau jual). Bahkan kalau ikut projection yang mereka buat, lepas 3 atau 4 tahun, kita boleh jual sebahagian emas untuk buat full-settlement loan dan masih berbaki kepingan emas. Seolah-olah boleh dapat emas tu percuma!

Saranan begitu bagi saya memang relevan pada waktu tu sebab kalau tengok pada track record 10 tahun, belum ada tahun harga emas negatif (turun) untuk tempoh lebih 12 bulan. Secara puratanya, harga emas naik sekitar 15% – 20%. Bahkan ada tahun naik hingga 35% setahun! Jadi dengan andaian harga emas naik 20% setahun, memang logik strategi buat loan untuk beli emas. Tapi bila harga emas jatuh 27% tahun 2013, bagi saya kita kena kenalpasti bila waktu yang ‘agak selamat’ untuk beli emas dengan duit pinjaman.
Guna Duit Simpanan Lebih Baik
Secara asasnya, beli emas ni lebih baik pakai duit simpanan tunai jer. Tak perlu buat pinjaman. Sebab emas ni salah satu bentuk simpanan jangka sederhana dan jangka panjang. Daripada duit tu terbiar terlalu banyak dalam bentuk “duit kertas”, lebih baik simpan dalam bentuk yang lebih selamat nilainya iaitu emas.
Yang kedua, kalau nak buat pinjaman bagi tujuan pelaburan, sebenarnya labur dalam hartanah lebih baik. Effective rate untuk pinjaman perumahan sebenarnya lebih murah berbanding personal loan. Dan apa yang lebih baik, bank suka bagi pinjaman yang lebih besar kalau kita nak beli hartanah sebab itu aset yang selamat bagi bank. Tapi kalau nak beli emas, kita kena pakai duit “personal loan”.

Jadi, kalau nak beli emas, pakai duit simpanan sendiri jer lebih baik. Cuma dalam beberapa situasi, saya boleh setuju buat pinjaman untuk beli emas, antaranya:
#1 – Nak Paksa Diri Menyimpan
Ramai juga orang yang jenis susah menyimpan. Kalau menyimpan pun, duit tu tak bertahan lama. Simpan, simpan, simpan, lepas tu sekejap jer habis dibelanjakan. Jadi duit simpanan tu tak bertambah-tambah. Kerja dah bertahun-tahun, duit simpanan kecemasan pun masih tak cukup.
Jadi dengan buat pinjaman, dia terpaksa ‘menyimpan’. Duit ansuran bank tu dia terpaksa bayar. Kalau tak bayar, nanti bank ‘cari’. Walaupun kita ada hutang dengan bank, dalam masa yang sama kita ada emas. Dan emas tu sendiri bagi saya ialah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak di ar-rahnu. Boleh dapat duit on the spot.
#2 – Nak Jana Pendapatan Sebagai Dealer
Ada orang yang memang minat dengan emas. Bila minat, dia suka bercerita dan promote kepada orang lain supaya simpan emas (walaupun tak dibayar). Tapi bila ada orang nak beli emas, dia tak dapat bantu sebab dia bukan dealer. Sedangkan hanya dealer jer yang boleh “introduce” orang lain beli emas Public Gold (dan dibayar komisyen). Cerita penuh tentang kelebihan dealer klik SINI.
Cara paling senang jana pendapatan dengan emas ialah jadi dealer sebab dealer melangkah sebelah kaki sebagai peniaga, bukan sekadar pelabur. Peniaga boleh jana untung melalui pelbagai cara tapi syaratnya kena ada ilmu. Untuk jadi dealer, kena buat belian RM30,000 dalam satu resit. Komisyen sebagai dealer tu nanti insyaAllah boleh cover ansuran bank.

Kalaupun tak berjaya jana pendapatan yang berbaloi sebagai dealer sekalipun, duit tu sebenarnya tak lebur sebab kita boleh jual balik emas tu untuk bayar balik pinjaman, insyaAllah.
Beli Harga Di Paras ‘Selamat’

Antara point lain yang perlu juga dipertimbangkan kalau nak beli emas dengan duit pinjaman ialah beli bila harga emas diparas rendah supaya kurang sikit kerisauannya. Kalau beli emas dengan duit simpanan sendiri, kita tak perlu risau sebab kita tak ada apa-apa komitmen dengan duit tu. Itu duit simpanan yang memang kita tak pakai. Tapi kalau nak beli emas dengan duit pinjaman, mungkin kita akan sedikit risau kalau harga emas turun. Jadi untuk kurangkan kerisauan, belilah masa harga emas di paras rendah. Persoalannya, berapa rendah?
Kalau berdasarkan analisis harga emas pada waktu sekarang, harga diparas paling selamat sekitar USD1,000 – USD1,200 (per oz) sebab itu harga emas keluar dari lombong seluruh dunia. Pendek kata kalau harga emas turun bawah USD1,200, sebahagian lombong emas terpaksa tutup. Kalau turun bawah USD1,000, habis lombong seluruh dunia kena tutup dan harga emas terpaksa naik sebab “short supply”. Jadi siapa beli emas sekitar harga USD1,200, insyaAllah kebarangkalian harga emas turun tu tak banyak berbanding potensi naik.
Risiko Harga Emas Jatuh

Tapi adakah jangan beli emas selagi harga tak cecah USD1,200? Pastinya tidak. Kalau nak dikirakan risiko, simpan duit kertas tu risikonya lebih besar berbanding simpan emas. Sejarah Malaysia, duit kertas (Duit Pisang) pernah hilang nilainya 100%. Duit Ringgit Malaysia pernah jatuh 50% hanya dalam tempoh 1 tahun (1997 – 1998)! Tapi tak pernah berlaku dalam sejarah manusia, nilai emas hilang 100%. Bahkan tak pernah dalam sejarah harga emas jatuh 50% setahun.

Kalau nak dikira dari sudut simpanan dalam erti kata sebenar, simpan emas jauh lebih lebih selamat. Simpan duit kertas jauh lebih berisiko berbanding simpan emas. Cuma kita kena psyco dengan nombor jer. Walaupun harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, secara relatifnya kuasa beli emas bertahan zaman berzaman. Bukan macam duit kertas.

Jadi kesimpulanya, adakah berbaloi beli emas dengan duit pinjaman? Saya tak boleh bagi jawapan “Ya” atau “Tidak”. Ikut kepada kedudukan dan matlamat kewangan masing-masing. Saya secara peribadi cuma beli emas dengan duit simpanan sahaja.
Wallahu a’lam. Artikel ini ditulis oleh guru emas saya dan telah diolah sedikit oleh saya. Sebarang persoalan boleh hubungi saya 0132568700 atau klik IlmuEmasPG untuk duduk dalam circle emas saya.

6 Keuntungan Menjadi Dealer PG

6 Keuntungan Menjadi Dealer Public

Kalau ada bajet cukup, dan alang-alang beli emas, jadilah terus dealer PublicGold sebab dealer boleh untung dalam semua urusniaga dan semua keadaan harga emas samada naik atau turun. Beli emas untuk diri sendiri untung, jual emas sendiri pun untung. Harga emas naik untung, harga emas turun mendadak lagi untung. Syaratnya, jadi dealer dan manfaatkan betul-betul posisi sebagai dealer emas Public Gold.

Sebenarnya, saya dulu beli emas Public Gold cuma untuk simpan sendiri jer. Asalkan duit saya jadi emas jer. Dan dari awal lagi saya pasang niat, saya tak nak berniaga emas. Tapi bila saya perhati ramai kawan-kawan buat kesilapan, sehinggakan ada yang tersontot di pintu ‘sorga kewangan’, walhal saya ada ilmu dan platform terbaik pelaburan emas di Malaysia iaitu Public Gold, saya rasa ada tanggungjawab untuk bantu orang lain.

Masa tu baru saya sedar, oh, besarnya manfaat sebagai dealer, walaupun hanya untuk simpanan sendiri semata-mata.

Berdasarkan pengalaman saya, ini 6 keuntungan sebagai dealer emas Public Gold:
#1 – Rebat Belian Emas Sendiri
Untuk jadi dealer, kita kena buat belian minimum RM30,000 dalam satu belian (satu Invoice). Setiap belian KEDUA dan seterusnya, Public Gold akan bayar rebat 1%. Kalau buat belian seterusnya RM10,000, maksudnya dapat rebat RM100. Dah la harga emas Public Gold murah RM15 – RM20 segram berbanding kedai emas, kita jimat lagi rebat 1%. Tahap rebat ni boleh meningkat kepada 1.5% dan 2,0% mengikut tahap dealership masing-masing. Untuk anda lebih faham berkaitan ini,saya nasihatkan anda untuk terus hubungi atau whatsapp saya, kerana saya takut ada salah faham klik IlmuEmasPG
Rebat belian dan jual balik dealer Public Gold

#2 – Rebat Jual Balik Emas Sendiri
Kalau nak jual balik emas kita kepada Public Gold, kita dibayar rebat 0.3% atas harga jualan tersebut. Kalau jual RM10,000, dapat la RM30. Rebatnya tak banyak, tapi biasanya lepas la duit minyak pergi hantar emas tu ke office Public Gold.
#3 – Komisyen Introduce Pembeli
Kalau yakin betapa untungnya simpan emas, dan yakin emas Publcgold adalah emas simpanan terbaik di Malaysia, jangan ‘selfish’, tapi ceritalah kepada orang lain. Kesian orang lain yang tak tahu tentang emas dan Public Gold.

Jadi ambillah tanggungjawab introduce orang lain tentang emas dan Public Gold. Manfaatkan facebook dan whatsapp tu. Jangan menjual, tapi niat nak sampaikan kebaikan tentang apa yang kita tahu.

Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level komisyen masing-masing. Kalau sebulan ada orang beli RM60,000 hasil celoteh kita pasal emas di facebook, maksudnya Public Gold bayar RM600. Ok la tu, modal ilmu dan ‘air liur’ jer. Kita cuma consult dan tolong orderkan sahaja. Pembeli tu bayar dan ambil sendiri emas dari office Public Gold. Dengan duit RM600 tu, tambah lagi beberapa gram emas sebagai simpanan! Tambah simpanan setiap sebulan secara PERCUMA. (“,)

Berita paling menarik, komisyen ini akan terus dibayar oleh Public Gold sampai bila-bila selagi orang yang kita introduce itu membeli emas Public Gold. Ia boleh dijadikan sumber passive income.
#4 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Simpan
Kalau kita dah introduce ramai pembeli, insyaAllah selepas setahun, akan ada pembeli emas nak jual emas tu sebab nak pakai duit. Masa tu, kita berpeluang beli emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak spread / susut nilai 5.0% – 8.0%.
Pembeli boleh jual emas tu di office Public Gold atau jual kepada kita (dealer). Harganya sama jer ikut website. Pembeli yang dekat-dekat biasanya suka jual kepada dealer sebab boleh dapat duit on the spot. Kalau jual kepada Public Gold, duit tu akan masuk dalam masa 1 hari bekerja.
Secara jujurnya, saya selalu berpeluang tambah simpanan emas sekarang ni hanya dengan beli daripada customer pada harga diskaun “PG Buy” jer. Seolah-olah saya beli emas tanpa spread! Harga emas naik 5%, maksudnya saya terus untung 5%! Kalau saya beli RM10,000, nak dapat untung RM500 tu sekejap jer, insyaAllah. Bukan ker itu lebih baik dari simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB?
#5 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Jual
Bila orang jual emas kepada saya pada harga diskaun “PG Buy”, kekadang simpanan emas saya dah ‘berlebihan’. Saya perlu juga stand-by duit tunai untuk beli balik emas kalau-kalau ada penyimpan emas nak pakai duit. Jadi stok berlebihan tu, saya jual bila ada pembeli baru pada harga “PG Sell” dan untung sekitar 8%! Kalau beli RM10,000, untung RM800 tu sekejap jer, insyaAllah. Bukan ker itu jauh lebih baik berbanding tunggu dividend Tabung Haji dan ASB?
#6 – Komisyen Overriding “Dealer”
Dalam ramai-ramai pembeli emas, mesti ada yang buat belian RM30,000 dan automatik jadi dealer. Pengalaman saya, memang ramai yang ada duit sebanyak tu. Sebelum kenal emas, mereka cuma kenal Tabung Haji dan ASB jer. Jadi jangan terkejut, urusniaga emas memang besar-besar sebab orang bukan “belanjakan duit”, tapi cuma TUKAR sahaja duit kepada emas sebab emas hakikatnya adalah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak jer emas tu.

Kalau dealer di bawah kita buat belian, Public Gold akan bayar “overriding commission”. Kalau orang pertama kali beli RM30,000, Public Gold bayar kita sebagai introducer RM300 (1%), atau RM450 (1.5%), atau RM600 (2%) mengikut tahap komisyen kita. Bila dealer tu buat belian kedua dan seterusnya, Public Gold bayar lagi perbezaan tahap komisyen dealer tu dengan tahap komisyen kita sebagai introducer. Sebagai Master Dealer (level 2%), Public Gold akan bayar kepada saya 1% atas belian Normal Dealer (level 1%), dan 0.5% atas belian Priority Dealer (level 1.5%). Dan komisyen ni akan terus dibayar setiap kali ada urusniaga sampai saya mati, atau dealer dan customer itu mati dulu.

Dan berita lebih baik, pendapatan saya dari Public Gold ini pula boleh diwariskan kepada isteri atau anak-anak saya jika saya meninggal dunia! Itu janji Public Gold.

Potensi Bebas Kewangan Dengan Emas?
Jadi cuba bayangkan, berapa “passive income” kalau ada lebih 1,000 customer berdaftar di bawah kita lepas beberapa tahun introduce emas? Kalau setiap orang hanya beli 1 gram 1 bulan, berdasarkan perkiraan saya, passive income yang akan kita nikmati tak kurang RM4,000 sebulan! InsyaAllah.

Cuba bayangkan potensi pendapatan masa depan, dan sampai bila orang akan berhenti simpan emas? Mungkin suatu hari nanti, pendapatan sebagai dealer Public Gold boleh membantu sahabat pembaca ‘pencen’ lebih awal dari apa yang dijangka, insyaAllah.
Kesimpulannya, bila jadi dealer emas Public Gold, kita boleh jana keuntungan dalam apa juga urusniaga dan pergerakan harga emas. Walaupun beli hanya untuk simpanan sendiri semata-mata, kita boleh dapat untung lebih besar kalau manfaatkan posisi sebenar sebagai dealer dengan membantu orang lain turut sama menyimpan emas. Siapa yang jadi dealer sambil simpan emas, dia untung:
§  Jimat susut nilai at least 1.3% – 2.3 (rebat).
§  Peluang jual emas sendiri tanpa susut nilai (jual harga PG Sell).
§  Peluang beli emas dengan harga diskaun 5% – 8% (susut nilai).
§  Untung berganda bila bantu orang lain membeli emas (komisyen jualan).
§  Untung simpan emas bila harga emas naik.
§  Untung komisyen berganda bila harga emas jatuh (komisyen jualan).
§  Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung.
§  Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung.

Wallahu a’lam. Posting ini ditulis oleh guru emas saya Tuan Zulkifli. Sebarang persoalan anda boleh hubungi saya 013-2568700 atau klik IlmuEmasPG untuk bersama dalam group emas saya.