Monday 23 January 2017

Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold

Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold




Ramai yang nak simpan emas, tadi takut nak simpan sendiri. Kalau masuk Akaun Emas di bank, kebanyakkannya tak patuh syariah. Yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) dan Al Rajhi sahaja. Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM150 – RM200 sahaja sebulan.
Alhamdulillah, lepas memerhati masalah ni, Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk dan kaedah pembelian terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah di mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula. 

Akaun Emas Tetapi Emas Fizikal

GAP tu saya nampak lebih kurang Akaun Emas di Kuwait Finance House. Kita boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram. Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dengan GAP, kita perlu tinggalkan baki minimum 1 gram (supaya akaun kekal aktif), tetapi KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.


Kemudahan GAP Public Gold
Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:
  • Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
  • Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan.
  • Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan.
  • Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  • Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premiun" sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.
gold bar 1 gram public gold lbmaGold bar LBMA 1 gram Public Gold.

Perbandingan GAP dan Akaun Emas KFH

Kalau akaun emas yang ditawarkan di bank, bagi saya KFH paling bagus buat masa ni berbanding dengan bank-bank lain. Sebagai perbandingan dengan GAP pula, ciri-ciri GAP Public Gold hampir sama seperti Akaun Emas KFH. Bezanya cuma:
#1 – Ketulenan Emas : Emas KFH berketulenan 995, emas Public Gold berketulenan 999.9. Maksudnya, emas Public Gold lebih tulen. (kekurangan KFH)
#2 – Pembelian Pertama : Pembelian emas KFH mesti bermula dengan 10 gram, tapi emas Public Gold boleh bermula dengan 1 gram. (kekurangan KFH)
#3 – Susut Nilai : Susut nilai KFH 6.0% untuk semua saiz emas, tapi Public Gold berbeza mengikut saiz gold bar yang dikeluarkan. Bermula dengan 1 gram (8%), 5 gram (8%), 10 gram (8%), 20 gram (7%), 50 gram (6.5%), 100 gram (6%), dan 250 gram (5%). (kelebihan KFH kalau keluarkan emas bersaiz kecil)
#4 – Syarat Pengeluaran : KFH tak boleh keluarkan semua emas yang kita simpan. Mesti biarkan baki minimum 2 gram. Kalau keluarkan semua, akaun tu dianggap ditutup. Bila nak buka semula akaun, kena mulakan semula dengan pembelian 10 gram. Public Gold boleh keluarkan semua emas tanpa berbaki walaupun 1 gram, cuma kalau tak tinggalkan 1 gram, akaun GAP kita dianggap tidak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50. (kekurangan KFH)
#5 – Pengeluaran Interbranch : Syarat maksimum pengeluaran emas fizikal KFH di “interbranch” cuma 50 gram setiap tempoh 3 bulan. Emas Public Gold tiada had untuk keluarkan emas fizikal di mana-mana cawangan seluruh Malaysia pada bila-bila masa. (kekurangan KFH)
#6 – Caj Pengeluaran – KFH tiada apa-apa caj semasa pengeluaran emas fizikal. Public Gold, sebarang pengeluaran emas di mana-mana branch akan dikenakan caj “gold premium” yang minimum. (kelebihan KFH)
#7 – Syarat Belian Balik : Emas KFH berseal kekal, sama macam Public Gold. Kalau seal rosak, atau dibuka, KFH tak terima lagi emas tu. Kita terpaksa jual dikedai emas sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Public Gold jamin beli emas tu. Kalau sealnya dibuka, Public Gold beli dengan susut nilai  10%. (kekurangan KFH)
#8 – Waktu Urusniaga : Urusniaga beli dan jual KFH terhad waktu pejabat. Public Gold urusniaga 24 jam sehari, 365 hari seminggu. Beli secara online, jual pun secara online. (kekurangan KFH) 

Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ni sangat bermanfaat bagi siapa yang:
  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  2. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM150 – RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM150 – RM200 sebulan setiap anak.

Cara Membeli Emas Dengan GAP

Bagi siapa nak beli GAP, ini langkahnya:

#1 – Masukkan Duit Ke Akaun Public Gold

Masukkan / transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my. Kalau harga 1 gram hari ini RM141, maka masukkan duit genap-genap RM141. Jangan lebih dan jangan kurang supaya pembelian itu patuh syariah. Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM282 (RM141 x 2 gram).
harga emas gap 31 Ogos 2016Harga GAP disemak sekali sehari setiap jam 12.00 malam.
Masukkan / transfer duit ke

5571 3923 8048 (Maybank) atau
3167 52 0833 (Public Bank)
atas nama
PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”.

#2 – Wassap Maklumat Pembelian

Wassap maklumat ke 017-4866 916 (no h/phone PG bahagian GAP). Ikut format yang saya tunjuk ni.

Ikut contoh format ni. Attachkan sekali slip bayaran supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Pembayaran guna online banking paling baik.
KALAU ANDA TAK PAKAI WASSAP, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama dengan maklumat pembelian. Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada syawal5177@gmail.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.
Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, boleh letak nama saya atau mana-mana dealer sebagai introducer.Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold.
Kalau nak letak nama saya sebagai introducer, kod saya PG 00092075, Mohd Syawal Ameron. Tak perlu minta izin pun tak apa.

#3 – Semak GAP Statement

Tunggu PG emailkan “username” untuk login website. GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 HARI BEKERJA di web www.publicgold.com.my. Kalau tak terima juga email tu lepas semak dalam SPAMBOX, bagi tahu saya untuk saya follow up dengan PG.

Ini contoh GAP Web Statement yang boleh disemak di website Public Gold. Lepas belian, Public Gold akan berikan Username. Lepas dapat username, gunakan no. IC 12 digit sebagai Password

#4 – Pengeluaran Emas Fizikal

Emas tu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Tapi boleh juga keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri.
Untuk keluarkan emas fizikal, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu. Boleh pilih sebarang item emas LBMA samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan call dulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok / item yang kita nak tu.
gold bar 999 24k lmba public goldAntara item gold bar yang boleh dipilih bila nak buat pengeluaran nanti. Item yang boleh dipilih gold bar 1 gram (pelbagai design), 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, dan 250 gram.
dinar emas 24k 999 public goldBoleh juga keluarkan dalam bentuk dinar; 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, dan 10 dinar. 1 dinar beratnya 4.25 gram.
design gold bar 1 gram public goldBoleh juga pilih pelbagai design gold bar 1 gram
gold premiumIni senarai caj premium atas setiap kepingemas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram.
Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Kalau ada sebagai persoalan lanjut,
boleh contact saya 013-2568700 (wassap). InsyaAllah saya boleh guide. Dan baca juga artikel berkaitan untuk faham lebih lanjut tentang GAP:

*Artikel ini saya ambil dari blog tuan zulkifli, salah seorang speaker utama dalam publicgold. 

1 comment:

  1. Ada beberapa perubahan telah dilakukan oleh Publicgold, untuk menaiktaraf sistem PG. Untuk penjelasan lanjut hubungi saya 013-2568700

    ReplyDelete