Tuesday 21 February 2017

Akaun Pelaburan Emas atau Emas Fizikal?

Akaun Pelaburan Emas atau Emas Fizikal?

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya doakan anda kaya dan berjaya.


Ramai orang baru yang nak beli emas, tapi risau nak simpan di mana. Kalau simpan duit dalam Akaun Pelaburan Emas di bank, tak perlu pegang emas dan selamat dari risiko kecurian. Jadi adakah lebih baik melabur dalam Akaun Pelaburan Emas (GIA) di bank berbanding beli emas fizikal? Ini antara persoalan orang baru berjinak dengan emas tanya saya.

Kalau tanya saya dan mereka yang pakar tentang emas, majoriti mereka syorkan beli emas fizikal samada berbentuk gold bar atau syiling emas (termasuk dinar). Sebabnya, beli emas dapat emas. Emas tu betul-betul wujud depan mata. Emas tu kita simpan sendiri. Sedangkan Akaun Pelaburan Emas, beli emas tapi cuma dapat kertas dan nombor jer. Kalau macam tu, lebih baik simpan duit dalam Tabung Haji jer sebab kita tak dapat ‘kuasa’ sebenar yang ada pada emas i.e. yang membuatkan penyimpannya bertambah kaya.

Cara Simpan Emas Dengan Selamat


Bagi pembeli emas Public Gold, kalau tak tahu mana nak simpan, boleh jer simpan dengan Public Gold secara percuma melalui Akaun Emas yang dinamakan “Gold Accumulation Program (GAP) “. Boleh beli dan simpan emas secara percuma serendah 1 gram. Boleh beli dan jual semula secara online kepada Public Gold. Kalau nak ambil emas fizikal tu dan simpan sendiri pun boleh.

7 Kelebihan Emas Fizikal
Kenapa saya sangat syorkan emas fizikal? Sebabnya ada 7 kelebihan utama emas fizikal berbanding Gold Investment Account (GIA) iaitu:

1.    Peluang ‘rolling’ duit untuk bisnes
2.    Peluang jana keuntungan bila harga jatuh
3.    Duit simpanan lebih bertahan lama
4.    Urusan dan waktu jual beli fleksibel
5.    Selamat dari dibekukan oleh bank
6.    Selamat dari bencana kewangan
7.    Simpanan emas patuh syariah

#1 – Peluang ‘Rolling’ Duit Untuk Bisnes

Bila ada emas fizikal, duit kita tak beku macam pelaburan lain sebab emas tu ada di tangan kita sendiri. Kita boleh dapatkan PINJAMAN SEGERA dari ar-rahnu pada bila-bila masa kita perlukan duit tunai. Tak perlu tunjuk slip gaji pun, cuma serahkan emas tu jer sebagai cagaran. Lepas ar-rahnu sahkan timbangan dan ketulenan emas tu, kita boleh dapat pinjaman sehingga 70% daripada nilai semasa emas tu. Secara detailnya, boleh baca panduan yang saya sediakan dalam artikel "Teknik Pajak di Ar-rahnu".

Walaupun ia digadai, emas tu tetap milik kita. Kalau harga emas naik, kita boleh nikmati kenaikan harga tu walaupun emas tu masih dalam simpanan ar-rahnu.

Kalau orang berniaga, dia boleh manfaatkan pinjaman tu untuk pusing modal bisnes. Bila dapat ‘projek’ yang menguntungkan, pajak jer emas tu untuk dapatkan pinjaman. Lepas selesai urusniaga, tebus balik emas tu secepat mungkin sebab caj pinjaman ar-rahnu dikira secara bulanan. Hasil keuntungan bisnes tu boleh cover bayar kos pinjaman sekitar 1.15% sebulan.

Duit yang dilabur dalam Akaun Pelaburan Emas, duit tu beku macam tu jer. Yang ada cuma kertas dan nombor jer. Ia tak laku untuk gadaian sama macam akaun bank yang lain juga.

#2 – Peluang Jana Keuntungan Bila Harga Jatuh

Kalau Akaun Emas, bila harga jatuh, kita rugi dan tetap rugi. Tak boleh buat apa-apa dah sebab kita hanya ada kertas dan nombor jer. Kita tak memiliki emas sebenar.

Tapi bagi pemilik emas fizikal, bila harga emas jatuh mendadak, kita boleh dapatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas pada harga rendah. Biasanya, bila harga emas jatuh mendadak, dia akan naik balik (ke paras sebelum kejatuhannya) dalam tempoh 3 – 6 bulan. Bila harga naik, emas yang dibeli dengan pinjaman ar-rahnu tu boleh dijual pada harga mahal. Kita dapat untung tunai, dan sebahagian hasil keuntungan tu boleh guna untuk bayar kos upah pajakan.

Penyimpan Akaun Pelaburan Emas ‘terperangkap’ dengan kejatuhan harga emas 2013 tetapi pemilik emas fizikal masih boleh ‘rolling’ emas mereka.

Teknik ni saya panggil teknik “untung secupak, rugi segantang”. Kalau harga emas naik, anda untung secupak. Tapi kalau harga emas tak naik dalam tempoh pinjaman ar-rahnu, anda akan rugi segantang!

Jadi, jangan suka-suka hati pajak melainkan anda tahu kira-kira dan risikonya.

#3 – Duit Simpanan Bertahan Lebih Lama

Orang yang simpan duit dalam Akaun Pelaburan Emas, duitnya sangat berisiko dari kebocoran, sama macam dia simpan duit dalam akaun bank. Dia rasa dia beli emas, tapi hakikatnya dia tak dapat kuasa sebenar yang ada pada emas iaitu mengelakkan kebocoran wang, dan kekayaan makin bertambah.

Rata-rata orang yang jenis simpan emas yang saya jumpa, sebab utama mereka beli emas sebab nak elakkan kebocoran wang. Katanya kalau simpan duit di bank, duit tu cepat habis. Kalau simpan emas, duit tu lebih bertahan lama. Ia buka soal kira-kira, tapi kesan psikologi. Sekali beli emas, dia nak beli lagi. Rasa nak kumpul banyak lagi sebab emas tu cantik. Memang Tuhan buat manusia tu sukakan emas.


Bila nak pakai duit, rasa sayang nak jual. Kalau terpaksa jual, dia akan cari balik duit untuk beli balik emas tu. Tabiat suka menyimpan dan kumpul emas itulah yang membuatkan penyimpan emas kekal kaya dan bertambah kaya.

#4 – Urusan dan Waktu Jual Beli Fleksible

Kalau simpan dalam Akaun Pelaburan Emas, urusan jual belinya tertakluk pada waktu bank dan hari bekerja jer. Urusan jual beli pun hanya dengan bank tertentu jer. Berbeza dengan emas fizikal. Urusan jual belinya tak tertakluk waktu bank dan hari bekerja sahaja. Hari cuti, hujung minggu, waktu malam, bahkan kalau pergi oversea pun, emas tu boleh dijual beli. Asalkan ia emas, asalkan ia tulen jer.

Dalam banyak-banyak emas fizikal, emas publicgold paling mudah urusan jual belinya. Anda boleh booking harga 24 jam sehari samada nak beli atau nak jual balik. Bila nak jual balik, boleh jual kepada mana-mana dealer Public Gold terdekat 24 jam sehari dan boleh dapat duit on-the-spot. Tak perlu tunggu office Public Gold buka baru boleh jual.

#5 – Selamat Dari Dibekukan oleh Bank


Menurut pakar precious metal Mike Maloney, emas (dan perak) satu-satunya aset kewangan yang tak berada dalam sistem kewangan. Hanya kita jer tahu berapa banyak emas yang kita ada. Tak siapa tahu bahkan bank mahupun kerajaan. Dan sepanjang saya jadi dealer emas, memang ada beberapa orang yang dah diisytiharkan bankrap datang membeli emas dengan saya.

Katanya, itu sahajalah simpanan paling selamat daripada ianya dibekukan oleh kerajaan. Bank dan kerajaan tak boleh bekukan emas tu sebagaimana akaun dan pelaburan tunai yang lain. Kalau Akaun Pelaburan Emas, ia akan senasib dengan akaun-akaun bank yang lain.

#6 – Selamat Dari Bencana Kewangan


Point no. 5 tu tentang kes kita bangkrup. Point ke-6 ni tentang kes bank pula yang bankrup. Ramai orang tak tahu, Akaun Pelaburan Emas di bank tak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sebagaimana duit simpanan biasa.

Kalau bank bermasalah atau bankrup, yang tinggal cuma buku dan nombor yang tak lagi bernilai. Perkara ni boleh terjadi kalau berlaku bencana ekonomi yang menjejaskan sistem kewangan.

Masa tu, banyak bank-bank bermasalah sebagaimana krisis kewangan 1997. Pada masa itu, Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa arahkan bank-bank di Malaysia digabungkan untuk mengukuhkan semula institusi perbankan di Malaysia. Berbeza dengan emas fizikal. Emas yang kita miliki tu selamat dalam simpanan kita sendiri, insyaAllah.

Ini salah satu terma yang jarang orang semak sebelum buka Akaun Pelaburan Emas di bank.

#7 – Simpanan Emas Patuh Syariah

Hampir kesemua Akaun Simpanan Emas tak disahkan patuh syariah kecuali Kuwait Finance House (KFH), dan Al-Rajhi Bank jer buat masa ini. Antara faktor yang bermasalah sebab emas tu pada hakikatnya ‘tak wujud’ ketika proses jual beli atau memang ‘tak wujud’ langsung. Beli emas, tapi dapat kertas jer. Dan kita tak dibenarkan mengeluarkan emas fizikal. Isu syariah tentang Gold Investment Account (GIA) pernah diulas oleh Ustaz Zaharuddin dalam artikel “Hukum Akaun Pelaburan Emas di Malaysia“.

Kalau emas fizikal, urusan jual belinya jelas. Beli emas, dapat emas. Dan emas tu hak kita sepenuhnya. Kita bebas untuk jual beli, simpan sendiri, pajak ataupun gigit (“,) sebab kita memiliki emas sebenar.

KFH, Akaun Pelaburan Emas terbaik buat masa ini. 

Tips kalau anda pilih Akaun Pelaburan Emas juga, pastikan ianya patuh syariah. Antara KFH dan Al-Rajhi bank, saya nampak KFH lebih baik sebab harga lebih murah, spread lebih rendah. Kos simpanan pun percuma. Kita bebas untuk keluarkan emas fizikal atau simpan jer di bank. Tapi kena ingat, jangan sesekali pajak emas KFH tu sebab emas tu berseal plastik kekal. Kalau pajak juga, seal tu akan dibuka dan anda terpaksa rugi susut nilai sebanyak 25%! KFH tak akan beli balik emas tu. Anda hanya boleh jual balik emas tu di kedai emas jer sebagai “emas terpakai”.


Nota : Bermula September 2014, Public Gold telahpun sediakan kaedah pembelian emas sebagaimana yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) yang dinamakan Gold Allocation Programme (GAP), tapi dengan ciri-ciri yang lebih baik. Kalau di bank, buat masa ni bank yang tawarkan Gold Investment Account (GIA) ialah:


*Untuk pertanyaan lanjut anda boleh hubungi saya 013-2568700 atau klik IlmuEmasPG.


Monday 13 February 2017

Isu Patuh Syariah Publicgold

Isu Patuh Syariah Publicgold


Alhamdulillah, pada 16 Januari 2017, Public Gold telah pun mendapat sijil pengesahan patuh syariah jual beli emas daripada Amanie Advisors Sdn. Bhd. Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah “Outright Purchase”, “Easy Payment Purchase (EPP)” dan “buy back”. Ini adalah pengesahan syariah Fasa 1.

Fasa yang seterusnya ialah “Gold Accumulation Program (GAP)”, platform membeli belah menggunakan emas yang dinamakan “PG Mall”, dan sistem pembayaran menggunakan emas yang dinamakan “Gold Payment System (GPS)”.

Proses pengesahan syariah ini bukanlah proses yang bersifat one-off, ia proses yang berpanjangan dan melibatkan proses audit secara berkala.

Sijil Patuh Syariah dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Latar Belakang Panel Shariah

Untuk makluman sahabat pembaca, Amanie Advisors Sdn. Bhd. ialah sebuah konsultan shariah yang berperanan penting menyediakan standard shariah emas bagi World Gold Council (WGC) dan AAOIFI. Ia dia ketuai oleh Dato’ Dr. Mohd Daud Bakar yang juga pengerusi Shariah Advisory Council (SAC) untuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Tuan Pakdi pernah menulis siapa sebenarnya tokoh yang disegani dalam dunia kewangan Islam ini dalam artikel beliau bertajuk “Dr Mohd Daud Bakar – Ulama, Penasihat Shariah dan Pakar Kewangan Islam”.

Cabaran Mendapatkan Pengesahan Shariah

Untuk makluman sahabat pembaca, sebenarnya sudah 8 tahun Public Gold berusaha mendapatkan pengesahan syariah ini. Saya sendiri terlibat secara langsung dalam usaha ini sejak tahun 2014. Saya boleh katakan, prosesnya bukan mudah dan memakan masa sebab;

#1 – Public Gold bukan institusi kewangan Islam

Semua institusi kewangan Islam memang diwajibkan oleh BNM mempunyai panel syariahnya sendiri. Jadi perlantikan panel syariah Public Gold ini dibuat secara SUKARELA, bukan secara paksa. Sebagai sebuah syarikat yang tentunya “profit-oriented”, banyak pertimbangan yang perlu dibuat dari sudut “cost-benefit” projek ini yang sudah tentunya kos bukan sedikit. Ia melibatkan kos yang besar dan bersifat jangka panjang.

#2 – Belum ada model yang boleh ditiru

Saya boleh katakan, sekarang ini Public Gold satu-satunya syarikat jual beli emas fizikal yang mendapat pengesahan shariah. Jadi bagaimana arrangment yang sepatutnya pun masih samar-samar termasuk dipihak panel syariah sendiri. Jadi ada cadangan dari pihak bakal panel syariah dahulu yang dilihat tidak mesra bisnes, antaranya;
(1) mensyaratkan supaya Public Gold mesti tubuhkan syarikat lain sebagaimana perbankan Islam e.g. Maybank vs Maybank Islamic,

(2) mensyaratkan perlu mempunyai kakitangan shariah sendiri sebagaimana institusi kewangan Islam yang mempunya Jabatan Shariah sendiri yang bertanggungjawab melaporkan perkembangan shariah kepada Jatawankuasa Shariah.

Dan banyak lagi.

#3 – Industri emas pelaburan dicemari Skim Cepat Kaya

Ini antara faktor penting kenapa ramai bakal-bakal panel syariah menolak untuk menjadi penasihat syariah bagi syarikat jual beli emas. Sudah beberapa syarikat emas yang melantik panel syariah sebelum ini semuanya menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang sehingga panel syariah mereka terpaksa menarik diri disebabkan “certification” itu ditelah dimanipulasi.

Yang lebih teruk, ada syarikat emas yang belum pun melantik panel syariah secara rasmi, tetapi sudahpun mewar-warkan satu dunia seolah-oleh mereka sudah mendapat certification! Jadi ini yang menakutkan bakal-bakal panel Syariah.

Komitmen Public Gold

Apabila kalau konsultan bereputasi seperti Amanie Advisors setuju bekerjasama dengan Public Gold, saya percaya mereka telahpun semak latarbelakang Public Gold betul-betul sebelum terima menjadi panel shariah. Dan cadangan serta idea-idea mereka untuk projek ini sangat praktikal yang menyebabkan Public Gold memberikan komitmen untuk menjadi platform jual beli emas yang disahkan patuh syariah.


Pertemuan pertama antara Public Gold dan penasihat shariah (ketika itu masih calon penasihat syariah) pada 4 Februari 2016 di HQ Public Gold, Penang.


Catatan yang menggambarkan komitmen Dato’ Wira Louis Ng, Founder Public Gold terhadap kepatuhan syariah dalam jual beli emas.

Penjelasan Kepatuhan Shariah

Bagi sahabat pembaca yang berminat memahami bagaimana proses jual beli Public Gold dari perspektif shariah, boleh baca penjelasan yang dibuat oleh sahabat saya yang juga pakar muamalat Islam, iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri;

“Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :

1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
3. Jualan balik (Buy Back).

Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH

Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT (EPP)

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

JUALAN BALIK (BUY BACK)

Proses utama dalam produk ini ialah:

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.

2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.

3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.”
Semoga catatan Ustaz Khairul Anuar ini akan memahamkan kita semua tentang urusniaga jual beli emas di Public Gold, dan berurusniaga dengan penuh yakin, insyaAllah.



Untuk pertanyaan lanjut anda boleh hubungi saya 013-2568700 atau klik IlmuEmasPG.