Thursday, 26 January 2017

5 Kriteria Penting Memilih Emas PelaburaN

Teliti 5 Perkara Sebelum Buat Keputusan Melabur & Membeli EMAS.


Assalamualaikum dan saya doakan anda kaya dan berjaya.


Sekarang ni dah banyak company yang keluarkan emas pelaburan. Ramai yang confuse nak beli emas yang mana satu. Ramai juga yang tanya saya pasal syarikat lain, antaranya Power Gold, GCP, GSR, Sri Ayu dsb. 
Dan kalau tak silap saya company seperti GCP ,GSR dah bungkus rasanya,dan telah tumbuh company-company emas yang baru. Tetapi saya lihat PublicGold tetapp gah dan stabil hampir 9 tahun.

Saya rasa lebih adil sahabat semua tanya terus ejen syarikat tersebut sebab saya takut maklumat yang saya bagi tu tak tepat ataupun tak lengkap. Ejen syarikat itu sendiri lebih layak untuk bagi penerangan tentang bisnes mereka.

Tetapi kalau anda ingin bertanya tentang POWERGOLD dan PUBLICGOLD saya adalah orangnya. Kerana saya telah berada dalam platform PWG hampir 2 tahun sebelum 'cuci tangan' dan bersama PG, tak percaya ini bukti saya adalah stokis PWG.



Setakat yang saya survey, emas pelaburan paling berkredibiliti di Malaysia ialah Kijang Emas BNM (dijual Maybank), emas jenama antarabangsa yang dijual di UOB Bank, emas Kuwait Finance House (KFH) dan Public Gold sahaja. Saya secara peribadi lebih fokus kepada Public Gold sebab saya perhati, emas Public Gold paling investor-friendly di Malaysia buat masa sekarang.
Berdasarkan pemerhatian saya, emas terbaik untuk pelaburan ialah emas yang senang dibeli, senang dijual, dan untung maksimum bila dijual! 

Kalau beli emas untuk dapat harga tertinggi bila jual balik nanti, pastikan semak 5 kriteria penting ini sebelum membeli;
  1. Harga rendah
  2. Spread (susut nilai) rendah
  3. Stok tiada had
  4. Cawangan tempat jual beli banyak
  5. Syarat jual beli tak cerewet

Kriteria #1 – Harga Rendah

Cuba bandingkan harga emas tersebut dengan pengeluar emas yang lain. Harga emas yang lebih rendah lebih baik sebab kita boleh beli lebih banyak dengan bajet yang sama. Kalau beli emas untuk tujuan pelaburan, sekurang-kurangnya kena pastikan harga emas tersebut lebih rendah dari harga kedai emas (www.fgjam.org.my).
Tapi kena hati-hati juga, emas yang harganya paling murah tak semestinya terbaik sebab mungkin spread / susut nilainya sangat tinggi atau syarikat tak jamin beli balik emas tersebut! Jadi jangan mudah terpengaruh bila dengar emas tu murah. Takut-takut, bila nak jualnya pun jauh lebih murah! Rugi…

Entah-entah bukan emas yang kita dapat tetapi besi kosong.
Untuk bandingkan harga, sahabat semua boleh cek di website company tersebut, antaranya;

Kriteria #2 – Spread (Susut Nilai) Rendah

Cuba kira berapa peratus spreadnya. Spread akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak kita akan dapat untung. Lagi rendah lagi bagus. Kena buat pengiraan la sikit.
Formulanya, cuba tengok harga semasa, berapa harga dia jual, tolak (-) harga dia beli balik. Perbezaan harga tu, bahagikan dengan harga dia jual tadi, dan darab dengan 100. Baru kita dapat tahu berapa % spreadnya. Lagi rendah lagi bagus.
harga dinar public gold 10 ogos 2015Contohnya, harga semasa 1 Dinar Public Gold (10 Ogos 2015, jam 6.56 pagi).
  • Harga PG Jual : RM626 (harga PG jual kepada kita)
  • Harga PG Beli : RM575 (harga PG beli balik daripada kita)
  • Spread : RM51 atau bersamaan 8% atas harga PG jual.
Spread 8% tu maksudnya, kalau harga emas naik 10%, pembeli 1 Dinar PG dah untung 2% (10% – 8%). Spread 8% itu dikira rendah sebab ada syarikat yang kenakan spread 1 Dinar sehingga 15%! Uh… Kesian kepada pembeli yang tak tahu… Maksudnya, kalau harga emas naik 10%, pembeli 1 Dinar dari company X tersebut masih lagi rugi 5% (10% – 15%)!

Kriteria #3 – Stok Tiada Had

Sahabat semua kena pastikan syarikat itu boleh supply emas secara konsisten terutamanya bila harga emas jatuh mendadak. Maksudnya, bila harga emas jatuh mendadak, kita berpeluang untuk beli pada harga rendah tanpa had. Saya perhati, Kijang Emas dan Dinar Kelantan agak bermasalah sikit dari sudut ini. Bila harga emas jatuh mendadak, memang tak ada stok! Pembeli terpaksa ‘nganga’ jer lah, sedangkan itulah peluang untuk maksimumkan keuntungan dengan tambah lagi belian pada harga rendah…
Bagi saya, antara kelebihan yang ada pada Public Gold ialah bukan sekadar stok TIADA HAD tapi kita berpeluang beli mengikut REAL-TIME harga emas dunia. Bila harga emas naik, kita boleh book harga beli (lock price) secara on the spot. Bila harga emas turun, kita boleh book harga jual juga secara on the spot! Buat masa ini, hanya Public Gold sahaja yang ada fasiliti lock harga beli dan harga jual mengikut real-time di Malaysia.
harga emas kitco public goldHarga emas dunia dipaparkan secara real-time di www.kitco.com
Katakanlah harga emas jatuh mendadak pada pukul 12.00 malam, kita boleh lock (kunci) harga rendah dan bayar harga yang kita lock pukul 12.00 tu walaupun harga emas naik balik pada pukul 7.00 pagi esoknya. Public Gold beri tempoh pembayaran dalam masa 4 hari (tempoh yang munasabah) dari masa kita lock harga tu. Ini bukan teori, tapi realiti. Jadi, pembeli emas Public Gold berpeluang dapat keuntungan lebih dengan fasiliti ni.

Kriteria #4 – Cawangan Jual Beli Banyak

Kena cek berapa banyak company tu ada cawangan. Company terbaik ialah company yang banyak cawangan supaya mudah urusan jual beli sebagaimana Public Gold – setakat ini mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia. Kalau company tak banyak cawangan, takut susah bila nak jual balik nanti.
Contohnya emas Sri Ayu. Saya tengok emas Sri Ayu antara emas pelaburan paling murah dan spreadnya pun juga agak rendah. Tapi masalahnya ialah cawangan dia cuma di Kelantan dan ada 3 cawangan di luar Kelantan (Jerteh, Kuala Kangsar, Kuantan). Emas Sri Ayu mungkin terbaik untuk orang di Kelantan, tapi bagi orang luar Kelantan saya rasa ia bukan terbaik.
Saya tak nafikan memang ramai dealer Sri Ayu di luar Kelantan, tapi kita tak boleh terlalu bergantung kepada dealer sebab bila kita nak jual balik, dealer ada pilihan samada nak beli balik ataupun tak. Tapi company memang terpaksa beli balik kalau kita nak jual.

Kriteria #5 – Syarat Jual Balik Tak Cerewet

Syarat ni pun penting. Kalau nak beli, cari company yang jamin akan beli balik emas tu tanpa banyak syarat. Kalau company tu tak jamin akan beli balik, jangan beli emas tu sebab nanti kita rugi 25% sebab terpaksa jual kepada kedai emas. Paling baik ialah company yang jamin akan beli balik walau apa keadaan emas tu, sekalipun calar, kemek, dah buka seal dsb.
Emas public gold kemek calarGold bar lama keluaran Public Gold. Public Gold jamin beli balik dengan harga tinggi walaupun emas tu calar, kemek dsb, kita lebih peace of mind.
emas pamp suisse lady fortunaEmas Pamp Suise tak boleh dibuka seal. Kalau buka, kedai emas akan tolak spread 25%! Kebanyakkan emas pelaburan yang dijual di bank dan kedai emas biasanya berseal.
gold bar kuwait finance houseGold bar Kuwait Finance House ni pun tak boleh dibuka sealnya. Tak boleh buka seal maksudnya tak boleh pajak. Nanti terpaksa jual ke kedai emas dengan spread 25%!
gold bar LBMA 10 gramEmas Public Gold terbaru yang dikeluarkan hujung tahun 2014 juga berseal. Kalau seal ini dibuka (potong / gunting), Public Gold jamin beli semula emas tu tapi dengan susut nilai yang lebih tinggi iaitu 10%. Emas lain biasanya 25%.
Itulah 5 kriteria penting yang kena semak sebelum beli emas untuk tujuan PELABURAN. Kalau sekadar untuk buat koleksi, mana-mana pun ok. Lepas cek kelima-lima ciri, pilih emas pelaburan yang terbaik ‘SECARA PAKEJ’ untuk kesemua ciri-ciri tersebut. Setakat yang saya perhati, tak ada company yang boleh skor 5 bintang untuk kesemua ciri-ciri yang saya senaraikan tu. 

Untuk pertanyaan lanjut anda boleh hubungi saya 013-2568700 atau klik IlmuEmasPG.



Monday, 23 January 2017

Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold

Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold




Ramai yang nak simpan emas, tadi takut nak simpan sendiri. Kalau masuk Akaun Emas di bank, kebanyakkannya tak patuh syariah. Yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) dan Al Rajhi sahaja. Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM150 – RM200 sahaja sebulan.
Alhamdulillah, lepas memerhati masalah ni, Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk dan kaedah pembelian terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah di mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula. 

Akaun Emas Tetapi Emas Fizikal

GAP tu saya nampak lebih kurang Akaun Emas di Kuwait Finance House. Kita boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram. Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dengan GAP, kita perlu tinggalkan baki minimum 1 gram (supaya akaun kekal aktif), tetapi KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.


Kemudahan GAP Public Gold
Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:
  • Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
  • Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan.
  • Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan.
  • Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  • Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premiun" sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.
gold bar 1 gram public gold lbmaGold bar LBMA 1 gram Public Gold.

Perbandingan GAP dan Akaun Emas KFH

Kalau akaun emas yang ditawarkan di bank, bagi saya KFH paling bagus buat masa ni berbanding dengan bank-bank lain. Sebagai perbandingan dengan GAP pula, ciri-ciri GAP Public Gold hampir sama seperti Akaun Emas KFH. Bezanya cuma:
#1 – Ketulenan Emas : Emas KFH berketulenan 995, emas Public Gold berketulenan 999.9. Maksudnya, emas Public Gold lebih tulen. (kekurangan KFH)
#2 – Pembelian Pertama : Pembelian emas KFH mesti bermula dengan 10 gram, tapi emas Public Gold boleh bermula dengan 1 gram. (kekurangan KFH)
#3 – Susut Nilai : Susut nilai KFH 6.0% untuk semua saiz emas, tapi Public Gold berbeza mengikut saiz gold bar yang dikeluarkan. Bermula dengan 1 gram (8%), 5 gram (8%), 10 gram (8%), 20 gram (7%), 50 gram (6.5%), 100 gram (6%), dan 250 gram (5%). (kelebihan KFH kalau keluarkan emas bersaiz kecil)
#4 – Syarat Pengeluaran : KFH tak boleh keluarkan semua emas yang kita simpan. Mesti biarkan baki minimum 2 gram. Kalau keluarkan semua, akaun tu dianggap ditutup. Bila nak buka semula akaun, kena mulakan semula dengan pembelian 10 gram. Public Gold boleh keluarkan semua emas tanpa berbaki walaupun 1 gram, cuma kalau tak tinggalkan 1 gram, akaun GAP kita dianggap tidak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50. (kekurangan KFH)
#5 – Pengeluaran Interbranch : Syarat maksimum pengeluaran emas fizikal KFH di “interbranch” cuma 50 gram setiap tempoh 3 bulan. Emas Public Gold tiada had untuk keluarkan emas fizikal di mana-mana cawangan seluruh Malaysia pada bila-bila masa. (kekurangan KFH)
#6 – Caj Pengeluaran – KFH tiada apa-apa caj semasa pengeluaran emas fizikal. Public Gold, sebarang pengeluaran emas di mana-mana branch akan dikenakan caj “gold premium” yang minimum. (kelebihan KFH)
#7 – Syarat Belian Balik : Emas KFH berseal kekal, sama macam Public Gold. Kalau seal rosak, atau dibuka, KFH tak terima lagi emas tu. Kita terpaksa jual dikedai emas sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Public Gold jamin beli emas tu. Kalau sealnya dibuka, Public Gold beli dengan susut nilai  10%. (kekurangan KFH)
#8 – Waktu Urusniaga : Urusniaga beli dan jual KFH terhad waktu pejabat. Public Gold urusniaga 24 jam sehari, 365 hari seminggu. Beli secara online, jual pun secara online. (kekurangan KFH) 

Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ni sangat bermanfaat bagi siapa yang:
  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  2. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM150 – RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM150 – RM200 sebulan setiap anak.

Cara Membeli Emas Dengan GAP

Bagi siapa nak beli GAP, ini langkahnya:

#1 – Masukkan Duit Ke Akaun Public Gold

Masukkan / transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my. Kalau harga 1 gram hari ini RM141, maka masukkan duit genap-genap RM141. Jangan lebih dan jangan kurang supaya pembelian itu patuh syariah. Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM282 (RM141 x 2 gram).
harga emas gap 31 Ogos 2016Harga GAP disemak sekali sehari setiap jam 12.00 malam.
Masukkan / transfer duit ke

5571 3923 8048 (Maybank) atau
3167 52 0833 (Public Bank)
atas nama
PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”.

#2 – Wassap Maklumat Pembelian

Wassap maklumat ke 017-4866 916 (no h/phone PG bahagian GAP). Ikut format yang saya tunjuk ni.

Ikut contoh format ni. Attachkan sekali slip bayaran supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Pembayaran guna online banking paling baik.
KALAU ANDA TAK PAKAI WASSAP, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama dengan maklumat pembelian. Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada syawal5177@gmail.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.
Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, boleh letak nama saya atau mana-mana dealer sebagai introducer.Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold.
Kalau nak letak nama saya sebagai introducer, kod saya PG 00092075, Mohd Syawal Ameron. Tak perlu minta izin pun tak apa.

#3 – Semak GAP Statement

Tunggu PG emailkan “username” untuk login website. GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 HARI BEKERJA di web www.publicgold.com.my. Kalau tak terima juga email tu lepas semak dalam SPAMBOX, bagi tahu saya untuk saya follow up dengan PG.

Ini contoh GAP Web Statement yang boleh disemak di website Public Gold. Lepas belian, Public Gold akan berikan Username. Lepas dapat username, gunakan no. IC 12 digit sebagai Password

#4 – Pengeluaran Emas Fizikal

Emas tu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Tapi boleh juga keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri.
Untuk keluarkan emas fizikal, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu. Boleh pilih sebarang item emas LBMA samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan call dulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok / item yang kita nak tu.
gold bar 999 24k lmba public goldAntara item gold bar yang boleh dipilih bila nak buat pengeluaran nanti. Item yang boleh dipilih gold bar 1 gram (pelbagai design), 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, dan 250 gram.
dinar emas 24k 999 public goldBoleh juga keluarkan dalam bentuk dinar; 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, dan 10 dinar. 1 dinar beratnya 4.25 gram.
design gold bar 1 gram public goldBoleh juga pilih pelbagai design gold bar 1 gram
gold premiumIni senarai caj premium atas setiap kepingemas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram.
Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Kalau ada sebagai persoalan lanjut,
boleh contact saya 013-2568700 (wassap). InsyaAllah saya boleh guide. Dan baca juga artikel berkaitan untuk faham lebih lanjut tentang GAP:

*Artikel ini saya ambil dari blog tuan zulkifli, salah seorang speaker utama dalam publicgold. 

9 tips sebelum ke penjara arrahnu.

9 Tips sebelum masuk ke dalam penjara arrahnu. 



Tips #1 – Pilih ‘Timing’ Paling Sesuai
Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila:
(1) Teknik memanipulasi emas – harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah. Teknik ini dinamakan “Teknik Manipulasi Ar-Rahnu”. Cuma apa yang perlu kita tahu, risiko rugi lebih besar dari potensi untung.
(2) Modal pusingan bisnes – nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan, melebihi kos pajakan 1.15% sebulan.
(3) Backup belanja hangus – nak guna duit untuk belanja hangus, tetapi kita dah kenalpasti sumber duit untuk bayar semula pinjaman ar-rahnu tersebut.
Kalau tak dapat kenalpasti sumber duit untuk bayar semula pinjaman, jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!

Tips #2 – Pajak Mengikut Modal Diperlukan Sahaja

Margin pinjaman ar-rahnu biasanya sekitar 65% – 70%. Katakanlah kita perlukan duit sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10,000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti kita dapat pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #3 – Satu Emas, Satu Surat Pajak

Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan kita tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu buat cuma satu surat pajak, kita kena tebus semua sekaligus!
Cuma bila buat banyak surat pajak, kita terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab kita dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya  seolah-olah kita membuka 10 akaun bank!
cara pajak pelaburan emas ar rahnu 02Kaedah yang paling biasa digunakan.Prosesnya lebih cepat, tak perlu menunggu lama di ar-rahnu.
cara pajak pelaburan emas ar rahnu 03Kaedah yang memudahkan tebus satu persatu.

Tips #4 – Survey Upah Simpan Paling Rendah

Setiap ar-rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu ar-rahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana ar-rahnu terbaik sebab polisi setiap ar-rahnu sentiasa berubah-ubah.

Tips #5 – Asingkan Duit Untuk Caj Pajakan

Katakanlah kita dapat pinjaman sebanyak RM7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7,800. Maksudnya, kita hanya boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling bisnes.
Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, kita boleh pakai duit tu jer untuk bayar upah dan renew surat pajak terutamanya bila (1) kita belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik untuk kita menikmati untung daripada teknik manipulasi ar-rahnu bila harga emas jatuh mendadak.

Tips #6 – Tebus Emas Secepat Mungkin

Biasanya ar-rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urusniaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Kita dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #7 – Jangan Pajak Emas Berseal

Jangan sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk rugi 25%! Kalau buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu bukan jenis berseal macam emas Public Gold (emas lama yang bukan LBMA), Kijang Emas, Dinar Kelantan, dan barang kemas semestinya. Saya perhati, kebanyakkan emas yang jenis berseal ialah emas yang datang dari luar negara.
emas kuwait finance house pamp suiseEmas KFH dan Pamp Suisse antara emas yang berseal – tak sesuai di pajak.
emas pamp suisse lady fortunaBagi emas Pamp Suisse yang dibuka seal (untuk test ketulenan), spreadnya akan jadi 25% – 30%. Ia sangat merugikan.
dinar emas public gold 24k buka seal rosakEmas Public Gold (jenis LBMA) adalah berseal. Kalau dah buka seal begini (untuk test ketulenan), spread asal 8% akan jadi 10%. Untuk emas Public Gold yang jenis berseal, boleh pajak di Pos r rahnu. Mereka terimanya tanpa perlu buka seal.

Tips #8 – Jangan Beli Emas Cara Ar-Rahnu 70:30

Kalau ada orang datang jual emas cara ar-rahnu, iaitu kita bayar 30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman ar-rahnu, jangan telan bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya perhati, teknik tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm untung berganda adalah penjual emas, bukan pelabur.
tips fb pelaburan emas public gold
Saya pernah consult seorang bakal pelabur emas yang sangat excited untuk skim belian begitu sebab katanya, dia boleh dapat RM10,000,000 dalam masa 5 tahun hanya bermodalkan RM20,000! Rupa-rupanya, penjual emas tu cuma cerita separuh jalan jer dan bila saya habiskan cerita separuh jalan lagi, baru dia tahu ‘plan’ penjual tu sebenarnya tak praktikal!
Mangsa Serambi Emas

Tips #9 – Jaga Nama Baik Dalam Rekod CCRIS BNM

Untuk makluman sahabat pembaca, walaupun ar-rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS Bank Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS kita termasuk pinjaman ar-rahnu. Kalau kita ada 1 surat pajak, ia akan ‘appear’ sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod!
Jadi, pinjaman di ar-rahnu wajib diuruskan dengan baik. Jangan sampai emas tu tergadai sebab ia akan meninggal rekod buruk bila kita nak buat pinjaman lain nanti. Dan kalau nak buat loan baru dengan bank lain, explain awal-awal kepada staff yang in-charge sebab takut mereka anggap kita banyak komitmen hutang.

Tips #10 – Ambil Foto Emas Sebelum Pajak (Tips Bonus)

Saya syorkan snap foto setiap emas tu sebelum masuk ar-rahnu. Kalau kita tak mampu tebus balik emas tu nanti, kita masih ada jalan terakhir sebelum emas itu dilelong, iaitu jual surat pajak. Cari pembeli yang sanggup beli emas tu supaya emas tu tak tergadai dan nama tak diblacklist.
Bila nak jual surat pajak, pembeli biasanya nak tengok foto emas tu dulu terutamanya pembeli barang kemas. Kalau designnya kena dengan cita-rasa, baru mereka sanggup beli. Bila kita ada foto emas tu, senang nak promote untuk dapatkan pembeli. Kalau tak, memang susah nak cari pembeli. Bak kata orang putih, picture represent thousand of words!
Jadi, itulah 10 tips penting sebelum memajak emas di ar-rahnu. Plan betul-betul, dan pastikan pajak emas dengan STRATEGI yang betul. Jangan main pajak jer sebab dah terbukti ramai orang terperangkap dengan “teknik ar-rahnu” gara-gara nak “untung secupak”, tapi akhir sekali terpaksa rugi “segantang”!
Wallahu a’lam.

Artikel ini saya ambil dan buat sedikit perubahan dari blog Tuan Zulkifli, speaker utama dalam publicgold.

Untuk bersama saya dalam grouo whatsapp klik IlmuEmasPG

Saya bersama Team bergambar dengan Tuan Zulkifli dan isterinya. 

Thursday, 8 December 2016

Apabila Matawang Kertas Tidak Laku Lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya doakan anda kaya dan berjaya.

Akan sampai masa Ringgit, Dollar Dan Euro tidak berguna lagi.


Perkataan siapakah yang paling benar dan patut kita percayai selain Firman Allah dan sabda RasulNya ?

Dalam kesibukan urusan duniawi pesan baginda saw banyak dan sering kita terlepas pandang atau mungkin juga lagha untuk mengambil perhatian dan memikirkannya.

1,434 tahun yang lampau, Rasulullah saw telah mengingatkan kita satu senario yang sangat penting iaitu keadaan di mana hanya emas dan perak yang berguna.

Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:



 "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan  boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." (musnad imam Ahmad ibn Hanbal).

Kita Pula Bagaimana ?

Bayangkan di saat apabila kita hendak membeli barang makanan kita dimaklumkan bahawa pembelian hanya diterima dengan tukaran emas atau perak sahaja. Sedangkan di saat itu kita tidak memiliki sebarang bentuk emas atau perak. Menyesal kemudian tidak berguna.


Sebaliknya Yahudi@ Israel telah mula menggunakan matawang dinar dan dirham.

Pihak Yahudi amat yakin dengan sabda Rasulullah saw atas apa yang bakal berlaku khususnya peristiwa dan apa yang bakal berlaku ke atas mereka di akhir zaman. Hanya mereka keras kepala mahu melawan taqdir. Memang itu tabiat yahudi.



Bila disebut pokok gharqad tidak akan memberitahu orang Islam jika Yahudi bersembunyi dibelakangnya, maka Yahudi telah menanam 240 juta pokok Gharqad di Israel sebagai persediaan.


Bila disebut kuda-kuda tentera bendera hitam akan diikat dipokok-pokok zaitun, Yahudi berterusan mencabut, membakar, mengebom dan cuba membinasakan pokok-pokok zaitun di kawasan yang dikatakan akan berlaku peristiwa tersebut.

Bila dikatakan peperangan akhir zaman menggunakan pedang dan panah, Yahudi menempah pedang titanium ( ringan, tajam dan kuat ) sebagai persediaan menentang orang Islam yang dipimpin Imam mahadi.


Bila disebut simpanlah dinar dan dirham, Yahudi terus bersiap sedia menghadapi saat-saat tersebut.


Jangan kita termasuk dalam golongan sudah terhantuk baru tengadah . Eloklah kita ambil fikir dan jadi golongan sediakan payung sebelum hujan.

Selamat Membaca Berfikir Dan Berazam Untuk Menyimpan Emas.

Saya harap perkongsian kali ini dapat membantu anda serba sedikit berkaitan emas. Untuk konsultasi simpanan emas fizikal boleh  klik IlmuEmasPG untuk join group whatsapp saya.

Jumpa anda didalam group.


Emas Tiada Kewarganegaraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya doakan anda kaya dan berjaya.


Ya, benar. Emas tiada kewarganegaraan.
Sifat emas adalah universal.
Diiktiraf di mana-mana negara seluruh dunia.
Tiada batasan sempadan.

Buktinya


Di waktu Perang Saudara Vietnam, rakyatnya lari ke negara jiran dgn membawa kepingan emas kemudian dijual utk dptkan tunai bagi memulakan hidup baru.

Juara Tilawah Antarabangsa dihadiahkan jongkong emas di mana kita sedia maklum penglibatan Tilawah tu melibatkan peserta² dari luar negara.

Juara Sukan² Asia, Komenwel mahu pun peringkat dunia akan bawa pulang pingat emas. Bukan emas sadur eh, tapi emas tulen tuu.

Antara faktor negara kuasa² besar dahulu menjajah adalah ingin mengaut hasil bumi negara yg dijajahnya termasuklah emas dibawa pulang & sehingga srkg negara mrk kaya raya.

Kenyataannya




Wang Kertas hanya terhad di sesuatu negara tertentu sahaja. Penggunaannya ada sempadan.

- Emas merupakan pilihan terbaik yg perlu dimiliki & dijadikan sebagai pelindungg kehidupan ekonomi anda & keluarga anda.

- Masih tak percaya emas boleh diterima seantero dunia ?



!! Anda boleh cuba beli sekecil 1gram atau 0.5 gramemas di PublicGold kemudian jual di negara luar. Tengok apa responnya ?

Saya harap perkongsian kali ini dapat membantu anda serba sedikit berkaitan emas. Untuk konsultasi simpanan emas fizikal boleh klik IlmuEmasPG untuk join group whatsapp saya.


Jumpa anda didalam group.

Kelebihan Membeli dan Menyimpan Emas Fizaikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya doakan anda kaya dan berjaya.

Antara kelebihan mula membeli dan menyimpan emas ialah:

1. Emas sebagai aset.


Untuk generasi muda yang baru bekerja, mengumpul aset adalah satu perkara yang wajib. Seringkali orang berkata aset adalah hartanah dan rumah tetapi terlupa bahawa emas dan perak juga adalah aset. Untuk mengumpul hartanah dan rumah, kos yang diperlukan sangat besar dan kebiasaan nya generasi muda tidak mampu. Tambahan dengan tangga gaji yang masih kecil. Oleh itu, apa yang generasi muda ini boleh buat ialah dengan mengumpul emas dan perak sebagai aset. Emas dan perak merupakan aset mampu milik kerana modal untuk membeli emas adalah semurah RM190 untuk goldbar 1gram.

2. Emas mencegah kita boros. Emas memaksa kita menyimpan.



Menyimpan emas dapat mengelakkan kita daripada boros. Selain itu, dengan membeli emas juga ia secara tidak langsung memaksa kita menyimpan. Kenapa saya cakap begitu kerana ramai diantara kita termasuk saya pantang nampak ada duit dalam bank. Tambah-tambah yang mempunyai kad atm. Nampak sahaja duit masih berbaki di bank, habis kita keluarkan sehingga kalau boleh sampai angka 0. Sedar-sedar hujung bulan, duit habis, tapi ke mana kita belanja kita tak perasan. Niat untuk menyimpan akhirnya terbantut. Tetapi apabila kita membeli emas, kita dah tolak ke tepi dahulu duit yang hendak kita simpan dan tukar kepada emas. Jadi nak tak nak kita dah menyimpan. Secara tidak sedar. Ajaib bukan?

3. Emas menarik rezeki.


Emas yang disimpan dapat menarik rezeki berganda buat yang menyimpan. Emas dalam diam sebenarnya akan bertambah nilainya. Dan ini secara tidak langsung, menjadi penyimpan nilai yang baik serta mengelak daripada simpanan kita terhakis dek inflasi. Untung bukan?. Kalau simpan dalam bentuk tunai, tunai tersebut akan dirompak secara diam-diam kerana inflasi. 

Berbeza dengan simpanan emas, emas itu sendiri menjadi penyimpan nilai. Tambahan lagi, emas juga mampu menarik rezeki buat mereka yang berwawasan jauh dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan emas secara sambilan. Secara sambilan kita boleh berkongsi dan bercerita dengan teman, saudara dan keluarga akan kelebihan simpanan emas. Sekiranya, ada teman, saudara dan keluarga yang membeli emas, sudah tentu komisen sekian-kian kita boleh dapat. Sudah pasti kita dapat menambah sedikit pendapatan bulanan.

Pilihan ditangan kita. Bertindak atau jadi pemerhati?


Bukan semua sedar dan ambil maklum akan kelebihan simpanan emas. Atau mungkin ada yang ambil maklum tapi belum bertindak untuk menyimpan kerana pelbagai faktor antaranya takut emas dirompak, takut emas hilang, takut rugi, takut emas susut nilai dan lain-lain lagi rasa takut. Oleh itu, buat yang sudah sedar, ambil peluang ini untuk bermula.

Membeli emas bukan semestinya dalam kuantiti yang banyak dan tinggi nilainya. Tetapi emas boleh dibeli secara konsisten dalam kuantiti yang sedikit-sedikit.



Saya harap perkongsian kali ini dapat membantu anda serba sedikit berkaitan emas. Untuk konsultasi simpanan emas fizikal boleh klik IlmuEmasPG untuk join group whatsapp saya.

Jumpa anda didalam group.