Wednesday, 16 March 2016

Teknik pajak Ar-Rahnu

Teknik Pajak Dalam Pelaburan Emas


Antara emas yang boleh dipajak. 

Kesedaran masyarakat hari ini terhadap pelaburan emas semakin meningkat. Ramai sudah mengetahu kenapa mereka harus menyimpan emas. Ada yang menyimpan emas dalam bentuk fizikal dan ada juga yang mula melabur dalam akaun simpanan emas.
Salah satu keistimewaan emas fizikal adalah ianya boleh di Ar-Rahnukan (Ar-Rahnu ialah sistem gadaian Islam). Ia membolehkan kita meminjam wang daripada institusi Ar-Rahnu dengan menyandarkan emas milik kita. Nilai maksima pinjaman yang diberikan ialah 65% - 70%.
Ilustrasi di bawah akan di tunjukkan bagaimana membuat keuntungan dari pelaburan emas dan menggunakan Ar-Rahnu untuk menggandakan keuntungan tersebut.

Ilustrasi 1
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikan emas: 10% selama 6 bulan



Jika anda mempunyai jongkong emas bernilai RM20,000 dan anda menggadaikan ke Ar-Rahnu, pinjaman yang anda perolehi ialah sebanyak 70% dari nilai emas tersebut iaitu RM14,000 dengan upah simpan sebanyak RM840 selama enam bulan. Dan wang tersebut kesemuanya terus digunakan untuk membeli emas fizikal lagi dan anda membuat gadaiaan ke 2 sehingga lah gadaian ke-6.
Dalam tempoh 6 bulan, jika kenaikkan emas ialah sebanyak 10%, anda telah membuat keuntungan sebanyak RM3,412. Jika anda tidak menggadaikan langsung pembelian pertama anda, anda hanya untung RM2,000 dalam masa 6 bulan.
Jadi jelaslah bahawa teknik Ar-Rahnu ini mampu menggandakan keuntungan anda pada kadar kenaikkan emas 10%.

Ok, bagaimana pula jika emas naik hanya 5%? Mari kita lihat ilustrasi 2.


Ilustrasi 2
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikkan emas: 5% selama 6 bulan



Jika kenaikkan emas hanya 5%, anda akan untung hanya RM471. Jika anda tidak menggunakan Ar-Rahnu dan menyimpannya sahaja keuntungannya lebih besar iaitu RM1,000 (Kenaikan emas pada gadaian 1 jika anda tidak menggadaikannya).

Macammana jika emas mengalami penurunan harga? Mari lihat ilustrasi 3


Ilustrasi 3
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar penurunan emas: 5% selama 6 bulan


Jika emas jatuh sebanyak 5%, kerugian anda akan berganda-ganda. Daripada kerugian sepatutnya sebanyak RM1,000 diatas penurunan harga emas, anda sudah kerugian RM5,412 jika anda menggunakan teknik tersebut.

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah, jika harga emas mengalami kenaikan harga melebihi dari kos simpan tersebut iaitu dalam lingkungan 8%, anda boleh menggunakan teknik Ar-Rahnu. Tetapi siapa yang boleh buat andaian yang tepat? Inilah risiko yang terpaksa pelabur-pelabur emas hadapi jika anda ingin melabur dalam emas.

Untuk rekod, ramai yang telah berjaya membuat keuntungan menggunakan teknik ini sebelum ini kerana kenaikkan emas setahun melebihi 25%. Lihat graf di bawah.

Apa yang penting, anda perlu bijak merancang. Harga emas mempunyai masa turun dan naik. Jika tepat membuat pelaburan anda akan perolehi keuntungan, jika tidak anda kerugian.

Ramai juga yang mengunakan Ar-Rahnu pada gadaian pertama sahaja. Duit pinjaman yang di perolehi di gunakan untuk membuat pusingan modal dalam perniagaan emas atau pun menyimpan sahaja di dalam pelaburan-pelaburan yang lain seperti ASB,Unit Trust ataupun perniagaan-perniagaan lain. Anda yang tentukan aset anda !!!

Anda faham atau faham..
Cepat mulakan tindakan anda..

Emas Fizikal

BELI EMAS FIZIKAL.

Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian. Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.



Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan/pejabat.

Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal anda boleh menyimpan emas fizikal anda di peti simpanan khas di bank spt RHB.


Jika anda membeli emas fizikal daripada saya,saya akan membongkarkan kepada anda teknik-teknik memanipulasi emas yang digunakan oleh pelabur-pelabur emas di malaysia sehingga mendapat keuntungan yang maksimum. Anda juga akan diletakkan dalam senarai pendek klien saya di mana hanya mereka sahaja akan mengetahui maklumat-maklumat terkini mengenai pasaran emas yang saya kumpulkan untuk mereka.



Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada mereka. Maklumat ini membolehkan anda memaksimakan keuntungan pelaburan anda bersama saya dan anda tidak perlu terburu-buru mencari maklumat yang tidak berkualiti daripada luar. Banyak maklumat di luar sana adalah misleading dan boleh menyebabkan anda rugi besar.

Disebabkan komitmen tersebut,Saya hanya menawarkan perkhidmatan ini kepada sejumlah klien yang kecil sahaja. Ini bertujuan memberi saya peluang sepenuhnya untuk memberi servis yang terbaik kepada klien saya,Jika kuota saya sudah penuh, saya terpaksa menolak klien baru yang datang kepada saya.

Anda juga akan mempelajari teknik-teknik perlaburan emas dan jika anda amalkan,ia akan mendapat keuntungan 30%,40% bahkan 60% pelaburan emas anda.

Ok saya rasa cukup smpai di sini saya berkongsi ilmu tentang emas,di lain hari saya akan menerangkan tentang rahsia bagaimana menjana keuntungan dgn emas stp hari,minggu,bulan dan tahun..Teruskan mengikuti blog saya ini untuk melihat post2 terkini dan harga emas semasa.

Info lanjut hubungi saya; 
013.256.8700