Friday, 8 July 2016

Awas Skim Cepat Kayap ! Kenali dan Jauhi !

Awas Skim Cepat Kayap ! Kenali dan Jauhi !


Cara mengenali skim cepat kaya, ciri skim pelaburan palsu, panduan kenal pelaburan haram atau skim ponzi di Malaysia dan tips elak di tipu dalam pelaburan. Skim cepat kaya mendapat sambutan hangat sekitar 2010 hingga kini dengan cara yang berbeza mengikut kehangatan ekonomi sesuatu zaman.

Tahun 2012 ketika harga emas mula memuncak, maka muncul skim pelaburan berasaskan emas dan tahun 2013 apabila pasaran saham mula meningkat muncul pula skim saham dan Forex yang menawarkan pelbagai pulangan yang menguntungkan.

Ketika kerajaan mempromosi bidang pertanian dan penternakan, maka muncul pula skim cepat kaya berasaskan penternakan seperti ikan keli, ikan arowana, lintah, penternakan burung unta dan sebagainya.


Apakah skim cepat kaya dan bagaimana mengenali skim cepat kaya atau skim pelaburan penipuan ini ?

Sebenarnya, mudah untuk mengenali skim cepat kaya, hanya dengan satu perkataan iaitu “Luar Biasa”.

Modus operandinya adalah sama iaitu luarbiasa menawarkan pulangan yang tinggi tanpa risiko, luar biasa menjana keuntungan tambahan apabila berjaya mendapatkan orang bawah atau downline yang baru dan tidak memiliki produk atau bertopengkan sesuatu produk.

Minggu lepas, saya dihubungi sahabat saya yang mahu menceburi pelaburan emas yang menjanjikan pendapatan tetap bulanan. Katanya, pelaburan emas dengan membeli emas (tidak diberikan emas) atau memberikan emas fizikal kita untuk di laburkan dan mendapat pulangan bulanan yang tetap. Saya melarang kerana pelaburan tersebut menunjukkan ciri skim pelaburan emas iaitu pulangan keuntungan yang luarbiasa tinggi dengan pendapatan bulanan yang tetap.

Ini adalah teknik pemusingan wang modal kita sendiri, contohnya kita memberikan modal RM100 dan syarikat skim pelaburan akan memberikan pulangan tetap RM10 sebulan dengan menjanjikan pulangan pendapatan sehingga 24 bulan (2 tahun). Perjanjian di atas kertas memang luar biasa keuntungannya sehingga 140%. Tapi, adakah syarikat skim pelaburan palsu ini boleh bertahan sehingga 2 tahun ? Silap-silap sebelum kita dapat modal, syarikat ini sudah berkubur. Sekarang sudah banyak syarikat skim pelaburan emas yang bergiat aktif dan ada juga yang telah di bekukan oleh BNM.

Tips mengenali skim pelaburan palsu atau skim cepat kaya ini diharapkan dapat membantu mengenali skim cepat kaya untuk menghindari kerugian dan mengelak dari di tipu. Cara mengenali skim cepat kaya dan ciri skim pelaburan palsu :


1. Menawarkan pulangan tinggi tanpa sebarang risiko. Pulangan pelaburan skim pelaburan ponzi boleh mencecah 10% sebulan ataupun hingga 200% setahun. Pulangan tinggi skim cepat kaya adalah luar biasa tinggi melebihi Amanah Saham Bank Rakyat atau pasaran saham indeks bursa malaysia. Pulangan tinggi ini akan disertakan dengan perjanjian tanpa risiko yang menyakinkan pelabur melalui kenalan pelabur dan sebagainya. Pulangan besar juga hanya diperolehi dalam bentuk nombor atau mata wang tertentu yang susah, bersyarat atau tidak dapat di tukar kepada mata wang Malaysia.


2. Ditawarkan komisyen yang tinggi apabila membawa rakan atau ahli keluarga untuk melabur. Pemberian komisen adalah perkara biasa kepada agen, konsultan, perunding pelaburan, referral dan sebagainya tetapi skim pelaburan ponzi akan menjanjikan komisen atau insentif yang lebih tinggi. Setiap kemasukan orang baru akan diberikan intensif, bonus atau pairing kepada orang yang memperkenalkan orang baru tadi. Ia akan berlanjutan dan berantai dari satu peringkat ke satu peringkat atau dikenali sebagai skim piramid. Skim penipuan ponzi selalunya berfungsi mengikut sistem piramid, wang yang diterima dari ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli sedia ada, apabila tiada ahli baru skim ponzi akan tutup atau sengaja di tutup oleh tuan punya skim tersebut setelah mencapai target kuntungan yang dikehendaki .


3. Menjanjikan pulangan tetap secara mingguan atau bulanan dalam tempoh tertentu. Pendapatan tetap ini diberi berdasarkan jumlah pelaburan, lagi besar modal yang dilaburkan, lagi besar pulangan tetap bulanan tetapi mesti kurang dari modal pelaburan. Pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tetap adalah riba dan skim cepat kaya. Ini kerana pelaburan di dalam Islam, tidak boleh dijamin keuntungannya. Samada, Mudharabah atau wakalah, mudharib dan wakil tak boleh memberi jaminan modal dan juga keuntungan.

4. Pelaburan tanpa produk atau produk bernilai lebih atau terlalu murah. Dalam pelaburan emas fizikal, skim pelaburan emas palsu tidak memberikan produk emas semasa proses beli emas, hanya memberikan surat perjanjian atau kontrak pelaburan atau memberikan produk tetapi di pulangkan kepada syarikat untuk disimpan. Syarikat hanya memusing produk fizikal ini untuk ditunjukkan kepada pelabur lain pula. Skim pelaburan ponzi juga menjual produk pada harga yang luarbiasa sama ada harga terlalu tinggi atau terlalu rendah. Contohnya, jongkong emas 100g di jual dengan harga terlalu rendah seperti RM8000, tapi mesti bayar dahulu dan jongkong emas tertangguh atau di beri kemudian. Kali pertama membeli emas, mungkin akan dapat emas anda tapi kali kedua…mungkin hanya dapat resit sahaja. Urusniaga yang luarbiasa seperti pembelian yang terlalu tinggi atau terlalu rendah atau urusniaga bersyarat, itu adalah ciri skim pelaburan tipu. Contoh pembelian emas bersyarat seperti pembelian emas dengan membayar sebahagian harga dengan syarat memajakkan emas itu di arrahnu dan wang pinjaman arrahnu di berikan kepada syarikat.


5. Menyakinkan pelabur dengan berlagak kaya, dokumen yang lengkap, di daftarkan antarabangsa dan syarikat yang berdaftar tetapi perniagaan mereka tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sudah menjadi suatu kelaziman dari dahulu, skim cepat kaya akan menarik pelabur melalui promosi lagak kaya dan menunjuk-nunjuk barangan mewah untuk menarik pelabur. Pelabur akan mudah terpedaya, terutama pelabur muda apabila di tunjukkan kejayaan mendapat barang mewah seperti kereta sport dan sebagainya dengan mudah. Agen skim cepat kaya biasanya akan mempromosikan pulangan lumayan yang mudah dah berahsia.

6. Skim cepat kaya sememangnya akan memberi kekayaan kepada pencipta/owner skim dan agen yang terawal tetapi memberi kesengsaraan kepada pelabur di bawah. Oleh itu jangan mudah terpengaruh dengan janji manis, sekalipun ianya daripada sahabat atau saudara mara. Mungkin mereka ikhlas untuk menawarkan kita peluang, tapi sebenarnya mungkin mereka sendiri tidak sedar diri mereka sudah tertipu atau mungkin terpengaruh dengan pulangan komisen atau insentif downline yang menarik. Jangan terburu-buru dengan ayat ‘peluang terbaik’, ‘tawaran terhad’ ‘anda bertuah’ dan sebagainya tetapi perlu fikir dahulu sebelum bertindak. Jika anda di beri tawaran yang luar biasa adalah lebih baik berfikir dan berbincang dan menyelidiki sebelum mengambil apa-apa tindakan terutama semak senarai syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.


Berdasarkan ciri dan cara kenali skim cepat kaya diharapkan kita menjauhkan diri dari skim cepat kaya kerana skim ini sebenarnya adalah skim cepat hangus dan skim penipuan pelaburan ini akan memusnahkan masa depan simpanan anda.




Klik IlmuEmasPG untuk dapatkan konsultasi Emas percuma dari saya .

Sunday, 3 July 2016

Perbezaan Emas Kilang dan Emas Kedai.

PERBEZAAN EMAS KEDAI DAN EMAS KILANG ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Terima kasih buat semua yang terus setia menimba ilmu bersama saya berkaitan simpanan emas fizikal.

"Wah cantik juga amoi ini emas. Sealnya warna-warni ye."

Kebetulan semalam saya singgah di sebuah kedai emas dalam sebuah shopping complex ternama di Ibu Kota. Tidak terniat pun untuk singgah tapi tertarik dengan warna-warni seal emas ini yang diletakkan betul-betul di depan kedainya.


Menarikkan warnanya? Apa lagi setelah digabung dengan kegemerlipan emas yang sedia ada.

Secara jujurnya, semenjak menjadi penjual emas ni memang selalu saya keluar masuk ke kedai-kedai emas. Bukan apa, niat cuma satu untuk lihat harga semasa emas di pasaran dan bandingkan dengan harga Publicgold (memang tak terbanding sebenarnya)

BEZA. SANGAT BERBEZA.

i- HARGA

Harga emas 999 di kedai emas pada minggu ni adalah RM215 segram. Setelah dimasukkan cukai GST menjadi RM227.90.

Manakala harga emas 999 publicgold, adalah RM189 segram. Tidak dikenakan cukai GST sebagai tambahan.

Penjimatan sebanyak RM38.90 bagi setiap gram. Banyakkan jumlahnya?

ii- KOS UPAH



Di kedai, kos upah yang dikenakan adalah RM25 bagi berat emas yang kurang dari 50g. Hanya 50g dan 100g sahaja yang diserap kos upah oleh kedai.

Jadi jangan lupa untuk tambah harga emas RM215 segram + RM11.60 (GST) + kos upah RM25. Amacam, semakin mahal ke semakin jimat?

Manakala emas yang dijual di publicgold tidak dikenakan kos upah. Tujuannya supaya lebih ramai orang kita dapat simpan emas dengan lebih jimat.

iii- SUSUT NILAI/SPREAD

Di kedai, susut nilai yang dimaklumkan kepada saya mengikut kaedah ini.

a) Jualan semula = Dipotong 30% daripada harga semasa.

Katakan harga emas naik tahun depan RM250/gram. Jika anda jual semula emas yang anda beli sekarang di kedai, anda akan diberi RM175 sahaja. Kiraan susut nilai seperti ini, RM250 - (30% x RM250).

Anda beli 1 gram RM230. Anda jual semula RM175. Anda untung atau rugi?

b) Trade-in = Dipotong 20% daripada harga semasa dan boleh tukar kepada belain emas lain.

Katakan harga emas naik tahun depan RM250/gram. Jika anda trade-in emas yang anda beli sekarang di kedai, anda akan diberi RM200 sahaja. Kiraan susut nilai seperti ini, RM250 - (20% x RM250).

Anda beli 1 gram RM230. Anda jual semula RM200. Masih terus untung atau rugi?



Berbeza dengan susut nilai di publicgold yang paling rendah di pasaran. Hanya 9% sahaja susut nilai emas dari harga semasa. Anda akan dapat untung maksimum apabila susut nilai menjadi semakin rendah.

Harga publicgold hari ini, RM189/gram. Katakan harga emas naik tahun depan RM250/gram.

Jika anda jual emas yang anda dapatkan sekarang dari kami pada tahun depan, anda akan diberi RM227.50.

Kiraan susut nilai seperti ini, RM250 - (9% x RM250).

Anda beli RM189, anda jual semula RM227.50. Keuntungan anda dalam setahun RM38.50 untuk 1 gram.

Bayangkan jika simpanan anda 100g dan dijual pula 4-5 tahun lagi? Terlebih-lebih untung.


iv- SIJIL KETULENAN



Di kedai, tiada sijil ketulenan disertakan. Itu hasil pembacaan dan kajian saya sendiri. Maksudnya jika anda berniat hendak menguji ketulenan emas, maka anda kena beli dahulu dan kemudian baru uji.

Yakinkah tulen jika begitu? Jika tidak tulen bolehkah dikembalikan?

Berbeza dengan emas publicgold, semuanya disertakan sijil ketulenan dengan tulisan 'certificate' yang di sahkan oleh pihak ketiga atau dipanggil Assyer (penguji logam berharga).

Bagus ke bagus?

KESIMPULAN

Kerana itu, saya selalu tekankan, emas tidak penting tapi ilmu berkaitan emas itu lebih penting dan lebih utama.

Nak ada ilmu berkaitan emas, mulakan simpanan emas dulu. Bila sudah ada emas fizikal di tangan, secara automatik, anda akan 'terpaksa' mula dapat ilmu emas itu sendiri.

Boleh ke boleh?

Setakat ini dulu buat hari ini. Semoga bermanfaat buat semua. Sekiranya anda ingin bersama saya dalam publicgold klik IlmuEmasPG untuk bersama saya dalam group whatsapp. 

Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya". Wassalam.

Thursday, 16 June 2016

Logo BNM, Konspirasi atau Kebetulan.

Rasanya tidak salah kalau saya mengatakan, umum mengetahui bahawa ada yang mengatakan logo Bank Negara Malaysia (BNM) itu adalah anjing Firaun (Pharaoh Hound).

Dengan kewujudan ramai blogger di Malaysia sekarang ini, ada yang mengambil jalan mudah untuk popular dengan membuat cerita-cerita yang kononnya "teori konspirasi" serta bertujuan untuk kononnya membantu menyedarkan masyarakat tentang perkara yang disiasat oleh mereka.

Tapi kita sebagai pembaca juga perlulah bijak jangan percaya sahaja 100% kepada penulis-penulis konspirasi ini. Kebanyakan daripada mereka menulis hanya untuk mengapi-apikan pembaca mereka dengan harapan pembaca akan kongsikan artikel mereka kepada kawan-kawan dan entri tersebut akan menjadi popular. Mereka tidak berkongsi fakta di dalam entri mereka.

Ada juga yang tidak tahu berkenaan sesuatu isu itu tetapi kerana mengejar traffik blog, mereka "copy paste" cerita orang lain di blog mereka. Apabila pembaca bertanya dengan lebih lanjut, mereka langsung tidak tahu bagaimana hendak menjawab persoalan tersebut. Berikut adalah kupasan berkaitan logo BNM.

Logo BNM: Sejarah & Konspirasi.

1. Kenapa logo itu dipilih

Logo tersebut di ilhamkan oleh Allahyarham Tun Ismail Mohamed Ali, Gabenor BNM pada tahun 1964 lagi. Idea itu timbul berdasarkan kepada duit syiling emas lama, duit emas kupang Kelantan. Duit syiling tersebut mempunyai motif Kijang (barking deer). BNM kemudian secara rasminya menggunakan lambang kijang, matahari dan bulan sabit pada logonya. Matahari melambangkan kuasa dan bulan sabit melambangkan Islam, agama rasmi Malaysia. Fakta ini adalah berdasarkan kepada maklumat di laman web BNM; The Bank's Logo. Sebenarnya, logo BNM dipilih bukan berdasarkan kepada haiwan kijang tetapi daripada duit emas lama Kelantan, kupang emas.

2. Anjing Firaun.

Kebanyakan daripada blog-blog konspirasi tersebut mengatakan logo BNM itu adalah anjing Firaun dan bukannya kijang tetapi adakah anda semua membuat carian tentang anjing Firaun atau di dalam bahasa Inggerisnya Pharoah Hound tersebut? Jika anda membaca di laman-laman web kebanyakannya mengatakan yang anjing tersebut adalah anjing Firaun yang berasal dari Egypt sejak lebih 3000 tahun dulu yang ditinggalkan di kepulaun Malta. Namun,  jika kita membuat carian dengan lebih lanjut, ada orang Malta yang mengatakan itu cumalah dongengan semata (misleading name Pharaoh Hound). Nama "Pharaoh" itu dibuat oleh orang Inggeris yang membawa anjing tersebut ke tempat mereka dari Malta pada tahun 1960an kerana ia menyerupai gambar anjing yang ada didalam piramid Firaun. Nama asal anjing Firaun tersebut adalah "Kelb tal-Fenek" yang membawa maksud anjing pemburu arnab (Rabbit Hound). Malangnya, usaha mereka untuk menukar nama tersebut tidak diterima semata-mata untuk menjaga nama yang telah diguna pakai sejak dulu lagi, Pharoah Hound.

3. Kijang

Jika kita membaca berkenaan kijang pula, memang rupanya jauh berbeza dengan apa yang ada pada logo BNM tetapi kijang apabila dia ketakutan, ekornya akan terangkat ke belakang dan ekornya sepanjang 1-2 inci. Syiling kupang tersebut telah digunakan sejak kurun ke-17 lagi, kita kena berfikir adakah kemungkinan kijang pada masa itu berekor panjang? Boleh jadi juga, orang yang mereka bentuk kijang tersebut tersilap sehingga membuatkan ekor kijang tersebut panjang. Walau bagaimanapun, ini cuma andaian dan imaginasi bukan fakta.

4. Syiling kijang emas.

Ada yang mengatakan syiling Kijang Emas Kelantan telah digunakan sejak pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, Raja perempuan Kelantan pada tahun 1610.
"Cik Siti Wan Kembang bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai. Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang amat disukai Baginda, iaitu persembahan daripada rakyat Baginda yang tinggal di Gunung Ayam. Gambar kijang ini telah diterap di atas wang emas dengan perbelanjaan negeri, dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada daripada lambang kebesaran negeri Kelantan yang berkekalan hingga ke hari ini".

Sumber dari kelantan.gov.my (Sejarah Cik Siti Wan Kembang).

Versi lain mengaitkan Kijang emas tersebut dengan agama Hindu. Ini kerana rekabentuk pada syiling Kijang menyerupai lembu berbonggol belakang India dan juga motif lembu pada duit syiling Hindu kuno yang diedarkan di Utara Tanah Melayu Utara sebelum itu.

Kesimpulannya, Logo BNM yang ada pada ketika ini dipilih berdasarkan kepada corak kijang pada duit syiling Kijang Emas Kelantan bukannya Kijang sahaja. Ianya dipilih kerana syiling tersebut mempunyai sejarah tersendiri kepada Tanah Melayu dan juga Kesultanan Melayu. Terpulang kepada anda untuk menerima ataupun tidak, buat kajian anda sendiri.

Jangan percaya 100% kepada saya dan juga penulis blog konspirasi. Selain daripada maklumat di laman web BNM yang saya dikongsikan disini, tidak ada kenyataan rasmi lain BNM berkenaan dengan logo mereka.

Kesimpulanya, bukan benar atau tidak cerita ini. Apa yang saya nak tekan kan ialah berkaitan hakikat wang kertas/wang fiat yang kita gunakan hari ini. Terlalu banyak konspirasi, kan lebih baik kalau kita beralih kepada wang sunnah, emas dan perak, dinar dan dirham.

Untuk keterangan lanjut berkaitan emas dan perak boleh hubungi admin di talian 013-2568700.

Saturday, 11 June 2016

Rahsia Bank Negara Yang Ramai Tak Tahu.

Ramai nak tahu sejarah BNM. Pada 26 January 1959  tertubuhlah sebuah bank Rothschild yang diberi nama Bank Negara Malaysia (National Bank Of Malaysia).

Istilah ''Bank Negara'' bukanlah bermaksud ia milik kerajaan Malaysia yang dipilih rakyat, ia sebenarnya sebuah bank persendirian tetapi rakyat ditipu dengan istilah ''Bank Negara''
Rothschild memilih perkataan Bank Negara untuk memanipulasi pemikiran rakyat. Jika dinamakan Bank Of Rothschild , dah tentu ia akan menerima tentangan kerana bunyi nama tersebut tak berkepentingan rakyat.

Maka Rothschild memberi nama ''Bank Negara'' untuk menutup mata rakyat, dan istilah ''Bank Negara'' diguna pakai di semua negara dunia  yang pada hakikatnya bukan milik kerajaan atau lebih jelas lagi, bukan milik rakyat.

Tujuan penggunaan wang kertas ialah memudahkan Rothschild mengawal inflasi, ekonomi dan dagangan saham seluruh dunia.

Dengan wang kertas juga, Rothschild boleh mengawal nilai mata wang sesebuah negara mengikut kemahuannya.

So apa solusi terbaik untuk bank? Ya, BANKRAP

Apa yg harus umat islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang2 yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Ini kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri.

Simpanlah emas.
Percaya tak?

Jika semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank2 di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yang akan dapat duit mereka disebabkan bank memang takde duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit2 dalam buku akaun dan akaun online anda.

Kalau nak simpan duit, tukarkan duit tersebut kepada komoditi seperti emas/perak. Kerana barangan komoditi ini takkan hilang nilai. Semakin jatuh nilai duit, makin tinggi harga komoditi.
"Sesiapa yang menguasai bank, dialah yang memerintah dunia..."

#Return_Of_The_Gold_Dinar
#Illuminati_VS_Islam

Ini hanya lah teori semata-mata, bukan suatu fakta yang wajib diyakini dan dipercayai. Terpulang pada individu untuk percaya atau tidak.


Wednesday, 8 June 2016

DUIT ATAU EMAS? MANA LEBIH UNTUNG

DUIT ATAU EMAS? MANA LEBIH UNTUNG



Ramai orang tanya apa untungnya simpan emas, lebih baik simpan duit jer. Ada pula yang fikir, buat apa susah-susah untuk simpam emas, simpan jer duit tu kat Tabung Haji. Ada jer keuntungan yang kita dapat setiap tahun kata mereka. Tak kurang juga yang kata..simpan emas nanti kena keluarkan zakat. Dan macam-macam lagi alasan untuk mereka tidak mengeluarkan simpanan dari dalam mana-mana bank atau Tabung Haji. Kalau anda nak tau, itu lah juga yang saya fikirkan apabila saya baca artikel yang mengatakan tentang kelebihan menyimpan emas di dalam blog pelabur-pelabur emas. 

Tapi sekarang saya dah ubah fikiran, saya dah faham tentang kelebihan simpan emas dan sekarang saya nak sahabat-sahabat saya juga faham tentang emas. Jika masih ada yang belum faham, cari dulu ilmu dan fahamkan dulu tentang kelebihan menyimpan emas. Jika tidak ada ilmu, kita tak akan tau matlamat kita menyimpan emas. Dan ketahui juga Tips Beli Emas supaya anda tidak tersalah pilih untuk memulakan simpanan emas.

Saya memang setuju kalau duit kita tu disimpan di dalam Tabung Haji atau dimana-mana bank pun tetapi tidak lebih dari keperluan yang akan digunakan semasa kecemasan sahaja. Selebihnya saya rasa tak berbaloi kalau kita tidak keluarkan untuk tujuan pelaburan atau selamatkan ia dari dimakan inflasi. Emas atau wang, keduanya memang kena bayar zakat sekiranya cukup haul dan nisabnya. Jadi anda tak perlu risau simpan emas sebab ianya juga seperti wang simpanan yang wajib keatasnya dibayar zakat. Hakikatnya sama saja cuma, kalau di Tabung Haji, zakat simpanannya akan diuruskan oleh pihak Tabung Haji.

Kalau ikut kajian, secara purata kenaikan harga emas adalah 12.80% sejak tahun 2001. Kalau ditolak zakat masih berbaki 10% lagi. Berbanding dengan dividen yang Tabung Haji bagi sekitar 5%-6% setahun dan juga keuntungan ASB sebanyak 8% setahun yang belum ditolak zakat dan itu belum lagi ditambah kerugian duit kita dimakan inflasi. Apa pun purata keuntungan simpanan emas berada ditangga teratas berbanding dengan TH dan ASB yang kononnya mampu memberikan dividen yang agak tinggi.

Graf harga emas sejak tahun 2005, dalam jangka masa panjang harga emas akan naik. Pada tahun 2011 harga emas mencecah RM200 1 gram. Walau bagaimanapun pada masa sekarang ianya menurun. Ini masa yang sesuai untuk tambah simpanan emas.

Jangan Takut Harga Emas Jatuh

Walaupun adakalanya harga emas turun, tetapi dalam jangka masa panjang, simpan emas memang untung. Tak perlu risau harga emas turun sebab masa emas rendah, itu lah peluang untuk anda tambah simpanan. Manafaatkan harga emas rendah untuk tambah simpanan manakala kalau emas naik, manafaatkannya untuk anda dapatkan keuntungan. Simpan keuntungan dan beli semula emas untuk gantikan emas yang kita jual masa harga emas rendah. Emas ni dalam situasi apa pun, samada naik atau turun memang menguntungkan.

Risiko Simpan Duit (RM)


Kalau simpan duit, dalam jangka masa panjang memang tak berbaloi sebab kuasa belinya makin susut saban tahun. Nilai duit dulu dengan sekarang memang jauh beza. Kalau pun kita ada nilai simpanan wang yang besar, tapi kuasa belinya semakin kecil. Kalau dulu roti canai boleh dibeli dengan harga 50 sen, tapi sekarang dah jadi RM1. Kalau beli di restoran mamak lagi la mahal yang harga sekeping roti canai mungkin cecah RM1.50.

Itu belum lagi termasuk kejatuhan nilai RM secara mendadak seperti pada tahun 1998 yang nilai RM jatuh teruk dimana sejarahnya telah berulang pada tahun ini (2015), tidak ada jaminan untuk mengatakan nilai RM tidak akan jatuh seperti yang berlaku seperti yang berlaku pada tahun 1998.


Lagi satu risiko yang paling susah nak dielakkan walaupun tak susah sebenarnya kalau kita ada disiplin diri. Bila duit ada didepan mata, macam-macam cerita yang kita reka. Nak melancong ke Bandung, Bali, mana lagi..haa, nak pergi tengok Taj Mahal di Agra, India. Itu belum lagi yang jenis nak tambah hutang..tukar kereta baru, beli motor besar berkuasa tinggi. 

Dari sekecil kecil niat, sampai lah yang sebesar-sebesarnya kalau duit ada didepan mata. Jadi, pada sayalah lebih baik simpan emas yang dalam apa pun situasinya tetap menguntungkan dari kita simpan duit yang sebenarnya banyak risiko yang perlu kita tanggung yang akan merugikan kita pada masa akan datang

Justeru, fahamilah sendiri kedudukan wang fiat dan emas. Untuk bersama saya dalam platform publicgold boleh klik IlmuEmasPG untuk join group whatsapp. 

Friday, 29 April 2016

Kelebihan Emas A-Z bagi Dummies

Kelebihan Emas A-Z bagi Dummies.


Saya  cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas, secara jujurnya  apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas?

Saya pernah berjumpa pelanggan dari putrajaya yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Bangi membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilaunnya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri, tetapi umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan  untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.

Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam.

Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.

Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)

Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.

Kata pakar ekonomi pula, “....setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu...”

Jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya. 



Maka berikut saya nyatakan A-Z kelebihan emas untuk anda.

A)Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur

B)Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.

C)Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa

D)Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.

E)Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.

F)Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.

G)Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi

“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)

H)Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.

I)Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.

J)Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.

K)Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.

L)Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.

M)Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram


N)Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.

O)Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.

P)Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.

Q)Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.

R)Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.

S)Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.

T)Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.

U)Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.


V)Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.

W)Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup.

X)Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.

Y)Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..

Z)Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

Satu lagi tentang HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi maka kahwinlah cepat.

Justeru jika anda ingin dapatkan konsultasi emas dengan percuma klik IlmuEmasPG


Saya bersama Tuan Syukor Hahim, speaker utama dalam Publicgold. 


Wednesday, 27 April 2016

Kenapa mahathir suruh kita simpan emas.

Kenapa mahathir suruh kita simpan emas.




Pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi) 

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk FUTURE FASTFOWARD. 

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang ! well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis. 



Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. 

Terkejut aku baca penerangan dia pasal money creation oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). 

Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis! spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. 

Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. 
Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :- 

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya) 

2. emas dan perak Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank) 

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. 

BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut kata penganalisis dunia). 

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear? Dia jawab, no comment. You kena tanya menteri. Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak. 

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. I dont keep money, macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). 

Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! 

Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. 
]
Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :- 

MD IMF, Rodrigo de Rato, We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy. 

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas over time there is only one direction for the dollar to go lower. 

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system. 

Paul! Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, we have a 75% chance of a crisis within 5 years.

*AKU merujuk kepada penulisan di sini 
http://emaspadu02.blogspot.my/2010/12/kenapa-mahathir-suruh-kita-simpan-emas.html



Untuk simpanan dan konsultasi emas percuma hubungi saya Syawal 013-2568700, dealer publicgold.