Friday, 28 October 2016

Dinar Emas dan Maskahwin.

Dinar Emas & Maskahwin.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya doakan anda kaya dan berjaya.




Sekarang dah jadi “trend” dinar emas sebagai maskahwin. Tips penting daripada saya, kalau nak jadikan dinar sebagai maskahwin, sila pastikan dulu samada maskahwin tu dipersetujui mengikut jumlah “dinar” emas atau jumlah “RM” (duit)? Kalau mengikut jumlah dinar, boleh beli emas sekarang walaupun majlis aqad nikah akan berlangsung lagi 6 bulan.
Tetapi kalau dipersetujui mengikut RM (tetapi dinilaikan kepada “dinar”), saya cadangkan beli dinar bila dekat dengan majlis aqad nikah nanti supaya tak berlaku perbezaan ketara antara harga dinar & RM yang dipersetujui, sebab harga emas ada turun naik.
Kelebihan Emas Sebagai Maskahwin
Saya perhati, kelebihan utama bila jadikan dinar emas sebagai maskahwin; emas tu bertahan lama berbanding duit. Kalau bagi duit, biasanya tak lama lebih majlis, kita akan ‘tarik’ duit itu untuk dibelanjakan sedikit demi sedikit. Sedar-sedar, hadiah maskahwin dah nak habis!
Berbeza dengan bagi dinar emas.



Saya perhati, sahabat handai saya yang gunakan dinar sebagai maskahwin, dinar-dinar mereka tak terusik pun. ‘Kekayaan’ mereka bertahan lama sebab emas biasanya orang tak jual kecuali bila ada perkara-perkara yang sangat penting. Bila duit lain dah habis, barulah orang akan jual emas sebagai simpanan terakhir mereka.
Ia lagi ‘bertahan’ daripada dibelanjakan sebab ada nilai sentimental yang sangat tinggi! Macam cincin hadiah kahwin. Orang tak akan jual melainkan ada perkara yang sangat terdesak sebab ia ada nilai sentimental yang sangat tinggi. Itu kenangan indah. Kalau nak pakai duit sekalipun, mungkin orang akan pajak sahaja dulu. Mereka tak akan jual.
Strategi Simpan Emas Sebagai Maskahwin

Bagi orang bujang ataupun pelajar yang simpan dinar emas, selain emas itu boleh dijadikan simpanan, ia juga boleh digunakan sebagai maskahwin. Bila tiba masanya, ia terus boleh dijadikan maskahwin tanpa perlu ditukar kepada bentuk yang lain.
Kalau simpan emas untuk kahwin, letak target 1 dinar 1 bulan sebab jangka masa menyimpan biasanya tak panjang. Walaupun masih pelajar, cari jalan macam mana sekalipun supaya dapat simpan 1 dinar 1 bulan sebagaimana pernah dibuat oleh saya sendiri ketika belajar di UIA, Gombak. Sambil belajar, mungkin boleh belajar berniaga di kampus.

Strategi simpan emas ini bukan hanya untuk lelaki. Perempuan bujang pun boleh simpan dinar dari sekarang. Bila nak kahwin nanti, jual sahaja emas itu kepada bakal suami untuk dijadikan maskahwin. Duit hasil jual dinar tu nanti, gunakan untuk persiapan perkahwinan dan kehidupan selepas berumahtangga. InsyaAllah.



Untuk dapatkan dinat emas dengan kualiti terbaik dan harga yang berpatutan tanpa gst hubungi saya 013-2568700.

Klik IlmuEmasPG untuk bersama saya dalam group whatsapp. 


Thursday, 27 October 2016

Mana Nak Simpan Emas.


Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya doakan anda kaya dn berjaya.



Masa saya mula-mula beli emas dulu pernah saya terfikir di manakah tempat yang sesuai untuk saya simpan emas ni dengan selamat  saya membelinya? Takkan nak simpan kat rumah pula kan? Nanti kalau orang curi macam mana? Adakah anda juga berfikiran begitu?



Setelah banyak saya menghadiri seminar, bertanya kepada otai-otai emas dan membaca beberapa artikel tentang pelaburan / simpanan emas ni, dengan selambanya saya simpan sahaja emas tu di rumah. Di bawah antara gambar seminar yang saya pernah pergi.









Ha nak tahu Kenapa?

Emas itu tidak jauh berbeza dengan barang kemas, jika barang kemas boleh disimpan di rumah, mengapa tidak emas tersebut? Kaedah penyimpanan emas itu, sama sahaja seperti kaedah penyimpanan barang kemas.

Pencuri kalau nak mencuri, bukan sebab dia tahu rumah kita ada emas atau sebab kita ada beli emas. Pencuri masuk rumah selalunya sebab rumah itu kosong atau rumah tu nampak macam sebuah rumah orang yang sangat kaya yang kurang kawalan sekuritinya.

Namun begitu, jika anda memang sangat-sangat tidak selesa emas anda itu di simpan di rumah, mungkin sebab takut hilang ke, takut di curi ke, takut terlupa letak dimana, takut rumah terbakar (tapi emas takkan terbakar) atau sebagainya. Anda boleh menyimpan emas anda itu di kotak keselamatan, iaitu "safe deposit box" yang disediakan oleh pihak bank. Jika setakat 1 dinar emas atau 10gram Gold Bar sahaja tidak perlulah sampai simpan di safe deposit, lainlah kalau anda ada berkilo-kilo emas memang sesuai la simpan di safe deposit.

•Di Maybank (cawangan tertentu), yurannya sekitar RM80-RM200 setahun, bergantung pada saiz kotak.
•Di Public bank, kos sewaannya pula sekitar RM150-RM430 setahun.
•Di CIMB Bank, kos sewaannya pula sekitar RM100-RM360 setahun.

Terdapat beberapa syarat yang pihak bank tetapkan jika ingin menyewa safe deposit box mereka, antaranya :-

1. Anda mempunyai akaun simpanan di bank tersebut
2. 2 Unit Kunci diserah kepada anda dimana pihak bank tidak memegang langsung kunci tersebut, sekiranya   kunci hilang maka duit deposit akan diambil oleh pihak bank.
3. Anda hanya boleh membuka peti pada waktu operasi bank sahaja.
4. Nilai perlindungan insuran selalunya hanya sehingga RM10 ribu sahaja.

Jadi, terpulang kepada anda, mahu simpan sendiri atau simpan di bank? Pada saya, setakat emas kecil seperti 1 dinar emas 40 keping ke, anda boleh fikirkan secara kreatif tempat yang sesuai untuk simpannya. Andai 1kilo pon kita simpan kat rumah tak de orang tahu kalau kita tak bagi tahu orang.

Seperti masukkan dalam bekas susu Ducth Lady ke, lepas tu simpan dalam peti ais, hahaha, itu baru satu port. Tidak pun simpan dalam bekas rempah-rempah kat dapur anda. Dalam tong beras ke,pencuri xpecah rumah untuk curi beras.Ha bagaimana? 

Anda boleh fikirkan secara kreatif eh.

Diharapkan info ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda. Cuba anda fikirkan, ramai orang takut beli emas sebab masalah bagaimana nak simpan emas ni, padahal emas 1kilo boleh simpan dalam tapuwer je tapi ramai orang simpan wang fiat berkeping-keping di rumah tak takut pula. Fikir-fikirkan..

Take note yer kawan2...
Fikir emas akan mendatangkan pemikiran minda emas.
Mugkin boleh membantu tambah idea anda.



Untuk anda yang sedang mencari platform simpanan dan pelaburan emas boleh klik IlmuEmasPG untuk bersama saya dalam group whatsapp. 



Friday, 8 July 2016

Awas Skim Cepat Kayap ! Kenali dan Jauhi !

Awas Skim Cepat Kayap ! Kenali dan Jauhi !


Cara mengenali skim cepat kaya, ciri skim pelaburan palsu, panduan kenal pelaburan haram atau skim ponzi di Malaysia dan tips elak di tipu dalam pelaburan. Skim cepat kaya mendapat sambutan hangat sekitar 2010 hingga kini dengan cara yang berbeza mengikut kehangatan ekonomi sesuatu zaman.

Tahun 2012 ketika harga emas mula memuncak, maka muncul skim pelaburan berasaskan emas dan tahun 2013 apabila pasaran saham mula meningkat muncul pula skim saham dan Forex yang menawarkan pelbagai pulangan yang menguntungkan.

Ketika kerajaan mempromosi bidang pertanian dan penternakan, maka muncul pula skim cepat kaya berasaskan penternakan seperti ikan keli, ikan arowana, lintah, penternakan burung unta dan sebagainya.


Apakah skim cepat kaya dan bagaimana mengenali skim cepat kaya atau skim pelaburan penipuan ini ?

Sebenarnya, mudah untuk mengenali skim cepat kaya, hanya dengan satu perkataan iaitu “Luar Biasa”.

Modus operandinya adalah sama iaitu luarbiasa menawarkan pulangan yang tinggi tanpa risiko, luar biasa menjana keuntungan tambahan apabila berjaya mendapatkan orang bawah atau downline yang baru dan tidak memiliki produk atau bertopengkan sesuatu produk.

Minggu lepas, saya dihubungi sahabat saya yang mahu menceburi pelaburan emas yang menjanjikan pendapatan tetap bulanan. Katanya, pelaburan emas dengan membeli emas (tidak diberikan emas) atau memberikan emas fizikal kita untuk di laburkan dan mendapat pulangan bulanan yang tetap. Saya melarang kerana pelaburan tersebut menunjukkan ciri skim pelaburan emas iaitu pulangan keuntungan yang luarbiasa tinggi dengan pendapatan bulanan yang tetap.

Ini adalah teknik pemusingan wang modal kita sendiri, contohnya kita memberikan modal RM100 dan syarikat skim pelaburan akan memberikan pulangan tetap RM10 sebulan dengan menjanjikan pulangan pendapatan sehingga 24 bulan (2 tahun). Perjanjian di atas kertas memang luar biasa keuntungannya sehingga 140%. Tapi, adakah syarikat skim pelaburan palsu ini boleh bertahan sehingga 2 tahun ? Silap-silap sebelum kita dapat modal, syarikat ini sudah berkubur. Sekarang sudah banyak syarikat skim pelaburan emas yang bergiat aktif dan ada juga yang telah di bekukan oleh BNM.

Tips mengenali skim pelaburan palsu atau skim cepat kaya ini diharapkan dapat membantu mengenali skim cepat kaya untuk menghindari kerugian dan mengelak dari di tipu. Cara mengenali skim cepat kaya dan ciri skim pelaburan palsu :


1. Menawarkan pulangan tinggi tanpa sebarang risiko. Pulangan pelaburan skim pelaburan ponzi boleh mencecah 10% sebulan ataupun hingga 200% setahun. Pulangan tinggi skim cepat kaya adalah luar biasa tinggi melebihi Amanah Saham Bank Rakyat atau pasaran saham indeks bursa malaysia. Pulangan tinggi ini akan disertakan dengan perjanjian tanpa risiko yang menyakinkan pelabur melalui kenalan pelabur dan sebagainya. Pulangan besar juga hanya diperolehi dalam bentuk nombor atau mata wang tertentu yang susah, bersyarat atau tidak dapat di tukar kepada mata wang Malaysia.


2. Ditawarkan komisyen yang tinggi apabila membawa rakan atau ahli keluarga untuk melabur. Pemberian komisen adalah perkara biasa kepada agen, konsultan, perunding pelaburan, referral dan sebagainya tetapi skim pelaburan ponzi akan menjanjikan komisen atau insentif yang lebih tinggi. Setiap kemasukan orang baru akan diberikan intensif, bonus atau pairing kepada orang yang memperkenalkan orang baru tadi. Ia akan berlanjutan dan berantai dari satu peringkat ke satu peringkat atau dikenali sebagai skim piramid. Skim penipuan ponzi selalunya berfungsi mengikut sistem piramid, wang yang diterima dari ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli sedia ada, apabila tiada ahli baru skim ponzi akan tutup atau sengaja di tutup oleh tuan punya skim tersebut setelah mencapai target kuntungan yang dikehendaki .


3. Menjanjikan pulangan tetap secara mingguan atau bulanan dalam tempoh tertentu. Pendapatan tetap ini diberi berdasarkan jumlah pelaburan, lagi besar modal yang dilaburkan, lagi besar pulangan tetap bulanan tetapi mesti kurang dari modal pelaburan. Pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tetap adalah riba dan skim cepat kaya. Ini kerana pelaburan di dalam Islam, tidak boleh dijamin keuntungannya. Samada, Mudharabah atau wakalah, mudharib dan wakil tak boleh memberi jaminan modal dan juga keuntungan.

4. Pelaburan tanpa produk atau produk bernilai lebih atau terlalu murah. Dalam pelaburan emas fizikal, skim pelaburan emas palsu tidak memberikan produk emas semasa proses beli emas, hanya memberikan surat perjanjian atau kontrak pelaburan atau memberikan produk tetapi di pulangkan kepada syarikat untuk disimpan. Syarikat hanya memusing produk fizikal ini untuk ditunjukkan kepada pelabur lain pula. Skim pelaburan ponzi juga menjual produk pada harga yang luarbiasa sama ada harga terlalu tinggi atau terlalu rendah. Contohnya, jongkong emas 100g di jual dengan harga terlalu rendah seperti RM8000, tapi mesti bayar dahulu dan jongkong emas tertangguh atau di beri kemudian. Kali pertama membeli emas, mungkin akan dapat emas anda tapi kali kedua…mungkin hanya dapat resit sahaja. Urusniaga yang luarbiasa seperti pembelian yang terlalu tinggi atau terlalu rendah atau urusniaga bersyarat, itu adalah ciri skim pelaburan tipu. Contoh pembelian emas bersyarat seperti pembelian emas dengan membayar sebahagian harga dengan syarat memajakkan emas itu di arrahnu dan wang pinjaman arrahnu di berikan kepada syarikat.


5. Menyakinkan pelabur dengan berlagak kaya, dokumen yang lengkap, di daftarkan antarabangsa dan syarikat yang berdaftar tetapi perniagaan mereka tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sudah menjadi suatu kelaziman dari dahulu, skim cepat kaya akan menarik pelabur melalui promosi lagak kaya dan menunjuk-nunjuk barangan mewah untuk menarik pelabur. Pelabur akan mudah terpedaya, terutama pelabur muda apabila di tunjukkan kejayaan mendapat barang mewah seperti kereta sport dan sebagainya dengan mudah. Agen skim cepat kaya biasanya akan mempromosikan pulangan lumayan yang mudah dah berahsia.

6. Skim cepat kaya sememangnya akan memberi kekayaan kepada pencipta/owner skim dan agen yang terawal tetapi memberi kesengsaraan kepada pelabur di bawah. Oleh itu jangan mudah terpengaruh dengan janji manis, sekalipun ianya daripada sahabat atau saudara mara. Mungkin mereka ikhlas untuk menawarkan kita peluang, tapi sebenarnya mungkin mereka sendiri tidak sedar diri mereka sudah tertipu atau mungkin terpengaruh dengan pulangan komisen atau insentif downline yang menarik. Jangan terburu-buru dengan ayat ‘peluang terbaik’, ‘tawaran terhad’ ‘anda bertuah’ dan sebagainya tetapi perlu fikir dahulu sebelum bertindak. Jika anda di beri tawaran yang luar biasa adalah lebih baik berfikir dan berbincang dan menyelidiki sebelum mengambil apa-apa tindakan terutama semak senarai syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.


Berdasarkan ciri dan cara kenali skim cepat kaya diharapkan kita menjauhkan diri dari skim cepat kaya kerana skim ini sebenarnya adalah skim cepat hangus dan skim penipuan pelaburan ini akan memusnahkan masa depan simpanan anda.




Klik IlmuEmasPG untuk dapatkan konsultasi Emas percuma dari saya .

Sunday, 3 July 2016

Perbezaan Emas Kilang dan Emas Kedai.

PERBEZAAN EMAS KEDAI DAN EMAS KILANG ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Terima kasih buat semua yang terus setia menimba ilmu bersama saya berkaitan simpanan emas fizikal.

"Wah cantik juga amoi ini emas. Sealnya warna-warni ye."

Kebetulan semalam saya singgah di sebuah kedai emas dalam sebuah shopping complex ternama di Ibu Kota. Tidak terniat pun untuk singgah tapi tertarik dengan warna-warni seal emas ini yang diletakkan betul-betul di depan kedainya.


Menarikkan warnanya? Apa lagi setelah digabung dengan kegemerlipan emas yang sedia ada.

Secara jujurnya, semenjak menjadi penjual emas ni memang selalu saya keluar masuk ke kedai-kedai emas. Bukan apa, niat cuma satu untuk lihat harga semasa emas di pasaran dan bandingkan dengan harga Publicgold (memang tak terbanding sebenarnya)

BEZA. SANGAT BERBEZA.

i- HARGA

Harga emas 999 di kedai emas pada minggu ni adalah RM215 segram. Setelah dimasukkan cukai GST menjadi RM227.90.

Manakala harga emas 999 publicgold, adalah RM189 segram. Tidak dikenakan cukai GST sebagai tambahan.

Penjimatan sebanyak RM38.90 bagi setiap gram. Banyakkan jumlahnya?

ii- KOS UPAH



Di kedai, kos upah yang dikenakan adalah RM25 bagi berat emas yang kurang dari 50g. Hanya 50g dan 100g sahaja yang diserap kos upah oleh kedai.

Jadi jangan lupa untuk tambah harga emas RM215 segram + RM11.60 (GST) + kos upah RM25. Amacam, semakin mahal ke semakin jimat?

Manakala emas yang dijual di publicgold tidak dikenakan kos upah. Tujuannya supaya lebih ramai orang kita dapat simpan emas dengan lebih jimat.

iii- SUSUT NILAI/SPREAD

Di kedai, susut nilai yang dimaklumkan kepada saya mengikut kaedah ini.

a) Jualan semula = Dipotong 30% daripada harga semasa.

Katakan harga emas naik tahun depan RM250/gram. Jika anda jual semula emas yang anda beli sekarang di kedai, anda akan diberi RM175 sahaja. Kiraan susut nilai seperti ini, RM250 - (30% x RM250).

Anda beli 1 gram RM230. Anda jual semula RM175. Anda untung atau rugi?

b) Trade-in = Dipotong 20% daripada harga semasa dan boleh tukar kepada belain emas lain.

Katakan harga emas naik tahun depan RM250/gram. Jika anda trade-in emas yang anda beli sekarang di kedai, anda akan diberi RM200 sahaja. Kiraan susut nilai seperti ini, RM250 - (20% x RM250).

Anda beli 1 gram RM230. Anda jual semula RM200. Masih terus untung atau rugi?



Berbeza dengan susut nilai di publicgold yang paling rendah di pasaran. Hanya 9% sahaja susut nilai emas dari harga semasa. Anda akan dapat untung maksimum apabila susut nilai menjadi semakin rendah.

Harga publicgold hari ini, RM189/gram. Katakan harga emas naik tahun depan RM250/gram.

Jika anda jual emas yang anda dapatkan sekarang dari kami pada tahun depan, anda akan diberi RM227.50.

Kiraan susut nilai seperti ini, RM250 - (9% x RM250).

Anda beli RM189, anda jual semula RM227.50. Keuntungan anda dalam setahun RM38.50 untuk 1 gram.

Bayangkan jika simpanan anda 100g dan dijual pula 4-5 tahun lagi? Terlebih-lebih untung.


iv- SIJIL KETULENAN



Di kedai, tiada sijil ketulenan disertakan. Itu hasil pembacaan dan kajian saya sendiri. Maksudnya jika anda berniat hendak menguji ketulenan emas, maka anda kena beli dahulu dan kemudian baru uji.

Yakinkah tulen jika begitu? Jika tidak tulen bolehkah dikembalikan?

Berbeza dengan emas publicgold, semuanya disertakan sijil ketulenan dengan tulisan 'certificate' yang di sahkan oleh pihak ketiga atau dipanggil Assyer (penguji logam berharga).

Bagus ke bagus?

KESIMPULAN

Kerana itu, saya selalu tekankan, emas tidak penting tapi ilmu berkaitan emas itu lebih penting dan lebih utama.

Nak ada ilmu berkaitan emas, mulakan simpanan emas dulu. Bila sudah ada emas fizikal di tangan, secara automatik, anda akan 'terpaksa' mula dapat ilmu emas itu sendiri.

Boleh ke boleh?

Setakat ini dulu buat hari ini. Semoga bermanfaat buat semua. Sekiranya anda ingin bersama saya dalam publicgold klik IlmuEmasPG untuk bersama saya dalam group whatsapp. 

Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya". Wassalam.

Thursday, 16 June 2016

Logo BNM, Konspirasi atau Kebetulan.

Rasanya tidak salah kalau saya mengatakan, umum mengetahui bahawa ada yang mengatakan logo Bank Negara Malaysia (BNM) itu adalah anjing Firaun (Pharaoh Hound).

Dengan kewujudan ramai blogger di Malaysia sekarang ini, ada yang mengambil jalan mudah untuk popular dengan membuat cerita-cerita yang kononnya "teori konspirasi" serta bertujuan untuk kononnya membantu menyedarkan masyarakat tentang perkara yang disiasat oleh mereka.

Tapi kita sebagai pembaca juga perlulah bijak jangan percaya sahaja 100% kepada penulis-penulis konspirasi ini. Kebanyakan daripada mereka menulis hanya untuk mengapi-apikan pembaca mereka dengan harapan pembaca akan kongsikan artikel mereka kepada kawan-kawan dan entri tersebut akan menjadi popular. Mereka tidak berkongsi fakta di dalam entri mereka.

Ada juga yang tidak tahu berkenaan sesuatu isu itu tetapi kerana mengejar traffik blog, mereka "copy paste" cerita orang lain di blog mereka. Apabila pembaca bertanya dengan lebih lanjut, mereka langsung tidak tahu bagaimana hendak menjawab persoalan tersebut. Berikut adalah kupasan berkaitan logo BNM.

Logo BNM: Sejarah & Konspirasi.

1. Kenapa logo itu dipilih

Logo tersebut di ilhamkan oleh Allahyarham Tun Ismail Mohamed Ali, Gabenor BNM pada tahun 1964 lagi. Idea itu timbul berdasarkan kepada duit syiling emas lama, duit emas kupang Kelantan. Duit syiling tersebut mempunyai motif Kijang (barking deer). BNM kemudian secara rasminya menggunakan lambang kijang, matahari dan bulan sabit pada logonya. Matahari melambangkan kuasa dan bulan sabit melambangkan Islam, agama rasmi Malaysia. Fakta ini adalah berdasarkan kepada maklumat di laman web BNM; The Bank's Logo. Sebenarnya, logo BNM dipilih bukan berdasarkan kepada haiwan kijang tetapi daripada duit emas lama Kelantan, kupang emas.

2. Anjing Firaun.

Kebanyakan daripada blog-blog konspirasi tersebut mengatakan logo BNM itu adalah anjing Firaun dan bukannya kijang tetapi adakah anda semua membuat carian tentang anjing Firaun atau di dalam bahasa Inggerisnya Pharoah Hound tersebut? Jika anda membaca di laman-laman web kebanyakannya mengatakan yang anjing tersebut adalah anjing Firaun yang berasal dari Egypt sejak lebih 3000 tahun dulu yang ditinggalkan di kepulaun Malta. Namun,  jika kita membuat carian dengan lebih lanjut, ada orang Malta yang mengatakan itu cumalah dongengan semata (misleading name Pharaoh Hound). Nama "Pharaoh" itu dibuat oleh orang Inggeris yang membawa anjing tersebut ke tempat mereka dari Malta pada tahun 1960an kerana ia menyerupai gambar anjing yang ada didalam piramid Firaun. Nama asal anjing Firaun tersebut adalah "Kelb tal-Fenek" yang membawa maksud anjing pemburu arnab (Rabbit Hound). Malangnya, usaha mereka untuk menukar nama tersebut tidak diterima semata-mata untuk menjaga nama yang telah diguna pakai sejak dulu lagi, Pharoah Hound.

3. Kijang

Jika kita membaca berkenaan kijang pula, memang rupanya jauh berbeza dengan apa yang ada pada logo BNM tetapi kijang apabila dia ketakutan, ekornya akan terangkat ke belakang dan ekornya sepanjang 1-2 inci. Syiling kupang tersebut telah digunakan sejak kurun ke-17 lagi, kita kena berfikir adakah kemungkinan kijang pada masa itu berekor panjang? Boleh jadi juga, orang yang mereka bentuk kijang tersebut tersilap sehingga membuatkan ekor kijang tersebut panjang. Walau bagaimanapun, ini cuma andaian dan imaginasi bukan fakta.

4. Syiling kijang emas.

Ada yang mengatakan syiling Kijang Emas Kelantan telah digunakan sejak pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, Raja perempuan Kelantan pada tahun 1610.
"Cik Siti Wan Kembang bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai. Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang amat disukai Baginda, iaitu persembahan daripada rakyat Baginda yang tinggal di Gunung Ayam. Gambar kijang ini telah diterap di atas wang emas dengan perbelanjaan negeri, dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada daripada lambang kebesaran negeri Kelantan yang berkekalan hingga ke hari ini".

Sumber dari kelantan.gov.my (Sejarah Cik Siti Wan Kembang).

Versi lain mengaitkan Kijang emas tersebut dengan agama Hindu. Ini kerana rekabentuk pada syiling Kijang menyerupai lembu berbonggol belakang India dan juga motif lembu pada duit syiling Hindu kuno yang diedarkan di Utara Tanah Melayu Utara sebelum itu.

Kesimpulannya, Logo BNM yang ada pada ketika ini dipilih berdasarkan kepada corak kijang pada duit syiling Kijang Emas Kelantan bukannya Kijang sahaja. Ianya dipilih kerana syiling tersebut mempunyai sejarah tersendiri kepada Tanah Melayu dan juga Kesultanan Melayu. Terpulang kepada anda untuk menerima ataupun tidak, buat kajian anda sendiri.

Jangan percaya 100% kepada saya dan juga penulis blog konspirasi. Selain daripada maklumat di laman web BNM yang saya dikongsikan disini, tidak ada kenyataan rasmi lain BNM berkenaan dengan logo mereka.

Kesimpulanya, bukan benar atau tidak cerita ini. Apa yang saya nak tekan kan ialah berkaitan hakikat wang kertas/wang fiat yang kita gunakan hari ini. Terlalu banyak konspirasi, kan lebih baik kalau kita beralih kepada wang sunnah, emas dan perak, dinar dan dirham.

Untuk keterangan lanjut berkaitan emas dan perak boleh hubungi admin di talian 013-2568700.

Saturday, 11 June 2016

Rahsia Bank Negara Yang Ramai Tak Tahu.

Ramai nak tahu sejarah BNM. Pada 26 January 1959  tertubuhlah sebuah bank Rothschild yang diberi nama Bank Negara Malaysia (National Bank Of Malaysia).

Istilah ''Bank Negara'' bukanlah bermaksud ia milik kerajaan Malaysia yang dipilih rakyat, ia sebenarnya sebuah bank persendirian tetapi rakyat ditipu dengan istilah ''Bank Negara''
Rothschild memilih perkataan Bank Negara untuk memanipulasi pemikiran rakyat. Jika dinamakan Bank Of Rothschild , dah tentu ia akan menerima tentangan kerana bunyi nama tersebut tak berkepentingan rakyat.

Maka Rothschild memberi nama ''Bank Negara'' untuk menutup mata rakyat, dan istilah ''Bank Negara'' diguna pakai di semua negara dunia  yang pada hakikatnya bukan milik kerajaan atau lebih jelas lagi, bukan milik rakyat.

Tujuan penggunaan wang kertas ialah memudahkan Rothschild mengawal inflasi, ekonomi dan dagangan saham seluruh dunia.

Dengan wang kertas juga, Rothschild boleh mengawal nilai mata wang sesebuah negara mengikut kemahuannya.

So apa solusi terbaik untuk bank? Ya, BANKRAP

Apa yg harus umat islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang2 yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Ini kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri.

Simpanlah emas.
Percaya tak?

Jika semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank2 di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yang akan dapat duit mereka disebabkan bank memang takde duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit2 dalam buku akaun dan akaun online anda.

Kalau nak simpan duit, tukarkan duit tersebut kepada komoditi seperti emas/perak. Kerana barangan komoditi ini takkan hilang nilai. Semakin jatuh nilai duit, makin tinggi harga komoditi.
"Sesiapa yang menguasai bank, dialah yang memerintah dunia..."

#Return_Of_The_Gold_Dinar
#Illuminati_VS_Islam

Ini hanya lah teori semata-mata, bukan suatu fakta yang wajib diyakini dan dipercayai. Terpulang pada individu untuk percaya atau tidak.


Wednesday, 8 June 2016

DUIT ATAU EMAS? MANA LEBIH UNTUNG

DUIT ATAU EMAS? MANA LEBIH UNTUNG



Ramai orang tanya apa untungnya simpan emas, lebih baik simpan duit jer. Ada pula yang fikir, buat apa susah-susah untuk simpam emas, simpan jer duit tu kat Tabung Haji. Ada jer keuntungan yang kita dapat setiap tahun kata mereka. Tak kurang juga yang kata..simpan emas nanti kena keluarkan zakat. Dan macam-macam lagi alasan untuk mereka tidak mengeluarkan simpanan dari dalam mana-mana bank atau Tabung Haji. Kalau anda nak tau, itu lah juga yang saya fikirkan apabila saya baca artikel yang mengatakan tentang kelebihan menyimpan emas di dalam blog pelabur-pelabur emas. 

Tapi sekarang saya dah ubah fikiran, saya dah faham tentang kelebihan simpan emas dan sekarang saya nak sahabat-sahabat saya juga faham tentang emas. Jika masih ada yang belum faham, cari dulu ilmu dan fahamkan dulu tentang kelebihan menyimpan emas. Jika tidak ada ilmu, kita tak akan tau matlamat kita menyimpan emas. Dan ketahui juga Tips Beli Emas supaya anda tidak tersalah pilih untuk memulakan simpanan emas.

Saya memang setuju kalau duit kita tu disimpan di dalam Tabung Haji atau dimana-mana bank pun tetapi tidak lebih dari keperluan yang akan digunakan semasa kecemasan sahaja. Selebihnya saya rasa tak berbaloi kalau kita tidak keluarkan untuk tujuan pelaburan atau selamatkan ia dari dimakan inflasi. Emas atau wang, keduanya memang kena bayar zakat sekiranya cukup haul dan nisabnya. Jadi anda tak perlu risau simpan emas sebab ianya juga seperti wang simpanan yang wajib keatasnya dibayar zakat. Hakikatnya sama saja cuma, kalau di Tabung Haji, zakat simpanannya akan diuruskan oleh pihak Tabung Haji.

Kalau ikut kajian, secara purata kenaikan harga emas adalah 12.80% sejak tahun 2001. Kalau ditolak zakat masih berbaki 10% lagi. Berbanding dengan dividen yang Tabung Haji bagi sekitar 5%-6% setahun dan juga keuntungan ASB sebanyak 8% setahun yang belum ditolak zakat dan itu belum lagi ditambah kerugian duit kita dimakan inflasi. Apa pun purata keuntungan simpanan emas berada ditangga teratas berbanding dengan TH dan ASB yang kononnya mampu memberikan dividen yang agak tinggi.

Graf harga emas sejak tahun 2005, dalam jangka masa panjang harga emas akan naik. Pada tahun 2011 harga emas mencecah RM200 1 gram. Walau bagaimanapun pada masa sekarang ianya menurun. Ini masa yang sesuai untuk tambah simpanan emas.

Jangan Takut Harga Emas Jatuh

Walaupun adakalanya harga emas turun, tetapi dalam jangka masa panjang, simpan emas memang untung. Tak perlu risau harga emas turun sebab masa emas rendah, itu lah peluang untuk anda tambah simpanan. Manafaatkan harga emas rendah untuk tambah simpanan manakala kalau emas naik, manafaatkannya untuk anda dapatkan keuntungan. Simpan keuntungan dan beli semula emas untuk gantikan emas yang kita jual masa harga emas rendah. Emas ni dalam situasi apa pun, samada naik atau turun memang menguntungkan.

Risiko Simpan Duit (RM)


Kalau simpan duit, dalam jangka masa panjang memang tak berbaloi sebab kuasa belinya makin susut saban tahun. Nilai duit dulu dengan sekarang memang jauh beza. Kalau pun kita ada nilai simpanan wang yang besar, tapi kuasa belinya semakin kecil. Kalau dulu roti canai boleh dibeli dengan harga 50 sen, tapi sekarang dah jadi RM1. Kalau beli di restoran mamak lagi la mahal yang harga sekeping roti canai mungkin cecah RM1.50.

Itu belum lagi termasuk kejatuhan nilai RM secara mendadak seperti pada tahun 1998 yang nilai RM jatuh teruk dimana sejarahnya telah berulang pada tahun ini (2015), tidak ada jaminan untuk mengatakan nilai RM tidak akan jatuh seperti yang berlaku seperti yang berlaku pada tahun 1998.


Lagi satu risiko yang paling susah nak dielakkan walaupun tak susah sebenarnya kalau kita ada disiplin diri. Bila duit ada didepan mata, macam-macam cerita yang kita reka. Nak melancong ke Bandung, Bali, mana lagi..haa, nak pergi tengok Taj Mahal di Agra, India. Itu belum lagi yang jenis nak tambah hutang..tukar kereta baru, beli motor besar berkuasa tinggi. 

Dari sekecil kecil niat, sampai lah yang sebesar-sebesarnya kalau duit ada didepan mata. Jadi, pada sayalah lebih baik simpan emas yang dalam apa pun situasinya tetap menguntungkan dari kita simpan duit yang sebenarnya banyak risiko yang perlu kita tanggung yang akan merugikan kita pada masa akan datang

Justeru, fahamilah sendiri kedudukan wang fiat dan emas. Untuk bersama saya dalam platform publicgold boleh klik IlmuEmasPG untuk join group whatsapp.