Thursday, 31 March 2016

10 Cara Kekal Positif Lepas Balik Dari Seminar.

" TIPULAH KALAU 24 JAM DALAM HIGH ENERGY "

Serius cakap, bukan senang nak maintainkan high energy sama macam energy dalam IMKK lepas.
Ada masanya ter"down" juga. Betul-betul?  Sebab bila keluar sahaja dari hall IDCC kita terdedah dengan unsur2 negative + biawak + small little voice + keadaan + kawan2.

Tapi tidak semestinya susah nak maintainkan high energy kita tiada langsung cara untuk kekalkan bukan?

Berikut ialah cara-cara saya kekalkan high energy. Cara ini khusus untuk program IMKK by Dr. Azizan, tapi boleh je apply untuk semua jenis seminar cuma edit sikit-sikit je.

=====================
1. Sentiasa SWITCH!!!!!
- Bila mana anda terlayan biola lagu hindustan tu cepat2 lah switch ye. Kalau tak nak jerit pun anda boleh pejam mata dan bayangkan anda menjerit semasa di IMKK.

=====================
2. Keep in touch dengan peserta IMKK yang lain
- Saya mengaku bila saya keep in touch dengan peserta IMKK yang lain saya dapat feel energy sama macam berada di IMKK. Saya juga tak segan nak share atau nak sumpah mereka "kaya dan berjaya". Bayangkan kalau anda sumpah orang yang belum pernah join IMKK. Tak ke naya?
- Cara saya keep in touch dengan mereka senang sahaja, saya add friend mereka. Kemudian sya lihat di wall saya penuh dengan pekara yang positif. Ada yang antara mereka yang saya rasa macam dah lama kenal walaupun tak pernah bersua atau bercakap tapi rasa macam satu hubungan yang kuat. Mungkin getaran yang sama membantu saya dan mereka terasa rapat. Haaa,tunggu apa lagi tu,mai add fb saya klik Syawal Ibn Ameron.

=====================
3. Baca sharing peserta IMKK yang lain di group IMKK.
- Bila kita nak rasa macam down je cepat2 lag buka group IMKK DIS 2015. Kemudian bacalah sharing dari peserta yang lain. Inshaa Allah anda akan rasa meremang bulu tengkuk.
- Biasanya saya akan baca sharing peserta lain di post Dr Azizan Osman yang belia tanya kesan selepas menyertai IMKK. Kejap je nanti energy tu datang balik.

======================
4. Buka lagu yang pernah dimainkan di IMKK Contoh lagu BARA BARA BERE, FROZEN dll. Bila anda dengar je lagu2 ni automatik anda rasa macam nak berjoget. Tak caya cuba.

=====================
5. INGAT KEMBALI APA BIG WHY ANDA.
- Yang no 5 ni paling power. Bila anda rasa down atau macam putus asa, ingat kembali apa BIG WHY anda. Jangan disebabkan anda down habis BIG WHY anda musnah.

====================
6. Baca deklarasi.
- Ingat lagi kad kuning yang DAO beri tu? Simpan kat mana? Simpan sahaja untuk perhiasan atau di baca? Haha, Jangan disimpan buat pekasam pula.

===================
7. Baca kemballi work book dan nota2 yang anda tulis.
- Jika rasa putus asa selak2lah nota yang anda tulis. Inshaa Allah anda akan dapat kembali energy. REFRESH kembali point2 penting.
CHOP CHOP! Baca sahaja tak cukup, sertakan dengan tindakkan

====================
8. Buat visualization.
- Masih ingat yang anda diminta untuk duduk seperti sedang bersanding? Visualization perlukan repeatation. Anda perlu ulang process visualization itu.

====================
9. Baca kembali 101 IMPIAN ANDA.
- Bila anda baca automatik anda akan rasa seronok sebab u r acting like you are already have what you want.
- Applykan formula BE, DO, HAVE.

===================
10. Mandi garam
- Jangan tinggalkan mandi garam. Biarlah rambut anda banyak garam atau jadi ikan masin. Janji apa yang mentor kita ajar kita mesti follow

====================
So di atas ialah antara cara-cara saya maintainkan high energy. Mungkin cara kita berbeza. 
Jom kongsikan cara anda pula. Boleh kita sama2 maintain high energy.
Jom praktis!!!
Anda kaya n berjaya!!!!!!!!


Tuesday, 29 March 2016

Tips Sangka Baik

6 TIPS BERSANGKA BAIK DARI SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI

1. Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


2. Jika bertemu ANAK KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

3. Jika bertemu orang TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4. Jika bertemu dengan seorang yang BERILMU, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5. Jika bertemu dengan seorang yang BODOH, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akib

atnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6. Jika bertemu dengan orang KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Pendek kata, konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak mengetahui benar-benar dari Loh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah atau su'ul khatimah.

Tidak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita bersangka buruk kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita terkeluar dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.

Seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar disisi Allah walau sangkaannya itu tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah disisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar.

Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri. Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan memperkatakan keaiban orang lain.


Semoga kita diberi sifat mata lebah yang sentiasa melihat dan mencari kebaikan bunga dimana-mana dan bukan mata lalat yang sentiasa memandang dan mencari kotoran dan najis diserata tempat.


Monday, 28 March 2016

101 impian

101 IMPIAN

Masih ingat kisah saya di IMKK, kelas 3 hari 2 malam bersama pakar pemasaran no1 di Asia, DAO. Saya kongsikan bagaimana kita khususnya para usahawan untuk pastikan impian kita tercapai. Pernah tak anda hadir mana-mana kursus dan anda dikehendaki menulis impian anda ataupun goal anda?

Perkara yang sama juga telah ditekankan oleh DAO, beliau memaksa kami untuk tuliskan 101 impian kami, sepanjang kami hidup apa uang kami mahukan. 


Di sini saya kongsikan 101 impiam saya, moga-moga pembaca yang membaca tulisan ini mendoakan agar dipermudahkan saya mencapai keseluruhan 101 impian ini.

  1. Nak travel lima Negara di Asia sebelum 2020, Thailand, Singapore, Vietnam, Laos, Brunei.
  2. Build up company International.
  3. Umur 35 bagi sepenuh masa untuk agama.
  4. Setiap 15% daripada income bulanan digunakan untuk charity.
  5. Nak buat sekolah swasta sendiri, macam cerita Dream High.
  6. Travel Negara asia lagi 5 sebelum 2023, Jepun, North Korea, South Korea, China, Taiwan.
  7. Bina pusat Tahfiz dekat Port Dickson exactly area Telok Kemang.
  8. Bina rumah anak-anak yatim.
  9. Bina rumah untuk ibu/ayah terbuang.
  10. Jelajah semua sekolah menengah (SMK/SMKA/SMA) bagi motivasi.
  11. Bina masjid.
  12. Bina shopping mall.
  13. Travel Negara asia lagi 5 sebelum 2026, Hong Kong, Philipines, Australia, Indonesia, Maldives.
  14. Nak buat rumah sendiri berkonsepkan jepun, ada air terjun, ada taman, ada pondok untuk orang belajar agama.
  15. Buka consultant & training.
  16. Keluar 40 hari seluruh Malaysia.
  17. Travel Europe pada tahun 2023, setiap tahun at least 3 negara.
  18. Nak meet up all kpop stars.
  19. Nak jadi model.
  20. Nak bina sebuah library
  21. Nak baca buku setiap sebulan at least 5 buah buku.
  22. Nak build up kedai buku SAbookstore
  23. Nak solat awal waktu,tempat azan dilaungkan.
  24. Nak puasa sunat setiap hari selasa dan khamis.
  25. .
  26. .
  27. .
  28. .
  29. .
  30. .
  31. Achieved million before 28
  32. Beli first property harga bawah 200k pada tahun 2018
  33. Ford Ranger tahun 2019.
  34. Beli tanah dan bina rumah idaman.
  35. Beli second property pada tahun 2019 bawah 250k.
  36. Before 30 (2022) da ade 10 property.
  37. Ada simpanan emas 10 kg before umur 35.
  38. Ada kondo mewah di kuala lumpur.
  39. Miliki sebuah sekolah swasta.
  40. Miliki kereta Honda crz sebelum 2022
  41. Da ada anak 5 orang.
  42. Nak miliki tubuh badan yang sihat.
  43. 6 packs sebelum umur 26, sebelum tahun 2018.
  44. Nak kuasai bahasa Inggeris fluencely
  45. Nak kuasai bahasa arab before 2022.
  46. Nak famous.
  47. Nak miliki motor Kawasaki.
  48. Memiliki Phd sebelum umur 40.
  49.  
  50. .
  51. .
  52. .
  53. .
  54. .
  55. .
  56. .
  57. .
  58. .
  59. .
  60. Nak jadi seperti Dr Fadilah Kamsah
  61. Nak jadi orang yang memberi inspirasi pada orang lain.
  62. Become a trainer.
  63. Nak naik Hot Seat.
  64. Aku nak jadi penceramah bebas.
  65. Nak jadi macam Dr. Rubiah K. Hamzah.
  66. Nak jadi macam Akhill Hayy.
  67. Nak jadi macam Ustaz Zulkarnain.
  68. Nak jadi imam kepada seluruh staff di syarikat.
  69. .
  70. .
  71. .
  72. .
  73. .
  74. .
  75. .
  76. .
  77. .
  78. .
  79. .
  80. .
  81. .
  82. .
  83. .
  84. .
  85. .
  86. .
  87. .
  88. .
  89. .
  90. Bagi elaun pada mak setiap bulan RM5K sebelum 2020
  91. Hantar parents pergi Umrah sebelum 2018
  92. Hantar parents pergi haji.
  93. Bagi kereta pada parents tahun 2017
  94. Bagi rumah baru pada parents.
  95. Bawa parent jalan-jalan dan tunaikan permintaan mereka.
  96. .
  97. .
  98. .
  99. .
  100.  
  101. Nak hembuskan nafas terakhir dalam keadaan sujud, pada solat subuh pagi jumaat dalam bulan Ramadhan.

 *Masih dalam proese menghaiskan 101 impian, dari semasa ke semasa saya akan update. Mohon semua kenalan mengaminkan semua impian saya di atas. Haaaa...ada dengar tak bunyi biawak kat sebelah tu, kalau ada tukul ketuk je biawak tu kalau nak lagi kejam langgar terus, heheheheh.

Bagi yang stuck tak dapat habiskan 101 IMPIAN yang specific. Hasil bacaan salah sebuah buku DAO anda boleh cuba cara di bawah.

30 benda kita nak buat. Contohnya: Nak panjat Gunung Everest.

30 benda kita nak miliki. Contohnya: Range Rover Sport warna silver.

30 orang yang kita nak jadi. Contohnya: Jadi Imam kepada seluruh warga kerja Syarikat kita.

10 perkara yang kita nak balas budi. Contohnya: Hantar Mak kita tunaikan umrah sebab kita dah banyak kecilkan hatinya

1 cara macamana kita nak menghembuskan nafas terakhir. Contohnya: Dalam keadaan sujud, solat subuh, hari Jumaat, dalam bulan Ramadhan.

Semoga dipermudahkan. Anda KAYA dan BERJAYA!!

#imkkmac2016
#switch


Sunday, 27 March 2016

6 Strategi Mudah Bebas Hutang

[6 Strategi Mudah Bebas Hutang]


1. Jangan buat hutang lagi.

Apa yang dimaksudkan disini adalah bad debt. Pandangan guru kepada guru saya, iaitu Robert T.Kiyosaki, beliau menyatakan bahawa hutang terbahagi kepada dua, iaitu good debt dan bad debt. Untuk memudahkan pembaca saya gunakan istilah Hutang Jahat dan Hutang Baik.

 Apakah yang dimaksudkan dengan Hutang Jahat dan Hutang Baik,

Hutang Jahat =  Apa-apa sahaja hutang yang meyebabkan duit kita keluar.

Hutang Baik = Apa-apa sahaja hutang yang meyebabkan duit masuk ke dalam poket kita.

Jadi apa yang saya maksudkan jangan buat hutang adalah jangan buat hutang Jahat. Sebagai contoh jangan membeli Iphone dengan kad kredit. Secara mudah apabila hutang Jahat kita bertambah, ini menyebabkan duit yang keluar daripada poket kita juga turut bertambahsetiap bulan. Berlainan pula dengan hutang baik, apabila hutang baik bertambah maka duit yang masuk kedalam poket kita juga turut bertambah.

Untuk mengurangkan hutang jahat, seseorang harus mengetahui dengan jelas apakah itu hutang jahat dan hutang baik. Saya sarankan pembaca dapatkan buku Robert T.Kiyosaki iaitu Unfair Advantage, saya pasti pembaca akan faham dengan lebih jelas berkaitan hutang.

2. Langsaikan hutang yang faedahnya paling tinggi dahulu.

Apabila anda mempunyai banyak hutang, sudah pasti faedahnya juga pelbagai. Boleh rujuk bank-bank yang menawarkan pinjaman peribadi dan lihat berapa kadar faedahnya. Kenalpasti faedah yang paling tinggi dan cuba sebaik mungkin untuk langsaikan hutang tersebut. Jangan lupa untuk kenal pasti hutang baik dan hutang jahat.

3. Gunakan duit "durian runtuh" untuk langsaikan hutang
.

Istilah durian runtuh ini lebih dikenali sebagai bonus, dividen atau komisyen. Ingat, apabila anda dapat durian runtuh, gunakan duit tersebut sebaiknya. Langsaikan hutang yang paling tinggi faedahnya. Kalau anda mempunyai kad kredit, hati-hati dengan penggunaannya. Kad kredit boleh jadi tali gantung untuk anda kalau salah cara penggunaannya.

4. Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam dana "bayaran penuh" hutang.

Sediakan satu tabung khas dan namakam tabung tu sebagai tabung bayaran penuh. Penggunaan tabung ini adalah seratus peratus melansaikan hutang. Jangan sentuh duit tersebut untuk perbelanjaan.

5. Bila sudah selesai satu hutang, simpan ansuran bulanan seterusnya ke dalam dana "bayaran penuh" hutang.

6. Bayar hutang secara automatik.

Selamat mencuba!

Saturday, 26 March 2016

Solusi Poket Bocor


TIPS ELAK KEBOCORAN WANG BAGI YANG MAKAN GAJI SETIAP BULAN


Masalah Sering Berlaku:.-

Ini yang sering terjadi kepada setiap individu, terutamanya yang MAKAN GAJI

Solusinya:.-

Cara terbaik untuk mengelak diri dari sering terjadi kebocoran wang, asingkan sekurangnya 10% atau mana yang bersesuaian dari pendapatan setiap bulan kepadad EMAS fizikal, kenapa saya suruh anda tukar kepada emas, kerana ini adalah perkara yang Guru saya DAO ajarkan.

Perkara ini telah pun saya jelaskan pada posting CARA URUS WANG PROFESSIONAL.

Kenapa saya katakan cara ini adalah yang terbaik?

Pertama, sememangnya FITRAH manusia dengan wang akan dikaitkan dengan BERBELANJA. Apabila wang yang dipegang atau berada dalam simpanan bank, otak akan sering berfikir untukk berbelanja kerana ianya suatu yang menyeronokkan.

Jadi cara terbaik untuk elakkan diri dari BERBELANJA BERLEBIHAN, selamatkan dahulu pendapatan dengan cara alihkan ke dalam bentuk emas.

Elak kebocoran wang.
Beli EMAS bukan bermakna wang habis digunakan, tapi sebenarnya anda hanya gantikan dari wang kertas kepada logam EMAS.
Apabila wang telah ditukarkan kepada EMAS, secara automatik otak akan terus bertindak mengatakan EMAS cantik, sayang utk dijual, emas untuk simpan. EMAS yang ada pada diri anda tidak akan susut nilainya, bahkan akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Hari ini anda tak perlu risau kerana, anda boleh dapatkan emas seberat 0.5 gram dengan harga kurang daripada RM 100 (harga pada hari ini 20/3/16) dan sudah pasti EMAS FIZIKAL ini mampu anda miliki. Biar mula kecil, hasilnya nanti besar.

Terdapat banyak syarikat-syarikat yang memasarkan emas Gold Bar dengan berat 0.5 gram dan 1 gram. Sebagai contoh syarikat public gold.




Selain itu, anda juga boleh dapatkan emas GoldBar daripada bank ( maybank, UOB bank, etc) atau kedai emas (Poh Kong,Wah Chan, etc) .

Tetapi hati-hati sebelum membeli, pastikan anda tidak ditipu dan kenal pasti diantara semua syarikat, bank dan kedai emas tersebut yang manakah memberikan harga paling murah serta nilai spread nya yang rendah.


Untuk dapatkan GoldBar & Dinar yang berketulenan 999.9, iaitu ketulenan yang bergred tinggi, boleh hubungi saya di 013-2568700.


Monday, 21 March 2016

Ada Duit..!! Wajib TUKAR..!!

KENAPA PERLU TUKAR DUIT KEPADA EMAS?

Pertama

Kita mengajak dan mendakwah umat Islam melindungi kewangan dan kekayaan mereka. Duit kertas yang kita simpan bila-bila masa boleh susut nilai.

Krisis kewangan yang pernah melanda negara kita satu masa dahulu, adakah mustahil berlaku lagi. Kerajaan memaksakan duit kertas. Tetapi kalau duit susut nilai rakyat kena tanggung sendiri. Anda sudah pasti pernah dengar kisah duit pisang bukan, kalau tak tahu boleh Tanya ibu atau ayah anda, atau pun nenek atau atuk anda jika mereka masih ada.

Kedua

Sistem kewangan sekarang tiada keadilan. Projek-projek besar yang dibangunkan melalui dana-dana amanah atau saham awam.
Keuntungan yang diberikan sekitar 8% hanya sekadar menampung inflasi yang memamah kuasa beli duit kertas yang kadar biasanya 4%, dan boleh mencapai 6-7%.

Sebagai contoh katakana anda menyimpan di ASB (saya pon ada buat ASB), anda simpan RM100,000 dan setiap awal tahun anda akan dapat dividem 7% (secara umum) ini bermakna anda akan dapat RM7000, tapi anda kena ingat RM7000 pada January 2015 tak akan sama nilainya dengan January 2016. Inilah yang dimaksudkan inflasi.

Ketiga

Bank-bank yang ada menawarkan pinjaman berkonsepkan keuntungan berganda. Bank yang ada gagal melahirakn orang Islam yang kaya. Apa yang berlaku mereka menawarkan pinjaman dan hutang yang besar dan biasanya berakhir pula dengan memufliskan.
Mengikut Islam memberi pinjam atas dasar bertolong-tolong atas perkara kebajikan dan takwa bukan menjadikannya perniagaan yang sangat laba. Kalau bank menyimpan dinar dan memberikan pinjaman, Bank tidak perlu berorientasikan cas lebihan. Kerana dinar emas dalam simpanan tetap naik nilai sebagaimana dinar emas yang ada tangan peminjam, bila dikembalikan secara beransur tetap nilainya meningkat.

Keempat

Meninggalkan haram, syubhat dan tidak jelas bertukar kepada yang halal.
Melaburkan wang kita kepada saham-saham yang masih berkait dengan tempat-tempat haram tidak akan menenangkan jiwa kita, kerana dosa adalah perkara yang mendatangkan keresahan dan keraguan di dalam jiwa.
Ada pula saham yang banyak melibatkan orang Islam yang dikategorikan harus. Ini pun satu yang perlu dilihat semula. harus tidak semestinya halal. Kalau kita berada di hutan tiada makanan lain yang boleh kita makan melainkan khinzir, kalau kita tak makan boleh menyebabkan kita mati, maka pada ketika itu harus kita makan. Tapi ini tidak bererti khinzir itu halal. Itu pun makan sekadar untuk hidup.

Kelima

Bersama melakukan jihad ekonomi.
Kenapa dolar sebagai matawang yang mesti diterima oleh semua negara Islam termasuk kita? Kenapa tidak dinar? Kenapa kita membangunkan matawang kapitalis yang mendakwa polis dunia yang semahunya meruntuh dan menghancurkan negara umat Islam? Bersengkongkol dengan zionis Israel membunuh rakyat Palestin.
Emas kontra dengan dollar. Emas naik  dollar akan turun. Dollar naik  emas turun. Emas pasti akan naik. Kita boleh mendidik negaranya supaya tidak ego dengan negara umat Islam. Hanya dengan perlaksanaan dinar emas.


Mulakan simpanan emas anda sekarang bersama publicgold. 


Tips Mudahnya Menjemput Rezeki.

Saya kongsikan antara tips Mudahnya Menjemput Rezeki.

1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha rajinkan diri baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa-apa dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.

4. ZIKIR - Banyakkan berzikir kepada Allah.

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Mulakan hari ini dan jangan bertangguh lagi

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. BERSEDEKAH. Sedekah mempunyai keajaiban yang luar biasa.

8. SOLAT AWAL WAKTU. Solatlah di awal waktu. Sekalipun sedang susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkumandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

Lain-lain:

1. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab kebanyakan penyakit bermula dari kaki.
Segalanya tidak mustahil berlaku dengan izin ALLAH..

Wallaahua'lam..