Sunday 27 March 2016

6 Strategi Mudah Bebas Hutang

[6 Strategi Mudah Bebas Hutang]


1. Jangan buat hutang lagi.

Apa yang dimaksudkan disini adalah bad debt. Pandangan guru kepada guru saya, iaitu Robert T.Kiyosaki, beliau menyatakan bahawa hutang terbahagi kepada dua, iaitu good debt dan bad debt. Untuk memudahkan pembaca saya gunakan istilah Hutang Jahat dan Hutang Baik.

 Apakah yang dimaksudkan dengan Hutang Jahat dan Hutang Baik,

Hutang Jahat =  Apa-apa sahaja hutang yang meyebabkan duit kita keluar.

Hutang Baik = Apa-apa sahaja hutang yang meyebabkan duit masuk ke dalam poket kita.

Jadi apa yang saya maksudkan jangan buat hutang adalah jangan buat hutang Jahat. Sebagai contoh jangan membeli Iphone dengan kad kredit. Secara mudah apabila hutang Jahat kita bertambah, ini menyebabkan duit yang keluar daripada poket kita juga turut bertambahsetiap bulan. Berlainan pula dengan hutang baik, apabila hutang baik bertambah maka duit yang masuk kedalam poket kita juga turut bertambah.

Untuk mengurangkan hutang jahat, seseorang harus mengetahui dengan jelas apakah itu hutang jahat dan hutang baik. Saya sarankan pembaca dapatkan buku Robert T.Kiyosaki iaitu Unfair Advantage, saya pasti pembaca akan faham dengan lebih jelas berkaitan hutang.

2. Langsaikan hutang yang faedahnya paling tinggi dahulu.

Apabila anda mempunyai banyak hutang, sudah pasti faedahnya juga pelbagai. Boleh rujuk bank-bank yang menawarkan pinjaman peribadi dan lihat berapa kadar faedahnya. Kenalpasti faedah yang paling tinggi dan cuba sebaik mungkin untuk langsaikan hutang tersebut. Jangan lupa untuk kenal pasti hutang baik dan hutang jahat.

3. Gunakan duit "durian runtuh" untuk langsaikan hutang
.

Istilah durian runtuh ini lebih dikenali sebagai bonus, dividen atau komisyen. Ingat, apabila anda dapat durian runtuh, gunakan duit tersebut sebaiknya. Langsaikan hutang yang paling tinggi faedahnya. Kalau anda mempunyai kad kredit, hati-hati dengan penggunaannya. Kad kredit boleh jadi tali gantung untuk anda kalau salah cara penggunaannya.

4. Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam dana "bayaran penuh" hutang.

Sediakan satu tabung khas dan namakam tabung tu sebagai tabung bayaran penuh. Penggunaan tabung ini adalah seratus peratus melansaikan hutang. Jangan sentuh duit tersebut untuk perbelanjaan.

5. Bila sudah selesai satu hutang, simpan ansuran bulanan seterusnya ke dalam dana "bayaran penuh" hutang.

6. Bayar hutang secara automatik.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment