Thursday 17 March 2016

Book Review #1

REVIEW BUKU #1

Magnet Emas Magnet Kekayaan oleh Ir. Sofian.

Secara jujur kalau anda tanya saya siapa mamat ni, saya akan katakan yang saya tak kenal dan tak pernah jumpa pon. Tapi apa yang menyebabkann saya yakin dengan ilmu beliau dan first time saya nampak buku beliau saya tak pandang kiri kanan saya terus beli buku beliau kerana beliau merupakan anak didik DAO iaitu mentor dan juga guru saya yang cukup saya kagum.

Baik saya tak nak cerita tentang beliau anda boleh je klik ni Ir. Sofian untuk tahu siapa beliau.

Antara isi kandungan buku beliau ialah

√ 10 Rahsia Minda Jutawan Logam
√ Salah Melabur NERAKA Jawabnya.
√ Strategi Ar-Rahnu_ Sedut Duit daripada   Organisasi Berduit
√ 7 Startegi Bijak sebelum Beli Emas Fizikal
√ 5 Piramid Tindakan Jutawan Logam
√ Dan banyak lagi.

Di dalam buku tersebut, penulis ada menyatakan 3 sebab mengapa emas dipilih sebagai medium pelaburan dan bukan yang lain. Perlu diingati bahawa setiap pelaburan punya risiko dan potensinya tersendiri, terpulang kepada pelabur untuk mengikut selera masing-masing.

Antara tiga sebab Ir.Sofian memilih emas sebagai medium pelaburan ialah;

1- Nilai emas dan perak sentiasa luar biasa.
2- Sampai mati tidak rugi.
3- Mencerminkan kekayaan sebenar.

*Untuk keterangan yang lebih lanjut pembaca disarankan untuk mendapatkan buku beliau atau hubungi saya untuk dapatkan rahsia-rahsia dalam pelaburan emas.

Dari segi penulisan buku, penulis menggunakan bahasa yang cukup santai dan mudah untuk difahami. Pada pandangan saya semua golongan boleh memahami dengan mudah apa yang cuba disampaiakn oleh beliau, tapi ingat faham sahaja tidak menckupi anda kena susuli dengan tindakan.

Antara bab yang paling saya teruja adalah dalam bab 5, beliau menulis berkaitan Strategi Spread Premium-Maksimumkan Keuntungan Pelaburan.

Dalam bab ni, apabila seseorang pelabur faham tentang spread dan premium (apa itu spread dan premium saya akan tulis pada masa akan datang) ,bermakna pelabur tersebut faham cara kaut keuntungan pelaburan dengan maksimum. Salah faham dan kebodohan dalam perkara ini akan menyebabkan kita jatuh kedalam lembah NERAKA JAHANAM yang akan meleburkan semua duit pelaburan kita.

Berikut adalah antara strategi Spread dan Premium.

1- Jangan jual asset di kedai emas.
2- Maksimumkan keuntungan pelaburan
3- Kaut untung dengan spread dan premium.
4- Tidak lagi simpan duit kertas (kekuatan asset kalis inflasi)

*Untuk keterangan yang lebih lanjut pembaca disarankan untuk mendapatkan buku beliau atau hubungi saya untuk dapatkan rahsia-rahsia dalam pelaburan emas.

Bab kedua yang meyebabkan saya tidur jam 2 pagi untuk menghabiskan buku ini adalah bab yang semua orang suka termasuklah anda dan saya iaitu Strategi Ar-Rahnu_ Sedut Duit daripada Organisasi Berduit. Pada mulanya pada fikiran kita, ini adalah satu-satunya cara paling cepat untuk buat duit, tapi hati-hati anda munkin akan terjatuh ke dalam lambah NERAKA JAHANAM, sekiranya tidak ada ilmu berkaitan dengan Ar-Rahnu.

Dalam buku ini, beliau iaitu Tuan Ir.Sofian sekali lagi menerangkan dengan cukup ringkas dan padat, beliau nyatakan 7 Langkah Mudah Mulakan Operasi Gadaian Ar-Rahnu;

1- Fokus pada kuantiti emas.
2- Buat pinjaman maksimum.
3- Jadi bijak dan celik.
4- Kawal emosi.
5- Baleajar analisis, pantau harga emas.
6- Lebarkan sayap kewangan.
7- Membangun komuniti pelabur logam.

Antara pesanan eksklusif untuk mereka yang mahu gunakan teknik Ar-Rahnu “Sebarang teknik Ar-Rahnu ini banyak bergantung pada tahap keupayaan kita untuk menjalankannya. Sentiasa berhati-hati. Untuk menggunakan teknik ini, ilmu membaca pergerakan harga mesti mantap dan catatan buku kira-kira dan calendar adalah wajib….”

Pesan akhir dari saya, sebelum anda melabur dalam logam yang bernilai ini,tanya diri anda tentang lima perkara ini dan berikan lima jawapan bagi setiap soalan berikut, ya lima jawapan;

Kenapa saya memilih pelaburan logam (emas/perak) ?





Apakah yang saya faham tentang potensi pelaburan logam ?





Apakah tahap ilmu pelaburan logam yang saya ada swkarang ?





Siapakah mentor/guru saya dalam pelaburan logam ?





Apakah tindakan yang akan saya lakukan selepas ini ?





Saya doakan anda kaya dan berjaya. Jangan lupa dapatkan emas 1 gram sebagai penarik rezeki anda dan permulaan pelaburan anda dalam pelaburan logam ini. Hubungi saya untuk keterangan lanjut 013-2568700.

Buku fizikal Magnet Emas dan koleksi simpanan emas saya.

No comments:

Post a Comment