Thursday 31 March 2016

10 Cara Kekal Positif Lepas Balik Dari Seminar.

" TIPULAH KALAU 24 JAM DALAM HIGH ENERGY "

Serius cakap, bukan senang nak maintainkan high energy sama macam energy dalam IMKK lepas.
Ada masanya ter"down" juga. Betul-betul?  Sebab bila keluar sahaja dari hall IDCC kita terdedah dengan unsur2 negative + biawak + small little voice + keadaan + kawan2.

Tapi tidak semestinya susah nak maintainkan high energy kita tiada langsung cara untuk kekalkan bukan?

Berikut ialah cara-cara saya kekalkan high energy. Cara ini khusus untuk program IMKK by Dr. Azizan, tapi boleh je apply untuk semua jenis seminar cuma edit sikit-sikit je.

=====================
1. Sentiasa SWITCH!!!!!
- Bila mana anda terlayan biola lagu hindustan tu cepat2 lah switch ye. Kalau tak nak jerit pun anda boleh pejam mata dan bayangkan anda menjerit semasa di IMKK.

=====================
2. Keep in touch dengan peserta IMKK yang lain
- Saya mengaku bila saya keep in touch dengan peserta IMKK yang lain saya dapat feel energy sama macam berada di IMKK. Saya juga tak segan nak share atau nak sumpah mereka "kaya dan berjaya". Bayangkan kalau anda sumpah orang yang belum pernah join IMKK. Tak ke naya?
- Cara saya keep in touch dengan mereka senang sahaja, saya add friend mereka. Kemudian sya lihat di wall saya penuh dengan pekara yang positif. Ada yang antara mereka yang saya rasa macam dah lama kenal walaupun tak pernah bersua atau bercakap tapi rasa macam satu hubungan yang kuat. Mungkin getaran yang sama membantu saya dan mereka terasa rapat. Haaa,tunggu apa lagi tu,mai add fb saya klik Syawal Ibn Ameron.

=====================
3. Baca sharing peserta IMKK yang lain di group IMKK.
- Bila kita nak rasa macam down je cepat2 lag buka group IMKK DIS 2015. Kemudian bacalah sharing dari peserta yang lain. Inshaa Allah anda akan rasa meremang bulu tengkuk.
- Biasanya saya akan baca sharing peserta lain di post Dr Azizan Osman yang belia tanya kesan selepas menyertai IMKK. Kejap je nanti energy tu datang balik.

======================
4. Buka lagu yang pernah dimainkan di IMKK Contoh lagu BARA BARA BERE, FROZEN dll. Bila anda dengar je lagu2 ni automatik anda rasa macam nak berjoget. Tak caya cuba.

=====================
5. INGAT KEMBALI APA BIG WHY ANDA.
- Yang no 5 ni paling power. Bila anda rasa down atau macam putus asa, ingat kembali apa BIG WHY anda. Jangan disebabkan anda down habis BIG WHY anda musnah.

====================
6. Baca deklarasi.
- Ingat lagi kad kuning yang DAO beri tu? Simpan kat mana? Simpan sahaja untuk perhiasan atau di baca? Haha, Jangan disimpan buat pekasam pula.

===================
7. Baca kemballi work book dan nota2 yang anda tulis.
- Jika rasa putus asa selak2lah nota yang anda tulis. Inshaa Allah anda akan dapat kembali energy. REFRESH kembali point2 penting.
CHOP CHOP! Baca sahaja tak cukup, sertakan dengan tindakkan

====================
8. Buat visualization.
- Masih ingat yang anda diminta untuk duduk seperti sedang bersanding? Visualization perlukan repeatation. Anda perlu ulang process visualization itu.

====================
9. Baca kembali 101 IMPIAN ANDA.
- Bila anda baca automatik anda akan rasa seronok sebab u r acting like you are already have what you want.
- Applykan formula BE, DO, HAVE.

===================
10. Mandi garam
- Jangan tinggalkan mandi garam. Biarlah rambut anda banyak garam atau jadi ikan masin. Janji apa yang mentor kita ajar kita mesti follow

====================
So di atas ialah antara cara-cara saya maintainkan high energy. Mungkin cara kita berbeza. 
Jom kongsikan cara anda pula. Boleh kita sama2 maintain high energy.
Jom praktis!!!
Anda kaya n berjaya!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment